Friday, November 11, 2011

rindu padanya

Rindu hati untuk menatap wajahnya...
saat kesunyian menghambat rasa....
walau dikelilingi keriuhan yg tak terasa...
aku tetap merinduinya...

Friday, September 30, 2011

Alhamdulillah.... aku dah boleh masuk blog kesayangn aku ni

syukur yg tak terhingga sbb aku dah boleh masuk blog ni. Sekian lama mencuba,,,.. akhirnya dengan tiba2 hari ni aku boleh login balik...
Mesti ada yg tertanya2 kemana aku menghilang. Aku ada... tak kemana pun... Cumanya korang boleh ziarah aku kat blog baru aku
www.cdabaim.blogspot.com

Tp bila dah jumpa balik blog ni.... aku tersangat2lah gumbira!!!1 Yuhuhuuuuuuuu ... Yihaaaaa..... Yabedaaa bedoooo

Tuesday, May 24, 2011

stay the same ~ Joey Mcintyre

Hari ni nak share lirik lagu yg sampai sekarang aku suka sgt2..
Dulu masa Sekolah Menengah waktu tu form 5.. Form 5 tu tahun amik exam SPM la kannnn...
Dan Masa form 5 jugak la aku jadi malas belajaq. Asyik dlm dunia khayalan aku ja... Sampailah disatu saat..Aku kena marah giler2 ngn Cikgu Bahasa Melayu. Dalam satu ujian, kertas 2.. kan ada rumusan. Entah mcmmana perenggan pertama tu sepatutnya ada satu ayat ja. Tak boleh ada 2 perkataan. Entah mcmmana aku silap...ayat aku tu bawa maksud mcm 2 perkataan.
Masa result keluar tu...cikgu siap dok buat pengumuman dlm kelas. Dia kata "saya sungguh tak sangka Budak melayu buat karangan yg tak paham bahasa mcm ni". Cikgu sungguh marah masa tu...
ceh.. aku dlm hati dok kutuk jugak.. sapa la yg loklaq tu...
Sekali bila kertas markah diedarkan kembali kepada tuan empunya badan... Alamak... yg cikgu dok sebut2 td tu aku la... serta merta darah menyirap. Takkan aku boleh buat mcm tu kot??? Sungguh aku tak percaya... Sesungguhnya kan... kita dok berasa kita terer....kita boleh buat ala kadar. Balik asrama aku nangis gila2... tidoq dlm selimut sampai demam2.. Aku rasa down sgt2.
Tp Alhamdulillah...aku ada ramai kwn2 yg bg support. Dan lagu nilah sebenarnya yg menaikkan semangat aku balik... sehingga aku dapat '1' dalam bahasa Melayu. Keluar je result, aku terus p Jumpa cikgu rohani Mat( Cikgu BM aku)...
Dia kata: Selama ni saya dok marah kamu...sbb cikgu tau kamu ada potensi...cuma kamu suka buat kerja sambil lewa... Huhuhu Terima Kasih Cikgu....



Stay The Same


Don't u ever wish
u were someone else
u are meant to be
the way u are exactly
Don't u ever say
u dont like the way u are
When u learn to love ureself,
You better off by far....
And i hope u always stay the same,
Coz theres nothing 'bout u i would change....

I think that u could be what ever u wanted to be,
If u could realize
All the dreame u have inside
Don't be afraid..
If u got something to say...
Just open up ure heart and let it show u the way...

Believe in ure self
Reach down inside,
The love u find will set u free,

Believe in yourself,
You will come alive,
Have faith in what u do
you'll make it true....


Kenangan kami bersama cikgu RM...Sekolah aku semua pompuan ye....heheh

Monday, May 23, 2011

isnin

Isnin oh Isnin...
Kau hadir lagi Isnin,
Resah gelisah nak menunggu hadirnya dikau...
Setibanya dikau,
pasti jasad ini berat untuk melangkah,
Tp apakan daya.. Kau pasti akan hadir juga untuk memulakan Hari pertama bekerja dalam setiap minggu,
Hadirmu juga mengatur jadual untuk tugas2 yang akan mendatang.
Krnmu jua.. wujudnya perkataan MONDAY BLUES...

Hehehe.. Apa aku merepek nih??
Sebenarnya tgh risau dengan anak yg kecik tu. Berat bdn dia kurang. Masa p check hari tu.. ada nurse pelatih...
Ade ke patut.. dia cadangkan anak aku tu kena mkn 2 cawan nasik..1 cawan sayur, sepotong buah.. Tp tak pe dik.. akak paham.. adik tgh menghafal silibus2 yg dipelajari.. heheh...
mcmmana la nak mkn 2 cwan nasik tu ye? Aku yang tua ni pun tak larat nak habiskan.
Insyirah mkn 3@4 suap.. dah tak nak...Aku dah cuba mcm2. Nak bagi ubat cacing sendiri tak berani. Sbb bulan depan ada lagi temujanji ngn klinik. Mungkin masa ni depa bg ubat cacing kot..
Yg pasti anak aku ni tak suka nasik. Aku dah gantikan dengan roti. Roti pun ikut mood dia.. Kdg2 goreng bihun. Ha... bihun dia mmg suka. Tp takkan tiap2 hari dia akan mengadap bihun? Hurm...Tak pe2.. Umi will try the best.

Friday, May 20, 2011

naik! naik! naik!

pening pala memikirkan harga barang kat malaysia yg kononnya kaya raya nih....
baru2 ni harga gula naik 2 kupang. lepas ni semua benda naik la... gula sekilo naik 2 kupang. Ayaq milo pun naik 2 kupang. Kerajaan nak suruh berjimat? Itulah yg selalu diwar2kan bila gula naik..minyak masak naik. Bila minyak masa naik... kita p pasaraya.. semua minyak tak dak.
Ni dok dgr ura2 minyak petrol pun nak naik. Huhuhu...aku kalo barang lain naik aku tak kisah.. klu petrol naik, mmg duduk resah gelisah la...sbb tu bhn bakar utama yg aku guna untuk dtg mencari Rezeki...
Dgr kata yang ni pun nak naik jugak. Hehehe.. Lepas ni pakat2 la minum ayaq beras... hehehhee. Kesian anak2 kita.....
Semua benda naik. Kata ekonomi makin baik.. tp dlm masa yg sama...brg pun naik....
Makanan naik, bahan bakar naik... GAJI ja TAK NAIK.

Thursday, May 19, 2011

cuti

bestnya cuti 5 hari... bermula sabtu...ahad, isnin, selasa dan rabu. HAri ni Khamis..aku keja balik...
Jumaat lepas audit aku terpaksa bergegas balik rumah sbb nak balik ziarah sepupu suami yang meninggal dunia kat Kulim. Muda lagi...semoga Roh Allahyarhamah Farhana ditempatkan dikalangan org yg beramal soleh... Amin.

Sabtu.. p Pulau Pinang. Kenduri Arwah nenek. Balik tu... singgah mandi kat Pantai Miami..belah batu Feringghi. Irfan paling syok mandi. Tp kejap je la.. sbb masa p tu pun dah dekat pukul 6. Then maghrib... terus naik... singgah solat kat masjid terapung. Balik tu naik Feri. Kali ni pertama kali naik feri waktu mlm.. Best... rasa sejuk udara laut tu...mencecah ke tulang. Sempat lagi wat TITANIC ngn Irfan.. hehe..Kemudian tgn aku ditarik ke belakang oleh encik suami sbb dia tak bg dok lama2 kat depan feri tu... Takut Irfan penat. Oooo ye ke??

Ahad isnin selasa menghabiskan masa di kampung aku. Hanya sempat bawak anak2 dan sepupu2 mereka jalan2 kat Gunung Keriang tgk monyet2... Tak sempat p mana sbb encik suami kerja. Tak cuti pun.

Rabu...seharian dirumah. mengemas apa yg patut.... Ha... selesai.

Wednesday, May 11, 2011

25 Sikap Children should Know by aged 9- part 1

Td aku ada terima satu bahan bacaan yg amat bermakna dalam nak mendidik anak. Let me share with all my reader kkk..

Sikap 1
Say "please" when asking 4 something

Sikap 2
When received something say "thank you"

Yang ni kena selalu amalkan. Kita yg kena mulakan dulu... baru anak2 akan ikut. Org kita cukup berat mulut nak ucap terima kasih.- Penghargaan

Sikap 3
Do not interrupt when grown up who are speaking with each other unless there is an emergency. they will notice u and respond when finished talking.

Jgn menyampuk org tua2 cakap yer.. yg ni mak ayah kita cukup pantang klu suka menyampuk depa cakap. Kecik2 dulu celalu kena cubit...hehhe

Sikap 4
If u do need to get somebody attention right away, say " excuse me" is the best polite phrase to enter the conversation.



Kalau kita org melayu... Mintak maaf...nak lalu belakang sikit,,,sambil jalan membongkok



Sikap 5

when u have any doubt to do something, asking permission first



Sikap 6


the world is not interested in what u dislike. Keep negetive opinion into yourself Or between u and ure fren and out of earshot of adult.

sikap 7

Do not comment on people's phisical characteristic unless, ofcourse, it's to compliment them, which is always welcome.


Haaa..dulu masa aku kecik2.. mak aku sentiasa tak bg aku ngata org tu pendek la.. gemuk la...huduh la.. sbbnya mak aku kata..."kalau kata mcm tu kat org, sat gi serta merta Allah akan jadikan kita mcm tu" takut gila sehh nak ngata kat org. Kalau puji org tak pa...


Sikap 8

When people ask u how u are, tell them. and ask them how they are?


yang ni aku tak berapa anak paham maksudnya..mungkin nak galakkan communication dengan org kot...


Sikap 9
When u have spent time at ure friend's house, remember to thank to his / her parent 4 having u over n 4 the good time u had.
Terima kasih daun keladi...tu kot peribahasa yg org selalu guna...nak bg tau yg kita ni syok p rumah dia... pas tu jgn lupa jemput dia mai rumah kita pulak.. wat semak rumah org pulak.. hehehe

sikap 10

knock on closed door. and wait to see if there's a response before entering



kita org islam ni.. ketuk pintu... bg salam dulu..." Assalamualaikum..." Klu ikut tu kena bagi 3 kali salam. Kalau org tak jwb tu.. paham2 la.... p balik.. jgn serbu masuk ja umh org. Mcm tu jugak kalau nak masuk bilik mak ayah... kena ajar anak ketuk pintu dulu...







Lagi 15 manners aku akan sambung len kali. Nak sambung p buat keja dulu... Semoga kita dapat manfaat dari perkongsian ni.

Tuesday, May 10, 2011

Sesungguhnya zikirku...tahmidku untukMu,,
Mengharap segala redhoMu...
Mencari setiap langkah nafas yg bertemu..
Mencari tenang dalam keterpaksaan..
Mencapai yg tak tergapai..
Namun jauh lagi yg perlu aku harungi untuk menuju jalan itu...
Tiada apa yg diharap...
Hanyalah secebis doa dari insan2 yg aku sayang...doa dari insan yg menyayangi diri ini....
Semoga jln2 ku di permudahkan olehMu...
Krn Hanya engkau yg lebih mengetahui akan segala yg telah Engkau aturkan...
Namun dalam baris ini... aku masih lagi mengharap Belas kasihanMU Ya Allah...
Berikanlah aku kekuatan untuk aku harungi segalanya.
~AMINNNNN~

Pagi2 lagi temperature dah naik


gambar ehsan: en google

erm..erm...amik nafas... lepas!!!
Pagi2 lagi aku dah naik tensyen dengan pemandu2 kereta kat jalan raya ni. Peristiwa pagi ni membabitkan 2 bijik kereta yg cari pasal dengan aku.
Kes1
Trafik light merah. So aku berenti. Aku berada di lorong kanan. Kat depan aku ada sebuah kereta. Tepi kiri aku ada viva biru KCF****. Bila lampu tukar hijau..masing2 mula bergerak perlahan. Tp viva sebelah aku ni terus masuk dok pangkah depan aku. Dah la tak bg signal. tetiba je pangkah org. Aku terpaksa break menonggeng. Kalau ada anak kecik dlm keta aku.. mesti terjatuh. Hampehh punya viva.Kalu terlanggar bontot atau sisi...dan tak jadi KCF...bertukar jadi KFC.(erm... tiba2 teringat iklan Ciken chop KFC tu... sodapnyeee) Aku pun apa lagi...bg high beam. Dia perasan. Aku ni jenis klu geram.. aku akan cucuk balik keta org tu dan pangkah p dok depan dia...(tabiat buruk betui..) sapa suruh cari pasal kan?

Kes 2
Setibanya aku di simpang empat trafik light kodiang... lampu hijau tgh berkelip2 nak bertukar ke kuning... aku pun jalan la seperti biasa. Tp dlm masa yg sama dok perati jugak kiri kanan.. mana tau kot2 ada org yg tak suka berenti dan terus jln kat junction. Tetiba aku nampak MYvi putih. Dia dari kiri. Sepatutnya dia kena beri laluan untuk masuk jalan sehala dengan aku. Beri laluan bermaksud berenti dulu kat garis putih tu. Kalau tgk jln clear baru la boleh jalan. Myvi PJH179* ni bukan setakat tak berenti.. malah laju gila masuk terus nak pangkah aku. Aku yg dari tadi dok tgk gelagat dia.. mmg tgn dah dok tersedia kat hon. Apa lagi...bila tgk dia nak masuk line aku...Terus aku PINNNNNNNNNNN PONNNNNNNN...PINnnnnnnnPONNNNNNNNNN. Tensyen aku... mau kata aku tak hon tadi... mmg akan excident kat situ. Happa da... Lepas je aku hon...dia masuk balik lorong kiri.. tp still nak laju selit2. Aku pun apa lagi.. ligan la... sbb buat kurang hajaq... Nak mati ke hapa ha????
Kali ni mmmg aku marah. Bergetar tgn2. Mau kata boleh berenti.. aku nak p bg tazkirah sikit.

Apa yg aku kesalkan.. kedua2 kereta yg loklaq tu adalah PEMANDU WANITA. Patutlah ada statistik dan kajian yg dibuat di MAlaysia.. PEMANDU WANITA MEMANDU SECARA MERBAHAYA. Mmg berbahaya kak cik oi...
Keter MYVI putih td... Baya akak2 la... dah la bawak anak2 kecik dalam tu..Tak terrfikir ka.. kalau berlaku sesuatu yg tak diingini...Tak menyesal ke korang??? Nak kalut p mana???
Laju tu bukan tak boleh. Semua org mampu tekan minyak ke tahap maksimum. Tp adakah semua org mampu mengawal kenderaan yg nak terbabas?? Cekapkah korang menangani kenderaan kalau something happen?
Rosak /kemek kenderaan boleh ditukar. Rosak anggota kalau ada spare boleh ganti. Tu pun kalau boleh kembali kepada keadaan asal. kalau hilang nyawa??? Sapa yg akan sedih? sapa yg akan sengsara??? Org yg mati tu tak pa la... Org yg hidup tu mcmmana???
Aishhhhhh ...Ambik lesen ke tak.. tak tahu la...YG pasti.. banyak dah aku jumpa manusia yg terburu2 dijalan raya. Nak laju...nak gopoh tak salah... tapi pastikan keadaan jalan selamat untuk berbuat demikian.
Sekian pot pet saya untuk pagi indah ini...

Monday, May 9, 2011

Selamat hari Ibu

Pertama sekali nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu2 di Malaysia. Sbb tu la Ptg kemarin aku pulun ajak asben balik kampung sbb nak ucap sendiri kat Mak yg terchenta. Sori la mak... tak dak hadiah tahun ni. Tp tupperware tu ganti hadiah boleh? hehehhe

Nasib baik la encik asben tu mau balik sat sbb dia balik keja... terus ajak aku balik kampung. Sbb dia sendiri ada agenda. Nak tolong pak mertua dia kejar lembu yg dah berbulan tak dapat tangkap. Habis petak sawah org dikerjakannya. Hurm.. lembu ni mmg cari nahas..Tp smlm tak dapat tangkap jugak. Makin liar..

Aku minggu lepas tak dapat la nak menulis blog sbbnya pejabat ict terbakar. Alhamdulillah.. ada student yg kebetulan balik dari exam nampak kebakaran tu. Kalau tak... tak tau la apa yg akan jadi dengan tempat aku bertugas ni. Mesti akan terlibat sekali. Almaklumlah...kebakaran tu berlaku masa org tgh bercuti hari pekerja.

Ha...byk betul yg aku nak cita. Gambar kat bawah ni menunjukkan bukti aku menghadiri mkn mlm bersama student2 tahun akhir PPK Mikroelektronik. Tema pakaian majlis ni adalah Arabian/timur tengah. Dlm dok pikir nak pakai baju apa... aku teringat nak pakai jubah yg aku beli mlm sebelum lahirkan anak pertama. Dah dekat 5 tahun usia jubah tu..Pakai je la apa yg ada...janji baju ye dak? hehehe. Tak sangka pulak aku diumumkan sbg pemenang pakaian untuk staf. Heheh. Tak sia2 aku mai jauh2...tinggai anak mlm2...dgn izin suami ye....



Nampak gemuk kan? Ha..yg tengah bg hadiah ni nama dia Khor Kang Nan. Aku suka budak ni. Bersopan santun dan berbudi bahasa. Harap nanti keluar dan berjaya jadi engineer...jgn pulak tinggi diri ye. Kekalkan apa yg ada.





Ha..ni dia pemenang2 pada mlm tu. Yg sebelah aku tu pemenang bahagian student. Rasa kemetotnya aku berdiri sebelah dia yag vogeh2 itu...hehehe



Friday, April 29, 2011

Surat ku Terima

4 hari aku sunyi dari dunia blogging... Ha... aku ikuti kursus nilai dan etika. Aku beria2 mintak kat bos nak hadiri kursus ni sbb aku rasa ada nilai etika yg aku perlu jaga dan aku ubah.
Hari pertama kami diminta oleh fasilitator untuk menulis surat kepada seseorang yg ada dalam dewan tu untuk menulis apa yg ingin kita sampaikan kepada kawan2 kita. Almaklumlah.. kat luar ni kdg2 tak terluah..
Masa tu hati aku terdetik.. mesti aku akan dapat 5 surat untuk aku. Sbb ramai kwn2 aku yg join kursus ni..
Ok la.. aku nak share ttg isi kandungan surat yang aku terima

Surat pertama:
Tak fikir sepanjang panjangnya,,,
Suka ikut perasaan emosi

Surat ke2
Kurangkan bercakap
Cuba untuk bertenang dalam apa2 keadaan
Jgn menyanyi di dapur.

Surat ke3
Kurangkan bercakap, banyakkan menulis
Apa yg berlaku anggap itu satu ujian dan dugaan. Kuatkan semangat

Surat ke 4
Seorang yang suka menceritakan masalah yang dialami kepada orang walaupun rapat.
Harap dapat berfikir banyak kali sebelum cerita supaya tiada tanggapan buruk dari org lain terhadap anda walaupun benda itu baik.

Ulasan aku sebagai tuan empunya diri:
Erm... agak sukar kan bila kita dikritik?
Tp itulah hakikat blind spot. Kekurangan kita yang mmg kita tak nampak.
Surat ke 4 ni agak tersentot aku membacanya.. Betul ke aku suka cerita masalah kat org?? Hahaha.. kena ambik perhatian!!! ni sbbnya ni adalah benda yg aku tak berapa nak sedar. Mungkin benda yg pernah terjadi sblm ni sedikit sebanyak membuka mata sebahagian daripada kita. Apapun.. terima kasih atas komen2 dari anda semua yg tulus dan ikhlas itu.
Selalunya org kata.. kalau nak tahu keburukan dan kelemahan kita kena tanya musuh kita. Kawan2 selalunya akan puji je.. walaupun kdg2 bengkek ngn kita... Hehehhe tp berlainan dengan sahabat2 yg aku ada.. Mereka adalah pengkritik aku. Dan aku suka dikritik oleh mereka sbb aku tahu... mereka SAYANGGGGG kat aku.

Keempat2 penulis aku tahu siapa orangnya. Lepas surat sampai.. pakat sengih2...dan yg paling penting.. aku perlu kurangkan bercakap sbb aku syg dengan diri aku jugak. Dirumah aku tunjukkan surat2 yang aku terima kepada suami ku Bang Berahim... Muka dia agak terkejut bila baca isi kandungan surat tu..
Satu nasihat dia... Jgn jadi seperti Kaldai. Kaldai ni seekor binatang yang sangat rajin. Bg p la barang apa pun kat dia.. pasti dia akan angkut. Tp satu je kelemahan sang kaldai... Suka merungut dan bising mulutnya... Keadaan itu akan buatkan segala kerja2 keldai tadi tidak akan dihargai....
Hukhukhuk.. lagi tambah tersentot.. tp semua nasihat tu adalah yg terbaik...
Sukar untuk telan ubat krn pahit.. tp akhirnya ubat itu juga adalah penyembuh,,,

Semoga Allah memberkati aku...suamiku..keluargaku dan kawan2ku...

Friday, April 22, 2011

sakit hati

korang pernah rasa sakit hati tak?
Aku selalu rasa sakit hati...sakit hati pada benda tak sepatutnya...
sakit hati tu sama tak ngn buruk hati??
sakit hati sama tak dengan dengki??
sakit hati sama dak dengan rasa nak marah?
sakit hati sama tak dengan benci!..benci!...benci!???

Tp aku lebih pada sakit hati dengan rasa nak marah dan rasa mcm nak benci seseorang??
Perlukah aku bersikap mcm tu?
Ahhh... tak profesional la pulak kalau nak bencik2 org nehhh
Untuk apa aku nak benci pada Org yg buat aku rasa sakit hati??

Sakit hati ubatnya ialah maafkan org yg ada masalah ngn kita. Walaupun dia tak mintak maaf..mungkin dia ada sbb tersendiri dia tak mintak maaf. Tu urusan dia... Bior laaa....
Dia nak ckp aku ni mcmmana pun.. ckp la...
Walaupun nak delete aku dari friend list.. delete je la...dipersilakan jika itu yang membuatkan dia rasa tenang. Aku pun kdg2 buat mcm tu..bila aku rasa apa yg diucapkan oleh org tu.. aku tak boleh terima. Aku tak mau buat aku jadi meroyan mcm org tu jugak...
Asben aku ada cakap.. kalau kita layan org gila.. kita pun mcm org gila la jugak...
Kalau kita maki org yang maki kita... kita pun sama je laaa ngn org tu.... tadak beza antara dia ngn kita... Sbb tu la... aku amik pendekatan yg mungkin aku rasa jalan terbaik.. ialah berdiam diri. Hurm.. org salah ni...kalau bercakap,,, tanpa sebab pun bila bercakap dengan org yang dia rasa bersalah.. dia takut nak bertentang mata. Itu HAKIKAT... Mmg tak dapat dielakkan.. Benar kata org2 lama...tgk mata org tu kalau kita nak tau org tu jujur ke tidak ngn kita.

P/s: Tetiba rasa sakit hati bila terbaca ayat2 dari seseorang..
Tu pun dapat tau dari org lain...sedapnya mulut kamu yeee
Tp kamu jgn risau.. aku takkan cerita ttg kamu kepada kwn2 aku dlm dunia blogging ni...
"sapa..kenal...selami...fahami diri"
Cool cda... cool.. ngucap byk2..jgn meroyan tak tentu pasai...

Tuesday, April 19, 2011

larangan jual nasik lemak


smlm tgk berita pasal nak buat larangan jual nasik lemak kat kantin sekolah. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kajisemulalaranganjualnasilemak/Article/index_html. hurm...ingat masa kecik2 dulu... nasik lemak la...antara makanan yang mesti ada waktu rehat. Tadak nasik lemak...perut rasa sebu ja...dok dlm kelas pun tak boleh bagi tumpuan. Tak obesiti pun... Dulu2.. nasik lemak 30 sen ja.. Kalau nak yg letak telur goreng harga jadi 50 sen. murah sgt2. Erm..nak kata waktu rehat tu singkat, tak logik je... sbb nasik lemak kat kantin siap letak dlm pinggan... tak pun dah dibungkus.. pilih dan bayar...boleh terus mkn.


lepas mkn..sementara nak tunggu loceng bunyi masuk kelas... sempat lagi main tiang 4. keluar la jugak peluh2...nak main tiang 4 ni kena ada 5 org. Sorang dok tgh2. 4 org lagi akan pegang tiang yg ada tepi koridor tu...buat 4 segi. Lepas tu antara 4 org ni akan hulur tgn untuk bertukar tiang. Org yg tengah tu kena cari peluang tgk mana tiang yg kosong untuk dia pegang... sapa tak dapat tiang... giliran org tu pulak duduk kat tgh...silap2 lari..masuk longkang... bestnya zaman sekolah rendah.


Para cerdik pandai dan ilmuan yg ada skrg ni pun..dulu masa sekolah rendah pun mkn nasik lemak la jugak.. Yang penting kawalan makanan di rumah. Elakkan fast food. keropok yg byk MSG. Banyakkan minum air kosong, ambik sayur2an... Hehehe...lawak pulak bila nak kena kaji pasal nak jual nasik lemak... Byk lagi yg perlu fikir untuk kemajuan budak2 sekolah....

Monday, April 18, 2011

aku sayang kamu

Aku sayang kamu krn kamu dan aku pernah duduk dalam tempat yang paling istimewa...iaitu di dalam rahim Ibu...

Rahim itu sendiri bermaksud Kasih syg...

kehadiran kamu membuatkan semua menangis gembira...

kedatangan kamu amat2 kami harapkan...

Kamu ditatang bagai minyak yang penuh,,,

Kamu disayangi oleh semua...

Apa yg kamu nak.. akan kami usahakan...

Aku sayang padamu..krn engkaulah penyambung zuriat keturunan ayah....

engkau juga adalah harapan mak dan ayah untuk menjaga mereka apabila mereka sudah tidak berdaya...krn engkaulah satu2nya anak lelaki...

Kehendakmu semua mak ayah turutkan..


Tp bila engkau kenal dunia luar.... Jiwa mudamu selalu memberontak...

Kenapa sayang?? Faham benar akan naluri seorang ibu..

mahukan yg terbaik untuk zuriat yg dikandung 9 bulan 10 hari.

Berat perut membawa kamu dan kakak2mu yang lain... hanya ibu yang tahu..

Betapa seksa menahan keperitan..

Sewaktu kamu dan aku menyerap kalsium pada ibu...

Mlm2 ibu kekejangan...

Tahukah kamu??? Sakit ibu sewaktu melahirkan kamu??

Dulu aku pun sepertimu... ingin memberontak apabila kehendak ku dihalang....

Tp aku sayang ibu... bila naluri berontakan itu datang... aku cuba kawal krn aku tak sanggup nak malukan ibu...

Kini.. aku dah rasa apa yg ibu rasa sewaktu kandungkan aku... apa rasa sakit ibu waktu lahirkan aku...

Syg...jgn biarkan ibu dan ayah susah hati krn kamu....

jgn biarkan kwn2 menjadi jalanmu..

Bukan mereka yg memberi cahaya padamu... krn mereka adalah lorong kegelapanmu...

Carilah kwn yg sama2 akan membawa mu ke menara gading...

kwn yg akan membawa dirimu ke arah kebaikan....

Dengarlah kata2ku wahai adik yang aku sayang....

Sesungguhnya..."AKU SAYANG SAMA KAMU"....

Friday, April 15, 2011

baru dapat kaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog shidabaim ni...Hari ni nak bercerita tentang perkembangan anak kedua aku..Insyirah. Tepat sekali tekaan aku sebagai seorang ibu. Adik akan ikut jejak langkah abg. Dulu abg dia cekap berjalan masa umur cecah setahun 2 bulan. Adik pun mcm tu la jugak...28hb ni cukup setahun 2 bulan. Mlm td balik tgk adik dah boleh jalan agak jauh. Sebelum2 ni aku dok perhatikan..dia mcm takut2 la jugak. Kalau nak dibandingkan dengan sepupu yg lahir sama dengan dia...sepupu dia tu lebih cepat berjalan. Berjalan pada usia 10 bulan... Masa dok tgk anak sedara aku tu dah boleh jalan...hati kecik aku terdetik.. Bila la...anak aku nak boleh jalan ni? Tp dlm masa yg sama.. aku berdoa anak aku moga cepat jalan.. risau jugak takut dia lambat sgt berjalan. Tp aku dok baca2 artikel... normal budak yg belajar berjalan ni antara 10 bulan hingga 18 bulan.. So... anak aku tu normal la.. Alhamdulillah...berakhir sebuah penantian. lepas ni kena cari kasut yg bila berjalan tu bunyi tet.tit...tit... biar bising bila berjalan... hehehe. Bak kata org tua2... "Budak baru dapat kaki"....ha... lepas ni kurus la umi dia dok kejar dia lari2 pulak...senaman tu... tak payah p joging2 kat luar dah...

Thursday, April 14, 2011

CINTA~waheeda

cinta sebati dlm jiwa cinta penghancur jiwa raga cinta memudahkan semua... apakah sebenar erti cinta... cinta titiskan air mata... cinta memutuskan saudara cinta senyum gelak ketawa tiada dinafikan cinta... dikala hangatnya cinta... dunia itu indah... kala mimpi hancur lebur... harapan nyawa terkubur.. oh mengapa.. dimana.. apa..siapa dapat menduga datangnya dan pergi....(2x) dunia itu indah. walaupun kadang mampu meluka pelengkap jasad yang bernyawa... tak dapat dinafikan cinta.. sedap lirik dan irama lagu tajuk cinta ni... betul kata dia... krn cinta dunia indah..krn cinta juga memutuskan saudara.. dan cinta itu buta... ehh..butakah cinta itu.. cinta buta atau org yg buta??...

hampir2

pagi td topik kat sinar.fm adalah hampir2. Mcm2 cerita mengenai hampir. Aku pulak nak bercerita mengenai hampir2 yang berlaku kat aku ptg smlm. Masa on the way nak balik...kat jelempuk ada satu xcdent motor langgar persona. Tak tau apa yg terjadi...aku pun meneruskan perjalanan aku dengan berhati2. Mmg dah jadi kebiasaan bg aku kalau tgk je xcdent..mesti menggeletar lutut. Dari bawak mailto:80@70km/j..aku akan perlahankan jadi 50@ 60 jee. Sampai la kat lampu isyarat depan sekolah Pulau Nyiur...Lampu merah. Aku pun berhenti di lorong kanan. Kiranya kereta aku berada kat depan sekali la..Sebelah kiri aku ada Myvi hitam. Bila tgk lampu bertukar hijau, aku pun masukkan gear n jalan. Keter yg sebelah aku tu pun jalan jugak. Dlm gear satu tu..mata aku masih lagi memerhati lampu isyarat yg gantung kat atas tu... Aku jadi hairan & pelik.. tadi dah hijau tp kenapa skrg dah bertukar merah balik. Padahal aku baru je nak mula jalan... terus aku break mengejut tanpa tgk dah kereta kat belakang aku. Keter my vi tu mendahului aku..dan dia pun break mengejut. Dalam masa yang sama, ada motor tengah laju kona menyenget,,,,sipi2 ja nak kena langgar dengan aku..Tp kalau aku ngn My vi tu tak break mengeut... tak tau la apa yg akan jadi ngn budak yg naik motor EX5 merah tu. Dah la tak pakai helmet. Dan aku rasa tu pun bukan salah budak tu sbb mungkin lampu arah dia masih hijau.. tu yg dia pecut sakan. Salah trafik light tu la... Ada pulak p buat nyanyuk seketika... Teramatlah bahaya keadaan macam tu. Sbbnya byk jugak la kes yg berlaku kemalangan di simpang lampu isyarat. Ada sapa2 pernah alami keadaan mcm aku dak??So... hati2 kepada pemandu2 di jalan raya. Tp Alhamdulillah..Allah pelihara kita dari sebarang bahaya..Moga kita semua dlm lindungannya...

Wednesday, April 13, 2011

hurmmmm

tgh terdengar2 irama lagu industan org dok buat erobik kat bawah. Hari ni aku tak gi erobik sbb jap lagi aku nak gi tgk student bentangkan projek i. Pagi2 ni aku sempat jengah blog seorang pengunjung yang tinggalkan jejak kat blog aku ni.. baca punya baca...hurm.,, kami ada persamaan iaitu berkongsi penyakit yg sama... tetiba aku teringat akan penyakit aku yg kadang aku lupa... hehehe Hidup kita ni pun bukan lama mana sgt pun...jadi, selagi masih bernafas, selagi terdaya...insyaallah aku akan buat benda yang aku rasa dapat membantu aku hidup bahagia dunia dan akhirat. Salam ceria...

Monday, April 11, 2011

umi cinta abah dak???


akhir2 ni anak sulung aku suka sgt tanya soalan yg susah nak dijawab. Kdg2 depan mak mertua aku pun dia tanya soalan yg sama...terpinga2 aku tak tau nak jwb apa. Kalau aku marah abah dia atau aku dimarah abah dia ... soalan yg sama dia akan tanya,


Irfan:UMI SAYANG ABAH DAK?


Aku: Tak sayang! Irfan: Sayang dak??


Aku: DAK!!


Lepas tu dia akan nangis2 sambil paksa aku cakap sayang jugak kat abah dia. Bila ckap syg baru la dia akan berenti nangih. Umi kalau tgh marah atau merajuk mmg akan ckap tak syg...tp abah kalau marah mcmmana pun... mesti dia akan jwb kat anak dia syg umi...


Smlm dlm kereta


Irfan: Umi cinta abah dak?


Aku: Cinta....


Irfan: Kalau Umi Cinta abah, abah kena bg bunga bayak2 kat Umi.


Aku: Ya kaaa..


Irfan: Ya laa..Kalau cinta kena bg bunga, bg hadiah


Aku: Kalau Umi tak CInta abah?


Irfan: Kalau Umi tak cinta abah..abg(dia gelar diri dia abg) sedih la...


Hurm...kecik2 lagi dah boleh bertanya soal cinta dan soal syg..Kita dulu2 mana reti nak ckp mcmni. Tp best sgt2..bila anak yg lahir dari Rahim kita faham dan tahu apa yg kita nak. Lebih dan cepat sensitif dari abah depa. Kdg2 kita ni merajuk, abah depa tak faham2 lagi atau buat2 tak faham yg kita ni tgh merajuk.. Tp mau nama kata anak ni....depa dulu yang cepat mai pujuk...Lepas anak pujuk baru si abah tanya..."Laaa...umi merajuk ka??" Apa punya soalan deerr.. hehhee

ron 95 Xtra petronas

Kemarin pelancaran minyak keluaran baru petronas... ron 95 Xtra..menggantikan ron95 yang lama. Hasil kajian selama 2 thn. Ha... masa ayah aku p isi minyak kereta, ada promosi. minyak 39.99 sen...dapat pen satu. So.. mlm td aku pun p jugak la stesen petronas konon2 nak jugak la promosi pen petronas.. Huhuhu.. hampa!!!! Tak de pun promosi tu... Mungkin di siang hari je kot. Sebenarnya aku mcm was2 je nak guna minyak ni... sbb apa, Masa asben aku tgh isi minyak tu.. aku terdengar sorang aunty penjaga pam minyak dok sembang dengan sorang pelanggan di stesen tu. Aunty ni terkenal dengan kebecokan mulut dia...hingaq sehhh... Dia kata kat org tu... Minyak ni tak elok la.... guna la 97.. sambil2 tunjuk kat ron95 Xtra..Dlm hati aku...Aunty ni terer pasai minyak ka? ke dia tahu sememangnya minyak tu tak berapa nak ok.. ataukah dia mmg suka beleter. Huhuhu.. tetiba je aku rasa was2 ngn minyak yg sedang aku guna. Rosak keter jenuhhh. Petronas 95 Xtra.. Ha...korang klik kat link yg aku bg tu untuk maklumat lanjut. Harap2 boleh menjimatkan dan jaga enjin kereta. Hehhe.. bab minyak ni.. aku mmg cukup berkira sbb aku pengguna setia PETRONAS.seminggu 2 kali isi minyak.hehe...kdg2 je tak setia aku gi boh shell,esso,caltex dan seangkatan dengannya.. belasah je mana yg sempat kalo tak jumpa petronas.

Friday, April 8, 2011

merapu

bila rasa lapar kita mkn, bila rasa sedih kita nangis, bila rasa marah kita agresif, bila rasa boring kita buat sesuatu yg menyeronokkan... Aku sebenarnya tgh boring. Ada kerja yang aku perlu siapkan. Tp??? kenapa malas itu bertandang??? Yang pastinya Isnin ni pagi2 moning lagi(minjam ayat anak mami)...benda tu dah kena siap. Skrg jam menunjukkan pukul 3.30.. Dan aku akan pastikan disiapkan pukul sebelum 5.10. Kalau tak siap jugak.. terpaksa la lajak kerja sikit... Huh...sebenarnya hati ni asyik teringatkan anak2 kat rumah, abah diorang kat sana, mak ayah kat kampung, adik2 diperantauan...teringat pada kenangan bersama Arwah nenek. Rindu pada dia....Rindu zaman kanak2...rindu zaman remaja... Andai dapat...kuundurkan putaran dunia,,,akan kuubah semula..kata2 dan tingkah lakuku...(tetiba je lagu kumpulan AXL bermain di kotak ingatan). ok lah.. terpaksa undur diri dulu.... Selamat berhujung minggu...

Wednesday, April 6, 2011

adik asyik terhantuk

Semalam adik nangis ditengah malam... sbb adik tidur tak sengap... pusing merata. dikeheningan mlm tiba2 dengar bunyi yang kuat. Lepas tu terdengar tangisan adik. erm.. tu tera dok sendai ngn bantai.kri kanan.. atas kepala..hujung kaki... boleh gak adik buat aksi terbang p jatuh atas lantai... Mcmmana la nak tidur atas katil adik oiii... Adik.. oh adik...mesti sakit kan...huhuhu Nampak gayanya adik lagi lasak dari abg nih.... Seingat aku.. abg cuma pernah terhantuk dinding masa tengah tidur sekali ja... Tp adik dah tak larat nak bilang berapa kali terhantuk.... Semoga anak2 umi tahan lasak...sentiasa sihat. Sayang u olzz

Tuesday, April 5, 2011

Tunjukkan aku jalan

Bila hati menyulur sepi,

bayang seakan hilang puncanya,

pergi berlari sebuah mimpi,

akhirnya igauan ngeri bertandang jua...

PadaMu aku berserah segala,

Bukakan jalan untuk ku tempuhi,

Pada mu jua aku meminta,

padamu juga aku berserah,

Saat tiada lagi manusia yang boleh aku percaya,

Saat hati bergelodak kencang,

Saat fikiran melayang entah kemana,

Bisikan durjana makin menggoda,

makin menghantui..

Butir bicara berperang di dalam,

Naluri anugerah berbisik2...

seolah tersekat di kerongkong yang dalam,

rasa perit itu mana tempat utk diluahkan....

Sungguh pedih....

Tp aku masih disini.. berdiri teguh...

mengharap impian ku tidak akan musnah,

mengharap impian itu akan terbuka luas..

Ya Allah.. tunjukkan aku Jalan itu...

Monday, April 4, 2011

perlukah


perlukah hidup dlm kepuraan sedangkan jauh disudut hati..inginkan pengertian.


perlukah menanti sebuah sinar pengharapan jika yang dinanti belum tentu memberi erti kenyataan..


perlukah memberi andai yang menerima belum pasti akan menghargai...


perlukah berubah andai jalan yang dipilih adalah fitrah...


perlukah kesabaran saat batasnya di puncak ledakan...


perlukah mencari andai sudah tersergam di depan mata hati...


perlukah mencari maaf andai itu bukan punca sebuah khilaf..


perlukah tersenyum saat hati dilanda gelita,


perlukah berlari disaat kaki tertusuk duri...


perlukah titisan air mata mengalir tanpa dinilai...


perlukah hati menjadi keras seperti batu hitam..


perlukah hati menjadi lembut selepas salju...


perlukah dingin selepas datangnya kehangatan...


perlukah lagu itu menjadi penghias kerohanian..


perlukah zikir dan munajat menjadi amalan...


perlukah penjelasan ketika dilanda kekalutan...


perlukah menyuluh di dalam kegelapan...


perlukah menyintai untuk terus disayangi...


perlukah pengorbanan untuk sebuah penghormatan...


perlukah kepercayaan ketika berdepan dengan kekeliruan..


perlukah keimanan ketika hati tergugat...


perlukah kelembutan tatkala getir bertandang...


Perlu atau tidak, semua nya terpulang pada tuan empunya diri untuk memilih mana satu jalan yg terbaik buat dirinya.. Tiada apa2 yang dapat merubah akan takdir yg tertulis selain dari DOA..

Friday, April 1, 2011

pengharaman loteri di kelantan satu deskriminasi?

hurm.. terkejut tgk tajuk berita seperti tajuk entry aku kali ni. Tv1 punya berita. aku tgk masa pukul 6 ptg.. Aduh2... tau la nak pilihanraya.. tp harap pihak yg buat berita ni..ambik perhatian.. Aku bukan apa.. takutnya benda yg dicakap tu buatkan kita tergelincir dari landasan yag sepatutnya. Yang ditemuramah tu kebanyakannya bukan beragama Islam. Ada sorang ni cakap: Kerajaan kelantan tak patut haramkan loteri. Loteri bukan Judi. Mcm cabutan bertuah la jugak. Bayar 3 ringgit. kalau untung menang. sorang lagi plak cakap: Kami punya Hak untuk bebas disini. Pengharaman loteri mmg tak patut. and..manymore an opinion..(dah tak ingat la) org melayu pun ada yang membantah. Sungguh menakutkan. Tp part org melayu tu aku tak pasti la.. mungkin dia cakap: kerajaan Kelantan kalau nak haramkan ..sepatutnya biar serata. Biar klu nak haram,haramkan semuanya.. May be ayat dia ada ambik sekerat2 saja. yg tu hanya tuan empunya badan je yg tau. Hhuhu..benda baik mana ada org suka... sedangkan jelas dlm hukum hakam dalam agama ISlam: ARAK DAN JUDI HARAM... Wallahua'lam

Thursday, March 31, 2011

Perlis Banjir lagi

Hujan tak berenti2 kemarin.. banjir lagi Perlis... Kemarin awal2 lagi cabut balik sbb air dah mula naik.... Hari ni mai jugak kerja. Redah masuk jugak dalam kawasan tempat kerja... Mcm Feri ja dok lintas ayaq.... Akibatnya: keretaku Berasap!!!! berasap mungkin sbb enjin dah panas.. kemudian disirami air pulak... Huhuhu.... Harap2 tak rosak... Skrg aku terperangkap dlm kawasan tempat kerja.. tak boleh nak keluar p mana2.. Adui...kalau tau.. tak de la aku gagah dan gigih mai keja gak..

Thursday, March 24, 2011

adab

Mlm td aku berkesempatan tgk eksklusif di 1. Siaran ni ttg temuramah wartawan dgn seorang yg pernah di serbu oleh pihak JAIS krn dikatakan mengamalkan ajaran sesat. Smlm Wahab tu telah terangkan segala2nya...dan tiba pulak giliran wartawan untuk dapatkan penjelasan dari pihak JAIS. berbulan2 diorang cuba hubungi pihak Jais tp tak berjawab sehinggakan mereka terpaksa pergi sendiri ke pejabat. Layanan yg mereka dapat sungguh mengecewakan. Seorang daripada pegawai situ bg aku...dia sungguh tak beradab dan tak beretika. Mcm tu ka rupanya seorang penjawat awam menjawab dan melayan org lain? "kepala otak kau" huhh... tak layak jadi pegawai jika perkataan begitu dihamburkan kepada pihak yg bertanya.. sepatutnya dia kena profesional dlm menjawab soalan. Ke pegawai ni belum pergi kursus induksi? Dah la tu...Siap kata kat wartawan..
pegawai: buat apa nak tanya diorang kat luar tu..diorang semua 17. Jauh giler jarak dengan saya" .
wartawan: habis tyu u berapa? 41?
pegawai: ye..saya 41
Ehh betapa sombong dan angkuhnya dia... tak terfikirkah dia mungkin kerani yang 17 tu pun ada diploma, ijazah dan jugak master. Cuma bukan rezeki mereka untuk mendapat pekerjaan yg setaraf dengan kelulusan.
Hurm.. itulah namanya mengaji tinggai..Ilmu ada.. tp tak pandai nak guna.

er.. sungguh memalukan penjawat awam yang lain.. Sedar2 la ye... Adab kita menunjukkan siapa kita. Hormat org perlu ada

Mcm tu jugak ..aku kesal dengan apa yg terjadi dengan dunia FACEBook. Mcm ada entri lepas yg pernah aku tulis... byk buruknya FB.
Jadi pecah belah...silap paham,tuduh menuduh. Masing2 hendak menegakkan pendirian masing2.. Satu dunia tahu...Lagi byk tuduhan..lagi byk salah faham timbul.
Org ni kata kat org tu...kwn2 org ni pakat sokong, pakat like., tolong kutuk tambah. Bukannya nak tolong redakan api kemarahan kawan tp diajak kepada kebencian. Tambah minyak dalam api. Makhluk apa sifatnya terdiri daripada api?? Yes!! Jawapannya syaitan Laknatullah... Mahukah kita jadi sahabat Setan?
sakit hati sepatutnya diubati dengan zikrullah, bukannya ditambah dengan dendam kesumat.
Kepada kwn2 disana... mari kita kembali ke jalan yg benar... Jgn kita terus hanyut. Kelak diri kita yg tak tenteram.
aku bukan seorang pendakwah yg terlatih...aku juga manusia yg tak lepas dari sifat2 mazmumah. Dan buanglah yg keruh, ambil yg jernih. Setiap manusia melakukan kesilapan. Dan kesilapan juga merupakan satu permulaan untuk kita berubah. Semoga apa yg kita buat akan mendapat barakah.
Apapun gelaran yg diberi, Jagalah ADAB.. krn Islam amatlah mementingkan ADAB. Malulah dengan diri sendiri kalau tak malu dengan org lain pun... Bahasa kita menunjukkan siapa kita...
"selamat beramal''

Tuesday, March 22, 2011

Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan-Guru silat

Cuaca skrg ni tak menentu. Balik keja ptg2 mesti hujan. Bila hujan rasa best..sejuk ja.. tp dlm masa yg sama.. hujan jugak boleh mengundang bahaya di jalan raya. Jalan licin, tak nampak jalan klu hujan lebat. Lepas turunkan Kak Murni dekat kepala Batas, nampak mcm asben aku tgh naik moto kat belakang aku. Motor tu terus ekori aku. Sampai kat Kem tentera, ada lori tentera nak kona masuk dlm kem. aku terus ambik jalan kiri. Tetiba aku dok rasa mcm lori tu nak kona kiri la pulak.. terus aku brake. Motor kat belakang aku pun brake menyakaq. Seb baik tak da apa2 yang berlaku. Sampai kat trafik light hutan kampung, lampu merah. Aku pun berhenti. Tiba2 aku terkejut sbb cermin kereta aku diketuk oleh seseorang. Ehhh terkejut aku. Rupa2nya betul la apa yg aku nampak td. Asben aku rupanya. Tp apa faedahnya dia naik motor tgh2 hujan mcm ni. Dah la tunggu aku kat tempat aku turunkan kak Murni. Nak intip la tu...heheh. Sampai rumah, kena sound ngn dia. "awt brake mengejut?". "mengejut ka? mcm besa ja?". "Len kali bawak keta elok2, jgn lok laq..nasib baik abg tak terlanggar keta tadi..". Laaa yaka.. sori la... tak perasan sgt2 tadi...

Dalam rumah, dia bgtau yg sepupu aku nasib baik tak naik van yang bawak guru silat. Sepupu aku naik kereta.. mengekori dari belakang van yang kemalangan tu. Salah seorang mangsa yang meninggal tu.. terkenal la kat kawasan rumah aku. Menurut laporan berita, mereka dari sungai Buloh menghadiri majlis kenduri sedara mereka. Dekat sgt dah nak sampai rumah. Tp ajal dah menjemput. Diucapkan takziah buat 5 keluarga guru silat yang ditimpa musibah. Semoga Roh mereka dicucuri Rahmat.. Alfatihah...

Maklumat lanjut boleh baca kat sini.
kat sini pun ada lagi beritanya..

Apapun.. berhati2 dijalan raya.. Semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T

Monday, March 21, 2011

berkhitan

Berdebar2 sebenarnya dari hari jumaat lepas lagi..sbb nak buat berkhitan terhadap anak perempuan aku. Bukannya apa..aku dok fikir takut dia kelupuq kat klinik tu, meraung2..jenuh aku. Tp nasib baik la kwn2 dan famili bg sokongan padu..hehe.. cewah2... sokongan padu...bunyik mcm nak lawan sukan la pulak..almaklumlah skrg ni musim sukan kat tempat kerja aku ni. Tp aku tak terlibat langsung dlm sukan...mmg tak minat sejak2 umur makin menginjak naik ni. Tp kalo tak bersukan mcmmana nak kekal sihat ye? berjoging pun jarang2 sekali.. Lagipun rasa mcm stamina tak cukup. Serius!! skrg klu lari sikit je pun dah penat tak terkira..Mcmmana la nak dapatkan mcm zaman moda2 dulu..zaman remaja..Tp tu la.. aku ni larat lari yang pecut2 je.. yg jarak jauh mmg out of servis.( ehhh.. apa aku melalut ni)
ha.. berbalik kepada cerita berkhitan td, pagi2 buta aku call klinik Ehsan tanya doktor perempuan bila ada? Org yg angkat tepon tu kata ptg baru ada doktor perempuan. Hurm.. bab ni kena memilih sikit kot...cari yg pompuan lebih Afdhal. Aku bawak anak ni ,usia anak aku dah setahun 1 bulan. Org tua dulu2 kata elok buat masa anak setahun lebih. Tp rasanya elok bawak bawah setahun sbb baby masa tu mmg tak pandai nak pusing2 lagi. Tp nasib baik la..Kerja aku dipermudahkan. Masa sampai klinik Insyirah Tidoq. Puas kejutkan dia.. tak mau bgn2 jugak. Bila giliran tiba, kami (aku & mak) masuk dan insyirah masih tidoq. Dr suruh letak atas katil. MAsa tu baru dia jaga. Aku ni mmg gelabah tak sangga. berpeluh2...Nasib baik dia baru bgn..dan tak banyak ragam. Hanya sekali je nangis. Keluar bilik doktor dah senyap. Si abg Irfan pulak.. dengar adik nangis terus marah2 doktor. Dari luar la sbb Irfan dengan abh dia masa tu. Irfan kata.. "Jahatla doktor ni. Doktor cucuk adik"
Hurm... Aku jwb "doktor baik la... doktor tolong cucuk bg adik sihat"..
"oooo" disahut dengan rasa tak puas hati...
Dr hanya bg ubat tahan sakit..harap2 esok dah ok..
Apa2 kemusyikilan boleh Refer sini :
Mengikut Imam Syafie: Berkhitan adalah wajib bg lelaki dan perempuan.
Mengikut Imam Malik, Imam Abu Hanifah & Imam Hassan Al Basri: Berkhitan hukumnya sunat ke atas lelaki dan wanita.
Mengikut Imam AHmad: Ia wajib ke atas lelaki sahaja dan perempuan adalah digalakkan

Ha.. Kita ni ikut MAzhab Syafie..so kita ikutlah pandangan dari Imam Syafie...

Thursday, March 17, 2011

Filem~Hikayat Merong Mahawangsa~

Kemarin (Rabu) aku bercuti. Ingat ambik cuti sbb nak bawak anak cucuk. Tp anak demam. So kena tangguh la dulu aktiviti ke klinik. So, tghari aku ajak asben bersama Irfan p tgk wayang. Seb baik asben berminat. So.. boleh la tonton filem Hikayat Merong Mahawangsa. Best citer ni. Lakonan Stephen Rahman Huges yang membawa watak merong mahawangsa ni mmg best laaa.. Ha.. Kali ni aku mmg angkat ibu jari la.. tanda "best' pada filem melayu. Rasa mcm tgk filem omputih...

erm.. balik dari situ, aku rasa berat kepala.. mata berair.. Sah!! aku selsema. Sakit habis badan2 nih...Ingatkan hr ni nak MC je.. tp memandangkan ada lagi misi yg belum diselesaikan, terpaksa la jugak mai kerja. Harap2 tak miaw22 pala aku hari ni..

Monday, March 14, 2011

AWAN

Aku suka tgk awan...
tak kira la awan yg ada kat langit atau awan yang di capture lensa kamera,
bg aku awan itu cantik...kejadian Allah.
Masa peristiwa Ribut besar kat Perlis ni.. tghari sebelum kejadian aku dok perati jugak awan..
cantik sgt2... Cumanya tghari tu awan tu nampak lain.. Sinar cahaya matahari pun lain sgt2...
Kdg2 Awan panjang yg terbentuk dilangit membawa pentanda Gempa. Benarkah ia?
Pernah jugak terdengar cerita daripada penduduk di persisir pantai yang dilanda Tsunami.
Khabarnya sebelum kejadian ada penduduk yang terlihat kepulan awan yang berbentuk memanjang di kaki langit. Fenomena awan panjang ini sebenarnya pernah wujud pada zaman Nabi Hud. Telah terbentang awan dilangit panjang melintang di tengah2 langit. Hampir semua org keluar untuk melihat awan yang ganjil itu. Org yang memusuhi Nabi Hud menyangka awan itu petanda kemakmuran dan kesenangan bagi mereka. Tp Nabi Hud berkata kepada mereka:" Itu bukan awan Rahmat, tp awan yang membawa angin kencang yang akan menewaskan kamu sekalian. Angin yang membawa azab siksa yang sepedih2nya,"
Begitu juga dengan peristiwa gempa di Jogja yang mengorbankan 5000 nyawa berikutan terjadinya gempa yang berkekuatan 6.2 SR. Awan panjang juga muncul sebelum kejadian.

Takziah kepada penduduk2 yang berada di Jepun atas bencana yang menimpa. Takut tgk Kapal besar dicampak naik ke daratan. Begitu besar air yang menolak kapal tu. Sehingga kini dianggarkan 1300 nyawa terkorban. Gempa terbesar setelah lebih 140 tahun bermagnitud 8.9 SR. Kini loji nuklear pulak meletup. Sungguh menakutkan.

p/s: Pagi tadi sampai awal...tetiba terpandang langit... nampak awan bentuk memanjang. Lantas aku panggil mak cik cleaner untuk sama2 menyaksikan awan yg agak ganjil itu. Mak cik tu kata.. Tak pernah tgk lagi awan mcm ni. Harapnya itu hanya lah satu fenomena biasa... Ya Allah.. KAu selamatkanlah kami dari segala Musibah... Jauhkanlah kami dari Malapetaka. AMIN...

Friday, March 11, 2011

nostalgia

Dah lama aku tak masak
Sejak anak 2 org ni...mmg jarang masak.Mlm td masak simple ja... Ikan goreng masak kicap.
Irfan ngn adik mkn berebut2... seronok tgk depa mkn bersuap...
abg satu suap.. adik satu suap.
Hurmm.. teringat kenangan masa kecik2 dulu.. nostalgia....
Mak selalu suapkan kami adik beradik.Nasik lauk ikan temenung(ikan kembung) berkuahkan kicap pekat je.Kicap tu selalu yg kami guna.. kicap tamin atau pun kicap MAJU atau kicap MUDIM ja... Tu la yg berebut2... Tambah pulak mkn dengan nasik panas2.. erm.. menyelerakan..



Tp la ni ada kicap lagi sedap.. kecap Kipas udang...

Ha.. berkat sebenarnya suapkan anak2... anak2 bila besar...ada keluarga sendiri, mesti akan ingat apa yg mak ayah lakukan untuk besarkan anak.
Cinta pertama diri kita adalah cinta pada kedua ibubapa kita. Kita kenal dunia, org pertama yg kita syg... org pertama yg kita kenal.. adalah wajah mak dan ayah atau pun org yg besarkan kita.
Mcm aku... wajah pertama yg aku ingat adalah wajah nenek aku...(al Fatihah buat arwah nendaku: Sharifah Merah)... Saat dia hayunkan aku dalam buaian... saat aku kena marah atau kena kejar ngn ayah.. dia lah penyelamat aku.. Hahaha... ayah kena marah balik... Aku senyum tanda puas bila boleh berlindung dibelakang nenek.. sampai skrg.. Aku terlalu sygkan nenek.
Bila masuk darjah satu.. baru aku tahu... itu mak aku.. wlaupun tiap2 hari aku p kacau mak aku.
Rumah tok ngn umh mak sebelah menyebelah ja. Tp tok yang nak besarkan aku..
Kalau gaduh ngn tok.. aku bungkus baju balik umh mak.. bila gaduh ngn mak.. angkut kain baju balik rumah tok. Begitulah aku...hehhe...
Sampai naik darjah satu... mak aku ugut aku...
Kalau tak balik dok rumah, mak tak mau hantar p sekolah...
Hasrat dan keinginan untuk kesekolah membuak2... membuatkan aku sanggup tinggalkan tok.
Aku nak sekolah... mmg aku suka p sekolah. Tak mcm adik aku yg lain.. semuanya kalau nak p sekolah.. ada sahaja ragam mereka. ada yg bila naik moto ngn ayah.. ayah jalan, dia terjun bergolek2 atas jalan, ada yang pagi2 sebelum mandi jenuh kepung. Lari masuk bawah meja mkn, ada yang kena percik air kat muka... ada yg.. mcm2 lagi la klu nak cita.. esok pun tak habis.
Tp... pernah satu hari aku tertidur waktu nak masuk maghrib. Aku terjaga pukul 7.30. Bila tgk jam. Alamak!!! dah lewat!!! mati la aku kena marah p sekolah lambat.
Segera bangun sambil nangis2.. marah kat mak.. marah kat ayah...
'awat semua org tak gerak cek?" huwwarghhh sambil nangis2... sambil jln menuju ke bilik air.
Tp semua org tgh tengok tv. Semua mata tgk aku dengan rasa hairan.
Mak aku tanya" Nak p sekolah apanya.. bukan pagi lagi. Ni 7.30 mlm la...
Alamak.. malunya aku...Mamun rupanya.. tu dia... betapa semangatnya aku nak p sekolah.
Masa aku kecik2..mak aku adalah seorang yg cukup tak sporting. Tambah2 kalau dalam bab2 nak berjalan p mana. Nak p rombongan sekolah pun dia tak bagi. Pernah satu kes.. aku nak p Kelantan..rombongan.. Aku sorang je tak boleh p sbb mak tak bg.. Ermm tapi aku ada plan untuk pujuk mak aku. Aku call rumah.. suruh mak aku cakap ngn kwn2 aku.. suruh kwn2 aku pujuk mak aku... Akhirnya.. Yeah!! berjaya!!! kwn2 aku berjaya pujuk mak aku.. dan.. dapatla aku p mkn angin di Kelantan... Hurm.. cair jugak mak aku dengan rayuan kwn2 aku.
MAsa tu aku rasa mak aku seorang yg suka mengongkong. Nak p mana pun payah. Yang tu tak boleh.. yang ni tak boleh terutama bab nak p jalan2.. Nak p mana kena bgtau dia dulu.. Masa tu mmg tertekan sgt2.. rasa tak bebas. Tp aku bukanlah seorang yg suka memberontak. Aku ikut gak ckp mak aku. wlaupun kdg2 terpaksa menipu sikit.. hehe. sikit ja MAk...
Tp kini.. bila aku dah dewasa.. baru aku sedar... Apa yang mak aku buat adalah rasa tanggungjwb dia didik anak2.. rasa syg dia terhadap anak2..
Dia nak anak2 dia jadi manusia berguna. Dia tak nak sesuatu yg buruk jadi kat anak dia...
Terima kasih mak krn jaga aku dengan baik.. Didik aku dengan sempurna...Krn bagi aku... Kaulah Yang terbaik. Tiada insan yg dapat gantikan tempatmu sebgai Ibuku.. Terima kasih MAk.. I love u..
Terima kasih ayah... krn kasih syg mu... Terima kasih Ats jasa2 kalian membesarkan aku.. bg mkn pakai yg Cukup.
Tiada Kamu.. aku tak wujud di Dunia ini....
Dan kepada adik2 ku yg masih lagi mencari kebebasan.. ketahuilah.. sesungguhnya yg terbaik adalah apa yg didoa oleh IBU dan Ayah... Redho Allah terletak pada Redho ayah dan IBu...

Monday, March 7, 2011

Filem~Aku Masih Dara~

Teringin sgt2 nak tengok Filem ni bila kali pertama ada sedutan kat TV... Bukannya apa... sbb ada Asyraf Muslim,Yana...
Masa tgh hangat filem tu kat pawagam, aku ada ajak asben p tgk.. Tp dia kata tak mau P...
Hurm.. Balik Kampung baru2 ni..kebetulan adik aku p pasar mlm, so dia beli la DVD citer nih... So Aku pun layan je la cita ni... Filem ni ade tulis 18sx tak? Aku tak terperasan pada label ada ka dak... Sbb habis tgk baru aku kategorikan filem ni Filem 18sx. Huhu.. dah la anak tgk sekali. esh2. esh... Tp seb baik asben aku tak tgk sekali... Kalo tak.. confirm aku kena dgr ceramah...
MMg la cita ni cita pasai masalah remaja zaman skrg. Tp bg aku pelakon2 tu.. terlalu seksi... ala2 berkemban gitu...
Adegan menari kat pub @ disko bersama pasangan masing2...tak de sensored. Anak kecik aku tanya: Umi depa menari apa tu?
Aku hanya jawab: Tu gaya setan menari... Apa yg nak jwb untuk anak kecik mcm tu?
Macam ni ke filem melayu? Mmg depa kata nak tunjuk contoh supaya gejala sosial di malaysia ni teruk.. Tp dlm masa yg sama.. klu budak2 muda tgk... secara tak langsung depa akan tiru punya lahhhh...
Dah la tu... filem ni kutuk org pakai Tudung tu...sbb nak tudung salah yg depa buat ja... eshh geram pulak aku dgr.. Sanggup pulak pelakon kita melakonkan watak2 yg... erh
m.. korang sendiri la tonton filem ni... Rasa sesuai ke tidak..
Bg aku... sepatutnya blurrkan la adegan2 kat disko dan bilik tidur.. Pelakon2 pun tak perlu la pakai baju yg menjolok biji mata...huhuhu
Ptg kemarin.. anak aku suruh aku...
Umi.. buka la Cd yg tak pakai baju
Ha??? CD mana? sambil heran2...
Anak aku tunjuk VCD aku masih dara...
CD rosak la syg...ayat cover tak mo bg dia tgk...

Apa nak jadi??/

salah satu adegan dlm filem ni....

Friday, March 4, 2011

PerMaTa YaNG DiCAri~ De Hearty

Hadirnya tanpa ku sedari..
menggamit kasih cinta bersemi...
hadir cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan Ilahi..
Lembut tutur bicaranya..
menarik hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat dihati
mendamaikan jiwaku yang resah ini...
Ya Allah jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu

C/O:Dialah permata yang dicari
selama ini baru kutemui
tapi ku tak pasti rencana Ilahi
apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu
akan ku batasi dengan syariatmu
Jika dirinya bukan untukku
redha hatiku dengan ketentuanmu
Ya Allah.. Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatMu


Dah lama sebenarnya tak dengar lagu favourite aku ni.. Masa mula2 aku syok dengan lagu ni...Tiap2 hari aku pasang..asyik replay je... sampai kwn2 yg dok ngn aku kat lab naik cemuih...he... mcm tu la tabiat aku.. selagi tak boleh nak kuasai lirik dan bait2 ayat serta irama sesuatu lagu yg aku minat...selagi tu la dok ulang2...sampai la urat saraf dalam memori otak ni save...

Dan... baru2 ni... ketika dalam perjalanan pulang dari umh Tok, sampai kat Sp...adik ipar aku yang kebosanan mainkan lagu yg dlm hanset dia... tetiba kenangan aku ngn lagu ni timbul balik..

Balik opis... cari dlm komputer aku..tadak.. Tetiba teringat: eh lagu ni dah tak de.. sbb aku format komputer. Tp tak pe...aku download semula... dan dengar semula...

Hur..hur..

Aku suka lagu ni krn salah satu sbbnya ialah ada doa yang YA ALLAH JIKA DIA BENAR MILIKKU...DEKATKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU..JIKA DIA BUKAN MILIKKU, DAMAIKANLAH HATIKU DENGAN KETENTUANMU...

Ha... tu yg paling best...
Untuk adik2 yang baru belajar mencari cinta, Semoga cinta kita terpelihara... Dahului dengan Cinta pada Pencipta.
Dan.. Semoga Aku...kwn2 sertai isteri2 yang ada di dunia ini adalah PERMATA YANG DICARi oleh suami2 kita...

Thursday, March 3, 2011

Irfan Penat

bz sungguh hari ni.. hheheh... cam ayat ahli korporat je.. hehhehe
sebenarnya mata ni ngntuk sgt2....kepala berpusing2...
smlm tido asyik jaga sbb Irfan kat sebelah bunyi mcm penat ja..
kesian dia.. Tp balik kerja dah p ambik ubat dia..
tp bila tgh mlm bunyi mcm teruk je...
bgn sapukan vick kat dada n belakang...
lepas tu ambil daun apa tah mak aku buat.... tempek kat leher dan dada dia....
Subuh baru dia boleh tidur nyenyak.. Kesiannyaaa
Masa dia kecik2 tak dak pun penat... ni mai umur 4 thn ada tanda2 mcm nak ada penat.
Dr kata.... usia 4-6 thn adalah borderline... so kena hati2,,,
Hurm.... Tlg la jgn mkn ais byk2 wahai anak kesayangan Umi...
Umi Risau sgt2 ni.... Moga anak Umi cepat sembuh...

Wednesday, March 2, 2011

Keseronokan bekerja



Kita seronok bekerja jika kita mulakan dengan niat yang ikhlas..
Kita seronok bekerja dimulakan dengan Kalimah Bismillahirrahmanirrahim..
Kita seronok bekerja jika ada Pihak yang menghargai kerja yang kita buat...
Kita seronok bekerja ketika kita rasa Happy..
Kita seronok bekerja jika kita ada target dan perancangan...
TAPI...
seringkali rasa seronok kita dimatikan dengan rasa TERBEBAN...
seringkali jugak rasa seronok itu hilang bila kita rasa TAK ADIL, kenapa aku sorang yg buat..yang sorang lagi tu goyang kaki?
seringkali jugak rasa tak seronok itu dtg bila apa yang kita buat ada saja yang tak kena dimata org, ada saja salah yang dicari,
kena marah jugak akan menghilangkan rasa seronok itu...
Tp kadang2 masalah luaran.. seperti masalah ngn kwn2.. masalah dengan bos... kdg2 buatkan kita malas nak dtg kerja...malas nak buat kerja.. kerja pun dah tak ikhlas...
Tp... Semua rasa tak seronok itu akan hilang jika kita fikir... KERJA ADALAH satu TANGGUNGJAWAB.
bila kita rasa tugas yang diberikan itu adalah tanggungjawab... kedepan2 kerja itu kita takkan ungkit mengungkit... jika kita buat satu2 benda tu dengan Ikhlas...
Mcm jugak kalau kita tolong org dengan Ikhlas... kalau org yg kita tolong tu satu hari nanti.. ada something yg buatkan kita sakit hati kat org yg kita tolong tu...Kita takkan ungkit segala pertolongan yang kita Hulur...
Buat sesuatu KERANA ALLAH... Insyaalllah.... KITA takkan menyesal atas pertolongan yg kita hulurkan krn apa yg kita buat tu adalah PAHALA buat kita.
Sebaliknya... kalau ungkit mengungkit terjadi... mana lagi pahala yg kita nak kutip?

oleh itu.. Carilah keseronokan Bekerja(Tonggak 12)...krn disitu tempat kita cari Rezeki....
Tp.. kalau dah mmmg rasa tak seronok.. isi borang... cari tempat lain..
Tp.. adakah tempat lain juga akan menjanjikan kebahagiaan mcm yg kita kecapi skrg??

Monday, February 28, 2011

Kadar kompaun baru mulai 1 mac 2011

terkejut dgr berita pasal kadar kompaun baru yang akan bermula pada 1 mac ni.

"lebih lambat membayar saman, lebih tinggi kadar kompaun"

esh... kerajaan dah tak de duit sgt ke?
Ini seakan2 membebankan rakyat... sekali kita lihat... nampak mcm untuk pembangunan negara dan untuk membendung kadar kesalahan di jalan raya..
Tp kalau kita lihat dari sudut lain.. kadang2 nampak mcm ALONG je.....
Lambat bayar hutang, lagi BUNGA naik....
tak bayar dalam masa 60 hari... kena naik mahkamah...
Tak terfikir ke...bukan semua rakyat ni org kaya yg senang2 je bila org mintak RM300 boleh cari dalam masa seminggu je... nak bayar RM300 tu pun kena simpan selama 3 bulan...
Yang dok kena saman tu.. keta cikai2 je.. bawak kat jlan 80-110 je..
yg lari deras mcm merc 200km/jam tu tak de pulak kena.. sbb kamera tak boleh nak tangkap plate number... betul ke???
Harap pihak berkenaan... fikir2kan kenapa nak menyusahkan banyak pihak...

update sikit: korang boleh baca dari sini.
Rupanya kita ada hak.. cuma kita je tak reti pasal undang2...heheh

Selamat Hari Lahir yang Pertama

I love u so much....hadirmu menyinari hidup kami...

Assalamualaikum..
hari ni genap setahun umur Nur Syahidatul Insyirah.. Malam td pukul 12 abah hantar sms.. Ucap selamat hari lahir yang pertama untuk adik. Kali pertama sambut besday.. abh tak dak la dik... abh p kursus kat Taiping seminggu... sian adik.
Tp tak pa.. umi ada.. hehehe.
Moga Insyirah membesar dengan sihat dan ceria...
Semoga anak umi membesar menjadi anak yg taat pada Allah, taat pada umi dan abah.

Dan teringat setahun yang lepas.. masa ni umat bertarung nyawa untuk melahirkan Adik... dan adik kena ingat pengorbanan seorang IBu...



er.. nak tulis byk2 tak berkesempatan la hari ni.. sbb hari ni adalah hari yang Terrrrsibuk.. len kali sambung noo

Thursday, February 24, 2011

..Murah Rezeki...

antara tip2 untuk menambah rezeki dan mengurangkan kesulitan:

1) Jangan putus zikir dan doa

Ayat seribu dinar ni byk yang org suka amalkan untuk menambahkan Rezeki...dilapangkan dada..dikeluarkan dari masalah.





erti ayat seribu Dinar:
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan Ia dari masalah,
Dan diberikan rezeki dari sumber yang tidak diduga..
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu..."

Selain itu juga...kita boleh amal ayat ketika Nabi Yunus didalam perut ikan... ayat ni selalu kita guna bila nak mintak Allah tolong kita.. ketika kita berada dalam kesulitan... Masa nak bersalin pun, kita jangan henti membaca doa ni..

2) Jangan tinggalkan solat dan ibadat2 yang lain.

Lagi kita banyak maslaah.. lagi kita diuji..lagi kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Jgn terus jauh dari Allah. krn kepadaNya kita momohon pertolongan, kepadanya jua kita mengadu...

Waktu mlm...lakukan solat sunat Tahajjud.. Solat Sunat Hajat.

Solat tahajjud mempermudahkan memperoleh rezeki, seseorang itu dipercayai, dan doanya dimakbulkan Allah.

Disamping itu.. tambahkan solat Dhuha diwaktu siang hari.

3) berbuat baik kepada ibu bapa..

Takkan terputus rezeki seseorang anak Adam selagi hubungan dengan ibu bapa tidak terputus.. So.. Kalau ada masalah... cuba renungkan... hubungan ibu bapa ngn kita ok tak? Kalau tak ok.. cepat2 mintak maaf.. minta ampun. kalau rasa tak bersalah juga.. renung2kan.. adakah kita pernah sakiti hati mereka... pernah kah kita tak mintak restu mereka bila nak buat sesuatu?

Kredhoaan Allah terletak pada keredhoan ayah ibu...

4) selalu bersedekah...

ha.. yang ni kena selalu buat tau.. kalau tak mampu seringgit pun cukup. Bila p pasar mlm, jumpa org mintak sedekah.. ringan2kanlah tangan menghulur... Mmg la skrg ramai kes penipuan...Tp tak slaah kalau kita ikhlas,, org tu nak tipu kita ke tak... tepulang.. tu hal dia ngn Allah...

5)Bersyukur denagn pemberian Allah..

Syukur ats rezeki yang kita dapat.. jgn tamak, jgn kufur nikmat.

6) Bila dilanda kesulitan /bermasalah,

Check balik... kenapa jadi mcm ni?
sbb aku buat salah?
sebab aku cuai? sebab aku tak ambik tahu? Ermm.. Kalau boleh jangan salahkan org lain atas kecuaian dan kelalaian diri kita.

Dari apa yg berlaku... kita ambik iktibar, jadikan sempadan.. jadikan panduan agar tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Memberi maaf adalah yang terbaik.. Jalan ketenangan jiwa... Sebaliknya jika kita berdendam.. diri sendiri sakit hati, hidup tak tenteram.

7) Akui kesilapan

Kesilapan sebenarnya mematangkan kita.

Our wisdom comes from our experience and our experience comes from our foolishness

selalu ingat

when i asked Allah for strenght and Allah give me difficulties to make me strong.

i asked Allah 4 wisdom, Allah gave me problems to solve.

i asked Allah 4 courage, Allah gave me obstacles to overcome.

i asked Allah 4 love, Allah gave me troubled people to help.

i asked Allah 4 favours, Allah gave me opportunities..

May be i received nothing i wanted, but... i received anything i needed..

ha... ingatlah.. Allah jadikan sesuatu bersebab..dan dia tak akan menguji hambanya diluar kemampuan...

Wednesday, February 23, 2011

Moga Fiza tabah

Nor Syafiza kini sedang menjalani rawatan Di HKL...
Keadaan Fiza makin teruk...
Barah Rahim merebak ke usus...
Sekarang usus dah tak boleh nak mencerna makanan..
tentu makin perit....
Tak tergambar betapa sakitnya dia...

Teringat masa kami menyewa sekali dulu....
sebelum aku kawen...
sebelum dia berangkat ke German melanjutkan master...
Teringat gelak tawa dia... yg sememangnya seorang yg ceria...

Bila dia balik ke Malaysia...
aku dah ada keluarga...
Jarang nak berjumpa sbb dia jabatan lain...

Tiba2 terima perkhabaran fiza sakit..
sakit yang ditakuti oleh semua golongan WANITA di Dunia ni...
Tp aku yakin dia seorang yang sangat tabah...

Ya Allah... Kurangkan lah rasa sakit yang diderita olehnya...

Tuesday, February 22, 2011

..Rezeki Allah Tak Pernah Putus..

Saat hujung2 bulan mcm ni, ramai yang sedang menghitung hari..
Bila hari gaji? Tak sabar nak tunggu 24 haribulan... HARI GAJI...Dan ada jugak diantara kita... dah kena korek asb..korek tabung haji...korek maybank dan sebagainya.. Dan ada juga yang tadak tempat dah nak korek duit...Tp...ada juga antara kita yang gaji bulan ni belum terusik, Gaji bulan lepas pun tak habis lagi.. Alhamdulillah.. org mcm ni.. pandai manage duit..pandai cari duit.

Kadang2 kita rasa kita beruntung sbb walaupun gaji sikit.. tp sentiasa cukup.(CUKUP MKN TU KIRA OK LAAA)Kadang2 kita rasa masih tak cukup walaupun gaji kita BESAR...
Hurm... bila kita rasa mcm ada sesuatu tak tak kena , Cuba check balik... APA sebenarnya benda yang tak kena dengan kita...

Seorang KWN pernah bagitahu...

Sebelum ni gaji beliau sentiasa tak cukup walaupun gaji dia dan suami kalau dicampur mencecah 5 ribu sebulan... Setelah difikir2 kena selalu je tak cukup...Dia dan suami ambil keputusan untuk potong ZAKAT PENDAPATAN setiap bulan... Dan Alhamdulillah...lepas usaha tu dibuat, pendapatan sentiasa pula cukup,

begitu besar NIKMAT yang Allah bg... Tp kita tak gunakan kelebihan dan kesenangan yang kita dapat.. untuk diagihkan ke jalan yang telah dianjurkan oleh Islam.
Asben aku yg bekerja di negeri KEDAh..mmg dah lama potong zakat. Aku bila lagi nak ikut jejak langkah?? HEEE...malas nak pergi pejabat zakat.

ZAKAT MEMBAWA BERKAT...
pssst: Syukur Alhamdulillah... dalam dok menghitung hari GAJI... ptg smlm dapat sikit rezeki dari seseorang. Katanya tu duit waktu aku tolong siapkan equipment dan komponen untuk projek lepas.

Huhu,,, rasa terharu pulak sbbnya... aku tak pernah mengharapkan dapat ganjaran mcm tu... ALHAMDULILLAH... rezeki Allah sebenarnya tak pernah putus....

Bila agaknya penyelarasan gaji untuk kakitangan awam akan dilaraskan semula??

Monday, February 21, 2011

adik dan abang...

Insyirah baru belajar berdiri....
kalau nak tatih.. dia paling suka... tp masih lagi ditahap kena pegang tgn dia....
abg dia berjalan diusia 1 thn 2 bulan.. rasanya adik pun akan ikut jejak abgnya..

selalu sgt sebut abah...
bila suruh sebut umi.. dia sebut abahhhh jugak.. huhuhu.. bangga la abah dia yeer..
tp tu la.. klu ikut pengalaman dan dari kata2 org sekeliling.. 'umi' dan 'ibu' mmg word yg susah nak disebut jika nak dibandingkan dengan 'mama' atau 'mak'... ha.. yg tu cepat....

Teringat peristiwa pagi kemarin..
adik ambil hanset dan ketuk kepala abg dia ...
abg dia.. bangun nangis2... dan cakap
" Adik ni awat jahat sgt... abg sayang kat adik... awt adik buat abg? huhuhuhu''
hurm.. aku yg terdengar tiba2 rasa.. alahai adik.. seb baik abg tak bangun ketuk2 adik...

"adik cepat mintak maaf ngn abg..." aku bg arahan
''ha.. adik mai sini mintak maaf kat abg'' si abg sambil pegang pipi adik...dan cium.

kat situ nampak la//si abg geram kat adik sebenarnya.. tp dia tak sanggup nak pukul adik dia balik.
Tp kalau ngn org lain.. rasanya dia akan balas balik...

hurm.. Moga anak2 umi membesar dengan penuh kasih syg antara satu sama lain...

Wednesday, February 16, 2011

KEMBALI- Far East

Wahai Tuhan yang maha pemurah...
terangilah ku dengan nur imanMu
Hanya Engkau tempat aku Berserah
mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih dilaut memutih
hanyut ditelan gelombang nafsu..

Hari2 yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan terus bersemadi


Ingin aku kembali kepada fitrah insani
tak sanggup ku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana ( ayat yg tak bleh hengat.sob..sob..)

Terimalah taubatku Ya Allah...
Pimpinlah daku ke jalan RedhaMu
Moga sinarMu terangi hidupku
Di dalam kegelapan..

Aku kan kembali PadaMu Rabbi..
Meghadap Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuan ku pasrahkan
Di hujung penghayatan
..

psst: lagu favourite... bila dengar rasa tenang....try la u all dgr...
hurm... bila rasa tersasar.. KEMBALI lah kepada Pencipta...
Allah beri ujian krn DIA tahu kita Kuat...
Moga dengan sedikit peringatan... membawa Pahala...walaupun tak byk...harap2 memberi manfaat....

mari belajar peribahasa


hari ni nak ajak kwn2 imbas balik peribahasa yang selalu kita dgr...
Ha.. kali ni nak bercakap mengenai "Bagaikan Anjing Menyalak Bukit'

Peribahasa ni selalu sgt kita dgr.. terutama sekali kalau karam sigh walia bercakap.. cer imagine.. karam sigh walia tgh angkat tgn... heheh

Pepatah ini membawa maksud.. apabila anjing menyalak terhadap bukit, bukit itu tidak terjejas pun bentuk fizikalnya. Sebaliknya perilaku anjing yang menyalak itu hanyalah mendatangkan bunyi bising. Bukit tu takkan runtuh..Tp memberi kesan kepada penduduk di sekitar bukit yang disalaki anjing tersebut...
So... kepada penduduk yg sekitar bukit itu... adakah akan sumbat telinga dengan kapas sbb tak nak dgr bunyi salakan? Tuan punya anjing akan panggil anjing tu balik dan dok diam2...jgn bising? atau yg dah tak tahan...cari kayu atau batu baling anjing tu suruh pergi main jauh2?

Tp yg pasti bukit akan terus kekal dan takkan runtuh walaupun anjing tu tak suka nak lihat bukit...bila lama2 menyalak... dan apabila sudah penat... pasti anjing akan diam dengan sendiri.

Get angry about it, cry about it, but don't fight it..or it'll consume u..
You don't have to explain anything..bocoz the one who hate u will never beleive it, n the one who love u don't need it..

Monday, February 14, 2011

teman sejati- Brothers

Selama ini ku mencari2...
teman yang sejati buat menemani pejuangan sepi
bersyukur kini padaMu ilahi teman yang dicari selama ini telah kutemui

Dengannya disisi perjuangan ini
senang diharungi
bertambah murni kasih ilahi
Kepada Mu Allah ku panjatkan doa
agar berkekalan
Kasih syg kita
Kepadamu Teman..
ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian
Telah ku ungkapkan segala2nya...
KepadaMu Allah ku pohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu Teman teruskan perjuangan, pengorbanan dan KESETIAAN,
Telah kuungkapkan segala2nya
itulah tandanya kejujuran kita..
Dengannya disisi perjuangan ini..
senang diharungi bertambah murni
kasih Ilahi
KepadMu Allah ku pohon restu agar kita kekal bersatu
Kepadamu Teman teruskan perjuangan, pengorbanan.. dan kesetiaan
telah kuungkapkan segala2nya..
Itulah tandanya KEJUJURAN kita...
Ku mencari2...
teman yang SEJATI
buat menemani
perjuangan SUCI

p/s: Kepada sahabat dan juga teman... Terima kasih ats pengertian,

Terima kasih ats segala2nya.. Aku bangga mempunyai sahabat seperti Kamu.

Kamu2lah... penasihat dan pengkritik nombor satu.
Aku terima teguran... krn walaupun pedih... aku tahu ianya teramat baik untuk hidup aku... Ku cuba yg TERBAIK...


Thursday, February 10, 2011

hari yang sungguh memenatkan

hari yang sungguh memenatkan...
tp sungguh rasa bermanfaat...
kalau tiap2 hari mcm ni... rasa BERKAT...
Pagi tak sempat mkn.. tp BRUNCH=breakfast+lunch terus.
nak mkn kat kafe, tak de nasik lagi dlm kul 11.30 tu.. so p mkn kat luar.
Masuk dlm kereta... nampak dompet duit En Suamiku...
Alahai.. apalah nasib... smlm abang terlupa kunci kereta. Beg duit ada dlm tu... seb baik org tak curik.
ni mcmmana la si dia pergi kerja.. dengan lesen , IC, duit, semua ada dgn aku.
Harap2... Allah mempermudahkan urusan... tak jumpa dengan JPJ atau polis yg wat roadblock

NI baru boleh dok rileks2 depan komputer... sambil2 check facebook, check email tgk esok ada apa2 agenda yg perlu dibuat.
Aha.. esok ada gotong royong membersihkan bilik yang selalu kami tumpang solat., tumpang tido, tumpang lepak2...
Ha.... lepas ni harap2 bilik tu kemas dan bersih.


Sapa rasa nak tolong...JOM

Tuesday, February 8, 2011

Saat lafaz sakinah

Heningnya...
sunyi suasana... Lafaz sakinah bermula
Apa rasa.. diterjemah hanya..Sebak abah tangis ibunda...

Adalah aku.. wali puteriku..
Serah kini.. amanahku ini padamu

Nafkahilah dia...curah kasih dan cinta
lebih dari yang kuberikan padanya

Dulu esakkannya singgah di bahuku
tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna.. dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia.. wanita syurga
mengerti benar akan maharnya
taat itu bukan hanya pada nama...
indah ia pada maksudnya

Ku akur akan pesanmu
putrimu kini amanahku
iringilah...dengan doamu...
bahagia kami dengan redhamu


hurm.. menyentap bila menghayati bait2 lagu diatas...
sebuah lagu nasyid... yang mengingatkan pesan seorang ayah yang melepaskan anak perempuannya. Kini anak perempuan itu adalah amanah kepada suaminya..
hurm.. mcm tu lah perasaan semua mak dan ayah... sebak bila anak diijabkabul... sebak dalam gembira.

psst: teringat plak saat2 sahnya menjadi seorang isteri...AKU TERIMA NIKAHNYA...

Monday, February 7, 2011

Kalau dah Ajal..

ha... hari sabtu p mkn kenduri kwn dekat Jelempok...berpeluh2 tera nak sampai.... jauh gila tempat parking.. tp EXERCISE... kuar peluh...
balik dari kenduri sampai umh dlm kul 6.
Kat jalan besar nak kona masuk kawasan rumah aku... tgk ramai sgt org berkumpul.. sampai kena bg hon suruh moto2 tu ubah sikit kedudukan bg memberi laluan kepada kami nak masuk. Buka tingkap n jenguk kat luar.. nampak sorang budak.. tanya.." awt ramai sgt ni? eksiden ka?"
" tok M jatuh dlm parit'

kami terus balik rumah. Lepas tu en baim p semula naik moto nak tgk apa yg berlaku.. sbb td tgk polis pun ada kat situ.
Perkhabarannya: Tok M dah meninggal. Jatuh dlm parit/ longkang. dia keluar rumah dalam pukul 5.30.. dan org jumpa dlm kul 6. Selalunya kat situ org ramai. Tp kedai byk tutup sbb raya cina. Tok M ni masih sihat. Tu yg kami terkejut. Tok M ni juga merupakan jiran depan rumah aku ja...
Selalunya tok M ni klu nak p mana2.. dia akan siap lawa2.. lengkap ngn baju kurung,. Tp hari tu.. jiran2 yg ada dekat situ rasa heran.. sbb Tok M ni keluar dengan tak pakai kasut.. pakai kain batik lusuh dan baju T je. Apa sebenarnya yg berlaku??? Tu hanya dia dan Allah je yg tahu. Tp nasib baiklah arwah Tok M tu tak bawak beg tgn dia...
Org jumpa dia dok terperosok dlm longkang tu. Yang menghairankan longkang tu tak luas mana.. tp dlm.
Kalau dah ajal... sedetik pun tak akan bertangguh.
Dan kepada kita2 yang masih hidup, sesungguhnya kematian tu tak kira tua atau muda dan tak kira dimana2.
Sentiasa kena panjatkan doa Moga DIMATIKAN DALAM IMAN DAN ISLAM.

Saturday, February 5, 2011

slamat thn baru cina

bersiaran dari kampung techenta...
tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat thn baru cina kepada seluruh rakyat malaysia yang menyambutnya... kitorang kat sini pun terasa hangatnya perayaan ni.. sbb tiap2 thn dapat limau sekotak 2,..ada yang jiran bagi.. ada yang bos2 bagi dan ada jugak yang tesco bagi...hehehhe..

hari pertama.. seronok tgk tarian singa.. tp kami2 kat sini panggil naga je... so tarian naga ni la yg ditunggu2 oleh semua.rela tunggu tepi jalan tgh2 panas... ingat lagi masa kecik2... ikut kumpulan tarian naga ni dari rumah ke rumah.. sbb best tgk naga tu golek2 dan teapetrkapai2 nak ambik angpau..comel sgt2.

mlm td... tgk pulak percikan bunga api. sbb ada jiran kat sini buat mkn2 la kot... habis terkejut anak dalam ndoi,,,, hehehe tp tp meriah.

hokeylah..berhati2 dijalan raya....jgn mabuk2... jgn race2 kat jalan tu... bertimbang rasala di ats jlan raya...

Tuesday, February 1, 2011

keluh ke?

makin dibiar makin menjadi...
hurm.. biar la....
salah tetap salah... benar tetap benar... kenyataan takkan beralih arah...
tp jika salah itu diakui...
jika salah itu diinsafi...
kesalahan dapat ditebus...
tp jika salah terus dicanang... terus dikutuk... nanti mkn diri... diri sendiri susah...

siapa kita untuk kata mulut org tu mcm tu... mulut org ni mcm ni...
Siapa Kamu untuk menghukum
siapa kamu untuk melabel
Niat kita hanya Allah yang tahu..
rasa tak puas hati kita allah jugak yg tahu....
sekira berpijak dibumi yang nyata...
selagi nadi berdenyut.. selagi itu pintu TAUBAT masih terbuka...

Aku tak menyesal kenal kamu...
Aku tak rugi jika aku tak terus jadi begini...
Rupanya Allah masih syg...
menyedarkan aku dari terus rasa senang dan santai dlm keadaan begitu..
menyedarkan aku dari terus bergelumang dalam dunia dan medium gosip yg langsung TAK BERFAEDAH..

Syukran Jazilan kepada mereka2 yang bergembira sekarang....

Monday, January 31, 2011

sorry..maaf..dan seangkatannya

Assalamualaikum warahmatullah...
Dikesempatan ini..aku ingin memohon jutaan maaf kepada pembaca2 blog ni...
terutama kepada sesiapa sahaja yang pernah 'terasa' atau 'tersentuh hati'nya oleh tulisan aku...
Kadang2 aku menulis mengikut emosi. Dan aku jadikan blog ini sebagai salah satu medium untuk melepaskan tekanan dan rasa tak puas hati..
Ya... ada org kata tulis la apa saja.. krn ini blog kamu...
Tp aku terlupa yang ada mata membaca dan mengikuti apa yg aku tulis.
Dan... aku tak sangka krn tulisan ini menimbulkan spekulasi dan mcm2 lagi....
Oleh itu... hari ini, kepada pembaca2 sekalian,,, aku umumkan yang aku akan men'delete' mana2 post yang boleh menyebabkan timbulnya rasa marah, rasa sakit hati pihak lain.
Dan.. betul jugak kata org.. Luahkanlah masalah kamu kepada pasangan kamu.. Insyaallah.. rahsiamu akan tersimpan...


kini terasing....sendiri membawa hati...namun yang pasti.. apa yang terjadi adalah peringatan dariNya supaya aku tidak lalai... Syukur ya Allah... krn tidak menghanyutkan aku....

sekali lagi.. maafkan aku....

Friday, January 28, 2011

apa2 aje

hurm... risau nih... ahad ni Insyirah kena p timbang kat klinik kesihatan. berat dia mesti turun sbb baru je lepas demam. batuk2 berkahak masih ada. Kesian pulak tgk dia bila batuk. Tp peningkatan.. adik dah boleh merangkak... syok umi tgk adik tuju sana.. tuju sini. Kepala adik tu tak tau berapa puluh kali terhantuk kat dinding, kat lantai, kat bucu meja.. Tp skrg adik makin pandai..klu nak jatuh.. dia tahankan dengan tangan. Hurm.. tula namanya belajar dari pengalaman.
Si abg pulak.. dah pandai jaga adik. Dah boleh diharap. Makin syg kat adik.
Klu mula2 dulu.. pantang lepa sikit, mesti nak pukul adik dia... nak cubit..nak tekup hidung...
Tahniah kepada abg sbb buat umi makin syg kat anak2 umi...

hurm.. tersentak pulak dgr berita kat sinar FM pagi td... tentang kematian seorang kanak2 di Kangar krn tercurah air panas oleh ibunya sendiri akibat terkejut disergah oleh anaknya..
Hurm.. sungguh malang itu tidak berbau... HUhuhu.. sedihnya.... Al Fatihah buat arwah.

Pagi ni terpaksa memecut ke tahap mana yg boleh sbb lewat keluar rumah. Klu ada speed trap.. habisss laaa... Sbbnya ni bulan 2.. sempena raya cina.. Aku tiap2 kali bulan 2 raya cina.. mesti kena saman speed trap. Huhuhu... Harap2 thn ni bersih dari bayar saman free kat Polis.

hurm...tima kasih kpd kak ipar aku yang bekalkan aku dengan kuih lupeh... sejenis makanan iaitu pulut yg dimasak dengan daun pandan kemudian dipadatkan dlm daun pisang/plastik. kemudian rebus lagi.. nak mkn dipotong bulat2 disalut dengan kelapa. dan dicicah dengan gula merah yang telah dicairkan.. ermmm sedap..

Wednesday, January 19, 2011

langkah berinteraksi dengan keluarga mertua

awl pulak chek sampai tempat keja hari ni. So berkesempatan la untuk pot pet2 kat sini.

Ha... kemarin aku kata nak bg tip2 untuk pengantin terutamanya perempuan laaa kan. Mcmmana nak mulakan langkah masuk bercampur gaul dengan famili mertua...



1) Kenali setiap nama ahli keluarga.

Haaa... kena cuba ingat yang mana satu pak long mak long, pak ngah mak ngah, pak cik mak cik beserta nama anak2 dia. Ha.. yang ni mmg ambik masa. Tp tak pe.. pelan2.. mula2 biar salah sebut. dan mereka akan betulkan. Janji kita berusaha untuk kenal dengan mereka. Klu lupa jugak.. kena selalu tanya somi kita. tu sapa bang? nama apa ye?



2) Jangan selalu berkurung dlm bilik.

ha,,, ni bermaksud kita kena sertai aktiviti keluarga mereka bersama2. Tengok TV sama2... walaupun rancangan Tv yg ada depan mata tu bukan favourite kita. Tgk je la...layankan aje. Teringat pulak masa aku ngn asben dulu. Kami ni dah la dok jauh2,, boleh jumpa 2 minggu sekali ja. Tp kami tak buat la keciwi. Tak la nak duduk dlm bilik 24 jam. Jalankan kehidupan seperti org2 lain jugak.... Ingatlah org tahu kita pengantin baru.. tp kena korbankan sikit kot masa kita untuk kita lebih dekat ngn famili baru ni.

3) Rajin2 la masuk dapur.

Ha...bab masuk dapur aku mmmg rajin tp bab masak, mmg zero. Masa mula2 kawen, aku mmmg tak reti nak masak. Tp gigih gak masuk dapur. Ada sekali tu mertua nak buat gulai ikan kering tumis darat. alamak!!! camner ni? aku pernah la dgr tp tak pernah buat. Terus call mak aku. mak aku kata.. MAK PUN TAK TAu. Aduhai... terpaksa la aku buat2 pandai. Seb baik menjadi. Pernah juga...mak mertua aku beli sotong yang banyak telur. dia siap pesan lagi.. sotong tu ada telur. Tp aku p basuh buang habis semua telur.. Aiyark.. Tu la padan muka.. masa anak dara tak nak belajar siang ikan, sotong segala bagai. Kang dah habis telur2 sotong tu... Tp tak pe. Semua tu pengalaman yang akan kita ceritakan pada ank cucu kita pada masa yang akan datang. Tp kalau ingat2 balik... aku mesti tergelak sorang2. Tp sekarang.. klu aku nak tolong slumber je tanya... mak yang ni nak potong mcmmana? nak buat mcmmana? dah tak malu mcm dulu lagi. Org kata malu bertanya sesat jalan.
ha... jgn pulak ...WAHAI PARA2 PENGANTIN BARU... Kalau tak tahu masak sekali pun, kalau tak pernah tolong mak sendiri kat dapur, Cuba2 la duduk didapur bersama mertua. Kita tgk mcmmna cara dia masak. Jgn pulak mak mertua dan ipar duai lain berperang ngn api kat dapur tu.. korang sila panggung depan Tv... melingkaq dlm bili... Tak SEHSUAIIII tau.... Bikin sakit ati je tgk.
Bila dok kat dapur tu. kalau kita tak pandai masak.. tolong la goreng2 ikan pun dah jadi.. tolong kutip pinggan mangkuk basuh. pendek kata.. tolong la apa yg patut. Insyaalllah... pelan2 mak mertua akan faham yg KITA ni masih kekok berada dlm rumah mereka. Dan bukan di cop PEMALAS, PENYEGAN atau seangkatan sengannya.

4) Selalu2 la balik jenguk mertua.

Kalau korang dok asing2...kena selalu balik jenguk mak mertua, Tunjukkan yg kita ni prihatin dengan mereka. Org tua2 ni suka kalau kita buat mcm tu. Kalau depa tak suka.. mesti ada something wrong somewhere. berkat sebenarnya kalau kita selalu utamakan keluarga. Tak kira la keluarga kita ke.. keluarga mertua ke...
yang penting keluarga.

5) Jaga tingkah laku dan tutur bicara

Ha.. nak cakap sesuatu kena berlapik. Kena fikir dulu sebelum bercakap. Jgn main bedal je. Kena pandai tackle hati setiap ahli keluarga. Jgn pulak diam.... murung je. Kadang2 kita tak suka apa yg dicakap oleh ahli keluarga terhadap kita. Rileks je... senyum dan buat2 je suka. tak yah tarik2 muka. Nanti org tak suka... Setinggi mana pun jawatan kita.. bila berada dlm keluarga.. buangla segala bagai jawatan yg disandang. baru hidup aman bertandang

ha.. tu je tip yg dapat disampaikan setakat ni. Ada banyak lagi. Tp nanti2 ingat aku sambung lagi.
Ha.. amalkan mcm ni.. Insyaallah.... kita tak akan kekok untuk memulakan langkah nak berinteraksi dengan keluarga baru...