Tuesday, May 10, 2011

Pagi2 lagi temperature dah naik


gambar ehsan: en google

erm..erm...amik nafas... lepas!!!
Pagi2 lagi aku dah naik tensyen dengan pemandu2 kereta kat jalan raya ni. Peristiwa pagi ni membabitkan 2 bijik kereta yg cari pasal dengan aku.
Kes1
Trafik light merah. So aku berenti. Aku berada di lorong kanan. Kat depan aku ada sebuah kereta. Tepi kiri aku ada viva biru KCF****. Bila lampu tukar hijau..masing2 mula bergerak perlahan. Tp viva sebelah aku ni terus masuk dok pangkah depan aku. Dah la tak bg signal. tetiba je pangkah org. Aku terpaksa break menonggeng. Kalau ada anak kecik dlm keta aku.. mesti terjatuh. Hampehh punya viva.Kalu terlanggar bontot atau sisi...dan tak jadi KCF...bertukar jadi KFC.(erm... tiba2 teringat iklan Ciken chop KFC tu... sodapnyeee) Aku pun apa lagi...bg high beam. Dia perasan. Aku ni jenis klu geram.. aku akan cucuk balik keta org tu dan pangkah p dok depan dia...(tabiat buruk betui..) sapa suruh cari pasal kan?

Kes 2
Setibanya aku di simpang empat trafik light kodiang... lampu hijau tgh berkelip2 nak bertukar ke kuning... aku pun jalan la seperti biasa. Tp dlm masa yg sama dok perati jugak kiri kanan.. mana tau kot2 ada org yg tak suka berenti dan terus jln kat junction. Tetiba aku nampak MYvi putih. Dia dari kiri. Sepatutnya dia kena beri laluan untuk masuk jalan sehala dengan aku. Beri laluan bermaksud berenti dulu kat garis putih tu. Kalau tgk jln clear baru la boleh jalan. Myvi PJH179* ni bukan setakat tak berenti.. malah laju gila masuk terus nak pangkah aku. Aku yg dari tadi dok tgk gelagat dia.. mmg tgn dah dok tersedia kat hon. Apa lagi...bila tgk dia nak masuk line aku...Terus aku PINNNNNNNNNNN PONNNNNNNN...PINnnnnnnnPONNNNNNNNNN. Tensyen aku... mau kata aku tak hon tadi... mmg akan excident kat situ. Happa da... Lepas je aku hon...dia masuk balik lorong kiri.. tp still nak laju selit2. Aku pun apa lagi.. ligan la... sbb buat kurang hajaq... Nak mati ke hapa ha????
Kali ni mmmg aku marah. Bergetar tgn2. Mau kata boleh berenti.. aku nak p bg tazkirah sikit.

Apa yg aku kesalkan.. kedua2 kereta yg loklaq tu adalah PEMANDU WANITA. Patutlah ada statistik dan kajian yg dibuat di MAlaysia.. PEMANDU WANITA MEMANDU SECARA MERBAHAYA. Mmg berbahaya kak cik oi...
Keter MYVI putih td... Baya akak2 la... dah la bawak anak2 kecik dalam tu..Tak terrfikir ka.. kalau berlaku sesuatu yg tak diingini...Tak menyesal ke korang??? Nak kalut p mana???
Laju tu bukan tak boleh. Semua org mampu tekan minyak ke tahap maksimum. Tp adakah semua org mampu mengawal kenderaan yg nak terbabas?? Cekapkah korang menangani kenderaan kalau something happen?
Rosak /kemek kenderaan boleh ditukar. Rosak anggota kalau ada spare boleh ganti. Tu pun kalau boleh kembali kepada keadaan asal. kalau hilang nyawa??? Sapa yg akan sedih? sapa yg akan sengsara??? Org yg mati tu tak pa la... Org yg hidup tu mcmmana???
Aishhhhhh ...Ambik lesen ke tak.. tak tahu la...YG pasti.. banyak dah aku jumpa manusia yg terburu2 dijalan raya. Nak laju...nak gopoh tak salah... tapi pastikan keadaan jalan selamat untuk berbuat demikian.
Sekian pot pet saya untuk pagi indah ini...

2 comments:

  1. hahaha...sma ngn aku weh.klu ada ja org wt cmtu kt aku msti aku bg hon @ angkat lampu

    ReplyDelete
  2. suhair...itu sudah semestinyer....aku belajaq kat hg kot.. kan dulu2 masa nak p mana2 aku tumpang hg..hehhe

    ReplyDelete