Friday, May 29, 2009

ular.. oh ular...

28/5/2009
1.25 pagi... aku dikejutkan dengan satu bunyi bising...terdengar suara mak memangil2 nama aku...
shida,,,bangun!!! Ayah kena patuk ular..
Ya Allah.. terkejut aku..
dengan berbinau2 dan rasa terkejut.. aku bangun... kejutkan bang berahim...
dia pun ngn pening2 bangun la.. Seluruh keluarga dah ada kat ruang tamu... tgk ayah tgh pegang tangan dia,,, darah menitik.. sambil2 mak mengusayar2 dimanakah tempat ular durjana itu melarikan diri.
Adik ipar aku tgh ikat tangan ayah.. supaya bisa ular tu tak merebak ke tempat lain.. Terus dia bawak ayah gi spital sbb ayah dah kenal pasti ular apakah yang mematuk tgn dia... Nasib baiklah ada org bawak keter cam ambulance kat umah ni..
Asben aku dan mak cik aku telah menjalankan misi mencari ular tu... Lincah betul ular ni.. berdesap desup dia lari...
Aku tak ingat benda lain dah... first yang aku wat ialah...bawak Irfan lari ke rumah mak cik... Tudia... berapa jauh mau lari da???? Gabra punya pasai... Dah pastikan irfan tido dengan selamat.. baru aku balik umh aku.
Dah dapat ular tu.. bawak kuar umah... Tiba pulak giliran adik aku... pukul ular tu sampai hampir berkecai ular tu kiderjakannya.. Paling lawak.. saat nak bunuh ular tu.. Mak cik aku ckp ngn ular tu.. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM>> AKU NAK BUANUH HANG>> SBB HANG JAHAT>>> HANG PATUK ORG.. cam bunyi bomoh plak....
kul 2.. bawak ular senduk tu sekali gi spital.
Mlm ni perlawanan antara MU ngn Barcelona... keadaan jalan tu cam ramai org je...

Sejarah: Mlm ni adik aku (Zurini) masuk wad sekali ngn ayah. Siap melambai2 pulak 2 beranak tu dalam wad kecemasan. Dia ni tak boleh terkejut langsung.. sbb dia der masalah jantung. Bila terkejut.. mulalah tak bleh nak bernafas...

Alhamdulillah.. Dr dah bg vaksin yang sesuai...sbb kita tau ular tu jenis apa.. kalau tak tau .. tu yang susah...
bapak sedara aku dulu 5 hari je dapat hidup sbb tak dapat tau apa jenis ular yang patuk dia,,,,Al-fatihah untuk beliau.
Ayah aku cakap.. rasa sejuk sgt2 bila bisa ular tu ada dlm bdn...Sehari je dok wad.. smlm dah boleh keluar dah...
balik umh.. dah tabur belerang sekeliling rumah.. mmg kawasan tu banyak ular senduk.. tp kali ni dalam sejarah ular masuk tempat tido. Masa tu ayah bangun gi toilet.. pas tu nak tido la.. dia rasa mcm ade benda gerak sebelah dia.. Dia ingatkan tikus dok jalan2 tepi tu.. dia pun p la tepis... rupanya ular.. dah panggung kepala.. mengembang.. terus patuk dia...

sampai kul 5.30 aku menguruskan hal2 kat wad tu... pagi dah tak larat nak gi keje.. SO amik EL je la..

Hurm... mcm2 hal.. Kalau tgk blog aku ni.. baru je kat bawah tu.. aku p jalan2 taman ular... kini ular pulak melawat umah aku... hari tu aku melawat rumah dia... mcm aktiviti beramah mesra pulak...



Inilah rupanya ular yang telah membuat kecoh dalam rumah aku... Kesian pulak tgk bila dia dah mati kena pukul...

hujung minggu baru2 ni... ayah aku dah gi buang bisa ular dalam badan dengan cara kampung pulak.. cara hospital.. kurang berkesan sbb masih rasa kebas2,,,, Alhamdulillah,, dah beransur pulih.. Semoga ayah cepat sembuh.. Amin..

Monday, May 25, 2009

taman ular, perlis

cuti sabtu hujung minggu.. berkesempatan nak bawak family jalan2 tgk2 ular..
Kalau ikutkan hati aku... mmg aku tak mau datang taman ular ni.. bukannya apa.. aku tak tahan bau busuk tempat nih... lagipun benda yang sama je... iaitu ular yg tak berapa nak ensom.. Tp memandangkan Irfan yang beria2 ajak tgk ular.. ikut je la...
Kali ni Irfan jadi pemandu pelancong. Memandangkan dia pernah datang sini tahun lepas. Alhamdulillah... ingatan anak aku ni digunapakai. mmg dia ingat kat mana ada ular.. kat mana ada monyet.. kat mana ada buaya. Laju je dia jalan didepan mendahului kami semua. Eksen betul anak aku sorang ni..
Tiket masuk dewasa RM4 sorang. kanak2 RM1 je. budak bawah 6 thn, free.
Aku rasa mcm tak berbaloi je bayar Rm4(hehhe...berkira giler), Bukannya apa... sedih tgki taman ular ni... haiwan2 lain tak berjaga, sangkar2 ular jugak menakutkan..mcm tak confident je pengunjung nak jalan2..

tgk la bumbung paling atas tu...ada lubang..kalau ular keluar ikut situ, pengunjung gak la akan kena patuk. tu sangkar ular tedung selar. bahaya nih.. hati2...




pic yang satu lagi.. Buaya kerdil. Boleh bernafas ke boya tu>??? sian dier.. dah la duduk dalam kolam.. daun penuh..




Air yang tenang jangan disangka tiada buaya...betul ye pepatah org tua2 dulu..


perhatikan betul2... ular sawa kekenyangan tidur atas alang....

Kalaulah tempat ni dijaga dengan elok.. pasti lebih menarik...Sayang betul.. tempat ni cantik..



sempat lagi posing.. Hubby aku dah komplain.. asyik pakai tudung ni je.. heheh nak wat mcm mana.. tudung ni je yg tak payah iron. Almaklumlah aku kan rajin orgnya... wakakaka.. Tak pe.. nanti aku beli byk2 tudung yang tak payah nak iron..

Balik umh... mertua aku cakap, dalam paper bila tah... pekerja yang kat taman ular tu.. kena belit ngn ular sawa.. tp nasib baik ada org tgk.. so terselamatlah org tu.. erm... menakutkan..

Friday, May 22, 2009

down sangat2 hari ni ..

dikau terlalu istimewa buatku tiada celanya...
kehadiranmu dalam keluarga umpama sebutir mutiara yang bersinar di tengah kepekatan malam.
Namun.. smlm kau telah mencalari hati seorang kakak yang terlalu menyayangi dirimu.
Salahkah niatku untuk menegur salah seorang adik?
Salahkah niatku untuk melihat kau membesar menjadi insan yang mulia,
membesar dalam kelembutan dan aku ingin melihat kau mencapai dan meniti kejayaan dalam hidup..

Sedarlah wahai permata hati ibu dan ayah...
kesayangan kakak2mu..
Tiada sekelumit rasa dengki dihati insan yang sealiran darah dalam bdn...
dalam rahim ibu kita sama2 pernah duduk disitu....selama 9 bulan 10 hari kita disitu....
mana mungkin aku membenci dirimu...
mana mungkin aku mengkhianati sebuah ikatan persaudaraan..
Jika tak difikirkan malu...rasanya 5 jari jemari halusku sudah singgah dipipi kecilmu
namun... hasrat tu...dikuburkan krn akak tak nak panjangkan perkara yang dikau rasakan tak ada makna dlm hidupmu..
Akak betul2 kecewa dengan mu Adik... terlalu kecewa...
saat ini air mata masih lagi menjadi tetamu yang bertandang tanpa diundang...
sedih dgn apa yang telah adik lakukan..
Adik.. akak harap dirimu berubah.. krn kaulah satu2nya lelaki harapan dalam keluarga...
Ya Allah... semoga dilembutkan hatinya.. diberikan hidayah.. diberikan jalan yang terbaik untuk adikku..
Ketahuilah ... aku amat menyayangi kalian selamanya.....

Thursday, May 21, 2009

alamak!!!sorry

erm.. pagi ni husband aku ada exam PTK...harap2 lulus dgn jayanya... tp smlm tgk dia tak baca buku pun..
Ptg smlm dgn gembiranya dia bawak balik seluar slack baru.. beria2 suruh aku basuh sbb hari ni dia nak pakai p exam. Pagi ni aku bgn kul 6 pagi.. tetiba irfan bangun.. suruh aku padamkan lampu.. tp camne aku nak iron baju? Terus je aku on switch... smlm aku tinggalkan iron tu dalam larasan 3. elok je aku letakkan iron atas seluar..tiba2 mengeluarkan bunyi cam benda terbakar... alahai.. seluar husband aku dah terbakar da.... matilah aku..
dgn penuh rasa berslaahnya.. aku kejutkan dia...
aku ckp kat dia,... Abg,,, ada berita buruk ni.. Dia tanya 'apa?'
'Seluar abg terbakar kena iron'
'haaaa???' terus dia bangun.
'nanti org ganti yg baru ye?'
'huhuh...batu belah batu bertangkup..terkilan tak dapat pakai seluar baru"
aku sengeh je la... nak wat cammana... benda nak jadi.. mmg salah aku la.. sbb tak check betul2 suhu seterika tu.

Maafkan aku wahai suamiku...tak sengaja..

Tuesday, May 19, 2009

cuti 3 hari

mcm biasa... bulan mei setiap tahun... byk ngn cuti. Kali ni cuti hari keputeraan Raja Perlis.. jatuh hari Ahad.. tp isnin pun kira bercuti la... yuhuu... leh dok rumah lama sikit. leh habiskan masa ngn famili tersaYang.

Hari Sabtu: menghabiskan masa bersama keluarga mertua. Pagi2 lagi dah ajak mertua p nat(pasar pagi). Teringin sgt nak mkn siput pait(siput sedut). Bila mkn benda ni... mengimbas kembali memori bersama arwah nenek. Pergi sungai cari siput ni la.. lepas tu wat masak lemak. Shida rindukan Tok.. huhuhu.. Al-Fatihah buat arwah nenek. Aku lebih rapat dengan nenek. Nenek lah insan pertama yang aku kenal wajahnya dari Ibu aku sendiri.walaupun ibu yang melahirkan kita.. tu bermakna kita lihat wajah ibu kita dulu. Tp wajah pertama yg aku kenal.. sewaktu diberi ingatan, ilah nenek.. Dengan neneklah aku rasa diri disayangi.. Almaklumlah.. aku kan cucu kesayangan jika nak dibandingkan dengan cucu2 yang lain...hurmmm
petang pulak jalan2 kat Jitra. Gi ziarah anak sedara ngn maknya sekali.

ni lah rupa siput sedut ...SLURRRPPP.. sedap ooo...





AHAD: masa ni amik masa untuk mengemas bilik tido yg macam tongkang pecah tu..basuh semua baju2 yang tak berbasuh.


Isnin: pagi2 lagi p nat. huhu.. Irfan agak melampau... dah pandai mintak duit RM1 dari aku. masa nak turun keter aku bg seringgit. sampai kat mainan dia berenti. mintak aku belikan lori untuk dia. sambil hulurkan seringgit kat aku. Alahai.. So cute my son...dekat nak balik ..dia pau mak ngah dia plak.. nak mainan apa tah... jadi hari tu dia dapat 2 mainan..
ptg p basuh keter kat automatic car wash. habis calar balar keter kesayangan aku...huhuhuhu...
balik tu singgah tesco. Irfan siap mintak duit lagi... aku ckp.. 'Kalau Irfan nak duit..Umi tak mau p Tesco.Jom kita balik".. pas tu dia ckp.. 'Nak p tesco.. tak mau beli." kehkeh.. menjadi gak taktik aku... p tesco.. nasib dia tak mintak belikan apa2.. cuma dia ajak gi main kat kids corner tu je la... yg tu free..
Aduhai putera kesayanganku....

Monday, May 11, 2009

kenduri anak pak lang, Kulim

hari sabtu 9.5.2009 gi mkn kenduri rumah pak lang. Kul 11.30 baru bertolak dari rumah.
Kali ni anak pak lang bertemu jodoh ngn org johor.. jauhnya... comel.. kecik je pengantin pompuan. haha.. memandangkan kenduri tu catering, aku gi mkn je... bertuahnya peel. kuikuiui.. dah lepas mkn jumpa sedara mara kejap.. yang penting p jumpa tok dulu.. kalau tak jumpa tok... nanti kecik hati pulak. lepas tu terus gi mandi manda kat sedim.. best oo.. tp sbb aku tak bawak baju... aku rendam kaki je la dalam air sungai tu.. sejuk gila.
Irfan yang paling best mandi..sampai biru bibir mulut. tp tempat ni dah ramai org.. tak mcm 1st aku gi camping dulu. thn 2004. masa ni tak pemos lagi tempat ni. org pun tak ramai.. rasa aman je.. tp skg dah byk org. kat sini leh berkayak..teringinnya nak kayuh kayak..
balik tu... singgah umah adik kat taman mutiara, Kulim
silap masuk jalan kat highway.. terlepas sampai butterworth..alahai.. jauh nya jadi... dah la mlm ada kenduri tahlil untuk arwah wa... pulun gak bagi sampai rumah sebelum 8.30. dengan tak mandi.. lepas je solat maghrib terus gi kenduri arwah... hurmm selesai basuh pinggan apa semua... balik umh dalam kul 11 lebih... sungguh memenatkan.. nasib ahad cuti.. so leh rest jap.


pak su sibuk mengusik anak2 buahnya...
peace...


sejuknya ummi...



Friday, May 8, 2009

Alfatihah buat arwah wa aku.. Syed Abdullah...

tgh aku mkn nasik kerabu yang adik2 praktikal ni bagi, aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari adik aku yang mengkhabarkan khabar yang menyedihkan.
PAk sedara aku, menghembuskan nafas yang terakhir di hospital sultanah bahiyah pada jam 11 pagi. Alfatihah buat arwah. Rasa kehilangan sgt2 ketika mengucup dahi allahyarham buat kali terakhir.. sejuk je rasa kulit dia...
semua kita akan kesana jugak satu hari nanti. saat malaikat maut menjemput.. saat soalan mungkar nakir.. semua tu kita akan tempuh. semua harta tidak berguna lagi. hanya amalan dan doa dari anak2 yang soleh menjadi bekalan untuk ke sana. Semoga roh Allahyarham tenang disana..
Ya Allah... kau permudahkanlah segala urusan. Berikan hidayahmu pada kami. Hidup dan matikanlah Kami dalam iman dan Islam. Amin

Monday, May 4, 2009

Irfan demam

cuti 3 hari sempena hari buruh. Ingatkan bleh jalan2 tp keadaan kesihatan anak aku tak mengizinkan utk berbuat demikian.
balik hari khamis hari tu.. Irfan dah mula muntah2... aku bawak gi klinik. dr tak bg pun ubat demam. Just bg ubat muntah. mlm pulak.. bdn dia plak panas2.. nasib baik ada ubat demam adik atirah. So.. mkn je ubat demam dia. tp mlm tu aku tak tido la... asyik bangun jelum kepala dia. erm.. saat ni baru aku rasa syahdu je.. Mcm nilah mak aku masa aku kecik2 dulu.. tak tido mlm bila anak demam.

erm... rasa mcm tak best la pulak buat rumah kat kampung... tak tau la aku dapat tempuhi karenah org2 kampung nih... ada je la yang tak kena dimata mereka. Aku nak buat rumah pun.. ade je mulut2 yang menyibuk itu ini... Hurm... aku punya design umah pun ada org nak komplen?? hurm... mmg betul2 kaki menyibuk. Tp bak kata suami aku, buat pekak je.. bukan guna duit depa pun.
Kalau lah aku tau mcm ni punya mulut diorang... baik aku beli rumah taman je... tak yah bermasyarakat ngn diorang. Tp bila mengenangkan Irfan.. IRfan... Aku akan tempuhi semua ni... buat pekak je la.. senyum je la... bg sedekah sikit kat deme2 tu..sbb aku nak duduk lama kat situ. Kena belajar cara hidup berjiran. Tambah2 ngn org2 kampung. Sbb nanti sakit pening.. ada gak tempat utk mengadu.. Kenduri kendara pun senang.
dah 45% nak siap... Insyaallah...