Thursday, September 30, 2010

confused-email kena ceroboh

aku betul2 confused. baru2 ni ada kwn sms aku tgh mlm tanya:
Kak pah On ym ka mlm2?

pelik ooo
byk org dok tanya...
sebelum ni aku gunakan email ni untuk apa2 urusan...
untuk facebook pun aku guna email ni. untuk blog pun aku guna email ni.
tp aku tukar password la untuk blog dan facebook.
Baru2 ni.. aku dah tak bleh nak check email aku ni.. password salah!!!
pas tu yahoo mintak la apa2 klue yang nak confirmkan password aku..
ternyata semua maklumat yg aku masukkan tu tak matching...
Hurm.. tgh ari baru ja beberapa minit sebentar tadi... org yang guna ID aku tu
masuk tegur aku...

pah_da7932: Hi
aku:Hi
pah_da7932:i just took an IQ test here..pretty cool :-)
aku:Can i know who u are?
pah_da7932:you dont even know me anymore?
wow..ok.. i will tell u after this test yeah?
aku: but i really confused..
org tu:got 113 lol... i thought i was smarter than that
aku: u used my late ym
org tu:u should see if u can do better than me...if u can ill buy u a drink
aku: where ure from?
org tu:i am from the USA
aku:oh my god
org tu: try it...http {sekian2}....i bet u cant lol
aku:why u want to bet me. i dont find any problem with u
org tu: take it now while i take a shower lol. i will back after im all fresh.
aku: sorry i'm not interested,
org tu:brb... let me know ure score when i'm back


hurm... apa ke bodo mamat ni... dia ni tak paham2 ka yg aku dok habaq dia guna ID aku... mengong mangkuk punya manusia...
ada sapa2 boleh tlong jelaskan kat aku dak.... kenapa berlaku pencerobohan ID dlm dunia internet ni....
aku cuma takut org bodoh terlebih pandai ni menyalah guna internet...
kang tak pasal2 aku kena tahan ngn polis kalu dia buat slaah ke haper...
Help me plsssss
huhuhuhu

Wednesday, September 29, 2010

bz oh bz

hari ni balik lambat lagi...terpaksa siapkan presentation untuk submit esok.
sian anak2 kat rumah. Jumaat ni nak kena tinggal....
moga family family faham ye,,,,
wish our group success

Monday, September 27, 2010

Buah tin

Assalamualaikum...
Huhuhu.. penat sgt dalam menghabiskan hari2 pada minggu lepas. Tiap2 hari balik kul 6 lebih. sampai rumah dah maghrib...
Hujung minggu sibuk mengemas rumah.. lipat kain baju yg berlori2 byknye...(acah je)...
Time kasih ye Ct n family krn mengunjungi teratak kami yang kecik molek itu...Tadak apa yang nak buat, goreng bihun je la... moga kenyang ye...

Ha... hari ni nak bercerita pasal buah tin.
memandangkan Irfan cukup suka sgt ngn buah ni. sekali hadap 5 biji.. Kiranya kalau masak je... terus menjadi rezeki dia la.. pokok ni pak mertua tanam tepi umh dier asalnya.. tp bila kami dirikan rumah kat situ.. kiranya pokok ni paling hampir dengan rumah kami.
Selalunya bila balik mekah, selalu dapat la kita rasa buah ni yang telah dikeringkan. dihiris halus2..leh rasa biji dia yang banyak dan halus2 tu...
Buah ni mengandungi antitoksidan yang tinggi. Dapat membantu mencegah penyakit kanser... terutama kanser usus atau penyakit yang berkaitan dengan perut.
Ia juga menguatkan jantung dan menormalkan pernafasan bg pesakit asma..
so.. kami leh mkn yang fresh.

buah tin...

nampak biji kecik2 bila dibelah

ni dia pokoknya...buah yang belum masak...warna hijau


daun besar2

semoga perkongsian ilmu yang tak seberapa ni mendapat faedah dan berkat...


Wednesday, September 22, 2010

beretika lah sikit kak cik...

pg ni sebenarnya ada erobik...
habis erobik kwn2 ajak mkn kat stesen keretapi. Mcm besala.. kalau kat situ, nasik kerabu la yang menjadi pilihan mok cik ni...
Lg pun ada mak labu sorang yg tgh sarat teringin sgt nak mkn....

So masa tgh tunggu org amik oder air... mak cik pun sembang la ngn kwn nih... dia ckp ayaq tak mai amik oder lagi la... dah dekat 15 minit dah... haus...haus erobik...
dengan pantas dia pun bgn gi kat org yang amik oder tu... bg tau nak air teh ais. Sekali Kak cik tu ckp pe..." saya tak amik oder untuk org berdiri'... n blah mcm tu....
hurm... sombong betul...
aku ngn kwn2 lain teruskan menikmati makanan masing2... tetiba Kak cik tu berdiri sebelah aku.
"nak aayaq apa?'
senyap... masing tgh pikir nak sebut air pe...
Kak cik mengong tu " CEPAT SIKIT!!!!" dengan nada tengking...

Hurm...sungguh biadap..Kiter mkn bayor kak cik oi..
aku apa lagi... bila ramai2 dlm group mulut aku ni cepat sikit...
Dengan volume yang agak tinggi...

" KURANG AJAQ nya...""
kwn2 lain pun.... pakat2 sambung ayat aku... hehhe biar dia dengar sikit...
tanduk mula tumbuh.... hahahha

dia dengar sungguh aarrr....
2 minit kemudian.. dia mai kat meja abg2 polis yang mkn belakang kami tu.. sambil mulut dia pot pet
" semua nak cepat... dia ingat tgn kita ni ada 4 kaaa??"
hurm... nak protes la tuhhh
abg2 polis pun terpinga2 ngn gelagat kak cik tu...

lepas tu dia mai hantar ayaq secara sopan...seb baik dia... kalau buat perangai... ada la idea aku nak kata apa...s
Tau takut.. hahaha.. dia tatau yg kami ni baik ngn tokey dia...

Ingatlah wahai cik Kak.. Customer always Right...
camner la perniagaan org melayu nak berjaya kali wat perangai mcm ni...

Sambil2 tu boleh jugak tazkirah diri sendiri: BIla penat atau tensen ngn student... jgn tarik muka.. sentiasa SENYUM... tu kunci kebahagiaan dalam melakukan tugas kita...

Tahniah jugak buat diri aku sendiri krn dapat gaji esok... terpaksa sedekah kat PDRM sbb nama kena black list...tak bayor saman lagi wehhh... mau tak mau kena bayaq gak la... sbb nak renew lesen... Ha.. Padan muka ko Cik Pah... tekan la... minyak bg banyak lagi ye..... kalo sampai 140 tekan je....Kau kan suka sedekah tanpa paedah kat polis.. Huhuhu( Ayat untuk sedapkan hati sendiri)...

Friday, September 17, 2010

raya 2010

bz bebenor mak cik.. tak nyempat nak hapdet blog nehh...
apapun.. ini je la yang dapat diceritakan...

bila nak tiba hari raya...kanak2 la paling syok...main bunga api... tunggu hari last posa. Ni Irfan bersama sepupu2nya kat depan halaman rumah...lepak dlm longkang..

Orang lain balik solat aidilfitri.. terus gi beraya... abah balik semayang...terus bawak kami round kampung.. best gak.. dapat kenal adik beradik yg tak berapa kenal. merasa hidangan rumah org.

tengok!!! apa yang tak kena pada gambar ini....
....
....
.....
Abah pakai topi anak..anak pakai kopiah abah
Kali pertama beraya di Rumah PAK LET.. Jiran depan rumah..Dah 4 thn jadi org situ... ni kali pertama aku p rumah dia... Ni jugak la detik sebelum baju Irfan disaluti cat putih. Dapat mana tah cat kat dia,, Habis baju kotor. Nasib baik la cat kapur..senang keluar. Rasa nak marah pun ada bila tgk kat belakang baju penuh ngn cat. Ada budak lain tolong catkan sekali la... Bila ditanya
"kenapa Irfan main cat? Nak jadi tukang rumah ka?"
"Irfan nak jadi mcm Pak Ngah"
Nak marah... tak jadi marah.. akhirnya umi tersenyum dan tergelak besar sbb Pak ngah dia mmg tukang buat rumah.. ermmm budak2 sekarang cepat benar faham dan pandai ye...

tgh menunggu hidangan koteow sup dari isteri pak let


ptg baru sampai rumah mak aku...masing2 tgh bersiap dan menunggu aku. Nak p beraya rumah tok guru yang dok ajar aku baca alif sampai ya....sampai aku boleh baca satu alQuran... Terima kasih mak cik.. tp tiap2 p raya rumah mak cik.. apsal anak makcik selaku kwn saya masa kecik2 dulu tak mau keluar bilik yer??? huhuhu thn depan husband tak benarkan p raya sana dah...hurmmm

Insyirah tgh kepanasan sbb umi dia pakaikan baju yang agak tebal. Apalah ummi ni... Tp dia jenis tak byk songeh... senang bawak p mana2...
Sekali lagi: Ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Jemputla mai raya rumah. Serdak2 kuih ada lagi ni....






Friday, September 3, 2010

kAwAn

apa erti kawan?

apa erti sahabat?
aku ada ramai kawan... tp sahabat... boleh bilang dengan jari. Dan sungguh bertuah kepada mana2 individu yang aku gelarkan sebagai sahabat aku.

sahabat bg aku.... seorang manusia yang sanggup tahan telinga mendengar segala luahan perasaan aku... ke mana aku nak pergi dia sanggup temankan... susah aku...susah dia...senang aku... senang juga dia.

soping aku...soping jugak dia... hehehhe



hurm... sejak akhir2 ni aku asyik teringat kepada shabat lama aku....
kini kami terpisah.. jauh...semakin jauh dari hati...
walaupun jarak hanyalah sekangkang kera.. sekali panggilan telefon...15 minit kami dah boleh berjumpa. Tp.. entahlah.. aku sendiri tak tahu kenapa kami makin terpisah.
mungkin kerana aku menyakiti hatinya..
mungkin juga krn aku tak layak bergelar seorang kawan kepada Dia,.,,
semuanya berkemungkinan.
Hakikatnya kini aku terlalu rindukan untuk berbual mesra dengannya seperti dulu.
waktu zaman kami menuntut ilmu sama2...waktu makan meggi sama2,,,
Kalau jumpa kat jalan...masing2 buat2 tak nampak... Aku sedar hakikat itu... tp apakan daya... aku tak terdaya nak merubah semua itu. Setiap hari aku tgk apa yg tertulis di facebook dia.
pernah sekali aku komen diruangan gambarnya... sikit pun dia tak balas balik... Hina sgt kot aku ni di mata dia. Almaklumlah...skrg dia mcm artis...aku ni hanya mampu berpuitis...
Seandainya dia terbaca luahan hati aku ini...
"Ina...aku nak mohon ampun dan maaf byk2 kat hang... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Jodoh kali ke 2 hang ni kekal ke akhir hayat.. Aku tak pernah nak pandang buruk kat hg,,..'

Teringat pulak kat sorang shabat lama aku jugak. org perlis.. Shazreen namanya.. terpisah jugak sbb no telefon dia hilang. Aku tatau mana nak cari lagi. Tp aku harap satu hari nanti aku akan jumpa dia semula. Pernah jugak satu ketika dulu kami terpisah. Tak bertegur sapa hampir setahun. Akhirnya aku memberanikan diri untuk bersua dengan reen. Aku mengunjungi asrama reen. Masa tu baru terluah... sebenarnya Reen kecik hati ngn aku. Katanya ada org bg tau dia... yang aku tak mau kawan ngn reen sbb reen tak pandai...
Masya Allah.. Subhanalllah... semoga org yang memfitnah aku tu sedar akan kesalahan dia. Moga Allah bukakan pintu hidayah pada org tu. Aku dah maafkan salah org tu.'

Hurm... buat masa ni... aku rasa sahabat yang paling setia dengan aku ialah Suami aku.
dialah tempat aku lepaskan geram. Dialah tempat aku mengadu nasib.. dia jugak tempat punching bag... dia jugak tempat untuk bergurau senda...

p/s: melayan emosi di pagi hari... Jap lagi nak p buat projek KIK pulak... malasnyeerrr

Wednesday, September 1, 2010

makaroni bakar dan puding roti

bila cuti ja... aku try aaa buat menu2 yang aku tak pernah cuba buat sebelum ni.
Cuti kali ni aku try buat puding roti marble sbb dok tgk roti dah dekat nak expired.




lembik gak....

agar2 hijau

smlm cuti merdeka... aku try buat makaroni bakar. Mmg dok teringin nak buat lama dah....

percubaan pertama hampir berjaya.. tp agak lembik sikit. mungkin makaroni tu tak sempat nak sejuk aku dah potong... kes cempera la ni... hehhee





huduh ja rupa dia... hehe... pedas sikit...tp aku suka...