Thursday, March 31, 2011

Perlis Banjir lagi

Hujan tak berenti2 kemarin.. banjir lagi Perlis... Kemarin awal2 lagi cabut balik sbb air dah mula naik.... Hari ni mai jugak kerja. Redah masuk jugak dalam kawasan tempat kerja... Mcm Feri ja dok lintas ayaq.... Akibatnya: keretaku Berasap!!!! berasap mungkin sbb enjin dah panas.. kemudian disirami air pulak... Huhuhu.... Harap2 tak rosak... Skrg aku terperangkap dlm kawasan tempat kerja.. tak boleh nak keluar p mana2.. Adui...kalau tau.. tak de la aku gagah dan gigih mai keja gak..

Thursday, March 24, 2011

adab

Mlm td aku berkesempatan tgk eksklusif di 1. Siaran ni ttg temuramah wartawan dgn seorang yg pernah di serbu oleh pihak JAIS krn dikatakan mengamalkan ajaran sesat. Smlm Wahab tu telah terangkan segala2nya...dan tiba pulak giliran wartawan untuk dapatkan penjelasan dari pihak JAIS. berbulan2 diorang cuba hubungi pihak Jais tp tak berjawab sehinggakan mereka terpaksa pergi sendiri ke pejabat. Layanan yg mereka dapat sungguh mengecewakan. Seorang daripada pegawai situ bg aku...dia sungguh tak beradab dan tak beretika. Mcm tu ka rupanya seorang penjawat awam menjawab dan melayan org lain? "kepala otak kau" huhh... tak layak jadi pegawai jika perkataan begitu dihamburkan kepada pihak yg bertanya.. sepatutnya dia kena profesional dlm menjawab soalan. Ke pegawai ni belum pergi kursus induksi? Dah la tu...Siap kata kat wartawan..
pegawai: buat apa nak tanya diorang kat luar tu..diorang semua 17. Jauh giler jarak dengan saya" .
wartawan: habis tyu u berapa? 41?
pegawai: ye..saya 41
Ehh betapa sombong dan angkuhnya dia... tak terfikirkah dia mungkin kerani yang 17 tu pun ada diploma, ijazah dan jugak master. Cuma bukan rezeki mereka untuk mendapat pekerjaan yg setaraf dengan kelulusan.
Hurm.. itulah namanya mengaji tinggai..Ilmu ada.. tp tak pandai nak guna.

er.. sungguh memalukan penjawat awam yang lain.. Sedar2 la ye... Adab kita menunjukkan siapa kita. Hormat org perlu ada

Mcm tu jugak ..aku kesal dengan apa yg terjadi dengan dunia FACEBook. Mcm ada entri lepas yg pernah aku tulis... byk buruknya FB.
Jadi pecah belah...silap paham,tuduh menuduh. Masing2 hendak menegakkan pendirian masing2.. Satu dunia tahu...Lagi byk tuduhan..lagi byk salah faham timbul.
Org ni kata kat org tu...kwn2 org ni pakat sokong, pakat like., tolong kutuk tambah. Bukannya nak tolong redakan api kemarahan kawan tp diajak kepada kebencian. Tambah minyak dalam api. Makhluk apa sifatnya terdiri daripada api?? Yes!! Jawapannya syaitan Laknatullah... Mahukah kita jadi sahabat Setan?
sakit hati sepatutnya diubati dengan zikrullah, bukannya ditambah dengan dendam kesumat.
Kepada kwn2 disana... mari kita kembali ke jalan yg benar... Jgn kita terus hanyut. Kelak diri kita yg tak tenteram.
aku bukan seorang pendakwah yg terlatih...aku juga manusia yg tak lepas dari sifat2 mazmumah. Dan buanglah yg keruh, ambil yg jernih. Setiap manusia melakukan kesilapan. Dan kesilapan juga merupakan satu permulaan untuk kita berubah. Semoga apa yg kita buat akan mendapat barakah.
Apapun gelaran yg diberi, Jagalah ADAB.. krn Islam amatlah mementingkan ADAB. Malulah dengan diri sendiri kalau tak malu dengan org lain pun... Bahasa kita menunjukkan siapa kita...
"selamat beramal''

Tuesday, March 22, 2011

Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan-Guru silat

Cuaca skrg ni tak menentu. Balik keja ptg2 mesti hujan. Bila hujan rasa best..sejuk ja.. tp dlm masa yg sama.. hujan jugak boleh mengundang bahaya di jalan raya. Jalan licin, tak nampak jalan klu hujan lebat. Lepas turunkan Kak Murni dekat kepala Batas, nampak mcm asben aku tgh naik moto kat belakang aku. Motor tu terus ekori aku. Sampai kat Kem tentera, ada lori tentera nak kona masuk dlm kem. aku terus ambik jalan kiri. Tetiba aku dok rasa mcm lori tu nak kona kiri la pulak.. terus aku brake. Motor kat belakang aku pun brake menyakaq. Seb baik tak da apa2 yang berlaku. Sampai kat trafik light hutan kampung, lampu merah. Aku pun berhenti. Tiba2 aku terkejut sbb cermin kereta aku diketuk oleh seseorang. Ehhh terkejut aku. Rupa2nya betul la apa yg aku nampak td. Asben aku rupanya. Tp apa faedahnya dia naik motor tgh2 hujan mcm ni. Dah la tunggu aku kat tempat aku turunkan kak Murni. Nak intip la tu...heheh. Sampai rumah, kena sound ngn dia. "awt brake mengejut?". "mengejut ka? mcm besa ja?". "Len kali bawak keta elok2, jgn lok laq..nasib baik abg tak terlanggar keta tadi..". Laaa yaka.. sori la... tak perasan sgt2 tadi...

Dalam rumah, dia bgtau yg sepupu aku nasib baik tak naik van yang bawak guru silat. Sepupu aku naik kereta.. mengekori dari belakang van yang kemalangan tu. Salah seorang mangsa yang meninggal tu.. terkenal la kat kawasan rumah aku. Menurut laporan berita, mereka dari sungai Buloh menghadiri majlis kenduri sedara mereka. Dekat sgt dah nak sampai rumah. Tp ajal dah menjemput. Diucapkan takziah buat 5 keluarga guru silat yang ditimpa musibah. Semoga Roh mereka dicucuri Rahmat.. Alfatihah...

Maklumat lanjut boleh baca kat sini.
kat sini pun ada lagi beritanya..

Apapun.. berhati2 dijalan raya.. Semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T

Monday, March 21, 2011

berkhitan

Berdebar2 sebenarnya dari hari jumaat lepas lagi..sbb nak buat berkhitan terhadap anak perempuan aku. Bukannya apa..aku dok fikir takut dia kelupuq kat klinik tu, meraung2..jenuh aku. Tp nasib baik la kwn2 dan famili bg sokongan padu..hehe.. cewah2... sokongan padu...bunyik mcm nak lawan sukan la pulak..almaklumlah skrg ni musim sukan kat tempat kerja aku ni. Tp aku tak terlibat langsung dlm sukan...mmg tak minat sejak2 umur makin menginjak naik ni. Tp kalo tak bersukan mcmmana nak kekal sihat ye? berjoging pun jarang2 sekali.. Lagipun rasa mcm stamina tak cukup. Serius!! skrg klu lari sikit je pun dah penat tak terkira..Mcmmana la nak dapatkan mcm zaman moda2 dulu..zaman remaja..Tp tu la.. aku ni larat lari yang pecut2 je.. yg jarak jauh mmg out of servis.( ehhh.. apa aku melalut ni)
ha.. berbalik kepada cerita berkhitan td, pagi2 buta aku call klinik Ehsan tanya doktor perempuan bila ada? Org yg angkat tepon tu kata ptg baru ada doktor perempuan. Hurm.. bab ni kena memilih sikit kot...cari yg pompuan lebih Afdhal. Aku bawak anak ni ,usia anak aku dah setahun 1 bulan. Org tua dulu2 kata elok buat masa anak setahun lebih. Tp rasanya elok bawak bawah setahun sbb baby masa tu mmg tak pandai nak pusing2 lagi. Tp nasib baik la..Kerja aku dipermudahkan. Masa sampai klinik Insyirah Tidoq. Puas kejutkan dia.. tak mau bgn2 jugak. Bila giliran tiba, kami (aku & mak) masuk dan insyirah masih tidoq. Dr suruh letak atas katil. MAsa tu baru dia jaga. Aku ni mmg gelabah tak sangga. berpeluh2...Nasib baik dia baru bgn..dan tak banyak ragam. Hanya sekali je nangis. Keluar bilik doktor dah senyap. Si abg Irfan pulak.. dengar adik nangis terus marah2 doktor. Dari luar la sbb Irfan dengan abh dia masa tu. Irfan kata.. "Jahatla doktor ni. Doktor cucuk adik"
Hurm... Aku jwb "doktor baik la... doktor tolong cucuk bg adik sihat"..
"oooo" disahut dengan rasa tak puas hati...
Dr hanya bg ubat tahan sakit..harap2 esok dah ok..
Apa2 kemusyikilan boleh Refer sini :
Mengikut Imam Syafie: Berkhitan adalah wajib bg lelaki dan perempuan.
Mengikut Imam Malik, Imam Abu Hanifah & Imam Hassan Al Basri: Berkhitan hukumnya sunat ke atas lelaki dan wanita.
Mengikut Imam AHmad: Ia wajib ke atas lelaki sahaja dan perempuan adalah digalakkan

Ha.. Kita ni ikut MAzhab Syafie..so kita ikutlah pandangan dari Imam Syafie...

Thursday, March 17, 2011

Filem~Hikayat Merong Mahawangsa~

Kemarin (Rabu) aku bercuti. Ingat ambik cuti sbb nak bawak anak cucuk. Tp anak demam. So kena tangguh la dulu aktiviti ke klinik. So, tghari aku ajak asben bersama Irfan p tgk wayang. Seb baik asben berminat. So.. boleh la tonton filem Hikayat Merong Mahawangsa. Best citer ni. Lakonan Stephen Rahman Huges yang membawa watak merong mahawangsa ni mmg best laaa.. Ha.. Kali ni aku mmg angkat ibu jari la.. tanda "best' pada filem melayu. Rasa mcm tgk filem omputih...

erm.. balik dari situ, aku rasa berat kepala.. mata berair.. Sah!! aku selsema. Sakit habis badan2 nih...Ingatkan hr ni nak MC je.. tp memandangkan ada lagi misi yg belum diselesaikan, terpaksa la jugak mai kerja. Harap2 tak miaw22 pala aku hari ni..

Monday, March 14, 2011

AWAN

Aku suka tgk awan...
tak kira la awan yg ada kat langit atau awan yang di capture lensa kamera,
bg aku awan itu cantik...kejadian Allah.
Masa peristiwa Ribut besar kat Perlis ni.. tghari sebelum kejadian aku dok perati jugak awan..
cantik sgt2... Cumanya tghari tu awan tu nampak lain.. Sinar cahaya matahari pun lain sgt2...
Kdg2 Awan panjang yg terbentuk dilangit membawa pentanda Gempa. Benarkah ia?
Pernah jugak terdengar cerita daripada penduduk di persisir pantai yang dilanda Tsunami.
Khabarnya sebelum kejadian ada penduduk yang terlihat kepulan awan yang berbentuk memanjang di kaki langit. Fenomena awan panjang ini sebenarnya pernah wujud pada zaman Nabi Hud. Telah terbentang awan dilangit panjang melintang di tengah2 langit. Hampir semua org keluar untuk melihat awan yang ganjil itu. Org yang memusuhi Nabi Hud menyangka awan itu petanda kemakmuran dan kesenangan bagi mereka. Tp Nabi Hud berkata kepada mereka:" Itu bukan awan Rahmat, tp awan yang membawa angin kencang yang akan menewaskan kamu sekalian. Angin yang membawa azab siksa yang sepedih2nya,"
Begitu juga dengan peristiwa gempa di Jogja yang mengorbankan 5000 nyawa berikutan terjadinya gempa yang berkekuatan 6.2 SR. Awan panjang juga muncul sebelum kejadian.

Takziah kepada penduduk2 yang berada di Jepun atas bencana yang menimpa. Takut tgk Kapal besar dicampak naik ke daratan. Begitu besar air yang menolak kapal tu. Sehingga kini dianggarkan 1300 nyawa terkorban. Gempa terbesar setelah lebih 140 tahun bermagnitud 8.9 SR. Kini loji nuklear pulak meletup. Sungguh menakutkan.

p/s: Pagi tadi sampai awal...tetiba terpandang langit... nampak awan bentuk memanjang. Lantas aku panggil mak cik cleaner untuk sama2 menyaksikan awan yg agak ganjil itu. Mak cik tu kata.. Tak pernah tgk lagi awan mcm ni. Harapnya itu hanya lah satu fenomena biasa... Ya Allah.. KAu selamatkanlah kami dari segala Musibah... Jauhkanlah kami dari Malapetaka. AMIN...

Friday, March 11, 2011

nostalgia

Dah lama aku tak masak
Sejak anak 2 org ni...mmg jarang masak.Mlm td masak simple ja... Ikan goreng masak kicap.
Irfan ngn adik mkn berebut2... seronok tgk depa mkn bersuap...
abg satu suap.. adik satu suap.
Hurmm.. teringat kenangan masa kecik2 dulu.. nostalgia....
Mak selalu suapkan kami adik beradik.Nasik lauk ikan temenung(ikan kembung) berkuahkan kicap pekat je.Kicap tu selalu yg kami guna.. kicap tamin atau pun kicap MAJU atau kicap MUDIM ja... Tu la yg berebut2... Tambah pulak mkn dengan nasik panas2.. erm.. menyelerakan..



Tp la ni ada kicap lagi sedap.. kecap Kipas udang...

Ha.. berkat sebenarnya suapkan anak2... anak2 bila besar...ada keluarga sendiri, mesti akan ingat apa yg mak ayah lakukan untuk besarkan anak.
Cinta pertama diri kita adalah cinta pada kedua ibubapa kita. Kita kenal dunia, org pertama yg kita syg... org pertama yg kita kenal.. adalah wajah mak dan ayah atau pun org yg besarkan kita.
Mcm aku... wajah pertama yg aku ingat adalah wajah nenek aku...(al Fatihah buat arwah nendaku: Sharifah Merah)... Saat dia hayunkan aku dalam buaian... saat aku kena marah atau kena kejar ngn ayah.. dia lah penyelamat aku.. Hahaha... ayah kena marah balik... Aku senyum tanda puas bila boleh berlindung dibelakang nenek.. sampai skrg.. Aku terlalu sygkan nenek.
Bila masuk darjah satu.. baru aku tahu... itu mak aku.. wlaupun tiap2 hari aku p kacau mak aku.
Rumah tok ngn umh mak sebelah menyebelah ja. Tp tok yang nak besarkan aku..
Kalau gaduh ngn tok.. aku bungkus baju balik umh mak.. bila gaduh ngn mak.. angkut kain baju balik rumah tok. Begitulah aku...hehhe...
Sampai naik darjah satu... mak aku ugut aku...
Kalau tak balik dok rumah, mak tak mau hantar p sekolah...
Hasrat dan keinginan untuk kesekolah membuak2... membuatkan aku sanggup tinggalkan tok.
Aku nak sekolah... mmg aku suka p sekolah. Tak mcm adik aku yg lain.. semuanya kalau nak p sekolah.. ada sahaja ragam mereka. ada yg bila naik moto ngn ayah.. ayah jalan, dia terjun bergolek2 atas jalan, ada yang pagi2 sebelum mandi jenuh kepung. Lari masuk bawah meja mkn, ada yang kena percik air kat muka... ada yg.. mcm2 lagi la klu nak cita.. esok pun tak habis.
Tp... pernah satu hari aku tertidur waktu nak masuk maghrib. Aku terjaga pukul 7.30. Bila tgk jam. Alamak!!! dah lewat!!! mati la aku kena marah p sekolah lambat.
Segera bangun sambil nangis2.. marah kat mak.. marah kat ayah...
'awat semua org tak gerak cek?" huwwarghhh sambil nangis2... sambil jln menuju ke bilik air.
Tp semua org tgh tengok tv. Semua mata tgk aku dengan rasa hairan.
Mak aku tanya" Nak p sekolah apanya.. bukan pagi lagi. Ni 7.30 mlm la...
Alamak.. malunya aku...Mamun rupanya.. tu dia... betapa semangatnya aku nak p sekolah.
Masa aku kecik2..mak aku adalah seorang yg cukup tak sporting. Tambah2 kalau dalam bab2 nak berjalan p mana. Nak p rombongan sekolah pun dia tak bagi. Pernah satu kes.. aku nak p Kelantan..rombongan.. Aku sorang je tak boleh p sbb mak tak bg.. Ermm tapi aku ada plan untuk pujuk mak aku. Aku call rumah.. suruh mak aku cakap ngn kwn2 aku.. suruh kwn2 aku pujuk mak aku... Akhirnya.. Yeah!! berjaya!!! kwn2 aku berjaya pujuk mak aku.. dan.. dapatla aku p mkn angin di Kelantan... Hurm.. cair jugak mak aku dengan rayuan kwn2 aku.
MAsa tu aku rasa mak aku seorang yg suka mengongkong. Nak p mana pun payah. Yang tu tak boleh.. yang ni tak boleh terutama bab nak p jalan2.. Nak p mana kena bgtau dia dulu.. Masa tu mmg tertekan sgt2.. rasa tak bebas. Tp aku bukanlah seorang yg suka memberontak. Aku ikut gak ckp mak aku. wlaupun kdg2 terpaksa menipu sikit.. hehe. sikit ja MAk...
Tp kini.. bila aku dah dewasa.. baru aku sedar... Apa yang mak aku buat adalah rasa tanggungjwb dia didik anak2.. rasa syg dia terhadap anak2..
Dia nak anak2 dia jadi manusia berguna. Dia tak nak sesuatu yg buruk jadi kat anak dia...
Terima kasih mak krn jaga aku dengan baik.. Didik aku dengan sempurna...Krn bagi aku... Kaulah Yang terbaik. Tiada insan yg dapat gantikan tempatmu sebgai Ibuku.. Terima kasih MAk.. I love u..
Terima kasih ayah... krn kasih syg mu... Terima kasih Ats jasa2 kalian membesarkan aku.. bg mkn pakai yg Cukup.
Tiada Kamu.. aku tak wujud di Dunia ini....
Dan kepada adik2 ku yg masih lagi mencari kebebasan.. ketahuilah.. sesungguhnya yg terbaik adalah apa yg didoa oleh IBU dan Ayah... Redho Allah terletak pada Redho ayah dan IBu...

Monday, March 7, 2011

Filem~Aku Masih Dara~

Teringin sgt2 nak tengok Filem ni bila kali pertama ada sedutan kat TV... Bukannya apa... sbb ada Asyraf Muslim,Yana...
Masa tgh hangat filem tu kat pawagam, aku ada ajak asben p tgk.. Tp dia kata tak mau P...
Hurm.. Balik Kampung baru2 ni..kebetulan adik aku p pasar mlm, so dia beli la DVD citer nih... So Aku pun layan je la cita ni... Filem ni ade tulis 18sx tak? Aku tak terperasan pada label ada ka dak... Sbb habis tgk baru aku kategorikan filem ni Filem 18sx. Huhu.. dah la anak tgk sekali. esh2. esh... Tp seb baik asben aku tak tgk sekali... Kalo tak.. confirm aku kena dgr ceramah...
MMg la cita ni cita pasai masalah remaja zaman skrg. Tp bg aku pelakon2 tu.. terlalu seksi... ala2 berkemban gitu...
Adegan menari kat pub @ disko bersama pasangan masing2...tak de sensored. Anak kecik aku tanya: Umi depa menari apa tu?
Aku hanya jawab: Tu gaya setan menari... Apa yg nak jwb untuk anak kecik mcm tu?
Macam ni ke filem melayu? Mmg depa kata nak tunjuk contoh supaya gejala sosial di malaysia ni teruk.. Tp dlm masa yg sama.. klu budak2 muda tgk... secara tak langsung depa akan tiru punya lahhhh...
Dah la tu... filem ni kutuk org pakai Tudung tu...sbb nak tudung salah yg depa buat ja... eshh geram pulak aku dgr.. Sanggup pulak pelakon kita melakonkan watak2 yg... erh
m.. korang sendiri la tonton filem ni... Rasa sesuai ke tidak..
Bg aku... sepatutnya blurrkan la adegan2 kat disko dan bilik tidur.. Pelakon2 pun tak perlu la pakai baju yg menjolok biji mata...huhuhu
Ptg kemarin.. anak aku suruh aku...
Umi.. buka la Cd yg tak pakai baju
Ha??? CD mana? sambil heran2...
Anak aku tunjuk VCD aku masih dara...
CD rosak la syg...ayat cover tak mo bg dia tgk...

Apa nak jadi??/

salah satu adegan dlm filem ni....

Friday, March 4, 2011

PerMaTa YaNG DiCAri~ De Hearty

Hadirnya tanpa ku sedari..
menggamit kasih cinta bersemi...
hadir cinta insan padaku ini
anugerah kurniaan Ilahi..
Lembut tutur bicaranya..
menarik hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat dihati
mendamaikan jiwaku yang resah ini...
Ya Allah jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu

C/O:Dialah permata yang dicari
selama ini baru kutemui
tapi ku tak pasti rencana Ilahi
apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu
akan ku batasi dengan syariatmu
Jika dirinya bukan untukku
redha hatiku dengan ketentuanmu
Ya Allah.. Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatMu


Dah lama sebenarnya tak dengar lagu favourite aku ni.. Masa mula2 aku syok dengan lagu ni...Tiap2 hari aku pasang..asyik replay je... sampai kwn2 yg dok ngn aku kat lab naik cemuih...he... mcm tu la tabiat aku.. selagi tak boleh nak kuasai lirik dan bait2 ayat serta irama sesuatu lagu yg aku minat...selagi tu la dok ulang2...sampai la urat saraf dalam memori otak ni save...

Dan... baru2 ni... ketika dalam perjalanan pulang dari umh Tok, sampai kat Sp...adik ipar aku yang kebosanan mainkan lagu yg dlm hanset dia... tetiba kenangan aku ngn lagu ni timbul balik..

Balik opis... cari dlm komputer aku..tadak.. Tetiba teringat: eh lagu ni dah tak de.. sbb aku format komputer. Tp tak pe...aku download semula... dan dengar semula...

Hur..hur..

Aku suka lagu ni krn salah satu sbbnya ialah ada doa yang YA ALLAH JIKA DIA BENAR MILIKKU...DEKATKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU..JIKA DIA BUKAN MILIKKU, DAMAIKANLAH HATIKU DENGAN KETENTUANMU...

Ha... tu yg paling best...
Untuk adik2 yang baru belajar mencari cinta, Semoga cinta kita terpelihara... Dahului dengan Cinta pada Pencipta.
Dan.. Semoga Aku...kwn2 sertai isteri2 yang ada di dunia ini adalah PERMATA YANG DICARi oleh suami2 kita...

Thursday, March 3, 2011

Irfan Penat

bz sungguh hari ni.. hheheh... cam ayat ahli korporat je.. hehhehe
sebenarnya mata ni ngntuk sgt2....kepala berpusing2...
smlm tido asyik jaga sbb Irfan kat sebelah bunyi mcm penat ja..
kesian dia.. Tp balik kerja dah p ambik ubat dia..
tp bila tgh mlm bunyi mcm teruk je...
bgn sapukan vick kat dada n belakang...
lepas tu ambil daun apa tah mak aku buat.... tempek kat leher dan dada dia....
Subuh baru dia boleh tidur nyenyak.. Kesiannyaaa
Masa dia kecik2 tak dak pun penat... ni mai umur 4 thn ada tanda2 mcm nak ada penat.
Dr kata.... usia 4-6 thn adalah borderline... so kena hati2,,,
Hurm.... Tlg la jgn mkn ais byk2 wahai anak kesayangan Umi...
Umi Risau sgt2 ni.... Moga anak Umi cepat sembuh...

Wednesday, March 2, 2011

Keseronokan bekerja



Kita seronok bekerja jika kita mulakan dengan niat yang ikhlas..
Kita seronok bekerja dimulakan dengan Kalimah Bismillahirrahmanirrahim..
Kita seronok bekerja jika ada Pihak yang menghargai kerja yang kita buat...
Kita seronok bekerja ketika kita rasa Happy..
Kita seronok bekerja jika kita ada target dan perancangan...
TAPI...
seringkali rasa seronok kita dimatikan dengan rasa TERBEBAN...
seringkali jugak rasa seronok itu hilang bila kita rasa TAK ADIL, kenapa aku sorang yg buat..yang sorang lagi tu goyang kaki?
seringkali jugak rasa tak seronok itu dtg bila apa yang kita buat ada saja yang tak kena dimata org, ada saja salah yang dicari,
kena marah jugak akan menghilangkan rasa seronok itu...
Tp kadang2 masalah luaran.. seperti masalah ngn kwn2.. masalah dengan bos... kdg2 buatkan kita malas nak dtg kerja...malas nak buat kerja.. kerja pun dah tak ikhlas...
Tp... Semua rasa tak seronok itu akan hilang jika kita fikir... KERJA ADALAH satu TANGGUNGJAWAB.
bila kita rasa tugas yang diberikan itu adalah tanggungjawab... kedepan2 kerja itu kita takkan ungkit mengungkit... jika kita buat satu2 benda tu dengan Ikhlas...
Mcm jugak kalau kita tolong org dengan Ikhlas... kalau org yg kita tolong tu satu hari nanti.. ada something yg buatkan kita sakit hati kat org yg kita tolong tu...Kita takkan ungkit segala pertolongan yang kita Hulur...
Buat sesuatu KERANA ALLAH... Insyaalllah.... KITA takkan menyesal atas pertolongan yg kita hulurkan krn apa yg kita buat tu adalah PAHALA buat kita.
Sebaliknya... kalau ungkit mengungkit terjadi... mana lagi pahala yg kita nak kutip?

oleh itu.. Carilah keseronokan Bekerja(Tonggak 12)...krn disitu tempat kita cari Rezeki....
Tp.. kalau dah mmmg rasa tak seronok.. isi borang... cari tempat lain..
Tp.. adakah tempat lain juga akan menjanjikan kebahagiaan mcm yg kita kecapi skrg??