Tuesday, May 24, 2011

stay the same ~ Joey Mcintyre

Hari ni nak share lirik lagu yg sampai sekarang aku suka sgt2..
Dulu masa Sekolah Menengah waktu tu form 5.. Form 5 tu tahun amik exam SPM la kannnn...
Dan Masa form 5 jugak la aku jadi malas belajaq. Asyik dlm dunia khayalan aku ja... Sampailah disatu saat..Aku kena marah giler2 ngn Cikgu Bahasa Melayu. Dalam satu ujian, kertas 2.. kan ada rumusan. Entah mcmmana perenggan pertama tu sepatutnya ada satu ayat ja. Tak boleh ada 2 perkataan. Entah mcmmana aku silap...ayat aku tu bawa maksud mcm 2 perkataan.
Masa result keluar tu...cikgu siap dok buat pengumuman dlm kelas. Dia kata "saya sungguh tak sangka Budak melayu buat karangan yg tak paham bahasa mcm ni". Cikgu sungguh marah masa tu...
ceh.. aku dlm hati dok kutuk jugak.. sapa la yg loklaq tu...
Sekali bila kertas markah diedarkan kembali kepada tuan empunya badan... Alamak... yg cikgu dok sebut2 td tu aku la... serta merta darah menyirap. Takkan aku boleh buat mcm tu kot??? Sungguh aku tak percaya... Sesungguhnya kan... kita dok berasa kita terer....kita boleh buat ala kadar. Balik asrama aku nangis gila2... tidoq dlm selimut sampai demam2.. Aku rasa down sgt2.
Tp Alhamdulillah...aku ada ramai kwn2 yg bg support. Dan lagu nilah sebenarnya yg menaikkan semangat aku balik... sehingga aku dapat '1' dalam bahasa Melayu. Keluar je result, aku terus p Jumpa cikgu rohani Mat( Cikgu BM aku)...
Dia kata: Selama ni saya dok marah kamu...sbb cikgu tau kamu ada potensi...cuma kamu suka buat kerja sambil lewa... Huhuhu Terima Kasih Cikgu....



Stay The Same


Don't u ever wish
u were someone else
u are meant to be
the way u are exactly
Don't u ever say
u dont like the way u are
When u learn to love ureself,
You better off by far....
And i hope u always stay the same,
Coz theres nothing 'bout u i would change....

I think that u could be what ever u wanted to be,
If u could realize
All the dreame u have inside
Don't be afraid..
If u got something to say...
Just open up ure heart and let it show u the way...

Believe in ure self
Reach down inside,
The love u find will set u free,

Believe in yourself,
You will come alive,
Have faith in what u do
you'll make it true....


Kenangan kami bersama cikgu RM...Sekolah aku semua pompuan ye....heheh

Monday, May 23, 2011

isnin

Isnin oh Isnin...
Kau hadir lagi Isnin,
Resah gelisah nak menunggu hadirnya dikau...
Setibanya dikau,
pasti jasad ini berat untuk melangkah,
Tp apakan daya.. Kau pasti akan hadir juga untuk memulakan Hari pertama bekerja dalam setiap minggu,
Hadirmu juga mengatur jadual untuk tugas2 yang akan mendatang.
Krnmu jua.. wujudnya perkataan MONDAY BLUES...

Hehehe.. Apa aku merepek nih??
Sebenarnya tgh risau dengan anak yg kecik tu. Berat bdn dia kurang. Masa p check hari tu.. ada nurse pelatih...
Ade ke patut.. dia cadangkan anak aku tu kena mkn 2 cawan nasik..1 cawan sayur, sepotong buah.. Tp tak pe dik.. akak paham.. adik tgh menghafal silibus2 yg dipelajari.. heheh...
mcmmana la nak mkn 2 cwan nasik tu ye? Aku yang tua ni pun tak larat nak habiskan.
Insyirah mkn 3@4 suap.. dah tak nak...Aku dah cuba mcm2. Nak bagi ubat cacing sendiri tak berani. Sbb bulan depan ada lagi temujanji ngn klinik. Mungkin masa ni depa bg ubat cacing kot..
Yg pasti anak aku ni tak suka nasik. Aku dah gantikan dengan roti. Roti pun ikut mood dia.. Kdg2 goreng bihun. Ha... bihun dia mmg suka. Tp takkan tiap2 hari dia akan mengadap bihun? Hurm...Tak pe2.. Umi will try the best.

Friday, May 20, 2011

naik! naik! naik!

pening pala memikirkan harga barang kat malaysia yg kononnya kaya raya nih....
baru2 ni harga gula naik 2 kupang. lepas ni semua benda naik la... gula sekilo naik 2 kupang. Ayaq milo pun naik 2 kupang. Kerajaan nak suruh berjimat? Itulah yg selalu diwar2kan bila gula naik..minyak masak naik. Bila minyak masa naik... kita p pasaraya.. semua minyak tak dak.
Ni dok dgr ura2 minyak petrol pun nak naik. Huhuhu...aku kalo barang lain naik aku tak kisah.. klu petrol naik, mmg duduk resah gelisah la...sbb tu bhn bakar utama yg aku guna untuk dtg mencari Rezeki...
Dgr kata yang ni pun nak naik jugak. Hehehe.. Lepas ni pakat2 la minum ayaq beras... hehehhee. Kesian anak2 kita.....
Semua benda naik. Kata ekonomi makin baik.. tp dlm masa yg sama...brg pun naik....
Makanan naik, bahan bakar naik... GAJI ja TAK NAIK.

Thursday, May 19, 2011

cuti

bestnya cuti 5 hari... bermula sabtu...ahad, isnin, selasa dan rabu. HAri ni Khamis..aku keja balik...
Jumaat lepas audit aku terpaksa bergegas balik rumah sbb nak balik ziarah sepupu suami yang meninggal dunia kat Kulim. Muda lagi...semoga Roh Allahyarhamah Farhana ditempatkan dikalangan org yg beramal soleh... Amin.

Sabtu.. p Pulau Pinang. Kenduri Arwah nenek. Balik tu... singgah mandi kat Pantai Miami..belah batu Feringghi. Irfan paling syok mandi. Tp kejap je la.. sbb masa p tu pun dah dekat pukul 6. Then maghrib... terus naik... singgah solat kat masjid terapung. Balik tu naik Feri. Kali ni pertama kali naik feri waktu mlm.. Best... rasa sejuk udara laut tu...mencecah ke tulang. Sempat lagi wat TITANIC ngn Irfan.. hehe..Kemudian tgn aku ditarik ke belakang oleh encik suami sbb dia tak bg dok lama2 kat depan feri tu... Takut Irfan penat. Oooo ye ke??

Ahad isnin selasa menghabiskan masa di kampung aku. Hanya sempat bawak anak2 dan sepupu2 mereka jalan2 kat Gunung Keriang tgk monyet2... Tak sempat p mana sbb encik suami kerja. Tak cuti pun.

Rabu...seharian dirumah. mengemas apa yg patut.... Ha... selesai.

Wednesday, May 11, 2011

25 Sikap Children should Know by aged 9- part 1

Td aku ada terima satu bahan bacaan yg amat bermakna dalam nak mendidik anak. Let me share with all my reader kkk..

Sikap 1
Say "please" when asking 4 something

Sikap 2
When received something say "thank you"

Yang ni kena selalu amalkan. Kita yg kena mulakan dulu... baru anak2 akan ikut. Org kita cukup berat mulut nak ucap terima kasih.- Penghargaan

Sikap 3
Do not interrupt when grown up who are speaking with each other unless there is an emergency. they will notice u and respond when finished talking.

Jgn menyampuk org tua2 cakap yer.. yg ni mak ayah kita cukup pantang klu suka menyampuk depa cakap. Kecik2 dulu celalu kena cubit...hehhe

Sikap 4
If u do need to get somebody attention right away, say " excuse me" is the best polite phrase to enter the conversation.



Kalau kita org melayu... Mintak maaf...nak lalu belakang sikit,,,sambil jalan membongkok



Sikap 5

when u have any doubt to do something, asking permission first



Sikap 6


the world is not interested in what u dislike. Keep negetive opinion into yourself Or between u and ure fren and out of earshot of adult.

sikap 7

Do not comment on people's phisical characteristic unless, ofcourse, it's to compliment them, which is always welcome.


Haaa..dulu masa aku kecik2.. mak aku sentiasa tak bg aku ngata org tu pendek la.. gemuk la...huduh la.. sbbnya mak aku kata..."kalau kata mcm tu kat org, sat gi serta merta Allah akan jadikan kita mcm tu" takut gila sehh nak ngata kat org. Kalau puji org tak pa...


Sikap 8

When people ask u how u are, tell them. and ask them how they are?


yang ni aku tak berapa anak paham maksudnya..mungkin nak galakkan communication dengan org kot...


Sikap 9
When u have spent time at ure friend's house, remember to thank to his / her parent 4 having u over n 4 the good time u had.
Terima kasih daun keladi...tu kot peribahasa yg org selalu guna...nak bg tau yg kita ni syok p rumah dia... pas tu jgn lupa jemput dia mai rumah kita pulak.. wat semak rumah org pulak.. hehehe

sikap 10

knock on closed door. and wait to see if there's a response before entering



kita org islam ni.. ketuk pintu... bg salam dulu..." Assalamualaikum..." Klu ikut tu kena bagi 3 kali salam. Kalau org tak jwb tu.. paham2 la.... p balik.. jgn serbu masuk ja umh org. Mcm tu jugak kalau nak masuk bilik mak ayah... kena ajar anak ketuk pintu dulu...







Lagi 15 manners aku akan sambung len kali. Nak sambung p buat keja dulu... Semoga kita dapat manfaat dari perkongsian ni.

Tuesday, May 10, 2011

Sesungguhnya zikirku...tahmidku untukMu,,
Mengharap segala redhoMu...
Mencari setiap langkah nafas yg bertemu..
Mencari tenang dalam keterpaksaan..
Mencapai yg tak tergapai..
Namun jauh lagi yg perlu aku harungi untuk menuju jalan itu...
Tiada apa yg diharap...
Hanyalah secebis doa dari insan2 yg aku sayang...doa dari insan yg menyayangi diri ini....
Semoga jln2 ku di permudahkan olehMu...
Krn Hanya engkau yg lebih mengetahui akan segala yg telah Engkau aturkan...
Namun dalam baris ini... aku masih lagi mengharap Belas kasihanMU Ya Allah...
Berikanlah aku kekuatan untuk aku harungi segalanya.
~AMINNNNN~

Pagi2 lagi temperature dah naik


gambar ehsan: en google

erm..erm...amik nafas... lepas!!!
Pagi2 lagi aku dah naik tensyen dengan pemandu2 kereta kat jalan raya ni. Peristiwa pagi ni membabitkan 2 bijik kereta yg cari pasal dengan aku.
Kes1
Trafik light merah. So aku berenti. Aku berada di lorong kanan. Kat depan aku ada sebuah kereta. Tepi kiri aku ada viva biru KCF****. Bila lampu tukar hijau..masing2 mula bergerak perlahan. Tp viva sebelah aku ni terus masuk dok pangkah depan aku. Dah la tak bg signal. tetiba je pangkah org. Aku terpaksa break menonggeng. Kalau ada anak kecik dlm keta aku.. mesti terjatuh. Hampehh punya viva.Kalu terlanggar bontot atau sisi...dan tak jadi KCF...bertukar jadi KFC.(erm... tiba2 teringat iklan Ciken chop KFC tu... sodapnyeee) Aku pun apa lagi...bg high beam. Dia perasan. Aku ni jenis klu geram.. aku akan cucuk balik keta org tu dan pangkah p dok depan dia...(tabiat buruk betui..) sapa suruh cari pasal kan?

Kes 2
Setibanya aku di simpang empat trafik light kodiang... lampu hijau tgh berkelip2 nak bertukar ke kuning... aku pun jalan la seperti biasa. Tp dlm masa yg sama dok perati jugak kiri kanan.. mana tau kot2 ada org yg tak suka berenti dan terus jln kat junction. Tetiba aku nampak MYvi putih. Dia dari kiri. Sepatutnya dia kena beri laluan untuk masuk jalan sehala dengan aku. Beri laluan bermaksud berenti dulu kat garis putih tu. Kalau tgk jln clear baru la boleh jalan. Myvi PJH179* ni bukan setakat tak berenti.. malah laju gila masuk terus nak pangkah aku. Aku yg dari tadi dok tgk gelagat dia.. mmg tgn dah dok tersedia kat hon. Apa lagi...bila tgk dia nak masuk line aku...Terus aku PINNNNNNNNNNN PONNNNNNNN...PINnnnnnnnPONNNNNNNNNN. Tensyen aku... mau kata aku tak hon tadi... mmg akan excident kat situ. Happa da... Lepas je aku hon...dia masuk balik lorong kiri.. tp still nak laju selit2. Aku pun apa lagi.. ligan la... sbb buat kurang hajaq... Nak mati ke hapa ha????
Kali ni mmmg aku marah. Bergetar tgn2. Mau kata boleh berenti.. aku nak p bg tazkirah sikit.

Apa yg aku kesalkan.. kedua2 kereta yg loklaq tu adalah PEMANDU WANITA. Patutlah ada statistik dan kajian yg dibuat di MAlaysia.. PEMANDU WANITA MEMANDU SECARA MERBAHAYA. Mmg berbahaya kak cik oi...
Keter MYVI putih td... Baya akak2 la... dah la bawak anak2 kecik dalam tu..Tak terrfikir ka.. kalau berlaku sesuatu yg tak diingini...Tak menyesal ke korang??? Nak kalut p mana???
Laju tu bukan tak boleh. Semua org mampu tekan minyak ke tahap maksimum. Tp adakah semua org mampu mengawal kenderaan yg nak terbabas?? Cekapkah korang menangani kenderaan kalau something happen?
Rosak /kemek kenderaan boleh ditukar. Rosak anggota kalau ada spare boleh ganti. Tu pun kalau boleh kembali kepada keadaan asal. kalau hilang nyawa??? Sapa yg akan sedih? sapa yg akan sengsara??? Org yg mati tu tak pa la... Org yg hidup tu mcmmana???
Aishhhhhh ...Ambik lesen ke tak.. tak tahu la...YG pasti.. banyak dah aku jumpa manusia yg terburu2 dijalan raya. Nak laju...nak gopoh tak salah... tapi pastikan keadaan jalan selamat untuk berbuat demikian.
Sekian pot pet saya untuk pagi indah ini...

Monday, May 9, 2011

Selamat hari Ibu

Pertama sekali nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu2 di Malaysia. Sbb tu la Ptg kemarin aku pulun ajak asben balik kampung sbb nak ucap sendiri kat Mak yg terchenta. Sori la mak... tak dak hadiah tahun ni. Tp tupperware tu ganti hadiah boleh? hehehhe

Nasib baik la encik asben tu mau balik sat sbb dia balik keja... terus ajak aku balik kampung. Sbb dia sendiri ada agenda. Nak tolong pak mertua dia kejar lembu yg dah berbulan tak dapat tangkap. Habis petak sawah org dikerjakannya. Hurm.. lembu ni mmg cari nahas..Tp smlm tak dapat tangkap jugak. Makin liar..

Aku minggu lepas tak dapat la nak menulis blog sbbnya pejabat ict terbakar. Alhamdulillah.. ada student yg kebetulan balik dari exam nampak kebakaran tu. Kalau tak... tak tau la apa yg akan jadi dengan tempat aku bertugas ni. Mesti akan terlibat sekali. Almaklumlah...kebakaran tu berlaku masa org tgh bercuti hari pekerja.

Ha...byk betul yg aku nak cita. Gambar kat bawah ni menunjukkan bukti aku menghadiri mkn mlm bersama student2 tahun akhir PPK Mikroelektronik. Tema pakaian majlis ni adalah Arabian/timur tengah. Dlm dok pikir nak pakai baju apa... aku teringat nak pakai jubah yg aku beli mlm sebelum lahirkan anak pertama. Dah dekat 5 tahun usia jubah tu..Pakai je la apa yg ada...janji baju ye dak? hehehe. Tak sangka pulak aku diumumkan sbg pemenang pakaian untuk staf. Heheh. Tak sia2 aku mai jauh2...tinggai anak mlm2...dgn izin suami ye....



Nampak gemuk kan? Ha..yg tengah bg hadiah ni nama dia Khor Kang Nan. Aku suka budak ni. Bersopan santun dan berbudi bahasa. Harap nanti keluar dan berjaya jadi engineer...jgn pulak tinggi diri ye. Kekalkan apa yg ada.





Ha..ni dia pemenang2 pada mlm tu. Yg sebelah aku tu pemenang bahagian student. Rasa kemetotnya aku berdiri sebelah dia yag vogeh2 itu...hehehe