Monday, March 21, 2011

berkhitan

Berdebar2 sebenarnya dari hari jumaat lepas lagi..sbb nak buat berkhitan terhadap anak perempuan aku. Bukannya apa..aku dok fikir takut dia kelupuq kat klinik tu, meraung2..jenuh aku. Tp nasib baik la kwn2 dan famili bg sokongan padu..hehe.. cewah2... sokongan padu...bunyik mcm nak lawan sukan la pulak..almaklumlah skrg ni musim sukan kat tempat kerja aku ni. Tp aku tak terlibat langsung dlm sukan...mmg tak minat sejak2 umur makin menginjak naik ni. Tp kalo tak bersukan mcmmana nak kekal sihat ye? berjoging pun jarang2 sekali.. Lagipun rasa mcm stamina tak cukup. Serius!! skrg klu lari sikit je pun dah penat tak terkira..Mcmmana la nak dapatkan mcm zaman moda2 dulu..zaman remaja..Tp tu la.. aku ni larat lari yang pecut2 je.. yg jarak jauh mmg out of servis.( ehhh.. apa aku melalut ni)
ha.. berbalik kepada cerita berkhitan td, pagi2 buta aku call klinik Ehsan tanya doktor perempuan bila ada? Org yg angkat tepon tu kata ptg baru ada doktor perempuan. Hurm.. bab ni kena memilih sikit kot...cari yg pompuan lebih Afdhal. Aku bawak anak ni ,usia anak aku dah setahun 1 bulan. Org tua dulu2 kata elok buat masa anak setahun lebih. Tp rasanya elok bawak bawah setahun sbb baby masa tu mmg tak pandai nak pusing2 lagi. Tp nasib baik la..Kerja aku dipermudahkan. Masa sampai klinik Insyirah Tidoq. Puas kejutkan dia.. tak mau bgn2 jugak. Bila giliran tiba, kami (aku & mak) masuk dan insyirah masih tidoq. Dr suruh letak atas katil. MAsa tu baru dia jaga. Aku ni mmg gelabah tak sangga. berpeluh2...Nasib baik dia baru bgn..dan tak banyak ragam. Hanya sekali je nangis. Keluar bilik doktor dah senyap. Si abg Irfan pulak.. dengar adik nangis terus marah2 doktor. Dari luar la sbb Irfan dengan abh dia masa tu. Irfan kata.. "Jahatla doktor ni. Doktor cucuk adik"
Hurm... Aku jwb "doktor baik la... doktor tolong cucuk bg adik sihat"..
"oooo" disahut dengan rasa tak puas hati...
Dr hanya bg ubat tahan sakit..harap2 esok dah ok..
Apa2 kemusyikilan boleh Refer sini :
Mengikut Imam Syafie: Berkhitan adalah wajib bg lelaki dan perempuan.
Mengikut Imam Malik, Imam Abu Hanifah & Imam Hassan Al Basri: Berkhitan hukumnya sunat ke atas lelaki dan wanita.
Mengikut Imam AHmad: Ia wajib ke atas lelaki sahaja dan perempuan adalah digalakkan

Ha.. Kita ni ikut MAzhab Syafie..so kita ikutlah pandangan dari Imam Syafie...

No comments:

Post a Comment