Tuesday, March 22, 2011

Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan-Guru silat

Cuaca skrg ni tak menentu. Balik keja ptg2 mesti hujan. Bila hujan rasa best..sejuk ja.. tp dlm masa yg sama.. hujan jugak boleh mengundang bahaya di jalan raya. Jalan licin, tak nampak jalan klu hujan lebat. Lepas turunkan Kak Murni dekat kepala Batas, nampak mcm asben aku tgh naik moto kat belakang aku. Motor tu terus ekori aku. Sampai kat Kem tentera, ada lori tentera nak kona masuk dlm kem. aku terus ambik jalan kiri. Tetiba aku dok rasa mcm lori tu nak kona kiri la pulak.. terus aku brake. Motor kat belakang aku pun brake menyakaq. Seb baik tak da apa2 yang berlaku. Sampai kat trafik light hutan kampung, lampu merah. Aku pun berhenti. Tiba2 aku terkejut sbb cermin kereta aku diketuk oleh seseorang. Ehhh terkejut aku. Rupa2nya betul la apa yg aku nampak td. Asben aku rupanya. Tp apa faedahnya dia naik motor tgh2 hujan mcm ni. Dah la tunggu aku kat tempat aku turunkan kak Murni. Nak intip la tu...heheh. Sampai rumah, kena sound ngn dia. "awt brake mengejut?". "mengejut ka? mcm besa ja?". "Len kali bawak keta elok2, jgn lok laq..nasib baik abg tak terlanggar keta tadi..". Laaa yaka.. sori la... tak perasan sgt2 tadi...

Dalam rumah, dia bgtau yg sepupu aku nasib baik tak naik van yang bawak guru silat. Sepupu aku naik kereta.. mengekori dari belakang van yang kemalangan tu. Salah seorang mangsa yang meninggal tu.. terkenal la kat kawasan rumah aku. Menurut laporan berita, mereka dari sungai Buloh menghadiri majlis kenduri sedara mereka. Dekat sgt dah nak sampai rumah. Tp ajal dah menjemput. Diucapkan takziah buat 5 keluarga guru silat yang ditimpa musibah. Semoga Roh mereka dicucuri Rahmat.. Alfatihah...

Maklumat lanjut boleh baca kat sini.
kat sini pun ada lagi beritanya..

Apapun.. berhati2 dijalan raya.. Semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T

1 comment: