Monday, May 24, 2010

akhirnya...jumpa balik

akhirnya...jumpa balik jam kesayangan aku ni. jam ni mmg aku syg sgt2 sbb jam ni adalah jam yang aku dapat masa anugerah cemerlang thn 2007. Jenuh jugak aku mencari dimana aku letakkan jam ni.. mlm td.. aku tanya adik aku.. ada nampak jam aku tak? dia kata ada ats almari... aku jumpa belakang almari...
hurm.. trejatuh rupanya... ingatkan dah hilang atau tercicir ditgh jalan. Alhamdulillah....syukur sgt2 sbb dah berjaya menemuimu...

Friday, May 21, 2010

anak oh anak

hurm... hari ni baru ada masa untuk menulis. Minggu sblm ni sibuk ngn audit.
Sebenarnya tak tau mcmmana nak mulakan cerita.. \tapi hati aku ni mmg risaukan sgt dengan anak2 aku. Tambah2 si abang yang sememangnya aku rasakan kurang kasih syg dari aku. Tp aku rasa aku dah berikan yang terbaik untu dia... Sejak dapat adik baru, Irfan mcm berjauh hati dgn ummi. Mana tak nya... ummi asyik marah kat dia ja, Ummi marah tanda syg...
Kdg2 sengaja diletakkan bantal pada muka adik. Niat dia tu aku tahu la... nak melawak atau main ngn adik. Tp tindakan dia tu membahayakan baby. Ummi pulak tgn cepat...
mlm td.. hujan. dia tertinggal bantal busuk n puting kat rumah tok dia... aku ckp la kat dia.. aku\;Irfan tunggu la umi kat rumah. biar abah p ambik. sian umi
sambil pakai kasut dan berdiri depan pintu
Irfan: Tak mau.. Irfan nak p umah mak,... Ummi buat Irfan sgt.
huhuhu terkedu aku tatau nak ckp pa... terkedu dan terdiam seketika
aku:la....umi marah la sbb irfan tak dgr ckp ummi. umi mintak maap..mai masuk mai...(nada pujuk)
sebenaqnya aku rasa nak menitik ja ayaq mata ni.. mesti dia rasa aku makin jauh ngn dia...dan sygkan adik. dah la bgn pagi tak tgk muka umi... balik kerja dah dekat nak maghrib.. Kdg2 aku rasa gagal untuk menjadi ibu yg sempurna dan cemerlang ...huaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, May 12, 2010

mcm ni pun ada

aduhai... aku geram sgt2... aku cuti 2 bulan.. ingatkan semua kerja dah selesai. dia ckp dia buat kerja. Tp dlm masa 2 bulan aku cuti.. takkan dapat install 2 pc ja software tu??? kemarin dia dah pindah p kola. Tp yang aku geram... Hari tu janji nak istall untuk 70 pc. dah la EAC makin dekat. sudahnya aku jugak la yg kena selesaikan semua kerja tu. Nasib baikla... sahabat baik aku Siti. Dari dulu lagi suka tolong aku yg berada dlm kesusahan ini. Kalau tak dak dia.. teruk jugak la.. Alhamdulillah.. Aku ngn ct berjaya menghabiskan kerja2 berkenaan dalam masa sehari je. Tak susah.. mau buat ngn tak je. Tima kasih Ct.. I love u . I'm lucky becoz i have a friend like u.
bila aku masuk dlm bilik... baru aku terperasan ada satu kotak A4. Bila aku jenguk dlm tu. MAK AI!!!!!! terkejut aku. berlonggok komponen yang dicampur aduk. mau dekat setahun la aku nak kena asingkan balik semua2 tu... Bila ada org nak dtg melawat, semua benda main campak. kesudahannya... HANG senang.. Aku yg Teruk. Tp tak pa... nanti aku buat pelan2. Rasa mcm teraniaya je... Rasa seronok dia nak pindah sana... Aku nak tgk setakat mana dia boleh p.. dan aku doakan dia akan berubah bila p tempat baru. Hurmm aku penat...penat...penat. Minggu depan audit pulak. suka hati ja dia nak pindah p sana. Sepatutnya tunggu la audit bg habis dulu.. baru pindah. Aku ni pun bukan rajin sgt... tp aku tau tanggung jawab aku.. apa yg perlu aku lakukan. Kdg2 seharian jugak aku tgk facebook.. layari internet.. tp bab kerja aku tak letak belakang.... mmg pelik bin ajaib. aku tak tahu apa yg dilakukan masa aku cuti 2 bulan.... sungguh hairan?%$#@!!

Sunday, May 9, 2010

kenduri

alhamdulillah... hari ni boleh rehat2 sambil santai. smlm baru lepas majlis kenduri kawen adik ipar aku. letih sgt2 walaupun bukan aku yang masak mkn..hehhe...sbb amik catering dari jitra.
Ini bermakna aku dapat biras baru. muda 5 thn dari aku. Moga aku dapat menyesuaikan diri dengan aku. Byk sedara mara yang datang memeriahkan majlis.
nasib baik insyirah tido je sepanjang hari. Mlm pun lena ja dia tidur.

esok aku akan meneruskan rutin harianku iaitu p dan balik kerja... tp apa yg pasti minggu yang akan mendatang penuh mencabar. Audit EAC akan menyusul. Minggu lepas sibuk dgn MQA. aku doakan tempat kerja aku mencapai apa yg diingini... AMIN... Aku syg ngn tempat ni.

Saturday, May 1, 2010

anak adalah anugerah

Ptg ni tinggal aku ngn baby je...baby tgh tidur. So aku ada masa sikit nak menulis. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Bersyukurlah pada .Allah pada sesiapa yg dikurniakan anak. Tak semua org dapat menikmati indahnya mempunyai anak2 yang sihat..comel dan lincah. Tp amat menyedihkan...zaman yang serba mencabar ini, terlalu byk kes pembuangan bayi... bayi kena bakar...dibuang dlm tong sampah seperti sampah busuk yg tidak bernilai. Cuba bygkan bagaimana sikecil itu menangis kesejukan.kesakitan ketika digigit serangga,digigit binatang liar. Tak kurang juga ada yg dibakar. sungguh dan tak lari lagi mcm zaman jahiliah. sifat keperimanusiaan semakin hilang dalam diri manusia, Kucing pun tahu sygkan anak.
Jika kita lihat ..kenapa situasi ini berlaku??? tya diri..soal iman,,,semua jawapan ada disitu. Tak sedarkah kita,anak itulah yang akan mendokan kita bila kita dah tiada. Anak itu ingin sekali menjaga ibunya yg uzur..Anak adalah amanah Allah. Ibubapa seharusnya mencorakkan anak itu dari kandungan ibu lagi. Dan kita juga harus pastikan anak2 kita membesar dalam suasana yg baik..tunjuk contoh teladan yg baik kepada anak2 supaya kelak anak2 dapat membalas jasa ibu yg mengandung dan membesarkan mereka. tp ada sesetengah ibu bapa yang mengharapkan anak2 membalas jasa mereka dengan menghulurkan wang ratusan dan ribuan ringgit. Konsep ini salah sama sekali. Sepatutnya sebagai ibu bapa, kita perlulah redho dengan apa yang ada. Ingatan ,doa dan kasih syg anak terhadap ibu sepatutnya menjadi tali pengikat antara anak dan ibu bapa.. Insyaallah...anak yg dididik akan lahir sebagai anak2 yg beramal soleh.
Jadi..sama2lah kita mengasuh dan mendidik anak2 kita ke jalan kebaikan. Kerana bukan mudah untuk kita menjadi role model yang terbaik kepada anak2. Mcm aku, aku cepat marah. So aku tak nak anak2 aku ikut sikap negatif aku ni,.. Makanya aku terpaksa belajar bagaimana untuk mengawal kemarahan.. nak cool je setiap masa. Insyaallah..aku nak capai target ni dengan bantuan suami aku yg cool orgnya...