Thursday, May 19, 2011

cuti

bestnya cuti 5 hari... bermula sabtu...ahad, isnin, selasa dan rabu. HAri ni Khamis..aku keja balik...
Jumaat lepas audit aku terpaksa bergegas balik rumah sbb nak balik ziarah sepupu suami yang meninggal dunia kat Kulim. Muda lagi...semoga Roh Allahyarhamah Farhana ditempatkan dikalangan org yg beramal soleh... Amin.

Sabtu.. p Pulau Pinang. Kenduri Arwah nenek. Balik tu... singgah mandi kat Pantai Miami..belah batu Feringghi. Irfan paling syok mandi. Tp kejap je la.. sbb masa p tu pun dah dekat pukul 6. Then maghrib... terus naik... singgah solat kat masjid terapung. Balik tu naik Feri. Kali ni pertama kali naik feri waktu mlm.. Best... rasa sejuk udara laut tu...mencecah ke tulang. Sempat lagi wat TITANIC ngn Irfan.. hehe..Kemudian tgn aku ditarik ke belakang oleh encik suami sbb dia tak bg dok lama2 kat depan feri tu... Takut Irfan penat. Oooo ye ke??

Ahad isnin selasa menghabiskan masa di kampung aku. Hanya sempat bawak anak2 dan sepupu2 mereka jalan2 kat Gunung Keriang tgk monyet2... Tak sempat p mana sbb encik suami kerja. Tak cuti pun.

Rabu...seharian dirumah. mengemas apa yg patut.... Ha... selesai.

2 comments: