Thursday, December 30, 2010

selamat tinggal 2010...selamat dtg 2011

sedar tak sedar, dah nak masuk thn baru 2011. thn 2010 akan ditinggalkan.
byk manakah amalan baik yg dibawa?
byk manakah amalan buruk yg digalas?
yg pasti.. 2010 menjadikan aku seorang yg lebih tabah mengharungi kehidupan.
2010 membawa makna yg besar apabila aku dinobatkan menjadi ibu kepada 2 org cahayamata.
2010 juga merialisasikan impian aku untuk memiliki sesuatu.
2010 juga memberikan byk cabaran dlm kerja aku..
2010 juga menguji tahap kecekapan aku bila mana menjadi ibu dan isteri yang ingin rasa sempurna...

dan semoga rezeki ditahun 2011 akan bertambah...
keceriaan semakin bertambah....
moga dilindungi Allah...
Amin

Azam thn 2011???? minggu depan aku cita lain noooo

Wednesday, December 29, 2010

happy 5th anniversary

24/12/2010- Genap 5 thn mendirikan rumah tangga.. Kejap ja masa berlalu...\
Moga ikatan ini diberkati.... AMIN
sebenarnya aku tak tau nak mencoretkan apa kat sini . Fikiran pun entah kemana....ngntuk yg teramat ni sbb insyirah dah ubah masa tidurnya. smlm pukul 4 pagi baru tido...

Thursday, December 23, 2010

Dugaan

Minggu ni dugaan bertimpa2...
isnin kehilangan nenda... Rabu kehilangan mak menakan...
kiranya minggu ni 2 kali kena amik EL.
Ini kali ke 2 aku dlm situasi nak suruh org mengucap... betapa takut melihat saat2 akhir menghadapi sakaratul maut...
Saat ini juga... diri merasakan terlalu kerdil...dan ketika inilah keinsafan menyelubungi hati...Lantas dipanjatkan rasa syukur kerana diberi peluang utk terus menikmati hidup didunia ni.
Alhamdulillah.. sekejap ja sakit..
jumaat mlm sabtu dimasukkan ke unit kecemasa Hospital sultanah bahiyah.. sbb darah tiba2 je naik 300. Sblm ni tak pernah ambik ubat sbb dr kata tak sampai tahap untuk mkn ubat lagi. so bila masuk hospital mlm tu... dr bg mkn ubat... 2 kali mkn ubat, darah turun sikit... pukul 6 dah disuruh keluar. Tp keadaan dia masa tu masih tak boleh nak buka mata.... nak cakap...\
dlm pukul 7 mlm... aku p la melawat kat rumah. masa tu tgk keadaan bdn dia... sebelah kiri semua tak bergerak. Terus call ambulans suruh ambik kat rumah.. Wat kes baru senang depa nak tahan wad..
sepatutnya dah darah naik sampai 300, hospital patut tahan wad...masuk air ka apa ka...tp tu la... aku pun heran kena dr suruh keluar.. dah jadi stroke. Tak paham la aku ngn Hospital nih. Tetiba teringat kes Insyirah dulu.... hurmmmm

3 hari dok wad.. dr suruh balik. sampai rumah dlm pukul 8 mlm... pukul 10 menghembuskan nafas yg terakhir.
Kali ni juga aku berpeluang untuk memandikan jenazah...( tolong2 apa yg patut je la). ni kali kedua.. dulu2... mandikan arwah nenek. Moga Allahyarhamah tenang di sana... AMIN. Moga2 doa anak2 menakan dimakbulkan sbb arwah mmg tak da anak.

K... kita kembali ke cerita lain pulak ye... dipendekkan cerita... hari Selasa tu., balik kerja.. nak p TESCO. Nak naik keta.. kak ipar aku ckp.. hset adik ipar hilang... Irfan letak mana??
Hurm... terus tak jadi keluar... aku suruh Irfan turun dari kereta.. cari hset dulu... kalau tak jumpa... jgn p mana2,,,
tnya dia.. mcm2 jawapan yg dia bagi.. buang dlm parit, buang atas bumbung, buang tang tu... buang tang ni... buang dlm hidung! aduhai!!!1 Sungguh menguji kesabaran aku. Biaq betui budak ni. Selalu klu dia buang sesuatu dia akan bgtau tang mana dia buang. Ada sorang budak ni.. selalu la dtg rumah main ngn Insyirah & Irfan. Dia yg bg tau Irfan ambik main. So.. aku ckp la kat dia.. " Dah Kak Long nampak Irfan ambik kenapa tak larang dia dan ambik hset simpan?"
dia jwb " Tak tau..." terus balik rumah. Aku terus ngn misi penyiasatan aku... Irfan tetap jugak tak bgtau lokasi dengan jelas... Mlm tu mmg aku mengamuk sakan... sampai menitik air mata antara marah dan kecewa. Kalau hset tu rosak sbb Irfan buang dlm parit.. tak pe.. aku boleh ganti sbb ada bukti dia yang rosakkan. Tp ni... hilang tanpa jejak.. Sungguh musykil. hset pun Off. tak dan nak dihubungi. So confused.
balik rumah ceritakan pada Mak. Mak aku ckp... aku lebih kenal cucu aku daripada Mak dia (aku la tu..). Irfan kalau dia buat.. mmmg dia akan bgtau. Kalau dia merapu meraban tu... bukan dia yg buat. Hurm... sebenarnya... bukan aku tak percaya anak sendiri.. tapi rasa kecewa mengusai diri,. dah byk kali aku cuba pujuk dia... jwpan dia tetap sama....
HUh!! balik tanya ayah.. selalu kalu barang2 hilang.. mmmg suka rujuk ayah sbb senang nak buat panduan cari brg hilang. Katanya..ada 2 kemungkinan. 1)barang tu dah jauh dari rumah- maksudnya org dah ambil . 2) ada ditempat yang tinggi.. -maknanya nak kena teruskan pencarian atas rumah ka.. ats almari ka...
Erm.. sungguh ralat aku rasa.. sbb nak kena mengganti barang yang hilang ats sbb yg belum diketahui puncanya,
Tak ganti.. kesian pulak kepada Tuan empunya hset. ( kalao aku pun aku nak org ganti gak hset tu).. HUhuhu..

p/s: apa pendapat kwn2 semua??? perlukah aku ganti? huhu.. hset aku rosak pun tak dibaiki lagi....

Tuesday, December 21, 2010

alfatihah buat nenda tercinta

isnin 20/12/2010 _ nenda tercinta sebelah keluarga suami telah kembali ke Rahmatullah pada usia 82 tahun.
Arwah adalah salah seorang yang aku kagum semasa hayatnya masih ada. di saat2 akhir nyawanya.. beliau masih mampu membaca Yasin dlm keadaan mata tertutup. Ptg ahd waktu aku melawatnya di Hospital Kulim, dia dah bg tau.. Tok nak mati dah ni... tak payah la boh wayar2 semua ni... sakit.
Arwah meminta dipicit sbb lenguh..bila picit dia kata sakit sgt2.. Aku sampai di rumah lebih kurang 11 mlm. Pukul 12.15 terima berita pemergian beliau. Darah keluar tak henti2 dari mulut. Sehingga kini tak tau sbb apa.. sbb sampai 3 hari nak tunggu Doktor pakar. dah la 3 hari tu kena puasa.
Yang terkilannya... arwah mintak nak mkn...sikit pun jadi la... kami semua tak bg mkn.. dah mintak kat doktor.. tp doktor tak bg jugak...
hurm.. betapa susahnya nak jumpa doktor pakar.. aku dapat rasa dah mcm mana puasa 3 hari kat spital... sungguh seksa. Last dr pakar datang.. dia kata mkn dulu la kalau mcm ni.. result darah minggu depan baru tau.. erm.. rasa mcm sia2 je posa sampai rasa nak lembik.
Pukul 6.15 pagi...lepas solat subuh.. kami bertolak ke kulim. dalam kul 8 baru sampai. Terkejut tgk wajah arwah... mcm tersenyum.. nampak lebih muda usianya.. Mungkin Nur Al quran terpancar diwajahnya.. aku tak tau nak cerita dia ni mcmmana.. yang aku tau dan nampak.. dia tak pernah tinggal solat walaupun uzur sgt2...
yg paling syahdu.. anak2.. yg uruskan jadi imam sembahyang jenazah, baca talkin,tahlil.. semua anak2 uruskan. tok imam goyang kaki je. Anak2 dia ramai lelaki.
dan Arwah Tok juga pesan suruh buat kenduri tahlil untuk dia 7 malam berturut2...Hurm... tiba2 aku rasa beruntungnya dia... Moga satu hari nanti ,.. jenazah aku diuruskan sehingga ke liang lahad oleh anak cucu sendiri mcm tu...
Semoga Roh Allahyarhamah SOM Binti Putih aman disana...Alfatihah

Thursday, December 16, 2010

Matlamat tak menghalalkan cara

Hurm.. smlm aku terfikir2...apakah yang akan jadi kepada umat Islam di akhir zaman?
bagaimana nasib anak2 aku dikemudian hari?

aku ada menerima pandangan dari seorang yang boleh dianggap tinggi Ilmunya.. Ada ijazah tu kira tinggi la kan? Dan tatkala mendengar pertanyaan dan pendapat dia... aku hanya tersenyum...

1)Sapa kata org Bukan Islam tak boleh pegang Al quran??
Kalau tak caya, cuba tanya bapa mertua saya.. bapa mertua sya seorang imam.. tentulah dia tahu..
Kalau kita tak bg org bukan islam pegang dan baca, mcm mana kita nak kembangkan agama ISlam?
Jawapan aku mudah: Boleh pegang.. tp alquran yang mengandungi tafsiran.
Kenapa?
Alquran adalah kalam Allah... harus dipelihara kesuciannya. Kita yang Islam ni pun nak pegang ada adab2nya..harus berwudhuk. Kalau berada dlm hadas besar contohnya ketika period, mmg kita tak boleh pegang apatah lagi membacanya. Nak baca pun mestilah dalam keadaan yang menutup aurat.Tu menunjukkan Islam itu indah...suci.
kalau betul nak berdakwah.. apa salahnya berikan mereka tafsir alquran yang boleh dipegang tanpa berwudhuk.
Lagipun baca tafsir la... supaya mudah nak faham. Sedikit sebanyak membuka mata dan minda mereka untuk rapatkan diri kepada Islam.

2)Kat ofis ni... Kalau tersentuh suami isteri tak batal air sembahyang kalau tadak perasaan apa2...
Mengikut Mazhab Syafie... kalau tersentuh kulit tanpa berlapik dengan org yang sah berkahwin dengan kita atau org yg bukan mahram kita adalah BATAL. Kecuali tersentuh dengan mak mertua.. pak mertua... dan org2 yang haram berkahwin dengan kita..
SO.. kalau kat opis ke.. kat umh ke.. tersentuh tgn tu.. sila amik air semayang semula yeee

3) Tak pa... boleh je salam ngn Saya.. anggap je saya ni mcm ayah2 anda..
erm... dah sah kalau bersentuh antara lelaki dan perempuan itu tak boleh.... kenapa nak buat?
anggap la datuk ke... nenek ke...mmg dah kata tak boleh.. mmmg tak boleh la.
aku pernah kemukakan soalan ni kepada seorang ustazah.. tp ustazah ni cakap... dibolehkan jika tidak mahu menjatuhkan air muka org yang menghulurkan salam tersebut.
Hurm.. tp sampai hari ni aku masih tertanya2.. kenapa ustazah tu ckp mcm ni?

Bagi aku... matlamat tak menghalalkan cara...... so tak payah pusing belit fakta.. apa yg tertulis dlm alquran dan yang dinyatakan oleh Hadis nabi .. itulah yang kita ikut
wallahua'lam...

Wednesday, December 8, 2010

walimatul urus adik iparKu



5.12.2010
kenduri adik ipar perempuan.
Pagi2 lagi aku dah bersiap2 nak bawak dia p mekap..almaklumla... i kan akak ipar yg suka menyibuk.. hehehhe. Rasa puas klu dapat hulurkan bantuan dan keringat sbb nak hulurkan wang ringgit mcm kurang mampu sikit...
Majlis berlangsung dengan meriah. Ha... kali ni aku import phaizal n his wife,su...
depa ni cukup sporting, semua shot... depa tangkap...cukup berpuas hati dengan komitmen depa ni. klu ikut website dia kata 5 jam je.. tp sbb aku kenal dia... jadilah berjam2...outdoor sampai kul 7 ptg. Erm.. tima kasih sue n phaizal. Nanti bleh aku tlg promote kat kwn2 lain.
http://www.frenskedahphotography.com/

IRFAN terpaksa aku pos balik kampung ngn tok dia... masa tok dia mai kenduri.. suruh dia ikut tok dia balik... cukup sukala dia kalau balik kampung. Mlm tu... lepas kenduri.. wlaupun letih tak terhingga... gagahkan diri jugak p ambik Irfan. Rindu wooo berjauhan. Mak aku ckp 'keciwi'.

6.12.2010
pagi2 buta dlm kul 2pagi mcm tu... pak mertua pengantin masuk wad. Tetiba je tak sedarkan diri.
aku dalam kul 8 pagi mcm tu... dah bertandang ke umh mertua tolong apa yg patut... basuh periuk2 besar.. flusk2 nasi.. mak oiii sakit pinggang eden nih....buat keja sikit tu pun mcm org tua umur 50thn... huhuhu..
dalam pukul 3.45 ayah pengantin lelaki telah kembali ke rahmatullah... erm.. tghari td dia baru ckp ayah dia dah mula sedar,
esoknya kenduri rumah lelaki....mlm kami sekeluarga menziarah keluarga mereka...
sblm ni dok dgr terjadi kat org lain.. tp kali ni... perkara ni berlaku kepada keluarga terdekat...
semua Allah dah aturkan...

7.12.2010
hari yg agak kalut... 3 kali p pendang...
anak dara pun dah tak mau mekap2...pakai baju kurung besa ja... tp akak2 pengantin kata.. depa dah tempah baju serupa semua... so depa nak jugak pengantin pakai bg beza sikit dari org biasa. Mau tak mau... adik ipar aku yg sorang lagi kena jadi road runner la... p kedai pengantin ambik baju. aku ngn asben plak... gi kedai kek... ingat nak bawak kek je la sbg buah tgn.
hantaran... lepas balik mkn kenduri.. kul 6 baru p hantar kat rumah depa...
Kesian dan simpati kepada pengantin baru... di hari gembira mereka...mereka mengalirkan air mata menangisi pemergian seorang ayah.
Gambar kenangan arwah sewaktu bertandang ke kenduri ptg kemarin menjadi kenangan terakhir..
dari Allah kita dtg, kepadaNya jua kita kembali.-ALFATIHAH...

rombongan pengantin lelaki baru sampai..

bersama anak2..


geng2 en baim


kwn2 MBAS abg din

org2 kuat basuh pinggan....








Friday, December 3, 2010

pemandu wanita

errr... hari ni aku adalah seorang pemandu wanita yang loklaq...
huhuhu...td masa kat trafik light kodiang.. aku dok depan sekali...sambil dok borak2 ngn kak murni, aku nampak hijau...kiri kanan tak dak kenderaan,terus aku jalan.. sekali aku perasan kenapa kereta sebelah aku dan dibelakang aku tak jalan??
alamak!!!! salah tgk lampu da.... p tgk lampu pejalan kaki... astaghfirullahalazim...kenapa la cuai sangat. nasib baik tak berlaku apa2 kejadian yang tak diingini...
then... aku meneruskan perjalanan.. sampai ke arau.
kat trafic light ni.. aku dok line sebelah kanan.. tetiba aku dihimpit dari lorong kiri oleh seorang mak cik iswara hijau.pada hal... masa ni lampu masih merah.. seb baik aku sempat perasan. hurm.. slah besar ye mak cik... buat mcm ni kat saya....aku pun apa lagi....meneruskan la perangai jahat... iaitu mencucuk dan mengekori dia..siap HIGH BEAM Lagi.. kuakuakua... jahat dak???
tp aku tak seberani mcmmana aku bawa WGW dulu... kalo aku naik WGW..siap la ko mak cik... ingat jalan raya bapak ko yg punya ke... suka hati nak menyelit.. Ko tu bawak keta... buka motor nak selit kiri kanan...kalau tak merbahayakan org tak pe... ni kalau terbalik kuang... org lain jugak jadi mangsa.
aku pun tak tau la kenapa wanita bawak keta loklaq. aku pun kdg2 loklaq jugak.. tp ikut peraturan jalan raya leeerrr. kalo double line.. jgn motong.. ni time jumpa double line la pakat2 suka suki nak tekan minyak memotong.
satu lagi... kalau dok line kanan... sila tekan minyak byk sikit ye... kalau ada keta kat belakang.. sila ke kiri ye.... jgn dok mkn angin kat line kanan. menyusahkan org tau....

apa la yg aku dok berleter pagi2 jumaat yg mulia ni...
errr...sekadar luahan perasaan utk hilangkan tekanan...
hehehe....

Monday, November 29, 2010

berat adik tak naik byk

Sungguh bz hari ahd lepas.
pagi2 lagi dah gi klinik untuk timbang insyirah. lepas tu gi alor setar servis kereta. pas tu balik rumah... pergi kenduri kawin... balik tu balik kampung jap sbb mlm ada kenduri arwah. Pukul 1 pagi baru berpeluang untuk merehatkan badan yang terlalu letih. Gaya nak tido... batuk pulak menyerang... hur,,, habis keluar makanan yang di makan.
Sebenarnya nak bercerita mengenai perkembangan anak yang kecik ni..
Sunggguh2 lasak...tapi belum boleh merangkak dengan laju. Tp mulut dia mmg laju,, dah boleh sebut... AMBOI...ABAH..ABANG...MI( tu pun bila dia menangis beru keluar perkataan MI)
Gigi dah terjongol 2 batang...suka sgt menggigit. masuk ni dah 2 kali hanset aku rosak sbb dia gigit..baru seminggu tukar tempat yang untuk masuk charge tu... dah nak kena tukar lagi...adui... dlm byk2 mainan.. kenapa adik suka ngn hanset umi??
Sebelum2 ni adik suka mkn MOi yang Umi masak. Dalam tu boh kentang, sayur, ayam...
Tp sekarang kalau suap adik akan luahkan balik. So umi takut adik lapar...aku bagi la jugak dia mkn nestum. Yang ni habis licin dia mkn.. sampai nganga mulut nak lagi... Tp tu la.. misi kata nestum tak bagus untuk tumbesaran anak.
masa p timbang dia... syok la... sbb tak perlu tunggu lama2 sbb ada misi pelatih ramai dari KOLEJ MURNI...( yang baju Hijau tu).. Thanks adik2 misi sbb mempercepatkan masa akak... Bukan apa.. sblm ni.. kalau org tak dak pun.. MISI yang bertugas kat sini agak lambat. ( tak tau la apa yg depa buat kat dlm tu... byk menyembang... kerja very slow).
Tp agak mendukacitakan.. berat adik naik 0.2kg je... terlalu sikit... hampir ke line kuning... HURM.. ADIK TOLONG LA MKN BAGI BYK... Tp tak pe la... janji Insyirah sihat sudah...
skrg berat dia baru mencecak 6.8 kg..
Adik jugak dah pandai mengusik abg...suka tarik2 puting abg. Abg pulak jenis manja... bila adik tarik puting atau rambut dia.. abang suka nangis... pas tu mengadu la kat aku... suruh aku pukul adik... Seb baik dia tak lanyak adik dia..heheheh
HAri ni juga merupakan HARI lahir suami...
Hurm.. Diucapkan Selamat Hari LAhir buat suami tercinta...KAMI SEMUA SYGKAN ABANG

Monday, November 22, 2010

selamat dtg dlm perjalanan ku

Diucapkan selamat datang dlm hidup aku..
Dah lama aku idamkan,,
Kini aku dah memiliki mu..
Semoga kau menjadi peneman hari2 indah dan ceria perjalananku...

Untuk yang dah 7 thn... aku tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu..
tp aku harap kau akan terus berbakti kepada org tuaku....
Tiada apa yang dapat aku beri selain hadiah yang tak seberapa ini... sebagai tanda aku amat menghargai kedua org tua ku..

Tuesday, November 16, 2010

erti sebuah pengorbanan

Aku ambil kesempatan untuk mengucapkan salam Aidil Adha...
Semoga kita semua lebih menghargai erti sebuah pengorbanan..
Tak kira la dari segi pengorbanan wang ringgit, harta benda, masa, tenaga,korbankan apa yang kita suka... dan sememangnya kalau nak buat korban.. kita kena pilih binatang ternakan yg paling sihat... dan yang paling kita suka
Untuk korban kali ni...kami adik beradik terasa sunyi sgt2 krn ibunda tersayang beraya di kampung nenek... huhuhu..
Semoga pengorbanan yang kita buat ni diredhai Allah...

"tiada yang indah selain dari SyurgaMU Tuhan"

Thursday, November 11, 2010

banjir 2010

1/11/2010 : aku hadiri seminar di brasmana hotel, Kuala Perlis. Masa ni hujan lebat sgt2... On da way nak p keja pun kena drive slow sgt2 sbb hujan terlallu lebat. Highway kuala perlis pun air byk la jugak.. sekali aku lalu kena air.. slurpppp mcm naik feri...Masa tgh kursus ramai kwn2 dah balik sbb rumah depa masuk air.
Aku balik rumah dlam pukul 3.30 sbb mlm ni ada sesi mkn2 lagi... Sampai umah pun dlm kul 5.30.. jauh giler rasa..
2/11/2010 : ingatkan seminar start kul 9 pagi. So aku keluar rumah dalam kul 8 pagi. Sampai air Hitam kak mas call kata seminar dibatalkan. Aku apa lagi... YUHUUUU patah balik la....
3/11/2010 : Semua jalan untuk ke perlis ditutup... aku tak boleh nak p keja. Dok umh je la... Tiba2 kawasan rumah aku didatangi air yg begitu cepat.. Dlm hati hanya mampu doa..Jgn la air masuk rumah... tak larat nak mengemas barang sorang2 ... husband keje. Mcm pesta la pulak... air bah ni.. ramai je org jalan2.. naik moto... lalu ikut air bah ni.
masa ni dah suruh en brahim alihkan kereta ke kawasan yang lebih tinggi...
4/11/2010 : Rumah mak aku dinaiki air. Nasib baik aku call sblm tu suruh mak selamatkan video cam dlm almari....nak p tgk mak pun tak boleh sbb air menghalang semua laluan.. terputus hubungan. Nasib baikla ada kemudahan telefon... dapat jugak la berhubung bertanyakan khabar,
5/11/2010 : Majlis akd nikah fadzilah terpaksa juga diteruskan ats permintaan pihak lelaki. Terpaksa la mkn dlm gelap bertemankan cahaya lilin.. hehe agak unik.
6/11/2010 :

tgh siang ikan nak buat ikan bakaq...pak menakan aku sponsor ikan temenung fresh/...

disinilah mangsa banjir berteduh..gerai mak aku...mlm byk nyamuk!


Hari ni dah boleh p tgk keadaan rumah mak. Tu pun terpaksa tinggalkan Irfan dan Insyirah. Redah cari jalan jugak naik moto. Hurm.. Mak tak pindah p penempatan banjir.. Hanya duduk tepi2 jalan depan rumah nun. Nak mkn pun susah. Sedih aku tgk. Paling menyedihkan.. saat adik aku yg paling kecik tu.. beratur ramai2 dengan kawan dia di penempatan banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan... kena marah dengan org Catering.. Katanya.." Hangpa ni mai buat apa sini.. hangpa bukan dok sini... Mengacau JA..''.. Beginikah sikap Rakyat MAlaysia yg dibangga2kan???? Apatah lagi perkataan tu dilontarkan terhadap kanak2.. yg tengah kelaparan. Aku hanya berdoa moga Tuhan balas balik apa yg berlaku hari ni kat Hang..bukan mkn hebat pun.. hanya gulai Ikan...HUH... tak prihatin langsung.
7/11/2010 : bawak mak mertua berkelah mkn nasik depan rumah mangsa banjir... umah mak aku leer.. Bekalan air tak de... sungguh susah nak dapat air. Terpaksa beratur tahan air kat meter yg org potong tah dari mana... berebut2...Hurm.. masa ni barula terfikir betapa beharganya setitik air yg selalu kita bazirkan.
8/11/2010 : Air mula surut..tp bila malam air nak pulak.....masih tidur dalam kegelapan. Kesian mak ayah dan adik2 aku. Ajak balik dok umh aku.. depa tak mau....Katanya tak mau tinggal rumah.
9/11/2010:

tekun bersihkan bilik kami

diantara baju2 aku yang tenggelam... nak buang sayang.. basuh dan simpan je la kot..


Balik cuci bilik aku....huhu... tilam aku sebijik kena bakaq la lepas ni...baju2 bertambun nak kena basuh balik.... penat sehhh.... Mak aku ckp masa ni bantuan byk la sampai. Dapat roti gardenia...beras..minyak...gula...air mineral.. Alhamdulillah...
10/11/2010 :Aku masih bercuti. lama aku cuti kali ni... konon2 sebelum banjir hari tu plan baik punya.. nak p mkn angin kat langkawi.. Sekali aku mkn angin kat rumah je.... hehehhehe
11/11/2010 : aku start keja dah ni.. lama dok rumah ngn anak.. sampaikan Irfan kata" Umi.. cuti terus la... jaga Irfan.. hehhehe...

Friday, October 29, 2010

puting beliung melanda

salam semua....
alhamdulillah... aku masih berkesempatan untuk meneruskan hidup ni...
ptg smlm.. lepas solat asar.. aku pun pakai la bedak dan siap2 la nak balik. keluar je dari pintu.. tgk keadaan sekeliling.. gelap sgt2... angin kuat....
di koridor kelihatan seorang pelajar lelaki,,,\budak tu panggil aku... cik! cik! cepat mari sini.. tgk apa jadi nih...
aku pun berlari la ke arah budak tu...
koridor sebelah sana.. tgk budak2 lain dah ramai....
dari jauh dalam lebih kurang 500 meter... kelihatan puting beliung yang teramatlah besar.. sedang memusing2..membawa segala barang yang boleh diangkut oleh angin tersebut.
Aku hanya mampu melafazkan.. Subhanallah.. Allahuakbar.
Langkah terhenti...kaku seketika...
pelajar2 lain masing pakat ambil gambar kejadian. Dlm hati hanya mampu berdoa.."Ya Allah.. kau bawalah angin ini pergi dari sini.. Jgn dekati kami... Selamatkanlah kami ".
Tak lama lepas tu nampak angin tu menuju ke pusat sukan dan berlalu...
kemudian disusuli dengan hujan yang teramatlah lebat.
Tak tahu apa yg terjadi lepas tu.
Pagi ni datang keje... benda 1st yg buat check facebook..
haaa ada org dah letak video mcmmana kejadian ni berlaku..bermula dari gumpalan awan nampak mcm jari turun ke bumi.dan kesan2 puting beliung tersebut... sebiji van diterbangkan setingggi satu metar dan sejauh beberapa meter... rosak rumah..bengkel kereta.. kedai makan...semuanya terletak bersebelahan dengan opis kami yang terletak di Kubang Gajah.. Allahuakbar...
Semuanya ditgn Allah... Kejadian yang selalu aku tonton kat internet..kat Tv seperti diluar2 negara.. tp kini aku telah saksikan dengan mata kepala aku sendiri. REAL!
Apapun aku bersyukur krn Kami semua selamat. Ada hikmah disetiap kejadian.. MOga keinsafan menjadi milik Kita dan mendekatkan diri kita dengan Allah.

Monday, October 25, 2010

sudah jatuh ditimpa tangga



kesian pulak ngn si Irfan ni...

hari sabtu ptg- pipi kiri terkena pintu kereta....lebam n nangis
sabtu malam - hujung kelopak mata sebelah kiri jugak terhantuk dengan bucu penyelak pintu
.....nangis jugak sampai terkencing2... mesti la sakit
ahad malam - bibir mulut bengkak dan pecah sbb konon nak jadi ultraman lawan ngn rasaksa,,
salah parking jatuh atas betis kering pak su dia. bibir terkena gigi sendiri.
berdarah byk... umi hanya mampu menjerit mintak tok dia tlg tgk sbb umi tgh
pegang baby.

Akibatnya: tak boleh nak isap puting.. tak boleh nak isap susu.,
kesian sgt... pagi tadi dia bgn mintak susu...
aku buatkan susu.. tp dia tak boleh nak isap. sakit katanya.
Td mak sedara dia ckp Irfan minum susu guna sudu...Alhamdulillah....
nak tido mlm.. pegang bantal busuk dan puting je,,,,
Org kata sudah jatuh ditimpa tangga...

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni... harap2 bila dah sembuh nanti.. dia akan lupa terus puting yang selalu dinyonyot itu... dah boleh minum susu dalam gelas... bukan dlm botol...

Harap sgt2....

Thursday, October 21, 2010

HePy Besday To Muhammad SyamsuL IRfaN

15.10.2010... umur anak sulung mencecah 4 tahun.

Selamat Hari Lahir diucapkan. Tahun ni tak de birthday party untuk dia... just beli sebijik kek. Tak de hadiah istimewa.. Abahnya just belikan sweater warna merah untuk dia.

Asalnya dia request nak kek ultraman. Dlm hati mana nak cari ha?? Nak tempah pun umi tgh sengkek. Tp untuk menggembirakan hati dia... gi la cari kek kat kedai kek.(murah la sikit kan?). Alhamdulillah... ada kek power rangers warna merah seakan2 mcm ultraman la jugak...

Tu pun seronok tak terhingga dah....

Balik rumah.. tok dia offfer nak goreng bihun. Makasih ibu mertua yg tersayang.. so..panggillah jiran terdekat mai rasa kek sorang sikit ...

besday boy dah tak sabar nak potong kek...just letak je lilin yg tidak dinyalakan. nak nyalakan pun... tgk pak mertua dok jeling je...hehhe tak berani eden

ni dia kek power rangers tu... Tulisan kurang memuaskan hati...
hati puas bila lihat anak gembira.
update sikit: dalam usia 7 bulan..3 adik dah mula tumbuh,,,, best2 umi tgk...

Engkau yang Ku cinta

Engkau Yang Ku cinta- Achik spin
Sering kau tanyakan..cinta ku dimana???
sering kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta..perasaan ini
dan kat tak mengerti dihati
Yang sebenarnya engkau aku cinta
permata dalam rinduku hanya untukmu
saling memerlukan bila berjauhan
harap kau mengerti PERASAAN INI
keluh resah bukan sandaran
dan gelisah bukan hukuman
krn kau yang kuidamkan bukannnya mainan
seandainya kau mengetahui hanya engkau yang ku cintai
Itulah yang sebenar2nya
Usah kau tanyakan CIntaku dimana
cukup kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta
perasaan ini
dan kau tak mengerti dihati kecilku
Sedang melayan JIWANG KARAT sorang2.. Ucapan terima kasih byk2 kpd seorang sahabat yang sanggup carikan lagu ni buat aku...

Wednesday, October 20, 2010

always be there

-Always be there- from Maher zain

Diantara lagu2 yang aku suka... menjamu rohaniah...
Lagu semangat....

If U ask me about Love
And what i know about it
MY answer would be.. It's everything about Allah
The pure Love, to our souls,
The creator of u and me
The heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of His true beleiver
So when the time is hard.. there's no way tu turn
As HE promise He will always be there
to bless us with HIS love and HIS Mercy
coz, as He promise HE will always be there
He always watching us, guiding us

So when the time is hard... there's no way to turn
as HE promise HE always be there
to bless us with his love and HIS mercy
coz, as HE promise HE always be there
He always watching us, guiding us
and he knows what's in all our heart

So when u lose ure way
To Allah u should turn
As HE promise He Always be there

He bring ourself from the darkness into the light
Subhanalllah praise belong to u 4 everything
shouldn't never feel afraid of anything
As long as We follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
and we'll be in HIS heaven and we'll be fine


Allahu Akbar

Tak SiHaT

sejak 2-3 hari ni aku tak berapa nak sihat.
Irfan pun mcm tu jugak. smlm dengar bunyi mcm nak penat je,,,
Hurm...bdn ja ada kat opis ni.. tp fikiran dok kat umh.
Mcmmana ni?
Rasa mcm nak balik umah jaaaa.,,,
Kesiannya......

tgh menulis ni... tiba2 hanset berbunyi....
Panggilan dari Irfan rupanya..
nak bagi tau umi yang Dia dah mkn ubat. dah tak panas bdn...
Alhamdulillah... Lega aku dgr...

Masalah ke2 aku... kenapa aku pulak yg tak sihat.
Aku tak pasti aku tak sihat Rohani atau Jasmani....

Doakan yang terbaik buat aku.
Moga aku dan keluarga dlm Lindungan Allah S.W.T...
Tak ingin yang tak elok atau anasir2 lain mengganggu hidup aku...
Arrrrghhhhh

Thursday, October 14, 2010

esok aku cuti

sedar tak sedar... esok ::::15 Oct::::genap 4 thn aku menjadi seorang Ibu.
esok juga aku amik cuti yer.... nak habiskan hari bersama keluarga.
Cepatnya masa berlalu. Rasa mcm baru 2-3 hari aku jadi seorang ibu. Rasa mcm baru semalam aku ajar Irfan bertatih. Tp kini Irfan dah boleh berlari.
Kini aku dah mempunyai 2 org cahayamata...
Syukur Ya Allah... aku berjanji untuk menjaga amanah yang telah engkau anugerahkan buatku ini dengan sebaik mungkin.

minggu pertama dilahirkan...kecik je...masa dilahirkan tu 2.5 kg je


masa ni baru boleh berdiri. baru tumbuh gigi bawah depan..
pssstttt::hurm.. kenapa tiba2 rasa mcm nak baby lagi ek???
Adik si Irfan ni pun kecik lagi. adik cepatlah besar.. Apapun aku suka ngn budak kecik...

dah boleh memberi komentar pada blog saya ni

erm.. td... godek punya godek... aku dah jumpa mcmmana nak setting blog ni bagi pembaca yang tak mempunya akaun bagi blog komen aku punya entry..
Sbb sebelum ni... ada org tanya kenapa blog aku tak bleh nak komen ye???

Ha... sekarang korang boleh la nak komen apa yang patut....

kat bawah sekali tu:
pada ruangan comment As:

anda boleh klik name/URL :::::::disini anda boleh juga menulis nama anda:::::::::

anda juga boleh klik Anonymous:::::kalau pilih yang ni...saya tak tahu saper anda...hehehe:::::

SeLaMaT "MeNGomEn"

Sekian terima kasih

Monday, October 11, 2010

ragamMu menyentuh kalbu



menghabiskan cuti hujung minggu bersama anak2 mmg suatu perkara yang amat berharga buat aku sebagai seorang ibu. 2 hari cuti mcm tak cukup je.
Adik dah mula nampak mcm nak tumbuh gigi. dah boleh berjalan dalam walker. cepat sungguh masa berlalu. Tp adik belum boleh merangkak. harap2 adik cepat merangkak..boleh la berat badan umi ni turun lagi. hehehe

Abg pulak dengan mcm2 ragam. ada yang sukar dikawal...ada yang mudah je untuk aku mengatasinya.

mlm td.. sedang berehat2 dan santai depan tv... kedengaran si abg bersembang dengan abahnya,,
abah: Irfan dok pukul abah ni.. kalau abah mati... sapa nak jaga Irfan?
Irfan: Irfan ada abah baru...
Abah: hurm... kalau abah baru.. umi lah seronok..(dengan nada terkejut)

aku pun terkejut dengan jawapan dia tu. seorang budak yang baru nak masuk 4 thn boleh berkata mcm tu. tak de org yg ajar pun.
lepas tu tiba giliran aku pula untuk menguji apa yang Irfan akan cakap bila aku mati

Umi: Kalau umi mati...sapa nak jaga Irfan?

Irfan tunduk.. diam.. dan pandang muka aku,

Umi: kalau umi mati... umi dok dalam kubur, ular mkn umi..ulat pun mkn umi...
kalau umi mati... sapa nak peluk Irfan malam2...
sapa nak marah Muhammad kalau dia buat Irfan?
kalau Umi mati... Irfan baca ALHAM kat umi tau...

Irfan diam lagi... tiba2 terus dia menerpa ke arah aku...
dirangkulnya tangan aku.. diciumnya pipi aku sambil nangis terisak2..

Irfan: Ipan mintak maap.. Umi jangan mati...Ipan nak jadi budak baik.. huhuhuhu (sambil nangis)

Aku terkedu. tak tahu kata2 yang perlu aku lontarkan. Sambil pandang dia... aku raut wajah comel itu. hurm.. rupa2nya dia takut kehilangan seorang ibu. begitu juga akan kehilangan seorang ayah. budak2 kecil mcm ni..kena main psikologi rupanya.. baru berkesan dan berbekas di hati.

Pagi ni pun.. bangun je dari tidur... terus aku dokong dia.. hantar ke rumah tok dia. aku hulurkan tangan untuk bersalam. Salam disambut. terus ditarik pipi aku dan terus dicium.
dia terus melambai2 sehingga aku hilang dari pandangan.
sambil memandu... aku masih lagi mengenangkan anak2 yang aku tinggalkan di rumah....

Ya Allah.. kau berkatilah anak2 dan suamiku.
Kau sihatkanlah mereka... Kau jadikanlah mereka pejuang2 dijalanMu.. Semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi ahli syurgaMU..

Tuesday, October 5, 2010

Perlukah aku ambik hati?

Tetiba je akhir2 ni aku rasa feel semacam je ngn kelaku sorang kwn lama ni... yang selalu aku ceritakan...
hurm...kebetulan raya baru2 ni.. masa aku lintas jln ngn family aku... dia berada sebelum lintasan kotak kuning tu... jadi keta dia berenti la...
asben aku ckp.. tgk la... kwn dlm keta tu... aku senyap je....
tetiba keta tu hon kami dan angkat tgn...
oooo dia masih mengenali kami rupanya,,,

So.. untuk tidak mengeruhkan hubungan.. hari raya aku sms ucap selamat hari raya... tp tak berbalas,, dlm hati aku... may be dia tukar nombor baru kot...

baru2 ni... krn teringin sgt nak ckp ngn dia.. aku hantar msg melalui facebook...
aku tya dia..
kenapa dia tak tegur aku langsung dalm fb?
kenapa?
adakah aku telah lakukan sesuatu yang menyinggung dia?

Hurmmm... sampai le ke hari ni...
tak berbalas...
dlm hati aku masih berperasangka baik....
mungkin dia bz untuk membalas msg aku tu..
tp mlm smlm aku tgk.. hur,mmm bukan main giat dia membalas komen2 dari kwn2 lama dia,,,

on da way balik dari bengkel... seorang shaabat lama call aku. dia pun sama... terasa ngn tindakan kwn ni...
kwn aku ckp...
mcmlah kita tak kenal dia tu...
KAWAN hanya UNTUK KEPENTINGAN,,..
Bila terfikir balik...
betulla... dulu dia baik ngn aku sbb mungkin aku masa kat kelas dulu menjadi rujukan kwn2...
Perlukah aku ambik hati???

skrg.. aku sapa.. dia sapa...

hurm.. aku rasa TERKILAN je....
tp tak pa... dengn ni.. adalah lebih sukar untuk aku nak label seseorang sebagai sahabat.
Cukup la aku nak terlalu baik dengan org...
Cukup lah hati aku dihiris luka mcm ni...
Terima kasih kpd org yang pernah aku anggap teman...
Hilang engkau sorang... sebenarnya tak mencacatkan penampilan aku... masih ramai yang sudi menjadikan aku kwn.
Dan kejadian ini sebenarnya membuatkan mata hati aku lebih terbuka dlm menilai erti sebuah PERSAHABATAN

Monday, October 4, 2010

bengkel lagi

jumaat..sabtu dan ahad.. kena tinggal Irfan dan Insyirah serta abahnyee sbb ada bengkel persembahan Kik kat Bedong, Kedah.
Insyirah pulak mcm merajuk je ngn aku.... sehari sebelum aku p sana... balik rumah... langsung tak nak pandang muka umi dia ni.. hurmmmsedihnya rasa...
Kak ipar aku kata.. mlm pertama tu ok lagi... mlm ke 2 dia dah rasa kehilangan... asyik nak teriak je... sampai leh sebut umi...bila teriak ja.. mi...mi

persiapan saat2 akhir sebelum persembahan

erm.. tiap2 kali sertainya..asyik kena jadi pembentang je... thn depan aku nak bg peluang pada bakat2 muda pulak.. bersedialah wahai adik2ku...
sebenarnya mmg minat untuk bercakap diatas pentas mcm ni... tp tu laa adakalanya kita kena mengalah bg peluang pada org lain...

wajah insyirah yang terlalu gembira agaknya...

nampak ja aku kat depan pintu...mula2 dia scan dulu... pas tu baru sengih2 dan godek2 kaki nak mai peluk.. hurmmmm rindunya....

si abg pulak masa sampai tgh tidur. Bgn tidur dia ckp... Irfan teringat kat umi.. awt umi tak bawak Irfan mandi kolam sama? alamak...nanti2 kalau ada rezeki lebih umi bawak nooo

insyirah mencuba tudung...

bayi tercekik susu

Tengok tajuk kat atas... betul2 membuatkan hati ibu2 yang ada dalam dunia ni hidup tak keruan..mkn tak kenyang.. buat keja serba tak kena...asyik teringat kat anak.
mana taknya.. dlm bulan ni saja, dah berapa kes dilaporkan didada2 akhbar.
apa sebab bayi boleh tercekik ?

adakah sebab lubang puting susu(pacifier) tu terlalu besar sehingga menyebabkan bayi sukar untuk mengawal hisapan?

adakah sebab bayi berusia kurang dari 1 tahun dibiarkan memegang botol sendiri..sedangkan babysitter pergi memasak kat dapur? tak logik bagi seorang manusia membiarkan baby yg hanya baru berusia 3 bulan minum sendiri tanpa bantuan..bila dah mati...bila dah biru... menyesal tadak guna. Ada yang tak menyesal kot.. sbb tu anak org.. bukan anak dia.

adakah jenis susu juga mempengaruhi kadar kematian bayi??
sepatutnya ada pihak kena buat siasatan dan buat research bayi2 yang jadi kes2 mcm tu minum susu apa...jenama apa....
mungkin susu juga menjadi faktor terjadinya 'cekik susu'
sebabnya... ada bayi yang lepas minum sebotol susu... terus tidur...
bila kejutkan untuk bangun.. tgk2 dah tak bernyawa.
ada jugak kes dimana ada bayi yang meninggal atas keretapi setelah diberi susu oleh ayahnya...

Dan adakah juga.. mmg bayi itu sendiri secara semulajadi mempunyai penyakit2 tertentu yang menyebabkan terjadinya gejala2 yang disebutkan diats.

hurm... sungguh menakutkan..
Ibu2 sekalian... sama2lah kita berdoa diri kita dan keluarga dijauhi dari segala musibah dan sentiasa dipelihara oleh ALLAH S.W.T...

Thursday, September 30, 2010

confused-email kena ceroboh

aku betul2 confused. baru2 ni ada kwn sms aku tgh mlm tanya:
Kak pah On ym ka mlm2?

pelik ooo
byk org dok tanya...
sebelum ni aku gunakan email ni untuk apa2 urusan...
untuk facebook pun aku guna email ni. untuk blog pun aku guna email ni.
tp aku tukar password la untuk blog dan facebook.
Baru2 ni.. aku dah tak bleh nak check email aku ni.. password salah!!!
pas tu yahoo mintak la apa2 klue yang nak confirmkan password aku..
ternyata semua maklumat yg aku masukkan tu tak matching...
Hurm.. tgh ari baru ja beberapa minit sebentar tadi... org yang guna ID aku tu
masuk tegur aku...

pah_da7932: Hi
aku:Hi
pah_da7932:i just took an IQ test here..pretty cool :-)
aku:Can i know who u are?
pah_da7932:you dont even know me anymore?
wow..ok.. i will tell u after this test yeah?
aku: but i really confused..
org tu:got 113 lol... i thought i was smarter than that
aku: u used my late ym
org tu:u should see if u can do better than me...if u can ill buy u a drink
aku: where ure from?
org tu:i am from the USA
aku:oh my god
org tu: try it...http {sekian2}....i bet u cant lol
aku:why u want to bet me. i dont find any problem with u
org tu: take it now while i take a shower lol. i will back after im all fresh.
aku: sorry i'm not interested,
org tu:brb... let me know ure score when i'm back


hurm... apa ke bodo mamat ni... dia ni tak paham2 ka yg aku dok habaq dia guna ID aku... mengong mangkuk punya manusia...
ada sapa2 boleh tlong jelaskan kat aku dak.... kenapa berlaku pencerobohan ID dlm dunia internet ni....
aku cuma takut org bodoh terlebih pandai ni menyalah guna internet...
kang tak pasal2 aku kena tahan ngn polis kalu dia buat slaah ke haper...
Help me plsssss
huhuhuhu

Wednesday, September 29, 2010

bz oh bz

hari ni balik lambat lagi...terpaksa siapkan presentation untuk submit esok.
sian anak2 kat rumah. Jumaat ni nak kena tinggal....
moga family family faham ye,,,,
wish our group success

Monday, September 27, 2010

Buah tin

Assalamualaikum...
Huhuhu.. penat sgt dalam menghabiskan hari2 pada minggu lepas. Tiap2 hari balik kul 6 lebih. sampai rumah dah maghrib...
Hujung minggu sibuk mengemas rumah.. lipat kain baju yg berlori2 byknye...(acah je)...
Time kasih ye Ct n family krn mengunjungi teratak kami yang kecik molek itu...Tadak apa yang nak buat, goreng bihun je la... moga kenyang ye...

Ha... hari ni nak bercerita pasal buah tin.
memandangkan Irfan cukup suka sgt ngn buah ni. sekali hadap 5 biji.. Kiranya kalau masak je... terus menjadi rezeki dia la.. pokok ni pak mertua tanam tepi umh dier asalnya.. tp bila kami dirikan rumah kat situ.. kiranya pokok ni paling hampir dengan rumah kami.
Selalunya bila balik mekah, selalu dapat la kita rasa buah ni yang telah dikeringkan. dihiris halus2..leh rasa biji dia yang banyak dan halus2 tu...
Buah ni mengandungi antitoksidan yang tinggi. Dapat membantu mencegah penyakit kanser... terutama kanser usus atau penyakit yang berkaitan dengan perut.
Ia juga menguatkan jantung dan menormalkan pernafasan bg pesakit asma..
so.. kami leh mkn yang fresh.

buah tin...

nampak biji kecik2 bila dibelah

ni dia pokoknya...buah yang belum masak...warna hijau


daun besar2

semoga perkongsian ilmu yang tak seberapa ni mendapat faedah dan berkat...


Wednesday, September 22, 2010

beretika lah sikit kak cik...

pg ni sebenarnya ada erobik...
habis erobik kwn2 ajak mkn kat stesen keretapi. Mcm besala.. kalau kat situ, nasik kerabu la yang menjadi pilihan mok cik ni...
Lg pun ada mak labu sorang yg tgh sarat teringin sgt nak mkn....

So masa tgh tunggu org amik oder air... mak cik pun sembang la ngn kwn nih... dia ckp ayaq tak mai amik oder lagi la... dah dekat 15 minit dah... haus...haus erobik...
dengan pantas dia pun bgn gi kat org yang amik oder tu... bg tau nak air teh ais. Sekali Kak cik tu ckp pe..." saya tak amik oder untuk org berdiri'... n blah mcm tu....
hurm... sombong betul...
aku ngn kwn2 lain teruskan menikmati makanan masing2... tetiba Kak cik tu berdiri sebelah aku.
"nak aayaq apa?'
senyap... masing tgh pikir nak sebut air pe...
Kak cik mengong tu " CEPAT SIKIT!!!!" dengan nada tengking...

Hurm...sungguh biadap..Kiter mkn bayor kak cik oi..
aku apa lagi... bila ramai2 dlm group mulut aku ni cepat sikit...
Dengan volume yang agak tinggi...

" KURANG AJAQ nya...""
kwn2 lain pun.... pakat2 sambung ayat aku... hehhe biar dia dengar sikit...
tanduk mula tumbuh.... hahahha

dia dengar sungguh aarrr....
2 minit kemudian.. dia mai kat meja abg2 polis yang mkn belakang kami tu.. sambil mulut dia pot pet
" semua nak cepat... dia ingat tgn kita ni ada 4 kaaa??"
hurm... nak protes la tuhhh
abg2 polis pun terpinga2 ngn gelagat kak cik tu...

lepas tu dia mai hantar ayaq secara sopan...seb baik dia... kalau buat perangai... ada la idea aku nak kata apa...s
Tau takut.. hahaha.. dia tatau yg kami ni baik ngn tokey dia...

Ingatlah wahai cik Kak.. Customer always Right...
camner la perniagaan org melayu nak berjaya kali wat perangai mcm ni...

Sambil2 tu boleh jugak tazkirah diri sendiri: BIla penat atau tensen ngn student... jgn tarik muka.. sentiasa SENYUM... tu kunci kebahagiaan dalam melakukan tugas kita...

Tahniah jugak buat diri aku sendiri krn dapat gaji esok... terpaksa sedekah kat PDRM sbb nama kena black list...tak bayor saman lagi wehhh... mau tak mau kena bayaq gak la... sbb nak renew lesen... Ha.. Padan muka ko Cik Pah... tekan la... minyak bg banyak lagi ye..... kalo sampai 140 tekan je....Kau kan suka sedekah tanpa paedah kat polis.. Huhuhu( Ayat untuk sedapkan hati sendiri)...

Friday, September 17, 2010

raya 2010

bz bebenor mak cik.. tak nyempat nak hapdet blog nehh...
apapun.. ini je la yang dapat diceritakan...

bila nak tiba hari raya...kanak2 la paling syok...main bunga api... tunggu hari last posa. Ni Irfan bersama sepupu2nya kat depan halaman rumah...lepak dlm longkang..

Orang lain balik solat aidilfitri.. terus gi beraya... abah balik semayang...terus bawak kami round kampung.. best gak.. dapat kenal adik beradik yg tak berapa kenal. merasa hidangan rumah org.

tengok!!! apa yang tak kena pada gambar ini....
....
....
.....
Abah pakai topi anak..anak pakai kopiah abah
Kali pertama beraya di Rumah PAK LET.. Jiran depan rumah..Dah 4 thn jadi org situ... ni kali pertama aku p rumah dia... Ni jugak la detik sebelum baju Irfan disaluti cat putih. Dapat mana tah cat kat dia,, Habis baju kotor. Nasib baik la cat kapur..senang keluar. Rasa nak marah pun ada bila tgk kat belakang baju penuh ngn cat. Ada budak lain tolong catkan sekali la... Bila ditanya
"kenapa Irfan main cat? Nak jadi tukang rumah ka?"
"Irfan nak jadi mcm Pak Ngah"
Nak marah... tak jadi marah.. akhirnya umi tersenyum dan tergelak besar sbb Pak ngah dia mmg tukang buat rumah.. ermmm budak2 sekarang cepat benar faham dan pandai ye...

tgh menunggu hidangan koteow sup dari isteri pak let


ptg baru sampai rumah mak aku...masing2 tgh bersiap dan menunggu aku. Nak p beraya rumah tok guru yang dok ajar aku baca alif sampai ya....sampai aku boleh baca satu alQuran... Terima kasih mak cik.. tp tiap2 p raya rumah mak cik.. apsal anak makcik selaku kwn saya masa kecik2 dulu tak mau keluar bilik yer??? huhuhu thn depan husband tak benarkan p raya sana dah...hurmmm

Insyirah tgh kepanasan sbb umi dia pakaikan baju yang agak tebal. Apalah ummi ni... Tp dia jenis tak byk songeh... senang bawak p mana2...
Sekali lagi: Ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Jemputla mai raya rumah. Serdak2 kuih ada lagi ni....






Friday, September 3, 2010

kAwAn

apa erti kawan?

apa erti sahabat?
aku ada ramai kawan... tp sahabat... boleh bilang dengan jari. Dan sungguh bertuah kepada mana2 individu yang aku gelarkan sebagai sahabat aku.

sahabat bg aku.... seorang manusia yang sanggup tahan telinga mendengar segala luahan perasaan aku... ke mana aku nak pergi dia sanggup temankan... susah aku...susah dia...senang aku... senang juga dia.

soping aku...soping jugak dia... hehehhe



hurm... sejak akhir2 ni aku asyik teringat kepada shabat lama aku....
kini kami terpisah.. jauh...semakin jauh dari hati...
walaupun jarak hanyalah sekangkang kera.. sekali panggilan telefon...15 minit kami dah boleh berjumpa. Tp.. entahlah.. aku sendiri tak tahu kenapa kami makin terpisah.
mungkin kerana aku menyakiti hatinya..
mungkin juga krn aku tak layak bergelar seorang kawan kepada Dia,.,,
semuanya berkemungkinan.
Hakikatnya kini aku terlalu rindukan untuk berbual mesra dengannya seperti dulu.
waktu zaman kami menuntut ilmu sama2...waktu makan meggi sama2,,,
Kalau jumpa kat jalan...masing2 buat2 tak nampak... Aku sedar hakikat itu... tp apakan daya... aku tak terdaya nak merubah semua itu. Setiap hari aku tgk apa yg tertulis di facebook dia.
pernah sekali aku komen diruangan gambarnya... sikit pun dia tak balas balik... Hina sgt kot aku ni di mata dia. Almaklumlah...skrg dia mcm artis...aku ni hanya mampu berpuitis...
Seandainya dia terbaca luahan hati aku ini...
"Ina...aku nak mohon ampun dan maaf byk2 kat hang... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Jodoh kali ke 2 hang ni kekal ke akhir hayat.. Aku tak pernah nak pandang buruk kat hg,,..'

Teringat pulak kat sorang shabat lama aku jugak. org perlis.. Shazreen namanya.. terpisah jugak sbb no telefon dia hilang. Aku tatau mana nak cari lagi. Tp aku harap satu hari nanti aku akan jumpa dia semula. Pernah jugak satu ketika dulu kami terpisah. Tak bertegur sapa hampir setahun. Akhirnya aku memberanikan diri untuk bersua dengan reen. Aku mengunjungi asrama reen. Masa tu baru terluah... sebenarnya Reen kecik hati ngn aku. Katanya ada org bg tau dia... yang aku tak mau kawan ngn reen sbb reen tak pandai...
Masya Allah.. Subhanalllah... semoga org yang memfitnah aku tu sedar akan kesalahan dia. Moga Allah bukakan pintu hidayah pada org tu. Aku dah maafkan salah org tu.'

Hurm... buat masa ni... aku rasa sahabat yang paling setia dengan aku ialah Suami aku.
dialah tempat aku lepaskan geram. Dialah tempat aku mengadu nasib.. dia jugak tempat punching bag... dia jugak tempat untuk bergurau senda...

p/s: melayan emosi di pagi hari... Jap lagi nak p buat projek KIK pulak... malasnyeerrr

Wednesday, September 1, 2010

makaroni bakar dan puding roti

bila cuti ja... aku try aaa buat menu2 yang aku tak pernah cuba buat sebelum ni.
Cuti kali ni aku try buat puding roti marble sbb dok tgk roti dah dekat nak expired.




lembik gak....

agar2 hijau

smlm cuti merdeka... aku try buat makaroni bakar. Mmg dok teringin nak buat lama dah....

percubaan pertama hampir berjaya.. tp agak lembik sikit. mungkin makaroni tu tak sempat nak sejuk aku dah potong... kes cempera la ni... hehhee





huduh ja rupa dia... hehe... pedas sikit...tp aku suka...












Thursday, August 26, 2010

nasi goreng tomyam

bgn sahur pagi tadi dah tak lalu nak mkn nasik kosong. Pikir punya pikir... nasik goreng tom yam aje laaa... sbb mlm tadi sebelum tido bang berahim ku dah masak nasi. So pagi ni nasi tu dah sejuk... senang la sikit nak buat nasi goreng... erm.. pandai dia masak nasik... tak lembik sgt. So.. kalo buat nasi goreng elok la... jika nak diabandingkan aku yang suka masak nasik bagi lembik(senang telan)..hahhaa. Kalo buat nasi goreng hampir hancur... hehhe.



ha.. ni dia rupa nasik goreng tomyam versi shida... mcm kedai dak??
heee saja cari mood kedai sbb dah lama tak mkn kat kedai.
RESEPI:
bahan2:
nasi yang disejukkan
2 ulas bawang putih
seulas bawang merah
15 ekor ikan bilis (agak2 ler)
2 batang sosej ( potong bulat)
cili padi
1 kiub tomyam
sedikit garam
minyak untuk menumis
daun sup/daun bawang
tomato
cara:
1) panaskan minyak.
2) masukkan bawang merah dan bawang putih..
3) masukkan ikan bilis... goreng hingga agak garing.
4) masukkan sosej yang telah dipotong.
5)masukkan kiub tomyam. Kacau hingga naik bau,
6) masukkan nasik. kacau biar rata
7)masukkan sedikit garam untuk tambahkan perasa.
goreng la sampai masak
9) masukkan cili padi yang dihiris menyerong nipis2.
10) masukkan daun sup/ daun saderi
11) Di dalam kuali lain... goreng telur mata kerbau.
lepas tu angkat . letak sikit sos
untuk hiasan: sebijik tomato dihiris nipis...
taburkan daun bawang di atas nasik..
siap untuk dihidang..
Selamat mencuba...

syukur lagi

smlm dapat berita gembira... kakitangan awam dapat imbuhan hari raya.. Alhamdulillah... syukur sgt2... boleh la bernafas sikit bila ada bantuan mcm ni kepada rakyat jelata... barulah nasib kakitangan awm kat malaysia ni terbela...

hurm... pagi td on da way nak mai keja...nampak gumpalan awan yang besar dan cantik. ditengah2 bulan tu.. ada bulan yang bulat dan cerah.. ye la.. dah masuk 15 haribulan kan.. tentulah bulan penuh. tepi bulan nampak mcm bintang yang tak berkelip. Tp tu org kata bukan bintang.. tp planet yang terletak hampir dengan bulan@ bumi. Yang lebih menampakkan fenomena itu cantik.. bila mata aku ni menyaksikan gumpalan awan itu mengeluarkan cahaya yang sangat cantik apabila pancaran kilat terhasil di dalam awan tersebut... mcm lampu lip lap hari raya ,.. terlalu cantik. SUBHANALLLAH...

Dulu.. masa my lovely hubby belum dapat transfer balik kedah...
satu mlm dia kena bertugas dengan kawan dia..
tiba2 dia nampak awan yang sgt cantik... seakan2 tulisan "ALLAH". Di tengah awan itu nampak bulan ditengah2 nya... Sungguh cantik.
Lantas si dia menelefon sibuah hatinya yang sedang tidur. Memberitahu perkara yang dia saksikan itu.. Dengan nada yang bersungguh2... isterinya ( aku la tuuu) menyuruh dia... berdoa byk2.. mintak dia doa supaya dapat tukar sini. Mungkin pintu hijab sedang terbuka...( erm... betul ke apa yg aku tulis ni)Bukannya mudah nak buat pertukaran memandangkan dia baru kerja kat sana 3 thn. Org lain 10 thn pun belum dapat tukar...
Alhamdulillah... Allah tu maha mendengar... seminggu lepas kejadian... si dia dapat surat pertukaran balik kedah... erm... seronok bukan kepalang... mulut ini... tak habis2 mengucapkan syukur pada Allah krn mendengar rintihan hambanya... Sesungguhnya setiap kesulitan..ada senangnya.
Apa pun..hatiku berbunga keriangan..hehhehe

Monday, August 23, 2010

LiNtaH

Hari: Ahd
Tarikh: 22 ogos 2010
masa: 8 pagi

Pagi2 buta lagi... aku dikejutkan dengan bunyi jeritan mak aku....
Terdengar mak aku kata.."Mcm anak ular"
Aku pun terus bgn dan menuju ke luar rumah. Mana tau kan...kot2 ada ular lagi.. Aku cukup fobia kalau dgr org sebut ular atau seangkatan dengannya. sbb masa tu Irfan tgh main2 kat halaman rumah. Anak bangun awl dari mak.. Bapaknya p keja... mak dia apa lagi... membuta la
Hurm.. Masa tu tgk la sekor makhluk Allah ni..sedang berjalan2 dengan Liatnya bdn dia tu... Selepas ayah aku tarik dari kaki lembu belaan beliau.
Entah sesat dari mana tah menatang ni. Serius... aku GELIIII...
Rasa meremang bulu tengkuk.. Lepas tu kalau pijak benda lembik2 mesti aku jerit2...

Agak2 berapa pain menatang ni boleh isap darah manusia ek??? erm.. ada rupa cam lintah rasakse je...
Org tua2 dulu kata.. Lintah adalah spesis jin sbb dia isap darah manusia.
Aku tanya balik...." KUTU spesis jin apa pulak?"
he...


ni rupa bila dia berjalan.. klu dia tak memanjang mcm tu... ada la besar ibu jari kaki...
eeeee masa tgh tulis ni... aku tgh GELI!!!!!!!!!!

dahlia

Akhirnya.. siap jugak jahitan manik kat baju aku ni...
seronoknya.... letih gak la nak menghabiskannya...

ha.. ni dia rupanya baju yang dah siap dijahit manik.. dahlia nama jenis jahitan.. kalau tak salah aku...

zomm in sikit...
erm.. tak sabaq nak cuba jenis2 jahitan lain pulak... Lepas Raya ni pulak la kalau ada masa. Untuk jahitan ni.. aku salah cara.. Tp 4 the next Trying... nak guna cara yg betul... lagi senang.. lagi mudah...

Thursday, August 19, 2010

nostalgia ramadhan

bulan2 posa mcm ni... teringat pulak aku zaman kecik2 dulu..


mula2 nak belajaq posa...dulu aku start posa masa darjah satu. tu pun posa sekerat hari ja.

Balik sekolah mak aku dah siap bancuh ayaq milo secawan kat aku. uish.. letih bukan main. Kadang2 aku mmg nak posa sehari. Tp mak aku kata.. kena belajaq pelan2...ha.. masa darjah 2 baru posa seharian. Time nak buka posa.. siap dah dok tunggu depan lauk2 sume... Ayaq kalau ada 2 jenis.. 2 jenis la aku tuang siap2 dlm gelas. Senang nak masuk mulut.. erm.. betapa gelojohnya aku masa tu.. heeee

ha... habis ja berbuka.. satu sesi lain pulak menunggu...

sesi merehatkan perut yg terlalu penuh...rasa mcm makanan kat kerongkong ja....sampai nak bernafas pun susah...org utara kata"SENGKAK PERUT" atau dlm bahasa lainnya SEBU kot...

Kadang2 sampai nangis2,,,terpaksa la ayah aku sapu minyak angin kat perut utk kurangkan rasa sakit perut tu... Kadang2 sampai muntah2 pun ada.

Ayah pesan.. len kali mak hang... jgn letak cucur/ kuih dulu dulu. Bg ja budak2 ni mkn nasik dulu. cucur mkn lepas maghrib sat ni.. Ha.. start dari hari tu la kami mula mkn makanan berat dulu. Sampai la skrg ni.. kalau berbuka.. mesti aku makan nasik dulu.. dah terbiasa mcm tu. lepas tarawikh baru la nak ulang mkn apa yg ada kat dapur.

erm.. dulu2 tadak bazaar ramadhan mcm skrg ni. Kuih2 semua mak aku buat je. Almaklumlah.. anak ramai. lepas tu hantar la kuih yg buat tu kat jiran sana sepinggan.. jiran ni sepinggan.. Hasilnya... jiran balas balik kuih tu.. jadi la 3 jenis kuih untuk berpuasa... Hurmm mmg best masa tu... rasa seronok jee.. Tp la ni... p tunjuk2 ja kat bazaar ramadhan tu.. silap2 tunjuk.. dapat yang dah basi atau yang dah dihurung lalat...hurm.. semangat kejiranan semakin hilang....



hurm. lepas berbuka... kalau dekat nak menjelang raya.. p pulak cucuh pelita nak bakar bunga api... best2.. bila ingat kenangan tu.. sbb apa... masa dulu2 bila bulan posa je.. akulah anatara org yg berani.. sbb aku ni penakut. Kalau bulan posa...aku boleh ja jalan sorang2 kat luar rumah.. sbb org kata hantu kena ikat...he... lawak betui pahaman aku tu.. kekekeke



kalau bab sahur pulak.. Aku bukanlah seorang yg liat utk bgn pagi.. dengar mak kejut je... terus bagun.. basuh muka.. dan bersila mkn. erm.. sampai la ke besar ni pun.. still mcm tu kalau dok ngn mak... betapa manja dan mengada2 betui...

Tp bila aku dah kawin.. dah ada keluarga sendiri... tau pulak aku bgn kul 4 pagi. MASAK tu... Rajin jugak no..( Riak2.. heheh). Sebetulnya... bila kita rasa ada tanggungjwb...automatiknya kita sendiri akan buat benda tu tanpe perlu disuruh atau dipaksa buat. Buat dengan ikhlas hati. Rasa senang hati bila tgk suami kita mkn. Erm.. mcm tu jugak mak aku kan...dia puas tgk anak2 dia mkn. Tp... bila dah masuk hari ke 10 posa.. masing2 bila bangun.. tenung ja nasik tu... mkn pun... pelan sgt2,,,ada yam golek pun buat2 tak nampak ja.. TP... Kalau telur goreng mata kerbau tuang kicap ngn sos sikit.. yang tu la yg diserbu dulu..

Monday, August 16, 2010

T.I.P.U

pernahkah anda ditipu?
sedarkah diri anda ditipu?
atau sekadar pura2 tak tahu yg diri anda sedang ditipu?
berapa kali anda tertipu?
Dalam manis.. ada susun aturnya.. lambat laun terbongkar jua...

Aku???
pernah menipu??? sah2 la aku pernah menipu.
menipu atau meniru dlm exam pun pernah...
tp tu aaa... setiap kali.. pengakhiran pada sebuah penipuan itu...
resultnya merudum teruk.. So.. mmg aku dah set dlm minda ni.. tak suker meniru@ menipu dlm exam...

Aku ditipu??
ha.. yang ni selalu terjadi dlm hidup aku..
tp gerak hati yang Allah bg.. selalunya terlepas dari tipu manusia yang busuk hati..

sedar diri ditipu??
erm..yang ni susah nak ckp...
kdg2 kita tahu org yang berhadapan dengan kita itu sedang menipu kita,,,
untuk menjaga air muka org tu.. terpaksa la mengiyakan apa yang sedang diucapkan oleh org itu.. Rasa mcm bodoh kan?? Tp ikut kan je la rentak org tu agar org tu tak kecik hati..walaupun ada kalanya nak lari je tinggalkan org tu dengan apa yang di pot pet kan olehnya..

pendek kata... panjang pun kata... Tak usah la menipu: nescaya selamatlah hidup kamu
Tp jgn la terlalu telus ikhlas jujur terlampau.. sbb ada je manusia2 yang akan ambil kesempatan ke atas kita....

Friday, August 13, 2010

Alhamdulillah...

Ptg kemarin aku terima perkhabaran yang paling syok....
tp adakah kegembiraan itu hanyalah sementara??
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara...
Terima kasih bos krn memahami..

Terima kasih juga kepada akak ipar aku yang setiap hari menjaga zuriatku...
Terima kasih jugak krn menyediakan makanan berbuka buat aku . Semoga Allah membalas jasa baikmu itu. Aku bersyukur krn dikurniakan seorang kakak seperti itu. Sebolehnya ingin aku katakan padanya bahawa AKU SAYANG PADANYA..Tp mulut ni seolah terkunci... Hakikatnya begitu berat utk diluahkan. Terima kasih krn melengkapkan hidup aku yang sememangnya tiada kakak krn aku anak sulung. Bagi aku... sesiapa yang menyakiti hatinya.. sama seperti org itu menyakiti hati aku.. Dia tidak layak untuk disakiti. Dan rugila bg org yang menyakiti hatinya..

Tuesday, August 10, 2010

Selamat berpuasa

jumaat lepas... wat pot luck bersama rakan2 yang selalu lepak bila free. Diantara makanan2 yang dibawa:



Nak ucapkan Selamat berpuasa kepada kwn2 blog...dan kepada semua muslimin dan muslimat seluruh Malaysia yang mengenali diri ini..
Ingin juga memohon ampun dan maaf sekiranya ada tutur bicara yang mengguris hati sesiapa saja..0-0 ekkk...

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan.

Tips:-

1) Niat puasa
2) Bgn Sahur- Penting untuk tenaga di siang hari. Tak dapat makan nasik, minum milo pun ok jugak.. Tp aku lebih suka mkn nasik atau benda2 yang agak berat.
3) Kurangkan garam dalam masakan. Krn garam yang berlebihan akan membuatkan kita dahaga di siang hari.
4) Minum air kosong bg banyak...
5) Jangan lupa makan kurma... P cari kat tesco ka.. pekan rabu ka... bustam bam ka.. yusuf taiyoob ka.. Cari yg gebu2 sikit.. ermmm sedapnya..
6) Banyakkan berselawat dan membaca al quran...klu tak mampu baca.. dgr bacaan alquran masa kat opis pun dapat pahala tau...
7)Sesekali cuba masak sendiri... Yang ni pahala lebih kalau kita masak untuk org lain berbuka posa. Erm.. rasanya posa kali ni.. berapa kali aku dapat masak untuk berbuka ye??? harap2 lebih dari 10 kali...heeee

Semoga amalan dan ketakwaan kita pada Allah S.W.T semakin bertambah

Friday, August 6, 2010

jatuh juga

ternyata.. ramalanku benar belaka...
akhirnya... apa yg kujangka terjadi juga...
manik jernih ini terlalu laju mengalir....
malu tak terkata..
harap2 bos tak tersalah tafsir....
bila bicara hati ke hati... itulah sebenar yg tersirat..
dilontar dan diluahkan....
yang penting.. apa yg terbuku telah kuluahkan.. terpulang padanya untuk membuat keputusan.

Thursday, August 5, 2010

penentu

esok adalah penentu..
Ya Allah... berilah aku kekuatan untuk mengahadapi saat2 getir ini
kurniakanlah aku kekuatan emosi agar tidak gugur manik jernih yang kau anugerahi buatku..
Sesungguhnya aku adalah hambamu yang terlalu lemah..
lemah untuk merayu pada manusia lain... iaitu makhlukMu jua...
Adakah betul tindakan aku Ya Allah???
Berikanlah petunjukMu Ya Rabbi..
Seandainya itu yang telah kau tetapkan...
Aku Redho Ya Allah...
krn aku yakin setiap apa yg tertulis buatku....
krn setiap kejadian pasti ada Hikmah tersembunyi yang terlindung dari pandangan mata kasarku ini...

Amin...

Wednesday, August 4, 2010

lost

jika hartamu dimusnah... ingat.. Allah yang memberi
jika engkau dizalimi.. tenang dan tabah hadapi..
Allah maha mengasihi... mendengar rintihan hambanya

U.J.I.A.N????

adakah kita perlu diuji?
perlukah kita menghadapinya?
sabarkah kita?
mampukah kita untuk bersua?
dimanakah tempat utk bersuara?

Tuhan... jgn bebankan kami dengan bebanan yg berat..
seperti yang telah kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami..
sesungguhnya Allah menguji mengikut kemampuan kita...
kdg2... diri ini menjadi terlalu emosi...
ditambah dengan anasir2 yang dirasakan tak perlu muncul dlm kamus hidup ini..
direntap2 .. dihiris.. mencalari sekeping hati

apapun... jadilah seperti kata2 ini...
beramallah bagai diri akan mati esok hari
bekerjalah bagai diri akan hidup selamanya..

Monday, August 2, 2010

makanan pertama Insyirah

alkisahnya.. hari ni nak bercerita pasal makanan pertama buat baby ku Insyirah... Pakar pemakanan menasihatkan agar bayi diberikan makanan pejal pertama sekita umur 6 bulan.. tp 5 bulan pun dah boleh bagi... Abg dia dulu...4 bulan dah start mkn nestum..
Tp kali ni Insyirah sengaja diberikan makan lewat sikit. 5 bulan.
Aku cuba try search2 dari blog2 org lain ttg cara2 nak sediakan bubur nasik dengan cepat..
dan kat sini.. aku nak kongsikan dgn rakan2 blogger aku pulak..

Langkah :-
1) basuh beras dan keringkan dulu. Kalau nak cepat.. bolehlah diletak dalam kuali ... dengan api yang perlahan...kacaukan beras tu supaya tak hangit ye... letak just untuk keringkan air je.


setelah kering... biarkan sejuk seketika.. dan masukkan ke dalam mesin pengisar yang kering tu... dan mesin sampai hancur beras tersebut.



hancur seperti ini ya rakan2... lepas tu boleh dimasukkan kedalam bekas untuk disimpan


Tutup dengan kemas supaya tak masuk angin atau semut. Bila nak masak.. boleh la ceduk dalam 2 sudu n terus masuk dalam air and masak...

ha.. inilah rupanya nasik yang sudah dimasak.. cepat sekali.. tak sampai setengah jam..


Sebelum mula mkn apa2.. abah ambil air kurma and buat konon2 mcm bertahnik laa.. semoga Insyirah hormat kat Umi dan abah mcm abah hormat kepada kedua org tuanya...


apa ni umi??? tak sedap pon.. heeeeeee