Tuesday, December 21, 2010

alfatihah buat nenda tercinta

isnin 20/12/2010 _ nenda tercinta sebelah keluarga suami telah kembali ke Rahmatullah pada usia 82 tahun.
Arwah adalah salah seorang yang aku kagum semasa hayatnya masih ada. di saat2 akhir nyawanya.. beliau masih mampu membaca Yasin dlm keadaan mata tertutup. Ptg ahd waktu aku melawatnya di Hospital Kulim, dia dah bg tau.. Tok nak mati dah ni... tak payah la boh wayar2 semua ni... sakit.
Arwah meminta dipicit sbb lenguh..bila picit dia kata sakit sgt2.. Aku sampai di rumah lebih kurang 11 mlm. Pukul 12.15 terima berita pemergian beliau. Darah keluar tak henti2 dari mulut. Sehingga kini tak tau sbb apa.. sbb sampai 3 hari nak tunggu Doktor pakar. dah la 3 hari tu kena puasa.
Yang terkilannya... arwah mintak nak mkn...sikit pun jadi la... kami semua tak bg mkn.. dah mintak kat doktor.. tp doktor tak bg jugak...
hurm.. betapa susahnya nak jumpa doktor pakar.. aku dapat rasa dah mcm mana puasa 3 hari kat spital... sungguh seksa. Last dr pakar datang.. dia kata mkn dulu la kalau mcm ni.. result darah minggu depan baru tau.. erm.. rasa mcm sia2 je posa sampai rasa nak lembik.
Pukul 6.15 pagi...lepas solat subuh.. kami bertolak ke kulim. dalam kul 8 baru sampai. Terkejut tgk wajah arwah... mcm tersenyum.. nampak lebih muda usianya.. Mungkin Nur Al quran terpancar diwajahnya.. aku tak tau nak cerita dia ni mcmmana.. yang aku tau dan nampak.. dia tak pernah tinggal solat walaupun uzur sgt2...
yg paling syahdu.. anak2.. yg uruskan jadi imam sembahyang jenazah, baca talkin,tahlil.. semua anak2 uruskan. tok imam goyang kaki je. Anak2 dia ramai lelaki.
dan Arwah Tok juga pesan suruh buat kenduri tahlil untuk dia 7 malam berturut2...Hurm... tiba2 aku rasa beruntungnya dia... Moga satu hari nanti ,.. jenazah aku diuruskan sehingga ke liang lahad oleh anak cucu sendiri mcm tu...
Semoga Roh Allahyarhamah SOM Binti Putih aman disana...Alfatihah

1 comment: