Thursday, December 16, 2010

Matlamat tak menghalalkan cara

Hurm.. smlm aku terfikir2...apakah yang akan jadi kepada umat Islam di akhir zaman?
bagaimana nasib anak2 aku dikemudian hari?

aku ada menerima pandangan dari seorang yang boleh dianggap tinggi Ilmunya.. Ada ijazah tu kira tinggi la kan? Dan tatkala mendengar pertanyaan dan pendapat dia... aku hanya tersenyum...

1)Sapa kata org Bukan Islam tak boleh pegang Al quran??
Kalau tak caya, cuba tanya bapa mertua saya.. bapa mertua sya seorang imam.. tentulah dia tahu..
Kalau kita tak bg org bukan islam pegang dan baca, mcm mana kita nak kembangkan agama ISlam?
Jawapan aku mudah: Boleh pegang.. tp alquran yang mengandungi tafsiran.
Kenapa?
Alquran adalah kalam Allah... harus dipelihara kesuciannya. Kita yang Islam ni pun nak pegang ada adab2nya..harus berwudhuk. Kalau berada dlm hadas besar contohnya ketika period, mmg kita tak boleh pegang apatah lagi membacanya. Nak baca pun mestilah dalam keadaan yang menutup aurat.Tu menunjukkan Islam itu indah...suci.
kalau betul nak berdakwah.. apa salahnya berikan mereka tafsir alquran yang boleh dipegang tanpa berwudhuk.
Lagipun baca tafsir la... supaya mudah nak faham. Sedikit sebanyak membuka mata dan minda mereka untuk rapatkan diri kepada Islam.

2)Kat ofis ni... Kalau tersentuh suami isteri tak batal air sembahyang kalau tadak perasaan apa2...
Mengikut Mazhab Syafie... kalau tersentuh kulit tanpa berlapik dengan org yang sah berkahwin dengan kita atau org yg bukan mahram kita adalah BATAL. Kecuali tersentuh dengan mak mertua.. pak mertua... dan org2 yang haram berkahwin dengan kita..
SO.. kalau kat opis ke.. kat umh ke.. tersentuh tgn tu.. sila amik air semayang semula yeee

3) Tak pa... boleh je salam ngn Saya.. anggap je saya ni mcm ayah2 anda..
erm... dah sah kalau bersentuh antara lelaki dan perempuan itu tak boleh.... kenapa nak buat?
anggap la datuk ke... nenek ke...mmg dah kata tak boleh.. mmmg tak boleh la.
aku pernah kemukakan soalan ni kepada seorang ustazah.. tp ustazah ni cakap... dibolehkan jika tidak mahu menjatuhkan air muka org yang menghulurkan salam tersebut.
Hurm.. tp sampai hari ni aku masih tertanya2.. kenapa ustazah tu ckp mcm ni?

Bagi aku... matlamat tak menghalalkan cara...... so tak payah pusing belit fakta.. apa yg tertulis dlm alquran dan yang dinyatakan oleh Hadis nabi .. itulah yang kita ikut
wallahua'lam...

3 comments:

  1. Macam2 pah no... Bab air smbhyg tu mmg la ada yg kata tak batal air smbhyag klu tsntuh suami isteri tanpa bnafsu. Tp, kita ikut mazhab shafie... Mazhab shafie kata batal.
    Dan ada juga sstgh kata terkentut dlm solat tak btl air smbhyg, sama la juga hal di atas. Mazhab shafie kata batal...
    Kekadang perkara cam ni boleh mgconfiuskan org yg kurang arif...

    ReplyDelete
  2. Ina: kat perlis ni byk sgt yg buat kami terkeliru

    ReplyDelete
  3. tu la... kita ikut apa yg kita belajar pah...

    ReplyDelete