Friday, April 29, 2011

Surat ku Terima

4 hari aku sunyi dari dunia blogging... Ha... aku ikuti kursus nilai dan etika. Aku beria2 mintak kat bos nak hadiri kursus ni sbb aku rasa ada nilai etika yg aku perlu jaga dan aku ubah.
Hari pertama kami diminta oleh fasilitator untuk menulis surat kepada seseorang yg ada dalam dewan tu untuk menulis apa yg ingin kita sampaikan kepada kawan2 kita. Almaklumlah.. kat luar ni kdg2 tak terluah..
Masa tu hati aku terdetik.. mesti aku akan dapat 5 surat untuk aku. Sbb ramai kwn2 aku yg join kursus ni..
Ok la.. aku nak share ttg isi kandungan surat yang aku terima

Surat pertama:
Tak fikir sepanjang panjangnya,,,
Suka ikut perasaan emosi

Surat ke2
Kurangkan bercakap
Cuba untuk bertenang dalam apa2 keadaan
Jgn menyanyi di dapur.

Surat ke3
Kurangkan bercakap, banyakkan menulis
Apa yg berlaku anggap itu satu ujian dan dugaan. Kuatkan semangat

Surat ke 4
Seorang yang suka menceritakan masalah yang dialami kepada orang walaupun rapat.
Harap dapat berfikir banyak kali sebelum cerita supaya tiada tanggapan buruk dari org lain terhadap anda walaupun benda itu baik.

Ulasan aku sebagai tuan empunya diri:
Erm... agak sukar kan bila kita dikritik?
Tp itulah hakikat blind spot. Kekurangan kita yang mmg kita tak nampak.
Surat ke 4 ni agak tersentot aku membacanya.. Betul ke aku suka cerita masalah kat org?? Hahaha.. kena ambik perhatian!!! ni sbbnya ni adalah benda yg aku tak berapa nak sedar. Mungkin benda yg pernah terjadi sblm ni sedikit sebanyak membuka mata sebahagian daripada kita. Apapun.. terima kasih atas komen2 dari anda semua yg tulus dan ikhlas itu.
Selalunya org kata.. kalau nak tahu keburukan dan kelemahan kita kena tanya musuh kita. Kawan2 selalunya akan puji je.. walaupun kdg2 bengkek ngn kita... Hehehhe tp berlainan dengan sahabat2 yg aku ada.. Mereka adalah pengkritik aku. Dan aku suka dikritik oleh mereka sbb aku tahu... mereka SAYANGGGGG kat aku.

Keempat2 penulis aku tahu siapa orangnya. Lepas surat sampai.. pakat sengih2...dan yg paling penting.. aku perlu kurangkan bercakap sbb aku syg dengan diri aku jugak. Dirumah aku tunjukkan surat2 yang aku terima kepada suami ku Bang Berahim... Muka dia agak terkejut bila baca isi kandungan surat tu..
Satu nasihat dia... Jgn jadi seperti Kaldai. Kaldai ni seekor binatang yang sangat rajin. Bg p la barang apa pun kat dia.. pasti dia akan angkut. Tp satu je kelemahan sang kaldai... Suka merungut dan bising mulutnya... Keadaan itu akan buatkan segala kerja2 keldai tadi tidak akan dihargai....
Hukhukhuk.. lagi tambah tersentot.. tp semua nasihat tu adalah yg terbaik...
Sukar untuk telan ubat krn pahit.. tp akhirnya ubat itu juga adalah penyembuh,,,

Semoga Allah memberkati aku...suamiku..keluargaku dan kawan2ku...

Friday, April 22, 2011

sakit hati

korang pernah rasa sakit hati tak?
Aku selalu rasa sakit hati...sakit hati pada benda tak sepatutnya...
sakit hati tu sama tak ngn buruk hati??
sakit hati sama tak dengan dengki??
sakit hati sama dak dengan rasa nak marah?
sakit hati sama tak dengan benci!..benci!...benci!???

Tp aku lebih pada sakit hati dengan rasa nak marah dan rasa mcm nak benci seseorang??
Perlukah aku bersikap mcm tu?
Ahhh... tak profesional la pulak kalau nak bencik2 org nehhh
Untuk apa aku nak benci pada Org yg buat aku rasa sakit hati??

Sakit hati ubatnya ialah maafkan org yg ada masalah ngn kita. Walaupun dia tak mintak maaf..mungkin dia ada sbb tersendiri dia tak mintak maaf. Tu urusan dia... Bior laaa....
Dia nak ckp aku ni mcmmana pun.. ckp la...
Walaupun nak delete aku dari friend list.. delete je la...dipersilakan jika itu yang membuatkan dia rasa tenang. Aku pun kdg2 buat mcm tu..bila aku rasa apa yg diucapkan oleh org tu.. aku tak boleh terima. Aku tak mau buat aku jadi meroyan mcm org tu jugak...
Asben aku ada cakap.. kalau kita layan org gila.. kita pun mcm org gila la jugak...
Kalau kita maki org yang maki kita... kita pun sama je laaa ngn org tu.... tadak beza antara dia ngn kita... Sbb tu la... aku amik pendekatan yg mungkin aku rasa jalan terbaik.. ialah berdiam diri. Hurm.. org salah ni...kalau bercakap,,, tanpa sebab pun bila bercakap dengan org yang dia rasa bersalah.. dia takut nak bertentang mata. Itu HAKIKAT... Mmg tak dapat dielakkan.. Benar kata org2 lama...tgk mata org tu kalau kita nak tau org tu jujur ke tidak ngn kita.

P/s: Tetiba rasa sakit hati bila terbaca ayat2 dari seseorang..
Tu pun dapat tau dari org lain...sedapnya mulut kamu yeee
Tp kamu jgn risau.. aku takkan cerita ttg kamu kepada kwn2 aku dlm dunia blogging ni...
"sapa..kenal...selami...fahami diri"
Cool cda... cool.. ngucap byk2..jgn meroyan tak tentu pasai...

Tuesday, April 19, 2011

larangan jual nasik lemak


smlm tgk berita pasal nak buat larangan jual nasik lemak kat kantin sekolah. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kajisemulalaranganjualnasilemak/Article/index_html. hurm...ingat masa kecik2 dulu... nasik lemak la...antara makanan yang mesti ada waktu rehat. Tadak nasik lemak...perut rasa sebu ja...dok dlm kelas pun tak boleh bagi tumpuan. Tak obesiti pun... Dulu2.. nasik lemak 30 sen ja.. Kalau nak yg letak telur goreng harga jadi 50 sen. murah sgt2. Erm..nak kata waktu rehat tu singkat, tak logik je... sbb nasik lemak kat kantin siap letak dlm pinggan... tak pun dah dibungkus.. pilih dan bayar...boleh terus mkn.


lepas mkn..sementara nak tunggu loceng bunyi masuk kelas... sempat lagi main tiang 4. keluar la jugak peluh2...nak main tiang 4 ni kena ada 5 org. Sorang dok tgh2. 4 org lagi akan pegang tiang yg ada tepi koridor tu...buat 4 segi. Lepas tu antara 4 org ni akan hulur tgn untuk bertukar tiang. Org yg tengah tu kena cari peluang tgk mana tiang yg kosong untuk dia pegang... sapa tak dapat tiang... giliran org tu pulak duduk kat tgh...silap2 lari..masuk longkang... bestnya zaman sekolah rendah.


Para cerdik pandai dan ilmuan yg ada skrg ni pun..dulu masa sekolah rendah pun mkn nasik lemak la jugak.. Yang penting kawalan makanan di rumah. Elakkan fast food. keropok yg byk MSG. Banyakkan minum air kosong, ambik sayur2an... Hehehe...lawak pulak bila nak kena kaji pasal nak jual nasik lemak... Byk lagi yg perlu fikir untuk kemajuan budak2 sekolah....

Monday, April 18, 2011

aku sayang kamu

Aku sayang kamu krn kamu dan aku pernah duduk dalam tempat yang paling istimewa...iaitu di dalam rahim Ibu...

Rahim itu sendiri bermaksud Kasih syg...

kehadiran kamu membuatkan semua menangis gembira...

kedatangan kamu amat2 kami harapkan...

Kamu ditatang bagai minyak yang penuh,,,

Kamu disayangi oleh semua...

Apa yg kamu nak.. akan kami usahakan...

Aku sayang padamu..krn engkaulah penyambung zuriat keturunan ayah....

engkau juga adalah harapan mak dan ayah untuk menjaga mereka apabila mereka sudah tidak berdaya...krn engkaulah satu2nya anak lelaki...

Kehendakmu semua mak ayah turutkan..


Tp bila engkau kenal dunia luar.... Jiwa mudamu selalu memberontak...

Kenapa sayang?? Faham benar akan naluri seorang ibu..

mahukan yg terbaik untuk zuriat yg dikandung 9 bulan 10 hari.

Berat perut membawa kamu dan kakak2mu yang lain... hanya ibu yang tahu..

Betapa seksa menahan keperitan..

Sewaktu kamu dan aku menyerap kalsium pada ibu...

Mlm2 ibu kekejangan...

Tahukah kamu??? Sakit ibu sewaktu melahirkan kamu??

Dulu aku pun sepertimu... ingin memberontak apabila kehendak ku dihalang....

Tp aku sayang ibu... bila naluri berontakan itu datang... aku cuba kawal krn aku tak sanggup nak malukan ibu...

Kini.. aku dah rasa apa yg ibu rasa sewaktu kandungkan aku... apa rasa sakit ibu waktu lahirkan aku...

Syg...jgn biarkan ibu dan ayah susah hati krn kamu....

jgn biarkan kwn2 menjadi jalanmu..

Bukan mereka yg memberi cahaya padamu... krn mereka adalah lorong kegelapanmu...

Carilah kwn yg sama2 akan membawa mu ke menara gading...

kwn yg akan membawa dirimu ke arah kebaikan....

Dengarlah kata2ku wahai adik yang aku sayang....

Sesungguhnya..."AKU SAYANG SAMA KAMU"....

Friday, April 15, 2011

baru dapat kaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog shidabaim ni...Hari ni nak bercerita tentang perkembangan anak kedua aku..Insyirah. Tepat sekali tekaan aku sebagai seorang ibu. Adik akan ikut jejak langkah abg. Dulu abg dia cekap berjalan masa umur cecah setahun 2 bulan. Adik pun mcm tu la jugak...28hb ni cukup setahun 2 bulan. Mlm td balik tgk adik dah boleh jalan agak jauh. Sebelum2 ni aku dok perhatikan..dia mcm takut2 la jugak. Kalau nak dibandingkan dengan sepupu yg lahir sama dengan dia...sepupu dia tu lebih cepat berjalan. Berjalan pada usia 10 bulan... Masa dok tgk anak sedara aku tu dah boleh jalan...hati kecik aku terdetik.. Bila la...anak aku nak boleh jalan ni? Tp dlm masa yg sama.. aku berdoa anak aku moga cepat jalan.. risau jugak takut dia lambat sgt berjalan. Tp aku dok baca2 artikel... normal budak yg belajar berjalan ni antara 10 bulan hingga 18 bulan.. So... anak aku tu normal la.. Alhamdulillah...berakhir sebuah penantian. lepas ni kena cari kasut yg bila berjalan tu bunyi tet.tit...tit... biar bising bila berjalan... hehehe. Bak kata org tua2... "Budak baru dapat kaki"....ha... lepas ni kurus la umi dia dok kejar dia lari2 pulak...senaman tu... tak payah p joging2 kat luar dah...

Thursday, April 14, 2011

CINTA~waheeda

cinta sebati dlm jiwa cinta penghancur jiwa raga cinta memudahkan semua... apakah sebenar erti cinta... cinta titiskan air mata... cinta memutuskan saudara cinta senyum gelak ketawa tiada dinafikan cinta... dikala hangatnya cinta... dunia itu indah... kala mimpi hancur lebur... harapan nyawa terkubur.. oh mengapa.. dimana.. apa..siapa dapat menduga datangnya dan pergi....(2x) dunia itu indah. walaupun kadang mampu meluka pelengkap jasad yang bernyawa... tak dapat dinafikan cinta.. sedap lirik dan irama lagu tajuk cinta ni... betul kata dia... krn cinta dunia indah..krn cinta juga memutuskan saudara.. dan cinta itu buta... ehh..butakah cinta itu.. cinta buta atau org yg buta??...

hampir2

pagi td topik kat sinar.fm adalah hampir2. Mcm2 cerita mengenai hampir. Aku pulak nak bercerita mengenai hampir2 yang berlaku kat aku ptg smlm. Masa on the way nak balik...kat jelempuk ada satu xcdent motor langgar persona. Tak tau apa yg terjadi...aku pun meneruskan perjalanan aku dengan berhati2. Mmg dah jadi kebiasaan bg aku kalau tgk je xcdent..mesti menggeletar lutut. Dari bawak mailto:80@70km/j..aku akan perlahankan jadi 50@ 60 jee. Sampai la kat lampu isyarat depan sekolah Pulau Nyiur...Lampu merah. Aku pun berhenti di lorong kanan. Kiranya kereta aku berada kat depan sekali la..Sebelah kiri aku ada Myvi hitam. Bila tgk lampu bertukar hijau, aku pun masukkan gear n jalan. Keter yg sebelah aku tu pun jalan jugak. Dlm gear satu tu..mata aku masih lagi memerhati lampu isyarat yg gantung kat atas tu... Aku jadi hairan & pelik.. tadi dah hijau tp kenapa skrg dah bertukar merah balik. Padahal aku baru je nak mula jalan... terus aku break mengejut tanpa tgk dah kereta kat belakang aku. Keter my vi tu mendahului aku..dan dia pun break mengejut. Dalam masa yang sama, ada motor tengah laju kona menyenget,,,,sipi2 ja nak kena langgar dengan aku..Tp kalau aku ngn My vi tu tak break mengeut... tak tau la apa yg akan jadi ngn budak yg naik motor EX5 merah tu. Dah la tak pakai helmet. Dan aku rasa tu pun bukan salah budak tu sbb mungkin lampu arah dia masih hijau.. tu yg dia pecut sakan. Salah trafik light tu la... Ada pulak p buat nyanyuk seketika... Teramatlah bahaya keadaan macam tu. Sbbnya byk jugak la kes yg berlaku kemalangan di simpang lampu isyarat. Ada sapa2 pernah alami keadaan mcm aku dak??So... hati2 kepada pemandu2 di jalan raya. Tp Alhamdulillah..Allah pelihara kita dari sebarang bahaya..Moga kita semua dlm lindungannya...