Tuesday, January 11, 2011

penderaan lagi

bu tiri dusta
Oleh Mary Victoria Dass dan Sahlina Sahkirin


SAYU...jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.

PILU...Nur Aquilla (tengah) tidak dapat menahan kesedihan.
JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.


Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.


“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Hurm.. lagi2 berita pasal budak kena dera.
Sudah hilangkah rasa simpati terhadap kanak2?
seronok kah rasa pukul budak yg tengah menangis??
Budak keccik yang baru hanya 3 tahun....yang selayaknya dibelai ibu...dimanja ibu... dirampas kebahagiaan oleh ayah tersayang... yang konon lebih percayakan bini muda....
Yang rasa ibu tiri boleh bahagiakan anak2nya berbanding ibu kandung sendiri. Sekarang ayah itu pasti lebih menyesal dengan tindakannya yang sanggup melarikan dan memisahkan anak2 dari ibu mereka..
Yang pasti 2 lagi anak akan trauma melihat sekujur tubuh yg telah kaku iaitu suadara kandung mereka.
Si ibu... pasti merintih sepi atas pemergian anak tersayang. Rasa kehilangan.. tiada kesempatan untuk melepas rindu setelah 3 bulan anak dilarikan. Bila bertemu...tiada lagi denyut nadi...

Kepada ibu2 tiri... Kalau tak sanggup nak bela anak org... jgn pura2 baik... Ckp je tak sanggup. Dari korang dok dera2 sampai mati nih...apa korang dapat?
puas hati??? hurm.. tp aku rasa.. penyesalan akan berkunjung tak sudah....

Apa yang terjadi.. kita ambil Iktibar....

No comments:

Post a Comment