Tuesday, January 4, 2011

AZAM 2011

Minggu lepas kata nak cita pasal azam 2011./
So Azam aku utk thn ni adalah:

1) Nak langsaikan seberapa cepat hutang2 yang ada. Kalau boleh.. tak mau tambah hutang lagi. Insyaallah 3 jenis hutang yang ditanggung akan habis thn ni.

2)Nak lebih teratur dan disiplin dlm melaksanakan tugas aku sebagai pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang. Anugerah pekerja cemerlang dah dapat 3 thn lepas. Agak2 boleh dapat lagi ke??? Mcn tak da harapan je....hehehe. Tp bukanlah anugerah yg dikejar.. tp kepuasan bekerja itu yg aku cari.

3) Insyaallah akan berusaha menjadi isteri yang taat. Tak mau bangkang2 cakap somi. Heee.. yang ni selalu sgt dok janji.. tp selalu ja melanggar akujanji. Ye la.. Untk thn ni...azam thn baru...Moga aku jadi isteri yang mendengar kata. Isteri yg terbaik dimata suami.. Cewahhh... angan2 mau ada.

4) menjadi Umi yg terbaik buat 2 org cahayamata iaitu Irfan dan Insyirah. Mendidik dengan cara lembut plak. sblm ni aku adalah seorang yg agak garang. Bleh ke aku tak garang??? hurm... CUBA! CUBA! CUBA!

5) Nak buat kerja rumah dgn cekap. Makna kata.. cuba nak jadikan rumah sendiri yg terbaik. kemas dan bersih.. kain baju tak mau la seminggu sekali lipat mcm thn ni.. hehehe

6) Cuba untuk berjimat. Mkn sekali je kat opis. HURM>>> To my friends... boleh ke misi kita ni diteruskan?? hehehhee.. sbb apa.. bab mkn ni la kami tak boleh kontrol. bab soping menyoping ni boleh la gagah jimat.. tp bab mkn.. tiada kompromi.

7) BF untuk Insyirah sampai umur 2 thn.. caiyok! caiyaok..

8) Tambahkan amalan2 kerohanian.... untuk mendekatkan diri dengan Pencipta.

9) Joging seminggu sekali.

Ha... tu je azam aku utk thn baru ni... Tak byk pun... tp untuk melakukan dan mencapai apa yg kita target tu tak senang. Memerlukan kesabaran dan kecekalan.
Ha... harap2 terlaksana dengan izin Allah...

No comments:

Post a Comment