Friday, January 28, 2011

apa2 aje

hurm... risau nih... ahad ni Insyirah kena p timbang kat klinik kesihatan. berat dia mesti turun sbb baru je lepas demam. batuk2 berkahak masih ada. Kesian pulak tgk dia bila batuk. Tp peningkatan.. adik dah boleh merangkak... syok umi tgk adik tuju sana.. tuju sini. Kepala adik tu tak tau berapa puluh kali terhantuk kat dinding, kat lantai, kat bucu meja.. Tp skrg adik makin pandai..klu nak jatuh.. dia tahankan dengan tangan. Hurm.. tula namanya belajar dari pengalaman.
Si abg pulak.. dah pandai jaga adik. Dah boleh diharap. Makin syg kat adik.
Klu mula2 dulu.. pantang lepa sikit, mesti nak pukul adik dia... nak cubit..nak tekup hidung...
Tahniah kepada abg sbb buat umi makin syg kat anak2 umi...

hurm.. tersentak pulak dgr berita kat sinar FM pagi td... tentang kematian seorang kanak2 di Kangar krn tercurah air panas oleh ibunya sendiri akibat terkejut disergah oleh anaknya..
Hurm.. sungguh malang itu tidak berbau... HUhuhu.. sedihnya.... Al Fatihah buat arwah.

Pagi ni terpaksa memecut ke tahap mana yg boleh sbb lewat keluar rumah. Klu ada speed trap.. habisss laaa... Sbbnya ni bulan 2.. sempena raya cina.. Aku tiap2 kali bulan 2 raya cina.. mesti kena saman speed trap. Huhuhu... Harap2 thn ni bersih dari bayar saman free kat Polis.

hurm...tima kasih kpd kak ipar aku yang bekalkan aku dengan kuih lupeh... sejenis makanan iaitu pulut yg dimasak dengan daun pandan kemudian dipadatkan dlm daun pisang/plastik. kemudian rebus lagi.. nak mkn dipotong bulat2 disalut dengan kelapa. dan dicicah dengan gula merah yang telah dicairkan.. ermmm sedap..

2 comments:

  1. ha... oren panas.... tukaq kaler sikit bg sejuk hati mata dan minda... hehehe

    ReplyDelete