Wednesday, January 19, 2011

langkah berinteraksi dengan keluarga mertua

awl pulak chek sampai tempat keja hari ni. So berkesempatan la untuk pot pet2 kat sini.

Ha... kemarin aku kata nak bg tip2 untuk pengantin terutamanya perempuan laaa kan. Mcmmana nak mulakan langkah masuk bercampur gaul dengan famili mertua...



1) Kenali setiap nama ahli keluarga.

Haaa... kena cuba ingat yang mana satu pak long mak long, pak ngah mak ngah, pak cik mak cik beserta nama anak2 dia. Ha.. yang ni mmg ambik masa. Tp tak pe.. pelan2.. mula2 biar salah sebut. dan mereka akan betulkan. Janji kita berusaha untuk kenal dengan mereka. Klu lupa jugak.. kena selalu tanya somi kita. tu sapa bang? nama apa ye?



2) Jangan selalu berkurung dlm bilik.

ha,,, ni bermaksud kita kena sertai aktiviti keluarga mereka bersama2. Tengok TV sama2... walaupun rancangan Tv yg ada depan mata tu bukan favourite kita. Tgk je la...layankan aje. Teringat pulak masa aku ngn asben dulu. Kami ni dah la dok jauh2,, boleh jumpa 2 minggu sekali ja. Tp kami tak buat la keciwi. Tak la nak duduk dlm bilik 24 jam. Jalankan kehidupan seperti org2 lain jugak.... Ingatlah org tahu kita pengantin baru.. tp kena korbankan sikit kot masa kita untuk kita lebih dekat ngn famili baru ni.

3) Rajin2 la masuk dapur.

Ha...bab masuk dapur aku mmmg rajin tp bab masak, mmg zero. Masa mula2 kawen, aku mmmg tak reti nak masak. Tp gigih gak masuk dapur. Ada sekali tu mertua nak buat gulai ikan kering tumis darat. alamak!!! camner ni? aku pernah la dgr tp tak pernah buat. Terus call mak aku. mak aku kata.. MAK PUN TAK TAu. Aduhai... terpaksa la aku buat2 pandai. Seb baik menjadi. Pernah juga...mak mertua aku beli sotong yang banyak telur. dia siap pesan lagi.. sotong tu ada telur. Tp aku p basuh buang habis semua telur.. Aiyark.. Tu la padan muka.. masa anak dara tak nak belajar siang ikan, sotong segala bagai. Kang dah habis telur2 sotong tu... Tp tak pe. Semua tu pengalaman yang akan kita ceritakan pada ank cucu kita pada masa yang akan datang. Tp kalau ingat2 balik... aku mesti tergelak sorang2. Tp sekarang.. klu aku nak tolong slumber je tanya... mak yang ni nak potong mcmmana? nak buat mcmmana? dah tak malu mcm dulu lagi. Org kata malu bertanya sesat jalan.
ha... jgn pulak ...WAHAI PARA2 PENGANTIN BARU... Kalau tak tahu masak sekali pun, kalau tak pernah tolong mak sendiri kat dapur, Cuba2 la duduk didapur bersama mertua. Kita tgk mcmmna cara dia masak. Jgn pulak mak mertua dan ipar duai lain berperang ngn api kat dapur tu.. korang sila panggung depan Tv... melingkaq dlm bili... Tak SEHSUAIIII tau.... Bikin sakit ati je tgk.
Bila dok kat dapur tu. kalau kita tak pandai masak.. tolong la goreng2 ikan pun dah jadi.. tolong kutip pinggan mangkuk basuh. pendek kata.. tolong la apa yg patut. Insyaalllah... pelan2 mak mertua akan faham yg KITA ni masih kekok berada dlm rumah mereka. Dan bukan di cop PEMALAS, PENYEGAN atau seangkatan sengannya.

4) Selalu2 la balik jenguk mertua.

Kalau korang dok asing2...kena selalu balik jenguk mak mertua, Tunjukkan yg kita ni prihatin dengan mereka. Org tua2 ni suka kalau kita buat mcm tu. Kalau depa tak suka.. mesti ada something wrong somewhere. berkat sebenarnya kalau kita selalu utamakan keluarga. Tak kira la keluarga kita ke.. keluarga mertua ke...
yang penting keluarga.

5) Jaga tingkah laku dan tutur bicara

Ha.. nak cakap sesuatu kena berlapik. Kena fikir dulu sebelum bercakap. Jgn main bedal je. Kena pandai tackle hati setiap ahli keluarga. Jgn pulak diam.... murung je. Kadang2 kita tak suka apa yg dicakap oleh ahli keluarga terhadap kita. Rileks je... senyum dan buat2 je suka. tak yah tarik2 muka. Nanti org tak suka... Setinggi mana pun jawatan kita.. bila berada dlm keluarga.. buangla segala bagai jawatan yg disandang. baru hidup aman bertandang

ha.. tu je tip yg dapat disampaikan setakat ni. Ada banyak lagi. Tp nanti2 ingat aku sambung lagi.
Ha.. amalkan mcm ni.. Insyaallah.... kita tak akan kekok untuk memulakan langkah nak berinteraksi dengan keluarga baru...

5 comments:

  1. lebih baik lagi dok terus dengan mertua..... huhuhuhuhhu

    ReplyDelete
  2. haaa...teringat lg masa br kawin...lps sbln lebih br leh bersembang ngn mertua..mana taknya..lps abih kenduri ja depa p mekah..so tak dan nk beramah mesra la..hehehe..mula2 tu kekok la jugak..bab ke dapur ni aku habaq awai2 mmg tak pandai masak..tapi tlg jugak la apa yg patut..

    ReplyDelete
  3. Alimaz... hehhe... dok sekali ada baik ada buruknya,. Kalau kita jenis tak kisah ok je...\

    sue...hahha.. ingatkan keciwi gak.. rupanya mak mertua p mekah...kehkeh
    tak pa.. pelan2...

    ReplyDelete
  4. pah mak mertua sayang haha

    ReplyDelete
  5. syg ke tak kita tak tahu... tp kena berusaha ke arah tu...heheh

    ReplyDelete