Monday, May 25, 2009

taman ular, perlis

cuti sabtu hujung minggu.. berkesempatan nak bawak family jalan2 tgk2 ular..
Kalau ikutkan hati aku... mmg aku tak mau datang taman ular ni.. bukannya apa.. aku tak tahan bau busuk tempat nih... lagipun benda yang sama je... iaitu ular yg tak berapa nak ensom.. Tp memandangkan Irfan yang beria2 ajak tgk ular.. ikut je la...
Kali ni Irfan jadi pemandu pelancong. Memandangkan dia pernah datang sini tahun lepas. Alhamdulillah... ingatan anak aku ni digunapakai. mmg dia ingat kat mana ada ular.. kat mana ada monyet.. kat mana ada buaya. Laju je dia jalan didepan mendahului kami semua. Eksen betul anak aku sorang ni..
Tiket masuk dewasa RM4 sorang. kanak2 RM1 je. budak bawah 6 thn, free.
Aku rasa mcm tak berbaloi je bayar Rm4(hehhe...berkira giler), Bukannya apa... sedih tgki taman ular ni... haiwan2 lain tak berjaga, sangkar2 ular jugak menakutkan..mcm tak confident je pengunjung nak jalan2..

tgk la bumbung paling atas tu...ada lubang..kalau ular keluar ikut situ, pengunjung gak la akan kena patuk. tu sangkar ular tedung selar. bahaya nih.. hati2...




pic yang satu lagi.. Buaya kerdil. Boleh bernafas ke boya tu>??? sian dier.. dah la duduk dalam kolam.. daun penuh..




Air yang tenang jangan disangka tiada buaya...betul ye pepatah org tua2 dulu..


perhatikan betul2... ular sawa kekenyangan tidur atas alang....

Kalaulah tempat ni dijaga dengan elok.. pasti lebih menarik...Sayang betul.. tempat ni cantik..



sempat lagi posing.. Hubby aku dah komplain.. asyik pakai tudung ni je.. heheh nak wat mcm mana.. tudung ni je yg tak payah iron. Almaklumlah aku kan rajin orgnya... wakakaka.. Tak pe.. nanti aku beli byk2 tudung yang tak payah nak iron..

Balik umh... mertua aku cakap, dalam paper bila tah... pekerja yang kat taman ular tu.. kena belit ngn ular sawa.. tp nasib baik ada org tgk.. so terselamatlah org tu.. erm... menakutkan..

4 comments:

  1. rasanya pi tmn ulaq ni masa tadika kot last..hehe..sama la kita ni pah,jenis malas nak iron..huhu

    ReplyDelete
  2. Lily.. rupanya dikau pun pemalas mcm aku.. hehehhe

    ReplyDelete
  3. jgn mls2 cik akak nanti suami cari yg lain hiihihii

    ReplyDelete