Tuesday, April 5, 2011

Tunjukkan aku jalan

Bila hati menyulur sepi,

bayang seakan hilang puncanya,

pergi berlari sebuah mimpi,

akhirnya igauan ngeri bertandang jua...

PadaMu aku berserah segala,

Bukakan jalan untuk ku tempuhi,

Pada mu jua aku meminta,

padamu juga aku berserah,

Saat tiada lagi manusia yang boleh aku percaya,

Saat hati bergelodak kencang,

Saat fikiran melayang entah kemana,

Bisikan durjana makin menggoda,

makin menghantui..

Butir bicara berperang di dalam,

Naluri anugerah berbisik2...

seolah tersekat di kerongkong yang dalam,

rasa perit itu mana tempat utk diluahkan....

Sungguh pedih....

Tp aku masih disini.. berdiri teguh...

mengharap impian ku tidak akan musnah,

mengharap impian itu akan terbuka luas..

Ya Allah.. tunjukkan aku Jalan itu...

Monday, April 4, 2011

perlukah


perlukah hidup dlm kepuraan sedangkan jauh disudut hati..inginkan pengertian.


perlukah menanti sebuah sinar pengharapan jika yang dinanti belum tentu memberi erti kenyataan..


perlukah memberi andai yang menerima belum pasti akan menghargai...


perlukah berubah andai jalan yang dipilih adalah fitrah...


perlukah kesabaran saat batasnya di puncak ledakan...


perlukah mencari andai sudah tersergam di depan mata hati...


perlukah mencari maaf andai itu bukan punca sebuah khilaf..


perlukah tersenyum saat hati dilanda gelita,


perlukah berlari disaat kaki tertusuk duri...


perlukah titisan air mata mengalir tanpa dinilai...


perlukah hati menjadi keras seperti batu hitam..


perlukah hati menjadi lembut selepas salju...


perlukah dingin selepas datangnya kehangatan...


perlukah lagu itu menjadi penghias kerohanian..


perlukah zikir dan munajat menjadi amalan...


perlukah penjelasan ketika dilanda kekalutan...


perlukah menyuluh di dalam kegelapan...


perlukah menyintai untuk terus disayangi...


perlukah pengorbanan untuk sebuah penghormatan...


perlukah kepercayaan ketika berdepan dengan kekeliruan..


perlukah keimanan ketika hati tergugat...


perlukah kelembutan tatkala getir bertandang...


Perlu atau tidak, semua nya terpulang pada tuan empunya diri untuk memilih mana satu jalan yg terbaik buat dirinya.. Tiada apa2 yang dapat merubah akan takdir yg tertulis selain dari DOA..

Friday, April 1, 2011

pengharaman loteri di kelantan satu deskriminasi?

hurm.. terkejut tgk tajuk berita seperti tajuk entry aku kali ni. Tv1 punya berita. aku tgk masa pukul 6 ptg.. Aduh2... tau la nak pilihanraya.. tp harap pihak yg buat berita ni..ambik perhatian.. Aku bukan apa.. takutnya benda yg dicakap tu buatkan kita tergelincir dari landasan yag sepatutnya. Yang ditemuramah tu kebanyakannya bukan beragama Islam. Ada sorang ni cakap: Kerajaan kelantan tak patut haramkan loteri. Loteri bukan Judi. Mcm cabutan bertuah la jugak. Bayar 3 ringgit. kalau untung menang. sorang lagi plak cakap: Kami punya Hak untuk bebas disini. Pengharaman loteri mmg tak patut. and..manymore an opinion..(dah tak ingat la) org melayu pun ada yang membantah. Sungguh menakutkan. Tp part org melayu tu aku tak pasti la.. mungkin dia cakap: kerajaan Kelantan kalau nak haramkan ..sepatutnya biar serata. Biar klu nak haram,haramkan semuanya.. May be ayat dia ada ambik sekerat2 saja. yg tu hanya tuan empunya badan je yg tau. Hhuhu..benda baik mana ada org suka... sedangkan jelas dlm hukum hakam dalam agama ISlam: ARAK DAN JUDI HARAM... Wallahua'lam

Thursday, March 31, 2011

Perlis Banjir lagi

Hujan tak berenti2 kemarin.. banjir lagi Perlis... Kemarin awal2 lagi cabut balik sbb air dah mula naik.... Hari ni mai jugak kerja. Redah masuk jugak dalam kawasan tempat kerja... Mcm Feri ja dok lintas ayaq.... Akibatnya: keretaku Berasap!!!! berasap mungkin sbb enjin dah panas.. kemudian disirami air pulak... Huhuhu.... Harap2 tak rosak... Skrg aku terperangkap dlm kawasan tempat kerja.. tak boleh nak keluar p mana2.. Adui...kalau tau.. tak de la aku gagah dan gigih mai keja gak..

Thursday, March 24, 2011

adab

Mlm td aku berkesempatan tgk eksklusif di 1. Siaran ni ttg temuramah wartawan dgn seorang yg pernah di serbu oleh pihak JAIS krn dikatakan mengamalkan ajaran sesat. Smlm Wahab tu telah terangkan segala2nya...dan tiba pulak giliran wartawan untuk dapatkan penjelasan dari pihak JAIS. berbulan2 diorang cuba hubungi pihak Jais tp tak berjawab sehinggakan mereka terpaksa pergi sendiri ke pejabat. Layanan yg mereka dapat sungguh mengecewakan. Seorang daripada pegawai situ bg aku...dia sungguh tak beradab dan tak beretika. Mcm tu ka rupanya seorang penjawat awam menjawab dan melayan org lain? "kepala otak kau" huhh... tak layak jadi pegawai jika perkataan begitu dihamburkan kepada pihak yg bertanya.. sepatutnya dia kena profesional dlm menjawab soalan. Ke pegawai ni belum pergi kursus induksi? Dah la tu...Siap kata kat wartawan..
pegawai: buat apa nak tanya diorang kat luar tu..diorang semua 17. Jauh giler jarak dengan saya" .
wartawan: habis tyu u berapa? 41?
pegawai: ye..saya 41
Ehh betapa sombong dan angkuhnya dia... tak terfikirkah dia mungkin kerani yang 17 tu pun ada diploma, ijazah dan jugak master. Cuma bukan rezeki mereka untuk mendapat pekerjaan yg setaraf dengan kelulusan.
Hurm.. itulah namanya mengaji tinggai..Ilmu ada.. tp tak pandai nak guna.

er.. sungguh memalukan penjawat awam yang lain.. Sedar2 la ye... Adab kita menunjukkan siapa kita. Hormat org perlu ada

Mcm tu jugak ..aku kesal dengan apa yg terjadi dengan dunia FACEBook. Mcm ada entri lepas yg pernah aku tulis... byk buruknya FB.
Jadi pecah belah...silap paham,tuduh menuduh. Masing2 hendak menegakkan pendirian masing2.. Satu dunia tahu...Lagi byk tuduhan..lagi byk salah faham timbul.
Org ni kata kat org tu...kwn2 org ni pakat sokong, pakat like., tolong kutuk tambah. Bukannya nak tolong redakan api kemarahan kawan tp diajak kepada kebencian. Tambah minyak dalam api. Makhluk apa sifatnya terdiri daripada api?? Yes!! Jawapannya syaitan Laknatullah... Mahukah kita jadi sahabat Setan?
sakit hati sepatutnya diubati dengan zikrullah, bukannya ditambah dengan dendam kesumat.
Kepada kwn2 disana... mari kita kembali ke jalan yg benar... Jgn kita terus hanyut. Kelak diri kita yg tak tenteram.
aku bukan seorang pendakwah yg terlatih...aku juga manusia yg tak lepas dari sifat2 mazmumah. Dan buanglah yg keruh, ambil yg jernih. Setiap manusia melakukan kesilapan. Dan kesilapan juga merupakan satu permulaan untuk kita berubah. Semoga apa yg kita buat akan mendapat barakah.
Apapun gelaran yg diberi, Jagalah ADAB.. krn Islam amatlah mementingkan ADAB. Malulah dengan diri sendiri kalau tak malu dengan org lain pun... Bahasa kita menunjukkan siapa kita...
"selamat beramal''

Tuesday, March 22, 2011

Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan-Guru silat

Cuaca skrg ni tak menentu. Balik keja ptg2 mesti hujan. Bila hujan rasa best..sejuk ja.. tp dlm masa yg sama.. hujan jugak boleh mengundang bahaya di jalan raya. Jalan licin, tak nampak jalan klu hujan lebat. Lepas turunkan Kak Murni dekat kepala Batas, nampak mcm asben aku tgh naik moto kat belakang aku. Motor tu terus ekori aku. Sampai kat Kem tentera, ada lori tentera nak kona masuk dlm kem. aku terus ambik jalan kiri. Tetiba aku dok rasa mcm lori tu nak kona kiri la pulak.. terus aku brake. Motor kat belakang aku pun brake menyakaq. Seb baik tak da apa2 yang berlaku. Sampai kat trafik light hutan kampung, lampu merah. Aku pun berhenti. Tiba2 aku terkejut sbb cermin kereta aku diketuk oleh seseorang. Ehhh terkejut aku. Rupa2nya betul la apa yg aku nampak td. Asben aku rupanya. Tp apa faedahnya dia naik motor tgh2 hujan mcm ni. Dah la tunggu aku kat tempat aku turunkan kak Murni. Nak intip la tu...heheh. Sampai rumah, kena sound ngn dia. "awt brake mengejut?". "mengejut ka? mcm besa ja?". "Len kali bawak keta elok2, jgn lok laq..nasib baik abg tak terlanggar keta tadi..". Laaa yaka.. sori la... tak perasan sgt2 tadi...

Dalam rumah, dia bgtau yg sepupu aku nasib baik tak naik van yang bawak guru silat. Sepupu aku naik kereta.. mengekori dari belakang van yang kemalangan tu. Salah seorang mangsa yang meninggal tu.. terkenal la kat kawasan rumah aku. Menurut laporan berita, mereka dari sungai Buloh menghadiri majlis kenduri sedara mereka. Dekat sgt dah nak sampai rumah. Tp ajal dah menjemput. Diucapkan takziah buat 5 keluarga guru silat yang ditimpa musibah. Semoga Roh mereka dicucuri Rahmat.. Alfatihah...

Maklumat lanjut boleh baca kat sini.
kat sini pun ada lagi beritanya..

Apapun.. berhati2 dijalan raya.. Semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T

Monday, March 21, 2011

berkhitan

Berdebar2 sebenarnya dari hari jumaat lepas lagi..sbb nak buat berkhitan terhadap anak perempuan aku. Bukannya apa..aku dok fikir takut dia kelupuq kat klinik tu, meraung2..jenuh aku. Tp nasib baik la kwn2 dan famili bg sokongan padu..hehe.. cewah2... sokongan padu...bunyik mcm nak lawan sukan la pulak..almaklumlah skrg ni musim sukan kat tempat kerja aku ni. Tp aku tak terlibat langsung dlm sukan...mmg tak minat sejak2 umur makin menginjak naik ni. Tp kalo tak bersukan mcmmana nak kekal sihat ye? berjoging pun jarang2 sekali.. Lagipun rasa mcm stamina tak cukup. Serius!! skrg klu lari sikit je pun dah penat tak terkira..Mcmmana la nak dapatkan mcm zaman moda2 dulu..zaman remaja..Tp tu la.. aku ni larat lari yang pecut2 je.. yg jarak jauh mmg out of servis.( ehhh.. apa aku melalut ni)
ha.. berbalik kepada cerita berkhitan td, pagi2 buta aku call klinik Ehsan tanya doktor perempuan bila ada? Org yg angkat tepon tu kata ptg baru ada doktor perempuan. Hurm.. bab ni kena memilih sikit kot...cari yg pompuan lebih Afdhal. Aku bawak anak ni ,usia anak aku dah setahun 1 bulan. Org tua dulu2 kata elok buat masa anak setahun lebih. Tp rasanya elok bawak bawah setahun sbb baby masa tu mmg tak pandai nak pusing2 lagi. Tp nasib baik la..Kerja aku dipermudahkan. Masa sampai klinik Insyirah Tidoq. Puas kejutkan dia.. tak mau bgn2 jugak. Bila giliran tiba, kami (aku & mak) masuk dan insyirah masih tidoq. Dr suruh letak atas katil. MAsa tu baru dia jaga. Aku ni mmg gelabah tak sangga. berpeluh2...Nasib baik dia baru bgn..dan tak banyak ragam. Hanya sekali je nangis. Keluar bilik doktor dah senyap. Si abg Irfan pulak.. dengar adik nangis terus marah2 doktor. Dari luar la sbb Irfan dengan abh dia masa tu. Irfan kata.. "Jahatla doktor ni. Doktor cucuk adik"
Hurm... Aku jwb "doktor baik la... doktor tolong cucuk bg adik sihat"..
"oooo" disahut dengan rasa tak puas hati...
Dr hanya bg ubat tahan sakit..harap2 esok dah ok..
Apa2 kemusyikilan boleh Refer sini :
Mengikut Imam Syafie: Berkhitan adalah wajib bg lelaki dan perempuan.
Mengikut Imam Malik, Imam Abu Hanifah & Imam Hassan Al Basri: Berkhitan hukumnya sunat ke atas lelaki dan wanita.
Mengikut Imam AHmad: Ia wajib ke atas lelaki sahaja dan perempuan adalah digalakkan

Ha.. Kita ni ikut MAzhab Syafie..so kita ikutlah pandangan dari Imam Syafie...