Saturday, February 5, 2011

slamat thn baru cina

bersiaran dari kampung techenta...
tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat thn baru cina kepada seluruh rakyat malaysia yang menyambutnya... kitorang kat sini pun terasa hangatnya perayaan ni.. sbb tiap2 thn dapat limau sekotak 2,..ada yang jiran bagi.. ada yang bos2 bagi dan ada jugak yang tesco bagi...hehehhe..

hari pertama.. seronok tgk tarian singa.. tp kami2 kat sini panggil naga je... so tarian naga ni la yg ditunggu2 oleh semua.rela tunggu tepi jalan tgh2 panas... ingat lagi masa kecik2... ikut kumpulan tarian naga ni dari rumah ke rumah.. sbb best tgk naga tu golek2 dan teapetrkapai2 nak ambik angpau..comel sgt2.

mlm td... tgk pulak percikan bunga api. sbb ada jiran kat sini buat mkn2 la kot... habis terkejut anak dalam ndoi,,,, hehehe tp tp meriah.

hokeylah..berhati2 dijalan raya....jgn mabuk2... jgn race2 kat jalan tu... bertimbang rasala di ats jlan raya...

Tuesday, February 1, 2011

keluh ke?

makin dibiar makin menjadi...
hurm.. biar la....
salah tetap salah... benar tetap benar... kenyataan takkan beralih arah...
tp jika salah itu diakui...
jika salah itu diinsafi...
kesalahan dapat ditebus...
tp jika salah terus dicanang... terus dikutuk... nanti mkn diri... diri sendiri susah...

siapa kita untuk kata mulut org tu mcm tu... mulut org ni mcm ni...
Siapa Kamu untuk menghukum
siapa kamu untuk melabel
Niat kita hanya Allah yang tahu..
rasa tak puas hati kita allah jugak yg tahu....
sekira berpijak dibumi yang nyata...
selagi nadi berdenyut.. selagi itu pintu TAUBAT masih terbuka...

Aku tak menyesal kenal kamu...
Aku tak rugi jika aku tak terus jadi begini...
Rupanya Allah masih syg...
menyedarkan aku dari terus rasa senang dan santai dlm keadaan begitu..
menyedarkan aku dari terus bergelumang dalam dunia dan medium gosip yg langsung TAK BERFAEDAH..

Syukran Jazilan kepada mereka2 yang bergembira sekarang....

Monday, January 31, 2011

sorry..maaf..dan seangkatannya

Assalamualaikum warahmatullah...
Dikesempatan ini..aku ingin memohon jutaan maaf kepada pembaca2 blog ni...
terutama kepada sesiapa sahaja yang pernah 'terasa' atau 'tersentuh hati'nya oleh tulisan aku...
Kadang2 aku menulis mengikut emosi. Dan aku jadikan blog ini sebagai salah satu medium untuk melepaskan tekanan dan rasa tak puas hati..
Ya... ada org kata tulis la apa saja.. krn ini blog kamu...
Tp aku terlupa yang ada mata membaca dan mengikuti apa yg aku tulis.
Dan... aku tak sangka krn tulisan ini menimbulkan spekulasi dan mcm2 lagi....
Oleh itu... hari ini, kepada pembaca2 sekalian,,, aku umumkan yang aku akan men'delete' mana2 post yang boleh menyebabkan timbulnya rasa marah, rasa sakit hati pihak lain.
Dan.. betul jugak kata org.. Luahkanlah masalah kamu kepada pasangan kamu.. Insyaallah.. rahsiamu akan tersimpan...


kini terasing....sendiri membawa hati...namun yang pasti.. apa yang terjadi adalah peringatan dariNya supaya aku tidak lalai... Syukur ya Allah... krn tidak menghanyutkan aku....

sekali lagi.. maafkan aku....

Friday, January 28, 2011

apa2 aje

hurm... risau nih... ahad ni Insyirah kena p timbang kat klinik kesihatan. berat dia mesti turun sbb baru je lepas demam. batuk2 berkahak masih ada. Kesian pulak tgk dia bila batuk. Tp peningkatan.. adik dah boleh merangkak... syok umi tgk adik tuju sana.. tuju sini. Kepala adik tu tak tau berapa puluh kali terhantuk kat dinding, kat lantai, kat bucu meja.. Tp skrg adik makin pandai..klu nak jatuh.. dia tahankan dengan tangan. Hurm.. tula namanya belajar dari pengalaman.
Si abg pulak.. dah pandai jaga adik. Dah boleh diharap. Makin syg kat adik.
Klu mula2 dulu.. pantang lepa sikit, mesti nak pukul adik dia... nak cubit..nak tekup hidung...
Tahniah kepada abg sbb buat umi makin syg kat anak2 umi...

hurm.. tersentak pulak dgr berita kat sinar FM pagi td... tentang kematian seorang kanak2 di Kangar krn tercurah air panas oleh ibunya sendiri akibat terkejut disergah oleh anaknya..
Hurm.. sungguh malang itu tidak berbau... HUhuhu.. sedihnya.... Al Fatihah buat arwah.

Pagi ni terpaksa memecut ke tahap mana yg boleh sbb lewat keluar rumah. Klu ada speed trap.. habisss laaa... Sbbnya ni bulan 2.. sempena raya cina.. Aku tiap2 kali bulan 2 raya cina.. mesti kena saman speed trap. Huhuhu... Harap2 thn ni bersih dari bayar saman free kat Polis.

hurm...tima kasih kpd kak ipar aku yang bekalkan aku dengan kuih lupeh... sejenis makanan iaitu pulut yg dimasak dengan daun pandan kemudian dipadatkan dlm daun pisang/plastik. kemudian rebus lagi.. nak mkn dipotong bulat2 disalut dengan kelapa. dan dicicah dengan gula merah yang telah dicairkan.. ermmm sedap..

Wednesday, January 19, 2011

langkah berinteraksi dengan keluarga mertua

awl pulak chek sampai tempat keja hari ni. So berkesempatan la untuk pot pet2 kat sini.

Ha... kemarin aku kata nak bg tip2 untuk pengantin terutamanya perempuan laaa kan. Mcmmana nak mulakan langkah masuk bercampur gaul dengan famili mertua...



1) Kenali setiap nama ahli keluarga.

Haaa... kena cuba ingat yang mana satu pak long mak long, pak ngah mak ngah, pak cik mak cik beserta nama anak2 dia. Ha.. yang ni mmg ambik masa. Tp tak pe.. pelan2.. mula2 biar salah sebut. dan mereka akan betulkan. Janji kita berusaha untuk kenal dengan mereka. Klu lupa jugak.. kena selalu tanya somi kita. tu sapa bang? nama apa ye?



2) Jangan selalu berkurung dlm bilik.

ha,,, ni bermaksud kita kena sertai aktiviti keluarga mereka bersama2. Tengok TV sama2... walaupun rancangan Tv yg ada depan mata tu bukan favourite kita. Tgk je la...layankan aje. Teringat pulak masa aku ngn asben dulu. Kami ni dah la dok jauh2,, boleh jumpa 2 minggu sekali ja. Tp kami tak buat la keciwi. Tak la nak duduk dlm bilik 24 jam. Jalankan kehidupan seperti org2 lain jugak.... Ingatlah org tahu kita pengantin baru.. tp kena korbankan sikit kot masa kita untuk kita lebih dekat ngn famili baru ni.

3) Rajin2 la masuk dapur.

Ha...bab masuk dapur aku mmmg rajin tp bab masak, mmg zero. Masa mula2 kawen, aku mmmg tak reti nak masak. Tp gigih gak masuk dapur. Ada sekali tu mertua nak buat gulai ikan kering tumis darat. alamak!!! camner ni? aku pernah la dgr tp tak pernah buat. Terus call mak aku. mak aku kata.. MAK PUN TAK TAu. Aduhai... terpaksa la aku buat2 pandai. Seb baik menjadi. Pernah juga...mak mertua aku beli sotong yang banyak telur. dia siap pesan lagi.. sotong tu ada telur. Tp aku p basuh buang habis semua telur.. Aiyark.. Tu la padan muka.. masa anak dara tak nak belajar siang ikan, sotong segala bagai. Kang dah habis telur2 sotong tu... Tp tak pe. Semua tu pengalaman yang akan kita ceritakan pada ank cucu kita pada masa yang akan datang. Tp kalau ingat2 balik... aku mesti tergelak sorang2. Tp sekarang.. klu aku nak tolong slumber je tanya... mak yang ni nak potong mcmmana? nak buat mcmmana? dah tak malu mcm dulu lagi. Org kata malu bertanya sesat jalan.
ha... jgn pulak ...WAHAI PARA2 PENGANTIN BARU... Kalau tak tahu masak sekali pun, kalau tak pernah tolong mak sendiri kat dapur, Cuba2 la duduk didapur bersama mertua. Kita tgk mcmmna cara dia masak. Jgn pulak mak mertua dan ipar duai lain berperang ngn api kat dapur tu.. korang sila panggung depan Tv... melingkaq dlm bili... Tak SEHSUAIIII tau.... Bikin sakit ati je tgk.
Bila dok kat dapur tu. kalau kita tak pandai masak.. tolong la goreng2 ikan pun dah jadi.. tolong kutip pinggan mangkuk basuh. pendek kata.. tolong la apa yg patut. Insyaalllah... pelan2 mak mertua akan faham yg KITA ni masih kekok berada dlm rumah mereka. Dan bukan di cop PEMALAS, PENYEGAN atau seangkatan sengannya.

4) Selalu2 la balik jenguk mertua.

Kalau korang dok asing2...kena selalu balik jenguk mak mertua, Tunjukkan yg kita ni prihatin dengan mereka. Org tua2 ni suka kalau kita buat mcm tu. Kalau depa tak suka.. mesti ada something wrong somewhere. berkat sebenarnya kalau kita selalu utamakan keluarga. Tak kira la keluarga kita ke.. keluarga mertua ke...
yang penting keluarga.

5) Jaga tingkah laku dan tutur bicara

Ha.. nak cakap sesuatu kena berlapik. Kena fikir dulu sebelum bercakap. Jgn main bedal je. Kena pandai tackle hati setiap ahli keluarga. Jgn pulak diam.... murung je. Kadang2 kita tak suka apa yg dicakap oleh ahli keluarga terhadap kita. Rileks je... senyum dan buat2 je suka. tak yah tarik2 muka. Nanti org tak suka... Setinggi mana pun jawatan kita.. bila berada dlm keluarga.. buangla segala bagai jawatan yg disandang. baru hidup aman bertandang

ha.. tu je tip yg dapat disampaikan setakat ni. Ada banyak lagi. Tp nanti2 ingat aku sambung lagi.
Ha.. amalkan mcm ni.. Insyaallah.... kita tak akan kekok untuk memulakan langkah nak berinteraksi dengan keluarga baru...

Tuesday, January 18, 2011

hehe... saja la nak mengimbas memori 5 tahun lepas.
Kenduri adik ipar aku baru2... saja la gedik2 ngn asben aku konon2 pengantin baru la...
Seronok la jugak sbb baju pengantin tu masih muat ngn aku... dulu kami kawen sebelah aku pakai warna biru, sebelah lelaki pakai hijau. So kali ni try plak purple.
he... berkongsi gambar ngn kawan2... camna? ada rupa pengantin dak?? hahahah gatai betui


diatas pelamin...duduk bersanding.. kuiukuiuki


dulu2 stail amik gambar celah tengkolok ni tak berapa famous lagi.. saja la teringin nak wat posing gini. gambaq2 lain aku segan nak letak.. huduh bebenor...
Teringat lagi masa jadi raja sehari... malu bukan kepalang... nak senyum pun kena kontrol sbb aku suka ghenyih... nanti takut org kata.. syok terlebih ka anak dara tu? hahahah... dlm masa yg sama.. berdebar2 pun ada. dok fikir..mcmmana la aku nak berhadapan dengan famili baru.
mcm mana nak sesuaikan diri agar boleh masuk ngn org lain. semua tu memerlukan masa dan kesabaran. Nanti aku sambung cerita dan kasi tip2 buat bakal pengantin dan pengantin2 baru yang masih lagi kekok nak bermesra ngn family baru...

Friday, January 14, 2011

luahan rasa

makin hari makin menyesakkan..
makin hari makin menghantui.. makin hari makin tertanya2
hurmmm bencik2..bencik

huhuhu
hari ni aku sendiri.
kwn baik a.k.a rakan peneman cuti laaa
hari ni juga waktu rehat paling lama.. jumaat la katakan..
tghari ni alamat tak bleh la window sopping....

tak tau nak tuju mana sorang2 mcm ni....