Friday, July 3, 2009

rempit kampung

ptg kemarin.. cam besa la... balik keja.. ptg2 aku melepak kat laman rumah ngn family aku...pakat2 la sembang pasai isu semasa. Isu semasa kampung kami skrg ialah isu budak2 sekolah merempit. Almaklumlah.. rumah aku dekat je ngn sekolah menengah. budak2 ni akan jadikan depan sekolah and taman perumahan yang berdekatan dgn sekolah sbg port depa. aku kdg2 balik kerja.. jadi takut nak lalu depan tu... takut terlanggar anak org.. mati tak pasal2 je. dah la tak heran kat org....bapak aku nak keluar p kedai pun rasa tak selamat... budak2 bukan ingat apa. ingat nak seronok ja. kalau setakat 10 biji motor.. aku tak kisah la sgt. ni hampir 100 biji motor.mmg ramai. cam pesta. aku rasa tak puas hati la jugak.. p mana polis2 yg bertugas?? takkan tak tau kejadian yg tak senonoh ni sedang berleluasa kat kampung aku. dengan nada yang agak berkobar2.. aku ckp la..." tak bleh jadi ni.. esok cek nak p report polis. biar depa kena tangkap... padan muka".
dalam 10 minit kemudian.. aku heran.. selalunya diorang akan merempit menghala ke kuala kedah.. bukan menghala ke rumah aku.. mmg laju diorang bawak.. mcm kena kejar dgn sesuatu.. atau hanya nak tunjuk eksen??? tetiba ada sebijik motor masuk kawasan rumah aku. sambil tu.. aku tgk ada kereta polis tgh kejar depa.. ha.... best ni... best...
kami pun apa lagi.. berlari la kat jalan nak tgk insiden polis kejar budak2 rempit nih..ayah aku pulak.. dgn slumber je dia p duduk seberang jalan.habis satu trip... aku tgk ketreta polis tu pusing balik.. kali ni polis tu terserempak ngn group yg ke 2..yg sedang menghala bertentangan ngn arah polis td. polis tu pun apa lagi... terus menghimpitkan keretanya ke arah kumpulan td... ha... seorang budak dah jatuh moto..dia pulak terpelanting masuk dalam sawah sbb nak elak polis yg himpit dia.. dan nak elak dari terlanggar bapak aku..sepantas kilat budak tu bangun. habis basah baju dia...polis tu pulak turun dari kereta. budak tu bgn nak angkat motor dia.. polis tu bg penendang... budak tu terpelanting masuk dlm sawah semula.. alahai... kesiannya. polis tu p bg penumbuk pulak.. budak tu tak melawan. mesti budak tu rasa sakit.huhu.. tp cara polis tu buat budak tu... nampak mcm kemarahan seorang bapak kat anak yg tak dgr ckp. polis tu kata."hampa permain aku no" .menurut adik aku.. budak tu tingkatan 3. tp dia bukan join race. selalu lepak2 tgk org race je. hurm.. nasib dia tak baik la kali ni.semua org kampung pakat2 keluar tgk kejadian. polis tu pulak.. suruh asben aku bawak kereta polis.. p ambik polis yg sorang lagi.. yg tgh wat operasi kat taman perumahan.
dengan bangganya asben aku jadi polis bantuan seketika... wahahaha
kesian pulak aku tgk budak tu dan motornya diheret ke balai polis. ptg tu... 4 org gak la dpat ditahan.. tp terer gak la budak2 nangok tu melarikan diri dari polis. sempat l agi up moto masa polis tgh kejar tu... aku rasa mcm tgk impak maksima je... hahahha
yang aku geram.. ada salah sorang bapak budak yg terlepas.. aku mmg tak puas hati ngn anak org tu. dia tu lah ketua samseng kat taman perumahan.. naik moto.. asyik up ja.. aku rasa mcm nak langgar je budak tu setiap kali aku nampak aksi kurang ajaq dia tu.. bapak budak tu bleh ckp kat polis tu... ha... boh lagi penendang kat budak ni... biaq mampos.. nak race sgt... hurm.. anak org yg kena.. cuba kena kat anak hang sendiri.. baru hang tau langit tinggi rendah. eee... geram...
erm.. tapi aku harap ptg ni dah tenang kembali. tapi aku percaya.. dalam seminggu ni senyap la... mai masuk 2 minggu.. sure jadi balik....
apa la nak jadi dengan budak2 muda zaman skrg.. tak sayang nyawa. kalau dia saja mati tak pa la jugak.. ni membahayakan org awam yg tak bersalah..
mau ke kata budak2 kecik melintas.. erm.. tak tau la apa nak ckp.

No comments:

Post a Comment