Wednesday, March 10, 2010

selamat melahirkan

Alhamdulillah... aku selamat melahirkan baby girl seberat 3.4kg pd 28 feb 2010. tepat2 ngn due date.
hari keempat detect ada kuning sikit kat baby,,,
hari ke9 baby kena tahan wad.
mlm smlm aku dapat berita mengejutkan dari hospital. tulang selangka baby patah,,, mmg terkejut giler,mcmmana boleh patah??? persoalan tu yg timbul..
dr ckp kemungkinan besar sewaktu meneran baby... depa kata jgn risau..sbb benda ni normal. ermmm patah tulang doktor oiii kesian baby aku,,,
tp bila aku pikir2 balik... ini mungkin ujian buat aku, tak boleh jugak nak salahkan doktor atau nurse... sbb aku tahu keadaan kat bilik bersalin tu mcm mana,,, mereka dah berusaha untuk menyelamatkan aku dan baby,,,
sekarang ni... hanya doa dan usaha untuk memulihkan balik tulang yang patah tu,,semoga anak umi cepat2 sembuh,,, amin

Friday, February 12, 2010

hari last bekerja

Salam kwn2 semua...
hari ni adalah hari terakhir aku bekerja...sblm aku cuti bersalin. after CNY, boss dah approve cuti aku... tp minggu selepas CNY boss blom approve. Tp aku assume boss akan luluskan cuti tu.
mula2 ingat tak mau cuti.. nak kerja sehingga saat melahirkan. tp aku rasa adalah lebih baik aku bercuti... rehat2 kat rumah. Sambil2 tu boleh meluangkan masa melayan karenah Irfan... boleh jadi suri rumah. walaupun sekejap...dah cukup la tu...
Kwn2 semua.. doakan aku dan kandungan aku selamat semuanya yer.... Aku nak mintak maaf kalau aku ada melakukan kesilapan dekat korang semua. Samaada secara sengaja atau tak sengaja...

Monday, February 8, 2010

anak sedara baru

apsal kat tanda nama ni aku nampak dia tulis boy??

akak athirah... selaku mak angkat...


sebijik cam muka mama dia

abg irfan dgn aksinya

aku dapat anak sedara baru...perempuan.
nama belum ada lagi nih... dilahirkan pada 6/2/2010 jam 1 pagi.
awal 4 hari dari due.
aku bila lagi yer?? heeeee

Monday, February 1, 2010

36 weeks

Salam semua..

Hari ni genap usia kandungan aku 36 minggu (9 bulan). Kalau ikut mcm abangnya, bermakna minggu depan la aku akan melahirkan..

Tiba2 pulak hati aku berdebar2.. antara takut dan seronok sebenarnya..

Semakin hari.. dan semakin rasa tak larat. pendek kata...malas nak buat apa2 kerja pun.

cuti ahad lepas, p cek perut...nurse tu ckp..dah boleh dah kalau nak bersalin ni.. tak cuti awal ke? nak keja sampai bersalin ke?

aku cuma jwb.. tak tau la nak kata mcm mana... tgk keadaan...heee
aku bukan tak mau cuti awl... tapi aku skrg ni tgh berkira2 dgn baki cuti yang aku ada. cuma ada 25 hari je lagi cuti aku untuk tahun 2010. So.. mmg kena manage betul2 cuti yg aku ada.

Dan yang paling aku harapkan.. dan aku doa... aku akan sakit masa aku berada di rumah. Bukan waktu perjalanan pergi balik kerja atau di tempat kerja.

Kita hanya berdoa.. Dan yang menentukan adalah ALLAH...

Kwn2.. doakan aku dan bayi ni selamat yer...

Love u all..




nota kaki: nih pic aku masa tgh peknen... tak byk gambar yang ada dlm simpanan.. mmg dari dulu lagi, tak byk pic masa aku peknen..

Wednesday, January 27, 2010

pening

mlm td...nak mkn ciken chop punya pasal.. rela tak mkn nasik.. kali ni sikit pulak ayamnya tu...tak mengenyangkan la..
pagi ni.. awal2 pagi lagi dah ajak member p pekena nasik lauk kat kangar. sambil2 tu.. singgah p bayaq bil celcom tu..
bila sampai kat kedai, yang aku nampak... ikan tamban kering ngn daging masak merah.
licin aku sapu. murah je mkn kat sini. campur ngn ayaq teh o ais... baru RM3.50.
ha.... ni kalau aku p cek tekanan darah..sure darah naik tinggi ni.. sbb aku rasa pening semacam je... ye rla... ikan tamban tu dah semestinya masin. daging pulak...mmg aku jenis tak bleh mkn daging dulu2 la..
tp lepas melahirkan anak pertama, automatik aku dah boleh mkn daging... alhamdulillah...

nak update sikit la:
hidup aku kini semakin tertekan...tertekan dgn org yg bekerja ngn aku...
aku tak tahu.. dia tu ada perasaan ke tak...
dgr perut aku yg mcm ni, masih lagi seronok dia tgk aku mengangkut multimeter2 masuk dlm lab.... tanpa menghulurkan sebarang bantuan. padahal tu kerja dia.
tp hati aku dah sejuk sikit.. bila sorang tech school lain dtg..
budak tu ckp kat aku.. kak pah, biar saya buat... kesian tgk kak pah..
huhu... ada jugak hamba Allah yg kesian ngn aku..
Doa aku: Semoga Allah merahmati beliau.

byk sgt benda yg membuatkan aku tertekan dgn persekitaran kerja ni..Tp aku pasti... Allah takkan sia2kan aku. Terima kasih kepada sahabat2 yg setiap pagi mendengar bebelan aku. Tu je cara untuk aku lepaskan tekanan...

Wednesday, January 20, 2010

menanti

pagi ni sampai awl kat opis. ada erobik tp aku tak menghadirkan diri aku ke sana. dah tak larat rasanya nak berjalan kesana,apatah lagi nak melompat atau berdiri lama2. dari ats ni.. dapat aku dgr muzik2 alunan salsa,poco2 dan sebagainya.. teringin nak turut serta tp mcm ni lah kan org dah sarat ni. minggu ni dah masuk 34 minggu. masa mengandung anak pertama, aku melahirkan pada minggu ke 37. Hurm... tak sabar rasanya nak menunggu kehadiran cahaya mata ke 2 ni. Tp dlm masa yang sama, hati aku sentiasa berdebar2. Sebab kata org setiap kelahiran, tak sama sakitnya.
setakat ni..kemana sahaja aku pergi, dalam kereta dah tersiap sebiji beg yang mengandungi baju baby,barut baby,kain selimut,pampers,tisu basah,kain lampin,kain batik, tuala ibu & baby serta minyak selusuh yang dibuat oleh mak ayah aku. Mak aku pesan, kalau rasa sakit, boleh terus minum minyak tanak ni.
tp aku harap aku akan sakit masa aku dirumah. masa ada somi aku. Takut sgt kalau2 sakit masa dlm perjalanan balik kerja.. Tp aku yakin, insyaallah anak dlm perut ni akan dgr ckp uminya...heeeeeee
semakin hari, semakin aku sensitif, tido mlm asyik tak selesa. Dan mcm 2 yang timbul dlm kotak fikiran aku ni. Kdg2 aku rasa terasing dlm dunia aku sendiri. Dunia yang aku ciptakan. Kenapa aku jadi mcm ni???

Thursday, January 14, 2010

seri di hati

seri dihati ~ZULFAN~

pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
dedaun berguguran tandus tiada harapan
umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
tertanam kebencian, kesunyian...

kasih yang sejati anugerah ilahi
hadirnya dijiwa bukannya dipaksa
cinta yang terjalin dalam diri manusia
kesunyiannya bagai sutera putih

tautan cinta yang bersemi
disulami kasih ilahi
melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
temuilah seri dihati
itulah cinta hakiki
andai kau selami rahsia keimanan...

telah bermula episod cinta yg suci
dua insan berkasih pun berikat janji
telah tersarung sebentuk cincin dijari..
kedua org tua pun merestui

terikat janji bakal membina mahligai impian
ini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
demi kesucian cinta restu yg esa
demi cinta suci yang tiada ternoda

hari ni nak kongsi pasal lirik kumpulan zulfan ni..
aku minat sgt ngn suara2 kumpulan zulfan nih...
tp tu lah.. kenapa tak berapa nak femous ye kumpulan nih??
mereka ada harapan utk menjadi artis yg terkenal...sedap sgt kombinasi suara mereka.

ttg lirik ni...mmg sgt menyetuh jiwa.. terutama sekali bagi sesapa yg sedang hangat bercinta... yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi... berbunga2 cinta dalam hati tu ye,,, heeeeeeeee sabaq22...

dan untuk diri sendiri.... aku harap dan berdoa semoga ditetapkan iman...diberikan kesabaran untuk terus mencintai keluarga yang sedang aku bina. Semoga Allah sentiasa suburkan rasa kasih sayang dalam hubungan ini... AMIN...