Wednesday, January 20, 2010

menanti

pagi ni sampai awl kat opis. ada erobik tp aku tak menghadirkan diri aku ke sana. dah tak larat rasanya nak berjalan kesana,apatah lagi nak melompat atau berdiri lama2. dari ats ni.. dapat aku dgr muzik2 alunan salsa,poco2 dan sebagainya.. teringin nak turut serta tp mcm ni lah kan org dah sarat ni. minggu ni dah masuk 34 minggu. masa mengandung anak pertama, aku melahirkan pada minggu ke 37. Hurm... tak sabar rasanya nak menunggu kehadiran cahaya mata ke 2 ni. Tp dlm masa yang sama, hati aku sentiasa berdebar2. Sebab kata org setiap kelahiran, tak sama sakitnya.
setakat ni..kemana sahaja aku pergi, dalam kereta dah tersiap sebiji beg yang mengandungi baju baby,barut baby,kain selimut,pampers,tisu basah,kain lampin,kain batik, tuala ibu & baby serta minyak selusuh yang dibuat oleh mak ayah aku. Mak aku pesan, kalau rasa sakit, boleh terus minum minyak tanak ni.
tp aku harap aku akan sakit masa aku dirumah. masa ada somi aku. Takut sgt kalau2 sakit masa dlm perjalanan balik kerja.. Tp aku yakin, insyaallah anak dlm perut ni akan dgr ckp uminya...heeeeeee
semakin hari, semakin aku sensitif, tido mlm asyik tak selesa. Dan mcm 2 yang timbul dlm kotak fikiran aku ni. Kdg2 aku rasa terasing dlm dunia aku sendiri. Dunia yang aku ciptakan. Kenapa aku jadi mcm ni???

4 comments: