Tgh pening memikirkan satu perkara nih...
Sebelum ni...Aku sangat berharap agar asben aku dapat pindah ke Perlis. Memandangkan Tempat kerja baru yang kami akan pindah nanti... dekat sgt2 ngn tempat kerja asben aku. Memandangkan Tempat kerja yg berdekatan tu telah siap.. Jabatan tempat keja asben aku.. baru je mengeluarkan tawaran.. bg sesiapa yang ingin bekerja di Perlis.. boleh lah memohon.
So... camner ni??
Bila yang dah diidam didepan mata.. mcm2 masalah pula yang timbul.
Masalah pertama: Klu dapat tukar, wajib dok quarters. Hilang elaun rumah, kolar, elaun khas... Dekat RM500 jugak la akan hilang.
Lepas tu memikirkan tentang pengasuh anak2 pulak... Payah la... takut jumpa yang tak serasi.... lagi menakutkan bila dok baca berita2 pasal penderaan...
Mcm tak de benefit pulak kalu asben aku tukar ke Perlis ni. Benefit tu kat aku sorang je,,,, tak yah teruk2 ulang alik. Tak la letih memandu.Save minyak. Tp ???
Adoiiiii fening...fening lalat nehhhh\
Kalo korang jadi aku, mana satu pilihan korang?
nak suruh mintak tukar.. atau... kekalkan apa yang ada sekarang.
Thursday, January 13, 2011
Tuesday, January 11, 2011
penderaan lagi
bu tiri dusta
Oleh Mary Victoria Dass dan Sahlina Sahkirin
SAYU...jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.
PILU...Nur Aquilla (tengah) tidak dapat menahan kesedihan.
JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.
Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.
Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.
“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.
“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.
“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.
Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Hurm.. lagi2 berita pasal budak kena dera.
Sudah hilangkah rasa simpati terhadap kanak2?
seronok kah rasa pukul budak yg tengah menangis??
Budak keccik yang baru hanya 3 tahun....yang selayaknya dibelai ibu...dimanja ibu... dirampas kebahagiaan oleh ayah tersayang... yang konon lebih percayakan bini muda....
Yang rasa ibu tiri boleh bahagiakan anak2nya berbanding ibu kandung sendiri. Sekarang ayah itu pasti lebih menyesal dengan tindakannya yang sanggup melarikan dan memisahkan anak2 dari ibu mereka..
Yang pasti 2 lagi anak akan trauma melihat sekujur tubuh yg telah kaku iaitu suadara kandung mereka.
Si ibu... pasti merintih sepi atas pemergian anak tersayang. Rasa kehilangan.. tiada kesempatan untuk melepas rindu setelah 3 bulan anak dilarikan. Bila bertemu...tiada lagi denyut nadi...
Kepada ibu2 tiri... Kalau tak sanggup nak bela anak org... jgn pura2 baik... Ckp je tak sanggup. Dari korang dok dera2 sampai mati nih...apa korang dapat?
puas hati??? hurm.. tp aku rasa.. penyesalan akan berkunjung tak sudah....
Apa yang terjadi.. kita ambil Iktibar....

Monday, January 10, 2011
MimPi
Mlm kemarin aku bermimpi buruk....
mimpi yang membuatkan 2 hari ni aku buat apa pun serba tak kena.
Aku buntu...
Naluri aku entah kemana.. tetapi merasakan kesedihan....
Ya Allah.. Kau jauhilah diriku dan keluargaku dari sebarang musibah....
Peliharalah kami Ya Allah..
Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang terlalu lemah untuk menerima ujian yang terlalu berat.
Ada org kata mimpu tu hanya mainan tidur. Dan aku berharap sgt2 yang itu hanyalah mainan tidur,
“Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari setan, supaya orang-orang yang beriman
itu berduka cita, sedang pembicarana itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka,
kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”
(al-Mujaadilah: 10)
Jika seseorang mengalami mimpi yang tidak disukai, disunnahkan melakukan 5
perbuatan:
1) mengubah posisi tidur,
2) meludah ke kiri sebanyak tiga kali,
3)memohon perlindungan kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk,
4)bangun dan solat
5) Tidak menceritakan mimpinya kepada siapa pun
Sesungguhnya Dia Yang MAHA Mengetahui...
Thursday, January 6, 2011
Tip doa untuk anak
Dlm hidup kita seharian ni.. doa amat2lah penting, barang siapa yg tak berdoa adalah dia hamba yang sombong...
dan anak2 kita juga.. kdg2 tak mendengar kata.... so kita perlukan doa untuk buat kan dia lembut. Seperti yang diamalkan oleh org2 lama kita... seperti yang diajarkan oleh agama kita, itulah langkah yang perlu kita ikut.
dan bacaan yang dibaca dan ditiupkan itu perlulah dilakukan ketika dibawah minda separuh sedar iaitu antara nak tidur tu... Masa tu otak akan senang menerima kata2 nasihat.
Ya.. aku pernah amalkan benda ni... dan masa tu aku nasihat anak, dlm tido anak tu.. boleh angguk dan kata ya..ya...
Tp kita kena serapkan kata berunsur positif jee
Contoh: Irfan kena jaga adik tau...
kita kena elak perkataan negatif seperti: Irfan JANGAN pukul adik tau...
Ha... Perkataan JANGAN tu perlu dieelakkan sbb.. minda bawah separuh sedar ni hanya dapat memproses perkataan positif sahaja.
Sebelum anak tidur, bacakan

Sebelum anak tidur, bacakan
1) Al Fatihah

2)ayat Kursi

3) Surah Al- Insyirah

sabda nabi: brangsipa yang membaca surah al insyirah, seperti ia mendatangi aku, dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.
4) SUrah Toha ayat 1-5

hembuskan di ubun2 anak kita.
Niat dan doa moga anak kita menjadi anak yang soleh dan mendengar kata, lembutkan hatinya, rajin belajar, rajin solat.
Disamping tu jugak kita boleh amalkan baca YaLatif (7 kali) diikuti dengan

Sekian utk hari ini... Selamat beramal
Wednesday, January 5, 2011
Senyuman dihulur, penghargaan digarap
Pagi tadi aku kena berurusan dengan ASB sbb bukunya hilang dong...
Tak tau la tercicir kat mana... sbb aku suka sgt usung buku tu kehulu kehilir.
He... melayang la RM20 buka buku baru... Nak wat mcmmana kan.. kecuaian diri sendiri.
Ha... hari ni aku nak bercakap tentang senyuman...
betapa pentingnya sebuah senyuman kita ni kat org. Bak kata pepatah.. SENYUM ITU SATU SEDEKAH. So.. sedekah ni ada ganjaran pahalanya.. Begitu juga dengan senyuman ni.. Kalau kita senyum kat org.. Org pun suka kita. Bukannya nak suruh senyum menggoda.. tp senyum buat org sejuk hati pun dah cukup. Senang nak berurusan.
So.. kat sini Aku nak merakamkan jutaan tahniah kepada Executif ASB kat KGr ni.. MELATI AFZAN HANI.. Haaaa. Tu dia.. nama secantik tuan dia.. Tak sia2 mak dia letak nama tu. Dalam kesibukan dia sain sana.. sain sini.. masih sempat layan org tu layan org ni. Aku tabik la cara dia layan pak cik2 yang nak berurusan kat situ. Yang paling aku suka.. dia senyum je... tak de nak marah2.. Tu yang kita cari kalau nak keja dengan org ramai ni. Kena tahan telinga... ghenyih sentiasa.
Bukan mcm sorang staff kat situ td.. Monyok je mukanya.. senyum pun tak mau... Pas tu dok buat suara kuat2... Siap kutuk kat budak lelaki sebelah dia tu.. tak puas hati kat org sekian2...
Ada pertanyaan dari pak cik mana tak tau.. dijwb dengan acuh tak acuh. hurm.. org nak bertanya pun jadi takut.
he.. balik2 ni aku pun dapat jugak la pengajaran>>. yg senyum tu adalah bagus untuk kita sebenarnya. Hidup pun tak da lah stress sgt... Dan.. kalau kita hulurkan sebuah senyuman, pasti org akan ingat kita... Insyaallah...
kalau mau dok tarik muka, org pun naik meluat.
Tuesday, January 4, 2011
AZAM 2011
Minggu lepas kata nak cita pasal azam 2011./
So Azam aku utk thn ni adalah:
1) Nak langsaikan seberapa cepat hutang2 yang ada. Kalau boleh.. tak mau tambah hutang lagi. Insyaallah 3 jenis hutang yang ditanggung akan habis thn ni.
2)Nak lebih teratur dan disiplin dlm melaksanakan tugas aku sebagai pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang. Anugerah pekerja cemerlang dah dapat 3 thn lepas. Agak2 boleh dapat lagi ke??? Mcn tak da harapan je....hehehe. Tp bukanlah anugerah yg dikejar.. tp kepuasan bekerja itu yg aku cari.
3) Insyaallah akan berusaha menjadi isteri yang taat. Tak mau bangkang2 cakap somi. Heee.. yang ni selalu sgt dok janji.. tp selalu ja melanggar akujanji. Ye la.. Untk thn ni...azam thn baru...Moga aku jadi isteri yang mendengar kata. Isteri yg terbaik dimata suami.. Cewahhh... angan2 mau ada.
4) menjadi Umi yg terbaik buat 2 org cahayamata iaitu Irfan dan Insyirah. Mendidik dengan cara lembut plak. sblm ni aku adalah seorang yg agak garang. Bleh ke aku tak garang??? hurm... CUBA! CUBA! CUBA!
5) Nak buat kerja rumah dgn cekap. Makna kata.. cuba nak jadikan rumah sendiri yg terbaik. kemas dan bersih.. kain baju tak mau la seminggu sekali lipat mcm thn ni.. hehehe
6) Cuba untuk berjimat. Mkn sekali je kat opis. HURM>>> To my friends... boleh ke misi kita ni diteruskan?? hehehhee.. sbb apa.. bab mkn ni la kami tak boleh kontrol. bab soping menyoping ni boleh la gagah jimat.. tp bab mkn.. tiada kompromi.
7) BF untuk Insyirah sampai umur 2 thn.. caiyok! caiyaok..
8) Tambahkan amalan2 kerohanian.... untuk mendekatkan diri dengan Pencipta.
9) Joging seminggu sekali.
Ha... tu je azam aku utk thn baru ni... Tak byk pun... tp untuk melakukan dan mencapai apa yg kita target tu tak senang. Memerlukan kesabaran dan kecekalan.
Ha... harap2 terlaksana dengan izin Allah...
Monday, January 3, 2011
Air Panas, Ulu Legong...
cuti thn baru baru ni...en baim n family bawak jln2 mandi kat kolam air panas ulu legong.
Perjalanan ambik masa dlm 2 jam lebih nak sampai Baling. Ni kali ke 3 jejak kaki ke situ.
kami bertolak dalam pukul 9 mcm tu... sampai sana dalam kul 11 lebih. Masa ni org tak berapa ramai sgt. So bleh la nak rendam lama2. Aku cuma rendam kaki je... Irfan yg mandi tak hengat2... seronok jumpa air.
Kelebihan mandi air panas ni...boleh menghilangkan gatal2 bdn(org kata). Tp aku lagi jadi gatal adalah.. balik rumah jadi kelopak garam. Haaa hambik ko. gara2 lepas rendam tak cuci betul2.
apapun.. seronok.. cubalah pergi....
gambar2.. bila berkesempatan nanti akan diuploadkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)