Thursday, December 16, 2010

Matlamat tak menghalalkan cara

Hurm.. smlm aku terfikir2...apakah yang akan jadi kepada umat Islam di akhir zaman?
bagaimana nasib anak2 aku dikemudian hari?

aku ada menerima pandangan dari seorang yang boleh dianggap tinggi Ilmunya.. Ada ijazah tu kira tinggi la kan? Dan tatkala mendengar pertanyaan dan pendapat dia... aku hanya tersenyum...

1)Sapa kata org Bukan Islam tak boleh pegang Al quran??
Kalau tak caya, cuba tanya bapa mertua saya.. bapa mertua sya seorang imam.. tentulah dia tahu..
Kalau kita tak bg org bukan islam pegang dan baca, mcm mana kita nak kembangkan agama ISlam?
Jawapan aku mudah: Boleh pegang.. tp alquran yang mengandungi tafsiran.
Kenapa?
Alquran adalah kalam Allah... harus dipelihara kesuciannya. Kita yang Islam ni pun nak pegang ada adab2nya..harus berwudhuk. Kalau berada dlm hadas besar contohnya ketika period, mmg kita tak boleh pegang apatah lagi membacanya. Nak baca pun mestilah dalam keadaan yang menutup aurat.Tu menunjukkan Islam itu indah...suci.
kalau betul nak berdakwah.. apa salahnya berikan mereka tafsir alquran yang boleh dipegang tanpa berwudhuk.
Lagipun baca tafsir la... supaya mudah nak faham. Sedikit sebanyak membuka mata dan minda mereka untuk rapatkan diri kepada Islam.

2)Kat ofis ni... Kalau tersentuh suami isteri tak batal air sembahyang kalau tadak perasaan apa2...
Mengikut Mazhab Syafie... kalau tersentuh kulit tanpa berlapik dengan org yang sah berkahwin dengan kita atau org yg bukan mahram kita adalah BATAL. Kecuali tersentuh dengan mak mertua.. pak mertua... dan org2 yang haram berkahwin dengan kita..
SO.. kalau kat opis ke.. kat umh ke.. tersentuh tgn tu.. sila amik air semayang semula yeee

3) Tak pa... boleh je salam ngn Saya.. anggap je saya ni mcm ayah2 anda..
erm... dah sah kalau bersentuh antara lelaki dan perempuan itu tak boleh.... kenapa nak buat?
anggap la datuk ke... nenek ke...mmg dah kata tak boleh.. mmmg tak boleh la.
aku pernah kemukakan soalan ni kepada seorang ustazah.. tp ustazah ni cakap... dibolehkan jika tidak mahu menjatuhkan air muka org yang menghulurkan salam tersebut.
Hurm.. tp sampai hari ni aku masih tertanya2.. kenapa ustazah tu ckp mcm ni?

Bagi aku... matlamat tak menghalalkan cara...... so tak payah pusing belit fakta.. apa yg tertulis dlm alquran dan yang dinyatakan oleh Hadis nabi .. itulah yang kita ikut
wallahua'lam...

Wednesday, December 8, 2010

walimatul urus adik iparKu



5.12.2010
kenduri adik ipar perempuan.
Pagi2 lagi aku dah bersiap2 nak bawak dia p mekap..almaklumla... i kan akak ipar yg suka menyibuk.. hehehhe. Rasa puas klu dapat hulurkan bantuan dan keringat sbb nak hulurkan wang ringgit mcm kurang mampu sikit...
Majlis berlangsung dengan meriah. Ha... kali ni aku import phaizal n his wife,su...
depa ni cukup sporting, semua shot... depa tangkap...cukup berpuas hati dengan komitmen depa ni. klu ikut website dia kata 5 jam je.. tp sbb aku kenal dia... jadilah berjam2...outdoor sampai kul 7 ptg. Erm.. tima kasih sue n phaizal. Nanti bleh aku tlg promote kat kwn2 lain.
http://www.frenskedahphotography.com/

IRFAN terpaksa aku pos balik kampung ngn tok dia... masa tok dia mai kenduri.. suruh dia ikut tok dia balik... cukup sukala dia kalau balik kampung. Mlm tu... lepas kenduri.. wlaupun letih tak terhingga... gagahkan diri jugak p ambik Irfan. Rindu wooo berjauhan. Mak aku ckp 'keciwi'.

6.12.2010
pagi2 buta dlm kul 2pagi mcm tu... pak mertua pengantin masuk wad. Tetiba je tak sedarkan diri.
aku dalam kul 8 pagi mcm tu... dah bertandang ke umh mertua tolong apa yg patut... basuh periuk2 besar.. flusk2 nasi.. mak oiii sakit pinggang eden nih....buat keja sikit tu pun mcm org tua umur 50thn... huhuhu..
dalam pukul 3.45 ayah pengantin lelaki telah kembali ke rahmatullah... erm.. tghari td dia baru ckp ayah dia dah mula sedar,
esoknya kenduri rumah lelaki....mlm kami sekeluarga menziarah keluarga mereka...
sblm ni dok dgr terjadi kat org lain.. tp kali ni... perkara ni berlaku kepada keluarga terdekat...
semua Allah dah aturkan...

7.12.2010
hari yg agak kalut... 3 kali p pendang...
anak dara pun dah tak mau mekap2...pakai baju kurung besa ja... tp akak2 pengantin kata.. depa dah tempah baju serupa semua... so depa nak jugak pengantin pakai bg beza sikit dari org biasa. Mau tak mau... adik ipar aku yg sorang lagi kena jadi road runner la... p kedai pengantin ambik baju. aku ngn asben plak... gi kedai kek... ingat nak bawak kek je la sbg buah tgn.
hantaran... lepas balik mkn kenduri.. kul 6 baru p hantar kat rumah depa...
Kesian dan simpati kepada pengantin baru... di hari gembira mereka...mereka mengalirkan air mata menangisi pemergian seorang ayah.
Gambar kenangan arwah sewaktu bertandang ke kenduri ptg kemarin menjadi kenangan terakhir..
dari Allah kita dtg, kepadaNya jua kita kembali.-ALFATIHAH...

rombongan pengantin lelaki baru sampai..

bersama anak2..


geng2 en baim


kwn2 MBAS abg din

org2 kuat basuh pinggan....








Friday, December 3, 2010

pemandu wanita

errr... hari ni aku adalah seorang pemandu wanita yang loklaq...
huhuhu...td masa kat trafik light kodiang.. aku dok depan sekali...sambil dok borak2 ngn kak murni, aku nampak hijau...kiri kanan tak dak kenderaan,terus aku jalan.. sekali aku perasan kenapa kereta sebelah aku dan dibelakang aku tak jalan??
alamak!!!! salah tgk lampu da.... p tgk lampu pejalan kaki... astaghfirullahalazim...kenapa la cuai sangat. nasib baik tak berlaku apa2 kejadian yang tak diingini...
then... aku meneruskan perjalanan.. sampai ke arau.
kat trafic light ni.. aku dok line sebelah kanan.. tetiba aku dihimpit dari lorong kiri oleh seorang mak cik iswara hijau.pada hal... masa ni lampu masih merah.. seb baik aku sempat perasan. hurm.. slah besar ye mak cik... buat mcm ni kat saya....aku pun apa lagi....meneruskan la perangai jahat... iaitu mencucuk dan mengekori dia..siap HIGH BEAM Lagi.. kuakuakua... jahat dak???
tp aku tak seberani mcmmana aku bawa WGW dulu... kalo aku naik WGW..siap la ko mak cik... ingat jalan raya bapak ko yg punya ke... suka hati nak menyelit.. Ko tu bawak keta... buka motor nak selit kiri kanan...kalau tak merbahayakan org tak pe... ni kalau terbalik kuang... org lain jugak jadi mangsa.
aku pun tak tau la kenapa wanita bawak keta loklaq. aku pun kdg2 loklaq jugak.. tp ikut peraturan jalan raya leeerrr. kalo double line.. jgn motong.. ni time jumpa double line la pakat2 suka suki nak tekan minyak memotong.
satu lagi... kalau dok line kanan... sila tekan minyak byk sikit ye... kalau ada keta kat belakang.. sila ke kiri ye.... jgn dok mkn angin kat line kanan. menyusahkan org tau....

apa la yg aku dok berleter pagi2 jumaat yg mulia ni...
errr...sekadar luahan perasaan utk hilangkan tekanan...
hehehe....

Monday, November 29, 2010

berat adik tak naik byk

Sungguh bz hari ahd lepas.
pagi2 lagi dah gi klinik untuk timbang insyirah. lepas tu gi alor setar servis kereta. pas tu balik rumah... pergi kenduri kawin... balik tu balik kampung jap sbb mlm ada kenduri arwah. Pukul 1 pagi baru berpeluang untuk merehatkan badan yang terlalu letih. Gaya nak tido... batuk pulak menyerang... hur,,, habis keluar makanan yang di makan.
Sebenarnya nak bercerita mengenai perkembangan anak yang kecik ni..
Sunggguh2 lasak...tapi belum boleh merangkak dengan laju. Tp mulut dia mmg laju,, dah boleh sebut... AMBOI...ABAH..ABANG...MI( tu pun bila dia menangis beru keluar perkataan MI)
Gigi dah terjongol 2 batang...suka sgt menggigit. masuk ni dah 2 kali hanset aku rosak sbb dia gigit..baru seminggu tukar tempat yang untuk masuk charge tu... dah nak kena tukar lagi...adui... dlm byk2 mainan.. kenapa adik suka ngn hanset umi??
Sebelum2 ni adik suka mkn MOi yang Umi masak. Dalam tu boh kentang, sayur, ayam...
Tp sekarang kalau suap adik akan luahkan balik. So umi takut adik lapar...aku bagi la jugak dia mkn nestum. Yang ni habis licin dia mkn.. sampai nganga mulut nak lagi... Tp tu la.. misi kata nestum tak bagus untuk tumbesaran anak.
masa p timbang dia... syok la... sbb tak perlu tunggu lama2 sbb ada misi pelatih ramai dari KOLEJ MURNI...( yang baju Hijau tu).. Thanks adik2 misi sbb mempercepatkan masa akak... Bukan apa.. sblm ni.. kalau org tak dak pun.. MISI yang bertugas kat sini agak lambat. ( tak tau la apa yg depa buat kat dlm tu... byk menyembang... kerja very slow).
Tp agak mendukacitakan.. berat adik naik 0.2kg je... terlalu sikit... hampir ke line kuning... HURM.. ADIK TOLONG LA MKN BAGI BYK... Tp tak pe la... janji Insyirah sihat sudah...
skrg berat dia baru mencecak 6.8 kg..
Adik jugak dah pandai mengusik abg...suka tarik2 puting abg. Abg pulak jenis manja... bila adik tarik puting atau rambut dia.. abang suka nangis... pas tu mengadu la kat aku... suruh aku pukul adik... Seb baik dia tak lanyak adik dia..heheheh
HAri ni juga merupakan HARI lahir suami...
Hurm.. Diucapkan Selamat Hari LAhir buat suami tercinta...KAMI SEMUA SYGKAN ABANG

Monday, November 22, 2010

selamat dtg dlm perjalanan ku

Diucapkan selamat datang dlm hidup aku..
Dah lama aku idamkan,,
Kini aku dah memiliki mu..
Semoga kau menjadi peneman hari2 indah dan ceria perjalananku...

Untuk yang dah 7 thn... aku tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu..
tp aku harap kau akan terus berbakti kepada org tuaku....
Tiada apa yang dapat aku beri selain hadiah yang tak seberapa ini... sebagai tanda aku amat menghargai kedua org tua ku..

Tuesday, November 16, 2010

erti sebuah pengorbanan

Aku ambil kesempatan untuk mengucapkan salam Aidil Adha...
Semoga kita semua lebih menghargai erti sebuah pengorbanan..
Tak kira la dari segi pengorbanan wang ringgit, harta benda, masa, tenaga,korbankan apa yang kita suka... dan sememangnya kalau nak buat korban.. kita kena pilih binatang ternakan yg paling sihat... dan yang paling kita suka
Untuk korban kali ni...kami adik beradik terasa sunyi sgt2 krn ibunda tersayang beraya di kampung nenek... huhuhu..
Semoga pengorbanan yang kita buat ni diredhai Allah...

"tiada yang indah selain dari SyurgaMU Tuhan"

Thursday, November 11, 2010

banjir 2010

1/11/2010 : aku hadiri seminar di brasmana hotel, Kuala Perlis. Masa ni hujan lebat sgt2... On da way nak p keja pun kena drive slow sgt2 sbb hujan terlallu lebat. Highway kuala perlis pun air byk la jugak.. sekali aku lalu kena air.. slurpppp mcm naik feri...Masa tgh kursus ramai kwn2 dah balik sbb rumah depa masuk air.
Aku balik rumah dlam pukul 3.30 sbb mlm ni ada sesi mkn2 lagi... Sampai umah pun dlm kul 5.30.. jauh giler rasa..
2/11/2010 : ingatkan seminar start kul 9 pagi. So aku keluar rumah dalam kul 8 pagi. Sampai air Hitam kak mas call kata seminar dibatalkan. Aku apa lagi... YUHUUUU patah balik la....
3/11/2010 : Semua jalan untuk ke perlis ditutup... aku tak boleh nak p keja. Dok umh je la... Tiba2 kawasan rumah aku didatangi air yg begitu cepat.. Dlm hati hanya mampu doa..Jgn la air masuk rumah... tak larat nak mengemas barang sorang2 ... husband keje. Mcm pesta la pulak... air bah ni.. ramai je org jalan2.. naik moto... lalu ikut air bah ni.
masa ni dah suruh en brahim alihkan kereta ke kawasan yang lebih tinggi...
4/11/2010 : Rumah mak aku dinaiki air. Nasib baik aku call sblm tu suruh mak selamatkan video cam dlm almari....nak p tgk mak pun tak boleh sbb air menghalang semua laluan.. terputus hubungan. Nasib baikla ada kemudahan telefon... dapat jugak la berhubung bertanyakan khabar,
5/11/2010 : Majlis akd nikah fadzilah terpaksa juga diteruskan ats permintaan pihak lelaki. Terpaksa la mkn dlm gelap bertemankan cahaya lilin.. hehe agak unik.
6/11/2010 :

tgh siang ikan nak buat ikan bakaq...pak menakan aku sponsor ikan temenung fresh/...

disinilah mangsa banjir berteduh..gerai mak aku...mlm byk nyamuk!


Hari ni dah boleh p tgk keadaan rumah mak. Tu pun terpaksa tinggalkan Irfan dan Insyirah. Redah cari jalan jugak naik moto. Hurm.. Mak tak pindah p penempatan banjir.. Hanya duduk tepi2 jalan depan rumah nun. Nak mkn pun susah. Sedih aku tgk. Paling menyedihkan.. saat adik aku yg paling kecik tu.. beratur ramai2 dengan kawan dia di penempatan banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan... kena marah dengan org Catering.. Katanya.." Hangpa ni mai buat apa sini.. hangpa bukan dok sini... Mengacau JA..''.. Beginikah sikap Rakyat MAlaysia yg dibangga2kan???? Apatah lagi perkataan tu dilontarkan terhadap kanak2.. yg tengah kelaparan. Aku hanya berdoa moga Tuhan balas balik apa yg berlaku hari ni kat Hang..bukan mkn hebat pun.. hanya gulai Ikan...HUH... tak prihatin langsung.
7/11/2010 : bawak mak mertua berkelah mkn nasik depan rumah mangsa banjir... umah mak aku leer.. Bekalan air tak de... sungguh susah nak dapat air. Terpaksa beratur tahan air kat meter yg org potong tah dari mana... berebut2...Hurm.. masa ni barula terfikir betapa beharganya setitik air yg selalu kita bazirkan.
8/11/2010 : Air mula surut..tp bila malam air nak pulak.....masih tidur dalam kegelapan. Kesian mak ayah dan adik2 aku. Ajak balik dok umh aku.. depa tak mau....Katanya tak mau tinggal rumah.
9/11/2010:

tekun bersihkan bilik kami

diantara baju2 aku yang tenggelam... nak buang sayang.. basuh dan simpan je la kot..


Balik cuci bilik aku....huhu... tilam aku sebijik kena bakaq la lepas ni...baju2 bertambun nak kena basuh balik.... penat sehhh.... Mak aku ckp masa ni bantuan byk la sampai. Dapat roti gardenia...beras..minyak...gula...air mineral.. Alhamdulillah...
10/11/2010 :Aku masih bercuti. lama aku cuti kali ni... konon2 sebelum banjir hari tu plan baik punya.. nak p mkn angin kat langkawi.. Sekali aku mkn angin kat rumah je.... hehehhehe
11/11/2010 : aku start keja dah ni.. lama dok rumah ngn anak.. sampaikan Irfan kata" Umi.. cuti terus la... jaga Irfan.. hehhehe...