Thursday, December 24, 2009

HAPPY ANNIVERSARY

Alhamdulillah... hari ni 24 disember...genap 4 thn aku jadi isteri kepada suami aku.
Sekejap ja dah 4 thn.. Smlm gagahkan mata tak tido sbb nak tunggu pukul 12 and bagi kad ucapan kat dia...
Terima kasih...pagi2 lagi aku dah dapat wish dari Salleh Yaacob dan kak engku... hehehe.. depa ucap kat sinar.fm....kepada siapa2 yang menyambut ulangthn perkahwinan pada hari ni...kebetulan ye.... hehehhehe

Tuesday, December 22, 2009

bengkak cantik

Salam semua.. aku bercuti khamis sbb bateri keta wat hal tak boleh start.
jumaat Irfan mula nampak tanda2 bengkak pada pipi dia..so mlm jumaat bawak dia p klinik mutiara.balik rumah...dia tak mau mkn ubat.. alahai... nak wat mcmmana nih???
hurm... mak mertua aku campurkan nila dengan sarang angkut2 bersama sikit cuka. huhuhu... tu pun jenuh jugak la nak bubuh kat tempat yg bengkak tu. Hari sabtu.. Irfan dah start demam2...ubat tak nak mkn. bila suap.. diludahnya balik...
so hari isnin.. demam irfan makin kuat. aku terpaksa ambil cuti lagi. Kesian sgt tgk Irfan. Kali ni bawak dia p hospital la pulak. mcm tu la jugak.... dia tak nak mkn ubat. Mau tak mau kena cari ubat yg kena sumbat ikut saluran berak tu la...TP.....aku ngn asben jenis penakut nak buat benda tu... Ptg smlm bila panas sgt, terpaksa la Pak Long Irfan iaitu abg din jadi doktor sat...sejam lepas letak ubat... badan dah sejuk.. dan boleh keluar jalan2 ..mintak mkn itu.. mintak mkn ini... Alhamdulillah..
Tp mlm td Irfan start demam2 balik.... aku cuma jelum kepala dia dengan air yang diramas bersama daun duri tujuh. sampai la ke pagi...lepas tu tampal dahi dia ngn cool fever. dari pukul 4 ummi tak boleh tido sbb risaukan Irfan...dan hari ni.. mau tak mau ummi kena jugak mai kerja... harap anak ummi cepat sembuh.. Amin.

dalam perjalanan nak p hospital...letih sgt tgk dia...

NI pulak rupanya daun duri tujuh yang selalu aku guna untuk jelum kepala bila Irfan demam. daun mengeluarkan lendir berfungsi untuk menyejukkan....

zoom dari dekat...nampak duri pokok ni .. tajam2 dan kecik2...

PENYAKIT BEGUK(aku google jek)
fakta pertama:

Penyakit beguk adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan
iodine , apabila kelenjar tirod yang terdapat pada leher
pesakit menjadi bengkak. Sekiranya saiz bengkak ini kecil ia tidak
akan mendatangkan masalah tetapi sekiranya saiz menjadi semakin
besar, ia mungkin menyebabkan kesukaran menelan dan bernafas
kerana kelenjar tirod ini terletak berhadapan dengan salur pemakanan
(esophagus) dan salur pernafasan (trakea). Penyakit ini tidak berjangkit ,
namun untuk mengubati penyakit ini pesakit perlu mengambil iodine tambahan
dan ia akan hilang secara beransur-ansur.
Antara tanda-tanda penyakit ini adalah :
saiz leher menjadi semakin besar
susah untuk bernafas
kesukaran untuk menelan makanan
demam
berasa letih.

Kajian menunjukkan golongan wanita lebih berisiko untuk menghidap penyakit beguk. Selain itu golongan yang ahli keluarganya pernah mengalami penyakit beguk berpotensi untuk mendapat penyakit ini. Di Malaysia, penyakit beguk sangat jarang terjadi disebabkan makanan dan sayuran yang kita makan mengandungi iodine yang mencukupi. Beguk cuma terjadi dalam negara atau sesebuah kawasan yang penduduknya makan hasil tanaman yang mengandungi kurang iodin.
Di antara kompilasi penyakit ini ialah kesukaran untuk bernafas atau menelan makanan sekiranya bengkak di leher menjadi lebih besar. Lebih serius lagi , pembedahan harus dilakukan untuk membuang beguk bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk lagi.
Antara panduan yang dapat diamalkan untuk mengelakkan penyakit beguk adalah dengan memastikan kita mengambil makanan yang mengandungi iodin dengan cukup. Selain itu , sekiranya terdapat bengkak pada leher segeralah berjumpa dengan doktor.
Untuk menembuhkan penyakit beguk dengan cara perubatan tradisional ialah menggunakan nila dan cuka iaitu dengan mencampurkan kedua-dua bahan tersebut dan kemudian di sapukan pada bahagian yang bengkak. Lakukan selalu sehingga hilang bengkaknya.
Penyakit beguk dapat juga dielakkan dengan mengambil immunisasi untuk kanak-kanak ketika berusia kira-kira sembilan bulan diambil secara sekaligus. Program immunisasi kementerian kesihatan dinamakan MMR (untuk pertahanan Measles , MUMPS dan Rubella). Immunisasi juga boleh diambil di klinik-klinik swasta.
Fakta ke 2
Beguk adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus). Ia di sebarkan melalui udara oleh orang yang dijangkiti beguk samaada dengan beresin, batuk dan sebagainya. Gejalanya demam, kelenjar yang bengkak dan sakit di bahagian rahang.
Waktu terdedah sehingga timbul gejala penyakit ialah dari 14 sampai 25 hari. Tempoh pengasingan yang disarankan selama 9 hari setelah bengkak timbul.
Pencegahannya ialah melalui imunisasi (MMR) pada usia 12 bulan dan 4 tahun

Tuesday, December 15, 2009

gi tasik darulaman

AHad:13 dis09
sepatutnya hari ni aku menghadiri kenduri kwn sekerja aku.. fara, tp memandangkan hari ni hari ahad... en brahim keja..pagi tu aku kena jumpa dr....balik tu terus aku pening2...tak bleh nak drive gi umh fara sorang2...takut pitam ke hape...naya...

bila my hubby balik keja.. ajak dia p tasek,... dia kata..jom...
tp kul 6 lebih baru keluar rumah... tak bleh la nak naik itik.... hari tu irfan dok ajak naik itik...
sampai sana.... lain yg dia nak....


ada apa pun tatau... ramai sgt la plak kat sini






angin kuat.. sesuai utk main layang2

ramai betul budak2 main kereta

tgk dari jauh je la org kayuh benda tu...

dapat jugak akhirnya layang2 superman nih.... dapat yg ni dok senyap la dia...
balik umh pun.. nak tido ngn superman... HARU!!!!!






daging oh daging

erm.. tiap2 tahun...masa raya korban..mesti byk daging yang dapat..masa ni la nak wat satay...

daging yg siap diperap




dah siap bakar....

like father..like son



Monday, December 14, 2009

bijak

Diantara amalan2 org Yahudi untuk mendapt anak yang bijak ialah:

1) membuat latihan matematik ketika mengandung-utk melatih otak bayi jadi genius. ( yg ni aku segan laaa)
2) Gemar mkn kacang badam dan kurma bersama susu. (ya... suka..)
mkn tghari: roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul bersama kacang.(mkn tghari semestinya makanan berat)
3) banyak mkn ikan tetapi tidak dicampur sekali ikan dan daging. (kdg2 aku bedal semua)
4)Makan buah dahulu...baru mkn nasik.. (mmg gemar mkn buah.. tp bukan selepas atau sebelum mkn..buah masa2 nak mengunyah2.)
5) Jgn merokok di depan ibu mengandung... (ha.. yg ni aku cukup pantang.. mmmg selalu aku sound direct ja sapa yg suka merokok depan aku.. sbb aku ni alah ngn asap rokok.. tp kalau kat kedai mkn.. trpaksa la diamkan diri... Rakyat malaysia tak de kesedaran sivik langsung..huhu)
6)anak2 dimestikan mkn buah2 dan badam disamping kena mkn minyak ikan...( ha... Irfan mmg suka mkn buah jika dibandingkan ngn nasik...minyak ikan cuma bg scoott emulsion)
7)Anak2 dari darjah 1-6 diajar matematik yg berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diutamakan.
8) Wajib menyertai sukan seperti memanah, menembak, berlari.


kesimpulannya:
kita kena jaga mkn... jgn mkn kepala ikan ye..
bagi peminat2 laksa...fikir2kanlah.. hehehe... aku pun suka mkn laksa...

Thursday, December 10, 2009

aku dan emosi

aku tak tahu mengapa akhir2 ni..aku terlalu emosi.. benda kecik je boleh membuatkan aku terasa hati.. benda kecik je boleh jadi besar...org ckp..masa ngndung ni kena jaga emosi. Yup.. aku cuba kawal emosi aku..tp aku tewas..

ahad baru2 ni asben aku kena p kursus kat kajang 4 hari... kiranya kemarin hari last kat sana la. dia mintak izin nak singgah jenguk dan bermalam kat tempat kerja lama dia...nak jumpa kwn2 lama dia.. Tp tah kenapa aku rasa mcm tak bg dia p.. aku rasa berat nak lepaskan dia p. Tp bila fikir2..dia pun ada hak nak jumpa kawan2 dia.. dia jugak ada kehidupan dia yg lain selain aku. Tp memandangkan keadaan aku yg dah masuk 7 bulan ni... sepatutnya aku yang lebih diutamakan...
tghari tu aku sms dia.. tya abg dah beli tiket ke nak ke ipoh?
asben: ya... tak pa ka abg nak p sana?
aku:berat utk lepaskan. Tp nak wat gena...abg pun berhak nak jumpa kwn2..(ayat kesian..hehhe)
asben: Hendak kunangis tiadaaa berair mata....jeng3,, adinda jgn risau kekanda pergi sehari smlm je
aku:pergilah kekanda.. adinda setia menunggu di medan perang...(hahha.. apsal nak tunggu di medan perang ek)

dlm kul 5 aku call dia... dia ckp dah bertolak. huh... dlm hati haya Tuhan je yang tahu betapa sakitnya hati aku.. mmg sepanjang perjalanan nak balik rumah tu... air mata ni jadi peneman la... asyik mengalir ja ayaq mata nih. Sampai hati abg....sampai umh pun aku tak call @ sms dia. merajuk la konon...tp dia pun tak sms aku..
dlm kul 10 aku sms jugak la dia... tya dah sampai ipoh ke blom.. dia jwb.. nak sampai dah... heran la jugak..takkan perjalanan dari kajang ke ipoh ambil masa 5 jam... Aku mula rasa tak puas hati. seb baik aku ada nombor kwn dia yg katipoh tu.. aku tya la.. ade ke asben saya janji nak p ipoh mlm ni???
kwn dia jwb: ade.. tp dia kata tak jadi la pulak...
hurm... aku tau dah.. laki aku nak wat surprise kat aku la konon... Jgn harap la// pas tu aku sms dia.. kenapa kwn abg kata abg tak jadi p ipoh ye???
ha.. dia kata: kantoi...ingat nak wat serprise...
alahai.... ini bukan surprise la sayang..... ini bikin adinda jadi emosi tak tentu hala... huhuhuhu...
suka sgt wat surprise... dari zaman tak kawen sampai la anak nak masuk 2... huhuhu..
tp seb baik la aku ni ada gerak hati....
hurm.. tp apa pun.. aku ucapkan terima kasih sbb ternyata dia utamakan aku dari kwn2... terharu oooo... rasa cam nak nangis je...
he... nak nangeh lagi....
ke aku ni nak dapat anak pompuan ek???

Monday, December 7, 2009

Cameron lagik

raya ke 3 dah bertolak ke cameron.. sbb aku ada bengkel perancangan strategik merangkap family day... thn lepas mai cameron.. thn ni pun cameron lagik... apapun..tgk je la gambar2 nih ..hehhee

abah belikan bunga kat umi...makasih...

syah ngn men tgh berdiskusi kat ruang rehat

aips... jgn petik la syg... nanti org marah...

ha.. besar sungguh buah strawberi nih...7 biji RM6..mahal giler

peace...

hujan2 pun... bleh mintak ais krim lagi....

pertandingan kutip gula2... Irfan dapat kutip 13 bijik ja.. anak kak Ida johan...32 bijik...

keadaan dlm ballroom yg dipenuhi anak2 staff mikroe

kutip jgn tak kutip!!!

Irfan pun nak masuk pertandingan mewarna. Tp pertandingan terbuka kepada umo 4 thn ke atas je... tp derang bg jugak colour kat dia...hehhee...

tgk je la akak2 ni mewarna...

dah penat... balik bilik cari puting ngn bantal busuk laaa...

nice view dari balkoni bilik aku


posing dulu kat tangga sebelum turun mkn...

boolatnya peyut ummi.. hehhe...masa ni dah dekat nak balik dah.. penat wooo... 2 kali pusing pasar nih.

abah posing ngn payung stoberi yg baru beli.. tp dah punah la...
apapun... percutian dan bengkel ni mmg best... 4 hari kat sini....
tima kasih la jabatan ku...