Thursday, July 15, 2010

Cubalah berada dlm kasut org lain..

Pagi2 ni aku keluar rumah awl.. 6.30 dah keluar sbb pagi ni ada lab pukul 8 pagi. So... i must cleared everything before class start. Dari smlm lagi aku ingin menulis...tp tak berkesempatan sbb byk benda nak buat. Memandangkan lab habis awal..aku ambil kesempatan untuk menulis...

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa ada manusia2 kat luar sana yang merasakan diri mereka best. Ada segulung ijazah... adakah bermakna hidup anda dah sempurna?
adakah krn memiliki kepintaran dalam bidang sains...bidang kedoktoran, bidang kejuruteraan ...semua itu dah menunjukkan anda berjaya dalam hidup??

Bagi aku..TIDAK!... Jgn ingat diri anda dah berjaya mendapat segulung ijazah tu... bermakna andalah org yang paling berjaya. Tak perlu dicanang kesana sini "aku ada Ijazah..ada master..ada PHD..bla..bla..bla" tp bab hubungan sesama manusia failed.
Suka menunjuk2.. konon2 tak reti la nak guna handset ni...sbb canggih sgt.. cesss nak menunjuk rupanya... pigi dahhh..
Kita tak pandai berfesyen...dan jgn pulak salahkan org yg suka berfesyen2...
Kita pakai tudung zaman tok nadoq...jgn pulak salah kan org yg pakai tudung bawal merelip merelap
kita kerja mkn gaji... jgn pulak kita salahkan org yg jadi suri rumah tak reti cari duit.
dan... kalau kita jadi suri rumah... jgn pulak kita dok kata kat org yg bekerja tu tak dak inisiatif nak berenti kerja dan jaga anak.

ha.. bercakap pasal berenti kerja dan jaga anak ni....mcm best je...
dok rumah... tgk anak2 membesar depan mata...dapat didik anak...dapat masak sedap2 kat anak.. hurmmm tersangatlah indah.

Tp aku kurang bersetuju bila ada org berkata:
Lelaki ditindas apabila isteri tidak percaya kemampuan suami untuk menyara anak bini...
Apa kes???
Ulasan aku: Allah menjadikan manusia ni berbeza2... cap jari pun tak sama.. hati pun tak sama. bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain2.
dan keperluan hidup juga adalah berbeza2 bergantung pada matlamat sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri.
Sesekali letakkan diri kita dalam kasut org lain untuk merasa apa org lain rasa. dan jangan lah mendabik dada dengan mengatakan.. i'm the perfect..u must do bla.. bla.. bla mcm i...
laki mampu buat cam ni.. buat cam tu.. bla.. bla..bla.. tak mcm laki u.
Untuk org mcm tu... ingatlah.. Allah itu ada.. tak selamanya kita akan berada diatas kerana hidup ini ibarat roda. kdg kita diats,, kdg kita dibwh.. kita bukan malaikat krn kita adalah manusia....
aku juga kurang bersetuju bila org ckp hantar anak kat mak kita.. anak tak bijak..
hurmm sbb apa aku sanggup susah payah ulang alik dari alor star ke perlis tiap2 hari selama 4 thn ni...sbb yang paling utama adalah aku nak org2 yg aku percayai bela anak aku... Sedih sgt bila org tak percaya akan kebolehan mak atau mak mertua...
ingatlah.. moden2 korang pun.. mak korang yg sekolah tak dak ijazah tu jugak yg bela.. mak korang tu jugak la yang bg mkn korang. Aku percaya mak dan mak mertua aku krn mcm mana dia jaga anak2 dia... mcm tu jugak la dia akan jaga anak2 aku.. yakni keturunan dia...
Aku yakin pengalaman diorang yang dah berpuluh tahun tu diaplikasikan terhadap anak aku pulak walaupun adakalanya ada yang tak kena dipandangan mata kasar kita. Tp mereka nak yang terbaik untuk cucu2 mereka....
Sbb semua org nak yang terbaik untuk anak2 mereka.. tak kiralah pengasuh yang tiada talian darah atau bibik yg diimport dari indon atau nursery yang menyediakan prasarana yang selesa. Semuanya bergantung pada kemampuan masing2.. Apa yang aku pasti.. semua ibu nak yang terbaik untuk anak mereka.

Kesempurnaan yang dicari...dan klu kita anggap diri kita ni dah cukup sempurna... jgn pula menjatuhkan air muka atau credibility org lain..sesekali muhasabah diri itu perlu untuk dijadikan penanda aras... adakah aku dah tersasar? adakah aku betul2 ikut??

p/s: hurm... Ya Allah.. jgnlah engkau pesongkan hati kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami... AMIN

3 comments:

  1. salam...tulisan macam makan hati ja....ada yang belagak sombong ka.... apa2 pun biarla kita dgn cara kita... jangan ikut cara orng.... kalau kat tempat hg ada org macam tu kat tempat aku lebih lagi... talam dua muka lagi...aku cukup benci talam dua muka....depan baik bukan main belakang kutuk bagai nak rak.. ihik aku pulak posting kat sini.....

    ReplyDelete
  2. kat tempat kerja aku... geng2 pompuan alhamdulillah.. semua ok...x sombong sgt walaupun depa2 tu hebat.... bila bab2 anak.. bab2 keluarga.. ok jer bercerita ngn aku...
    aku cuma terpanggil bila membaca penulisan2 melalui blog2 org lain... melalui mcm2 la...
    ala.. sian hg.. sabaqla ngn org sebegitu... lama2 dia sedar laaa

    ReplyDelete
  3. dalam hidup macam roda tak semua berada diatas selamanya. Setiap orang ada istimewa dia dan ada kurang dia

    ReplyDelete