Saturday, May 1, 2010

anak adalah anugerah

Ptg ni tinggal aku ngn baby je...baby tgh tidur. So aku ada masa sikit nak menulis. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Bersyukurlah pada .Allah pada sesiapa yg dikurniakan anak. Tak semua org dapat menikmati indahnya mempunyai anak2 yang sihat..comel dan lincah. Tp amat menyedihkan...zaman yang serba mencabar ini, terlalu byk kes pembuangan bayi... bayi kena bakar...dibuang dlm tong sampah seperti sampah busuk yg tidak bernilai. Cuba bygkan bagaimana sikecil itu menangis kesejukan.kesakitan ketika digigit serangga,digigit binatang liar. Tak kurang juga ada yg dibakar. sungguh dan tak lari lagi mcm zaman jahiliah. sifat keperimanusiaan semakin hilang dalam diri manusia, Kucing pun tahu sygkan anak.
Jika kita lihat ..kenapa situasi ini berlaku??? tya diri..soal iman,,,semua jawapan ada disitu. Tak sedarkah kita,anak itulah yang akan mendokan kita bila kita dah tiada. Anak itu ingin sekali menjaga ibunya yg uzur..Anak adalah amanah Allah. Ibubapa seharusnya mencorakkan anak itu dari kandungan ibu lagi. Dan kita juga harus pastikan anak2 kita membesar dalam suasana yg baik..tunjuk contoh teladan yg baik kepada anak2 supaya kelak anak2 dapat membalas jasa ibu yg mengandung dan membesarkan mereka. tp ada sesetengah ibu bapa yang mengharapkan anak2 membalas jasa mereka dengan menghulurkan wang ratusan dan ribuan ringgit. Konsep ini salah sama sekali. Sepatutnya sebagai ibu bapa, kita perlulah redho dengan apa yang ada. Ingatan ,doa dan kasih syg anak terhadap ibu sepatutnya menjadi tali pengikat antara anak dan ibu bapa.. Insyaallah...anak yg dididik akan lahir sebagai anak2 yg beramal soleh.
Jadi..sama2lah kita mengasuh dan mendidik anak2 kita ke jalan kebaikan. Kerana bukan mudah untuk kita menjadi role model yang terbaik kepada anak2. Mcm aku, aku cepat marah. So aku tak nak anak2 aku ikut sikap negatif aku ni,.. Makanya aku terpaksa belajar bagaimana untuk mengawal kemarahan.. nak cool je setiap masa. Insyaallah..aku nak capai target ni dengan bantuan suami aku yg cool orgnya...

No comments:

Post a Comment