Thursday, June 25, 2009

minggu yang memenatkan

sepanjang 2 minggu ni... adalah menjadi minggu yang paling mencabar dalam arena pekerjaan aku...

ha.. minggu ni aku nak update sikit pasal kesibukan yang melanda.. ni pun aku menulis pagi2 buta lagi... mai tghari tak dan dah....

Ada jugak la benda yang buat aku rasa tak puas hati.. sepatutnya kerja org lain.. tp mcm kerja aku la pulak.. kalau setakat setting2 aku tak kisah la nak tolong.. ni aku kena check keje dia.. sepatutnya dia dah buat 3 bulan yang lepas.. masa student cuti... depa pun konon2 mcm cuti la.. huk2.... sadis betui..

smlm hari ahd.. aku kena jaga pameran kat kg wai..pukul 12 aku sampai. alahai... boleh pakai tshirt rupanya...aku pulak p pakai baju kurung lip lap lip lap...hangat gila....tp control ayu ja la..kahkahkah...

Wednesday, June 17, 2009

nasi ganja..


inilah rupanya nasik ganja....Rm2.50 je.. bg yang nak save duit hujung2 bulan mcm ni.. elok sgt2...tp aku pun tak tau kenapa org panggil ni nasik ganja... mungkin sbb ketagih kot.. tp yg pasti.. tiap2 kali lepas mkn nasik ni.. sure aku tak larat nak angkat mata.. tersengguk2 depan komputer...


ni pulak rupanya buah kedabu...wat nyicah garam belacan mmg sedap. rasa masam2 manis.. kelat gitu..
susah dah nak dpat buah ni skg ni...


ni pulak rupa Irfan yg tgh best meloncat2 dalam bola yg banyak..tp pic ni di snap ketika dia mcm tgh tido je dlm timbunan bola.



yg ni pulak pemandangan kat taman tasik Taiping... masa ni konon2 nak p zoo taiping.. sekali sampai tempat tu kul 5.58. zoo tutup pukul 6.00. hukhuk..so...bersiar2lah kat taman tasik ni . dapat la menikmati pemandangan pokok2 yg cantik nih...

Tuesday, June 16, 2009

kawan

hari ni tetiba aku nak menulis ttg seorang kawan aku...ni dikira sesi mengutuk la kiranya.. tp bukan aku nak mengutuk.. tp aku cuma nak meluahkan rasa terkilan aku kat dia..

Dulu...masa kita sama2 susah... sama2 kongsi mkn moi sup.sama2 mkn ikan bilis. sama2 mengatur langkah ke dewan kuliah... sama2 tidur sebantal... pendek kata.. apa saja mesti nak bersama.

setelah kita tinggalkan arena menimba ilmu, kau dapat kerja ngn TM.. Aku?? Aku dapat keje ngn tempat keje skg la,.. Masa tu kau dan aku masih lagi ok.. tapi hanya aku yg selalu msg atau tepon dirimu.. kenapa ya??? bukankah kat TM tu tepon free je ke??

Masa aku dalam pantang, kau datang melawat aku. Tp kau datang sendirian. Mana Asben hang?? Aku cuba bertanya,, Dia jwb keje.. tu je.

lepas tu aku dapat khabar angin yang mengatakan kau dah bercerai ngn suami. hurm... aku cuba bertanya . Pada mulanya dia menafikan. Setelah puas didesak..dia mengakuinya. Aku heran kenapa dia nak berahsia dgn aku??? Malahan dgn kwn2 lain,,, dia tetap menafikan statusnya.

lepas tu.. aku terpana melihat kereta barunya... wow..honda civic baru.. Aku cakap kat dia.. aku tak mampu pakai.. dia sengih je.. satu je jawapan dia... Kepuasan Kak Pah...
tp yang menjadi tanda tanya aku bukan kereta barunya... tetapi sikapnya. Kenapa dia menjauhkan diri dari aku??
pernah satu ketika.. aku nampak kelibat kereta dia... parking nak beli barang kat pasar mlm.. elok je dia nampak aku... terus dia masuk keter.. balik.. aku tersentap. baik punya aku dok tunggu nak lambai2 dia.. konon aku rindu ngn dia larrr,. tp... bedebush... padan muka aku.. asben aku siap gelak2 kat aku.. sakit hati hanya Tuhan je yg tahu... Balik umh, asben aku nasihat kat aku.. tak yah la sms dia lagi.. dia bukan ingat kita pun..pandang muka pun tak nak..
Tp aku tak berputus asa...birthday dia aku masih sms.. ucap hepi besday...bla..bla.. dia just reply.. tq.
lepas tu aku dgr plak yg dia masuk spital. aku sms tanya hang ok ka? dia jwb ok... tu ja..
hurmmm nampak sgt yg mcm aku ni mengganggu hidup dia ja
hujung minggu baru2 ni..aku gi cari brg2 elektrik untuk umh..tetiba aku nampak keter dia.. aku ckp la kat asben aku.. abg,... tu keta dot..dot..sambil tunjuk2 la kat keter dia..tiba2 dia keluar dari keta..amboi... ala2 model..spek mata hitam.. cantik sekali dia bergaya..
aku pun apa lagi... toleh2 la.. harap dia pandang aku... sikit pun dia tak toleh kat aku... seolah2 buat2 tak nampak gitu..huhu..
sekali aku kena sound ngn asben aku..."wat apa nak terhegeh2 kat org yg tak hargai kita sebagai kwn?"
terkedu aku dgr word dari cik abg aku.. hukhuk.. betul jugak ckp abg.. tp bg aku... kalau boleh aku tak nak buat cam tak kenal.. sbb aku rasa aku tak de salah ngn dia...
sedih...sedih...pedih....
Semoga kau beroleh kebahagiaan dalam hidup...dan semoga kau masihdi jalan yg benar.. AMIN

Monday, June 15, 2009

Kesilapan wanita Tentang Aurat

Salam untuk semua kwan2 ku yg dikasihi.
Hari ni aku nak berkongsi ttg imu yang jarang kita titik beratkan...iaitu kesilapan wanita tentang aurat...

1) Aurat itu adalah memakai tudung sahaja..
2) bertudung tetapi Ber Tshirt lengan pendek.
3)bertudung tetapi kain terbelah...
4)bertudung tetapi bajunya sendat,sempit dan nipis..
keadaan ni akan menampakkan bentuk dan kawasan yang mudah 'menggoda'
5) bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan JAMBUL dan hujung rambut.
6) bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat shaaja. Tidak disekitar rumah.. pasaraya dan sebagainya.
7) bertudung tetapi tudung didilempar ke belakang(selepang). Maka dada akan terdedah dari dilitupi kain..
8)bertudung tetapi kainnya amat nipis sehingga nampak sanggul...leher..tengkuk.. dan dada.


sebahagian wanita menyangka menutup aurat itu adalah menutup rambut saja... itu sungguh tak tepat..

Firman Allah S.W.T
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya. Dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" (an-Nur:31)

sama2lah kita ke arah kebaikan... AMin..

Friday, June 12, 2009



Dah lama aku idam2kan.. akhirnya... pagi marin.. dah menjadi milik aku..
aku hampir dah nak fed up... lama sgt oder tak sampai.. tp pagi marin dikhabarkan berita gembira yg pinggan vantage aku dah sampai...yuhuu...syok gileerrr..
tak sabar nak letak kat umh baru...

hurm... aku sebenarnya dalam dilema ni ... kan skg aku tgh buat rumah... tetiba pulak jiran sebelah rumah nak pinjam duit... seribu... mak aiii byknya seribu tuh...
katanya.. dia pun nak wat deposit beli rumah..
so asben aku ckp... kami pun nak pakai duit.. seribu tu tak dapat la nak bg.. mintak maaf la ye...
lepas tu jiran aku kata lagi.. kalau tak bleh bg seribu, 500 pun cukup.. alamak.. dia mintak 500 pulak...
hurmm.. tp nasib bek la asben aku jwb.. nak kena balik bincang ngn org umh dulu(aku la tu)...

sudah pasti la jawapan aku... TIDAKK!!!
hurr.. rasa cam bersalah je bila tak dapat nak penuhi permintaan org...bukan tak mo tolong.. tp keadaan kami pun cukup2 je... Diorang pakai keter 2 bijik motor sebijik.. tp kami pakai sebijik keter dan sebijik motor je...
diorang tak de anak.. kami ada anak...
diorang keje alor star... aku keje perlis ma...
So.. paham2 je la keadaan aku... huhuhuhu....

sapa2 yang dah beli rumah.. paham la apa yg aku rasakan kini...
segalanya perlukan D.U.I.T...

wiring..beli perkakas mcm lampu... kipas...pendek kata... mmg kena pakai duit...

harap2 jiran aku tak terasa la ye...

tghari pulak...pakat2 p mkn kfc tepi bank muamalat tu... ni kali terakhir kot mkn ramai2 ngn adik praktikal...
Rasa sedih la pulak.. lepas ni tak dak lagi org nak huha..hu haa ngn aku,..
tak dak lagi org yg ckp kat aku bila aku nak gunci pintu lab.."Kak... mai kunci...Biar saya kunci". Padahal tgn aku dah berada di pad lock pintu.. Diorang tetap nak tolong aku... Terima kasih adik2..
lepas ni.. harap2 korang berjaya menjadi pekerja cemerlang... dapat kerja bagus2..

Hurm.... pesanan ikhlas nih... nanti kalau korang rasa rindu kat KAK PAH... mai la jumpa...
tak pun kita berkampung je kat Fatin Corner...tak pun Nasi Ayam Kiosk.. Tak pun anjung Keli..
tu je tampat yg selalu kita lepak sama2,,, Sbb tiap2 kali nak kuar mkn.. Aku jugekk kena buat pilihan nak p mkn kedai mana... pening kepala Den...

hurm... Apapun.. Otak korang ni mmg bergeliga.. mmg boleh pakai kalau nak buat sesuatu kerja.. dan tak menyakitkan hati aku....Tahniah2...bab kutuk mengutuk.. syhhhh,... rahsia.. hanya kita yang tahu...kekeke..

Thursday, June 11, 2009

kenduri elis & zamri

Korang ada kawan yg dikenali menerusi internet tak??
aku ada sorang kwn yang aku kenal melalui forum melayu.com..
disinilah bermula perkenalan dan seterusnya menjalinkan silaturrahim.. Dipendekkan cerita, hujung minggu baru2 ni..diorang jemput aku menghadiri majlis pernikahan diorang.. Jauh tu... Seri Kembangan, Kuala Lumpur.. Tgh memikir kat mana nak bermalam,tetiba dapat offer dari pengantin suh tido je umh diorang... aku apa lagi... mcm org mengantuk disorongkan bantal la...hehhe..semuanya sbb teruja nak jumpa kwn alam maya aku nih..
Nasib baik la... suami aku senang diajak berjalan2...segala masalah.. dapat disettlekan.. asalkan dia dapat cuti... Almaklumlah..cuti sekolah ni berebut org beratur nak amik cuti. Nasib cuti diluluskan disaat2 akhir.


setibanya di sana... kami dibawak ke Kenny Rogers.. Alhamdulillah.. ada org belanja.. moga2 murah rezeki..yang pakai spek mata tu... anak pengantin pompuan. Iman namanya... comel budak ni.. geng Irfan la.. mcm nak pecah rumah diorang main...
yang hujung sekali tu..zamri atau lebih dikenali dengan nama matBoo.


Dah sah sebagai suami isteri..

Irfan yang tak lekang ngn puting.. Ni lah rupanya bantal busuk Irfan yang aku selalu ceritakan. Kalau tak de bantal busuk n puting ni,, tak tau la nak jadi apa...


bergambar kenangan bersama kak syikin dan kak shitah.
kak syikin ni lah yang jadi pemandu pelancong kami... dia ni jugak kwn alam maya gak.. org kuat melayu.com ni... duktur jiwa..
yang baju merah ni kak shitah... satu tempat keje ngn aku...geng melayu.com gak. namanya mas_eita79..


Ingatkan nak jadi tetamu je.. sekali kena jadi rombongan pengantin. hahaha.. best gak bawak dulang hantaran nih...
majlis sanding buat kat dewan seri cempaka....jauh gak dari seri kembangan.....



Acara potong kek...dan suap kek.. cam omputis laaaarr,,
Mlm tu pun bermalam kat umh pengantin... mengganggu 1st night diorang je... tp tak pe.. diorang yang beria2 tak bagi kami balik.. bagun pagi... mandi kolam dulu... baru bertolak balik ke alor star...
Time kasih kepada pengantin yg sponsor segala...dan terima kasih gak kepada my lovely hubby...sbb bersusah payah bawak binimu ini jumpa kawan alam maya...





Wednesday, June 3, 2009

Radix Chicken house

Tengahari ni, berkesempatan untuk merasa nasik kat Radix Chicken House.. Boleh tahan la dia punya nasik tu... cumanya servis terlalu lambat... Takpe la.. dimaafkan sbb baru je buka..
Dengan adanya RAdix ni... ekonomi Islam semakin Kukuh.. Sama2lah kita membantu ekonomi kita... Tak yah susah2 p KFC lagi dah...


ha... ni dia rupanya nasik ayam keluaran Radix. Yang ni aku pilih ayam black paper..



Ni pulak air roselle.. bleh pilih nak air apa... antara jus yang ada ialah jus pegaga danjus mangga..yang lain2.. semua air bergas..aku kurang minat air gas..




Ni pulak sos2 keluaran HPA... Sos cili,tomato dan sos cili thai...

apapun...RADIX best... mai secawan...hehehhe