Friday, September 4, 2009

adakah sempurna???

Dalam melayari alam rumahtangga @ gerbang pernikahan... terfikirkah kita...
adakah diri kita sudah sempurna?
dapatkah kita menjadi isteri yg terbaik untuk suami??
dapatkah kita menjadi ibu yang terbaik untuk anak kita??
semua wanita dalam dunia ini menghajati yang terbaik dalam hidup mereka. Tak kiralah apa jua pekerjaan mereka.. ada wanita yg bekerjaya..ada suri rumah sepenuh masa... Namun beruntunglah sesiapa yang menjadi suri rumah sepenuh masa.. dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga...
Sebaliknya kepada ibu2 yang bekerja..anda haruslah menjadi seorang yang kuat. Tak boleh patah semangat...Kadang2...masalah dipejabat, tekanan kerja, bila balik rumah..anak2 jadi mangsa untuk dilepaskan rasa geram.. Tambahan pula..bila balik kerja tgk rumah bersepah...sakit kepala otak.. ye dak??? semua itu mendatangkan tekanan yang lebih hebat kepada wanita yang bekerja. Ditambah lagi.. jika suami hanya buat tak endah...kain pelekat..kdg2 dipakai..dilonggok mcm ular sawa.. aduhai... isteri2 pun kalau boleh...nak jugak dibantu... Oleh itu.. suami2..tolonglah isteri anda menangani konflik jiwanya...sekurang2nya.. isteri anda tidak akan membebel..malah.. senyuman kepuasan akan terpancar diwajah isteri2mu.. Dah menjadi lumrah...wanita itu suka membebel bila dia rasa tertekan.. Oleh itu, wahai para suami..anggap sajalah bebelan isterimu itu sebagai penawar dukanya...Korang pekakkan je lah telingamu bila isteri membebel. Bebelan sudah tentu membingitkan telinga..membangkitkan rasa nak marah dalam ikatan kekeluargaan.. mana ada org dlm dunia ni suka dgr org membebel. ye dak?? tp tak tahu lah kalau ada segelintir manusia yg mmg suka pada bebelan..

Rumahtangga adalah alam yang penuh dgn cubaan..tolak ansur perlu ada. Jika asyik nak berkeras, sudah pasti rasa tak ikhlas wujud. Keikhlasan mmg penting..Hargailah apa yang pasangan anda curahkan. Hargailah setiap pengorbanan yang telah dicurahkan. Setiap yang direncanakan sudah pasti ada hikmah yg tersembunyi...so..kesabaran adalah kunci kebahagiaan. Kasih syg perlu dipupuk agar kita tak terpesong jauh....Bajailah rumahtangga yg dibina dengan rasa penuhtanggungjwab,penuh kasih syg, serta berdoalah agar rumahtangga kita semua kekal bahagia...dan bertambah kasih antara satu sama lain... Agar bercambah keimanan kita kepada Allah..

Pada yang mementingkan kesempurnaan... Ingatlah.. manusia itu tidak sempurna tingkahnya...
Pasangan yg Allah ciptakan adalah untuk melengkapi hidup kita antara satu sama lain....
Terimalah pasangan mu seadanya tanpa rasa menyesal atau mahu mengubah caranya...
krn pasangan anda akan berubah bila dia rasa dia perlu berubah...

No comments:

Post a Comment