Monday, April 11, 2011

umi cinta abah dak???


akhir2 ni anak sulung aku suka sgt tanya soalan yg susah nak dijawab. Kdg2 depan mak mertua aku pun dia tanya soalan yg sama...terpinga2 aku tak tau nak jwb apa. Kalau aku marah abah dia atau aku dimarah abah dia ... soalan yg sama dia akan tanya,


Irfan:UMI SAYANG ABAH DAK?


Aku: Tak sayang! Irfan: Sayang dak??


Aku: DAK!!


Lepas tu dia akan nangis2 sambil paksa aku cakap sayang jugak kat abah dia. Bila ckap syg baru la dia akan berenti nangih. Umi kalau tgh marah atau merajuk mmg akan ckap tak syg...tp abah kalau marah mcmmana pun... mesti dia akan jwb kat anak dia syg umi...


Smlm dlm kereta


Irfan: Umi cinta abah dak?


Aku: Cinta....


Irfan: Kalau Umi Cinta abah, abah kena bg bunga bayak2 kat Umi.


Aku: Ya kaaa..


Irfan: Ya laa..Kalau cinta kena bg bunga, bg hadiah


Aku: Kalau Umi tak CInta abah?


Irfan: Kalau Umi tak cinta abah..abg(dia gelar diri dia abg) sedih la...


Hurm...kecik2 lagi dah boleh bertanya soal cinta dan soal syg..Kita dulu2 mana reti nak ckp mcmni. Tp best sgt2..bila anak yg lahir dari Rahim kita faham dan tahu apa yg kita nak. Lebih dan cepat sensitif dari abah depa. Kdg2 kita ni merajuk, abah depa tak faham2 lagi atau buat2 tak faham yg kita ni tgh merajuk.. Tp mau nama kata anak ni....depa dulu yang cepat mai pujuk...Lepas anak pujuk baru si abah tanya..."Laaa...umi merajuk ka??" Apa punya soalan deerr.. hehhee

ron 95 Xtra petronas

Kemarin pelancaran minyak keluaran baru petronas... ron 95 Xtra..menggantikan ron95 yang lama. Hasil kajian selama 2 thn. Ha... masa ayah aku p isi minyak kereta, ada promosi. minyak 39.99 sen...dapat pen satu. So.. mlm td aku pun p jugak la stesen petronas konon2 nak jugak la promosi pen petronas.. Huhuhu.. hampa!!!! Tak de pun promosi tu... Mungkin di siang hari je kot. Sebenarnya aku mcm was2 je nak guna minyak ni... sbb apa, Masa asben aku tgh isi minyak tu.. aku terdengar sorang aunty penjaga pam minyak dok sembang dengan sorang pelanggan di stesen tu. Aunty ni terkenal dengan kebecokan mulut dia...hingaq sehhh... Dia kata kat org tu... Minyak ni tak elok la.... guna la 97.. sambil2 tunjuk kat ron95 Xtra..Dlm hati aku...Aunty ni terer pasai minyak ka? ke dia tahu sememangnya minyak tu tak berapa nak ok.. ataukah dia mmg suka beleter. Huhuhu.. tetiba je aku rasa was2 ngn minyak yg sedang aku guna. Rosak keter jenuhhh. Petronas 95 Xtra.. Ha...korang klik kat link yg aku bg tu untuk maklumat lanjut. Harap2 boleh menjimatkan dan jaga enjin kereta. Hehhe.. bab minyak ni.. aku mmg cukup berkira sbb aku pengguna setia PETRONAS.seminggu 2 kali isi minyak.hehe...kdg2 je tak setia aku gi boh shell,esso,caltex dan seangkatan dengannya.. belasah je mana yg sempat kalo tak jumpa petronas.

Friday, April 8, 2011

merapu

bila rasa lapar kita mkn, bila rasa sedih kita nangis, bila rasa marah kita agresif, bila rasa boring kita buat sesuatu yg menyeronokkan... Aku sebenarnya tgh boring. Ada kerja yang aku perlu siapkan. Tp??? kenapa malas itu bertandang??? Yang pastinya Isnin ni pagi2 moning lagi(minjam ayat anak mami)...benda tu dah kena siap. Skrg jam menunjukkan pukul 3.30.. Dan aku akan pastikan disiapkan pukul sebelum 5.10. Kalau tak siap jugak.. terpaksa la lajak kerja sikit... Huh...sebenarnya hati ni asyik teringatkan anak2 kat rumah, abah diorang kat sana, mak ayah kat kampung, adik2 diperantauan...teringat pada kenangan bersama Arwah nenek. Rindu pada dia....Rindu zaman kanak2...rindu zaman remaja... Andai dapat...kuundurkan putaran dunia,,,akan kuubah semula..kata2 dan tingkah lakuku...(tetiba je lagu kumpulan AXL bermain di kotak ingatan). ok lah.. terpaksa undur diri dulu.... Selamat berhujung minggu...

Wednesday, April 6, 2011

adik asyik terhantuk

Semalam adik nangis ditengah malam... sbb adik tidur tak sengap... pusing merata. dikeheningan mlm tiba2 dengar bunyi yang kuat. Lepas tu terdengar tangisan adik. erm.. tu tera dok sendai ngn bantai.kri kanan.. atas kepala..hujung kaki... boleh gak adik buat aksi terbang p jatuh atas lantai... Mcmmana la nak tidur atas katil adik oiii... Adik.. oh adik...mesti sakit kan...huhuhu Nampak gayanya adik lagi lasak dari abg nih.... Seingat aku.. abg cuma pernah terhantuk dinding masa tengah tidur sekali ja... Tp adik dah tak larat nak bilang berapa kali terhantuk.... Semoga anak2 umi tahan lasak...sentiasa sihat. Sayang u olzz

Tuesday, April 5, 2011

Tunjukkan aku jalan

Bila hati menyulur sepi,

bayang seakan hilang puncanya,

pergi berlari sebuah mimpi,

akhirnya igauan ngeri bertandang jua...

PadaMu aku berserah segala,

Bukakan jalan untuk ku tempuhi,

Pada mu jua aku meminta,

padamu juga aku berserah,

Saat tiada lagi manusia yang boleh aku percaya,

Saat hati bergelodak kencang,

Saat fikiran melayang entah kemana,

Bisikan durjana makin menggoda,

makin menghantui..

Butir bicara berperang di dalam,

Naluri anugerah berbisik2...

seolah tersekat di kerongkong yang dalam,

rasa perit itu mana tempat utk diluahkan....

Sungguh pedih....

Tp aku masih disini.. berdiri teguh...

mengharap impian ku tidak akan musnah,

mengharap impian itu akan terbuka luas..

Ya Allah.. tunjukkan aku Jalan itu...

Monday, April 4, 2011

perlukah


perlukah hidup dlm kepuraan sedangkan jauh disudut hati..inginkan pengertian.


perlukah menanti sebuah sinar pengharapan jika yang dinanti belum tentu memberi erti kenyataan..


perlukah memberi andai yang menerima belum pasti akan menghargai...


perlukah berubah andai jalan yang dipilih adalah fitrah...


perlukah kesabaran saat batasnya di puncak ledakan...


perlukah mencari andai sudah tersergam di depan mata hati...


perlukah mencari maaf andai itu bukan punca sebuah khilaf..


perlukah tersenyum saat hati dilanda gelita,


perlukah berlari disaat kaki tertusuk duri...


perlukah titisan air mata mengalir tanpa dinilai...


perlukah hati menjadi keras seperti batu hitam..


perlukah hati menjadi lembut selepas salju...


perlukah dingin selepas datangnya kehangatan...


perlukah lagu itu menjadi penghias kerohanian..


perlukah zikir dan munajat menjadi amalan...


perlukah penjelasan ketika dilanda kekalutan...


perlukah menyuluh di dalam kegelapan...


perlukah menyintai untuk terus disayangi...


perlukah pengorbanan untuk sebuah penghormatan...


perlukah kepercayaan ketika berdepan dengan kekeliruan..


perlukah keimanan ketika hati tergugat...


perlukah kelembutan tatkala getir bertandang...


Perlu atau tidak, semua nya terpulang pada tuan empunya diri untuk memilih mana satu jalan yg terbaik buat dirinya.. Tiada apa2 yang dapat merubah akan takdir yg tertulis selain dari DOA..

Friday, April 1, 2011

pengharaman loteri di kelantan satu deskriminasi?

hurm.. terkejut tgk tajuk berita seperti tajuk entry aku kali ni. Tv1 punya berita. aku tgk masa pukul 6 ptg.. Aduh2... tau la nak pilihanraya.. tp harap pihak yg buat berita ni..ambik perhatian.. Aku bukan apa.. takutnya benda yg dicakap tu buatkan kita tergelincir dari landasan yag sepatutnya. Yang ditemuramah tu kebanyakannya bukan beragama Islam. Ada sorang ni cakap: Kerajaan kelantan tak patut haramkan loteri. Loteri bukan Judi. Mcm cabutan bertuah la jugak. Bayar 3 ringgit. kalau untung menang. sorang lagi plak cakap: Kami punya Hak untuk bebas disini. Pengharaman loteri mmg tak patut. and..manymore an opinion..(dah tak ingat la) org melayu pun ada yang membantah. Sungguh menakutkan. Tp part org melayu tu aku tak pasti la.. mungkin dia cakap: kerajaan Kelantan kalau nak haramkan ..sepatutnya biar serata. Biar klu nak haram,haramkan semuanya.. May be ayat dia ada ambik sekerat2 saja. yg tu hanya tuan empunya badan je yg tau. Hhuhu..benda baik mana ada org suka... sedangkan jelas dlm hukum hakam dalam agama ISlam: ARAK DAN JUDI HARAM... Wallahua'lam