Wednesday, January 5, 2011

Senyuman dihulur, penghargaan digarap

Pagi tadi aku kena berurusan dengan ASB sbb bukunya hilang dong...
Tak tau la tercicir kat mana... sbb aku suka sgt usung buku tu kehulu kehilir.
He... melayang la RM20 buka buku baru... Nak wat mcmmana kan.. kecuaian diri sendiri.

Ha... hari ni aku nak bercakap tentang senyuman...
betapa pentingnya sebuah senyuman kita ni kat org. Bak kata pepatah.. SENYUM ITU SATU SEDEKAH. So.. sedekah ni ada ganjaran pahalanya.. Begitu juga dengan senyuman ni.. Kalau kita senyum kat org.. Org pun suka kita. Bukannya nak suruh senyum menggoda.. tp senyum buat org sejuk hati pun dah cukup. Senang nak berurusan.

So.. kat sini Aku nak merakamkan jutaan tahniah kepada Executif ASB kat KGr ni.. MELATI AFZAN HANI.. Haaaa. Tu dia.. nama secantik tuan dia.. Tak sia2 mak dia letak nama tu. Dalam kesibukan dia sain sana.. sain sini.. masih sempat layan org tu layan org ni. Aku tabik la cara dia layan pak cik2 yang nak berurusan kat situ. Yang paling aku suka.. dia senyum je... tak de nak marah2.. Tu yang kita cari kalau nak keja dengan org ramai ni. Kena tahan telinga... ghenyih sentiasa.
Bukan mcm sorang staff kat situ td.. Monyok je mukanya.. senyum pun tak mau... Pas tu dok buat suara kuat2... Siap kutuk kat budak lelaki sebelah dia tu.. tak puas hati kat org sekian2...
Ada pertanyaan dari pak cik mana tak tau.. dijwb dengan acuh tak acuh. hurm.. org nak bertanya pun jadi takut.

he.. balik2 ni aku pun dapat jugak la pengajaran>>. yg senyum tu adalah bagus untuk kita sebenarnya. Hidup pun tak da lah stress sgt... Dan.. kalau kita hulurkan sebuah senyuman, pasti org akan ingat kita... Insyaallah...
kalau mau dok tarik muka, org pun naik meluat.

Tuesday, January 4, 2011

AZAM 2011

Minggu lepas kata nak cita pasal azam 2011./
So Azam aku utk thn ni adalah:

1) Nak langsaikan seberapa cepat hutang2 yang ada. Kalau boleh.. tak mau tambah hutang lagi. Insyaallah 3 jenis hutang yang ditanggung akan habis thn ni.

2)Nak lebih teratur dan disiplin dlm melaksanakan tugas aku sebagai pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang. Anugerah pekerja cemerlang dah dapat 3 thn lepas. Agak2 boleh dapat lagi ke??? Mcn tak da harapan je....hehehe. Tp bukanlah anugerah yg dikejar.. tp kepuasan bekerja itu yg aku cari.

3) Insyaallah akan berusaha menjadi isteri yang taat. Tak mau bangkang2 cakap somi. Heee.. yang ni selalu sgt dok janji.. tp selalu ja melanggar akujanji. Ye la.. Untk thn ni...azam thn baru...Moga aku jadi isteri yang mendengar kata. Isteri yg terbaik dimata suami.. Cewahhh... angan2 mau ada.

4) menjadi Umi yg terbaik buat 2 org cahayamata iaitu Irfan dan Insyirah. Mendidik dengan cara lembut plak. sblm ni aku adalah seorang yg agak garang. Bleh ke aku tak garang??? hurm... CUBA! CUBA! CUBA!

5) Nak buat kerja rumah dgn cekap. Makna kata.. cuba nak jadikan rumah sendiri yg terbaik. kemas dan bersih.. kain baju tak mau la seminggu sekali lipat mcm thn ni.. hehehe

6) Cuba untuk berjimat. Mkn sekali je kat opis. HURM>>> To my friends... boleh ke misi kita ni diteruskan?? hehehhee.. sbb apa.. bab mkn ni la kami tak boleh kontrol. bab soping menyoping ni boleh la gagah jimat.. tp bab mkn.. tiada kompromi.

7) BF untuk Insyirah sampai umur 2 thn.. caiyok! caiyaok..

8) Tambahkan amalan2 kerohanian.... untuk mendekatkan diri dengan Pencipta.

9) Joging seminggu sekali.

Ha... tu je azam aku utk thn baru ni... Tak byk pun... tp untuk melakukan dan mencapai apa yg kita target tu tak senang. Memerlukan kesabaran dan kecekalan.
Ha... harap2 terlaksana dengan izin Allah...

Monday, January 3, 2011

Air Panas, Ulu Legong...

cuti thn baru baru ni...en baim n family bawak jln2 mandi kat kolam air panas ulu legong.
Perjalanan ambik masa dlm 2 jam lebih nak sampai Baling. Ni kali ke 3 jejak kaki ke situ.
kami bertolak dalam pukul 9 mcm tu... sampai sana dalam kul 11 lebih. Masa ni org tak berapa ramai sgt. So bleh la nak rendam lama2. Aku cuma rendam kaki je... Irfan yg mandi tak hengat2... seronok jumpa air.
Kelebihan mandi air panas ni...boleh menghilangkan gatal2 bdn(org kata). Tp aku lagi jadi gatal adalah.. balik rumah jadi kelopak garam. Haaa hambik ko. gara2 lepas rendam tak cuci betul2.
apapun.. seronok.. cubalah pergi....
gambar2.. bila berkesempatan nanti akan diuploadkan...

Thursday, December 30, 2010

selamat tinggal 2010...selamat dtg 2011

sedar tak sedar, dah nak masuk thn baru 2011. thn 2010 akan ditinggalkan.
byk manakah amalan baik yg dibawa?
byk manakah amalan buruk yg digalas?
yg pasti.. 2010 menjadikan aku seorang yg lebih tabah mengharungi kehidupan.
2010 membawa makna yg besar apabila aku dinobatkan menjadi ibu kepada 2 org cahayamata.
2010 juga merialisasikan impian aku untuk memiliki sesuatu.
2010 juga memberikan byk cabaran dlm kerja aku..
2010 juga menguji tahap kecekapan aku bila mana menjadi ibu dan isteri yang ingin rasa sempurna...

dan semoga rezeki ditahun 2011 akan bertambah...
keceriaan semakin bertambah....
moga dilindungi Allah...
Amin

Azam thn 2011???? minggu depan aku cita lain noooo

Wednesday, December 29, 2010

happy 5th anniversary

24/12/2010- Genap 5 thn mendirikan rumah tangga.. Kejap ja masa berlalu...\
Moga ikatan ini diberkati.... AMIN
sebenarnya aku tak tau nak mencoretkan apa kat sini . Fikiran pun entah kemana....ngntuk yg teramat ni sbb insyirah dah ubah masa tidurnya. smlm pukul 4 pagi baru tido...

Thursday, December 23, 2010

Dugaan

Minggu ni dugaan bertimpa2...
isnin kehilangan nenda... Rabu kehilangan mak menakan...
kiranya minggu ni 2 kali kena amik EL.
Ini kali ke 2 aku dlm situasi nak suruh org mengucap... betapa takut melihat saat2 akhir menghadapi sakaratul maut...
Saat ini juga... diri merasakan terlalu kerdil...dan ketika inilah keinsafan menyelubungi hati...Lantas dipanjatkan rasa syukur kerana diberi peluang utk terus menikmati hidup didunia ni.
Alhamdulillah.. sekejap ja sakit..
jumaat mlm sabtu dimasukkan ke unit kecemasa Hospital sultanah bahiyah.. sbb darah tiba2 je naik 300. Sblm ni tak pernah ambik ubat sbb dr kata tak sampai tahap untuk mkn ubat lagi. so bila masuk hospital mlm tu... dr bg mkn ubat... 2 kali mkn ubat, darah turun sikit... pukul 6 dah disuruh keluar. Tp keadaan dia masa tu masih tak boleh nak buka mata.... nak cakap...\
dlm pukul 7 mlm... aku p la melawat kat rumah. masa tu tgk keadaan bdn dia... sebelah kiri semua tak bergerak. Terus call ambulans suruh ambik kat rumah.. Wat kes baru senang depa nak tahan wad..
sepatutnya dah darah naik sampai 300, hospital patut tahan wad...masuk air ka apa ka...tp tu la... aku pun heran kena dr suruh keluar.. dah jadi stroke. Tak paham la aku ngn Hospital nih. Tetiba teringat kes Insyirah dulu.... hurmmmm

3 hari dok wad.. dr suruh balik. sampai rumah dlm pukul 8 mlm... pukul 10 menghembuskan nafas yg terakhir.
Kali ni juga aku berpeluang untuk memandikan jenazah...( tolong2 apa yg patut je la). ni kali kedua.. dulu2... mandikan arwah nenek. Moga Allahyarhamah tenang di sana... AMIN. Moga2 doa anak2 menakan dimakbulkan sbb arwah mmg tak da anak.

K... kita kembali ke cerita lain pulak ye... dipendekkan cerita... hari Selasa tu., balik kerja.. nak p TESCO. Nak naik keta.. kak ipar aku ckp.. hset adik ipar hilang... Irfan letak mana??
Hurm... terus tak jadi keluar... aku suruh Irfan turun dari kereta.. cari hset dulu... kalau tak jumpa... jgn p mana2,,,
tnya dia.. mcm2 jawapan yg dia bagi.. buang dlm parit, buang atas bumbung, buang tang tu... buang tang ni... buang dlm hidung! aduhai!!!1 Sungguh menguji kesabaran aku. Biaq betui budak ni. Selalu klu dia buang sesuatu dia akan bgtau tang mana dia buang. Ada sorang budak ni.. selalu la dtg rumah main ngn Insyirah & Irfan. Dia yg bg tau Irfan ambik main. So.. aku ckp la kat dia.. " Dah Kak Long nampak Irfan ambik kenapa tak larang dia dan ambik hset simpan?"
dia jwb " Tak tau..." terus balik rumah. Aku terus ngn misi penyiasatan aku... Irfan tetap jugak tak bgtau lokasi dengan jelas... Mlm tu mmg aku mengamuk sakan... sampai menitik air mata antara marah dan kecewa. Kalau hset tu rosak sbb Irfan buang dlm parit.. tak pe.. aku boleh ganti sbb ada bukti dia yang rosakkan. Tp ni... hilang tanpa jejak.. Sungguh musykil. hset pun Off. tak dan nak dihubungi. So confused.
balik rumah ceritakan pada Mak. Mak aku ckp... aku lebih kenal cucu aku daripada Mak dia (aku la tu..). Irfan kalau dia buat.. mmmg dia akan bgtau. Kalau dia merapu meraban tu... bukan dia yg buat. Hurm... sebenarnya... bukan aku tak percaya anak sendiri.. tapi rasa kecewa mengusai diri,. dah byk kali aku cuba pujuk dia... jwpan dia tetap sama....
HUh!! balik tanya ayah.. selalu kalu barang2 hilang.. mmmg suka rujuk ayah sbb senang nak buat panduan cari brg hilang. Katanya..ada 2 kemungkinan. 1)barang tu dah jauh dari rumah- maksudnya org dah ambil . 2) ada ditempat yang tinggi.. -maknanya nak kena teruskan pencarian atas rumah ka.. ats almari ka...
Erm.. sungguh ralat aku rasa.. sbb nak kena mengganti barang yang hilang ats sbb yg belum diketahui puncanya,
Tak ganti.. kesian pulak kepada Tuan empunya hset. ( kalao aku pun aku nak org ganti gak hset tu).. HUhuhu..

p/s: apa pendapat kwn2 semua??? perlukah aku ganti? huhu.. hset aku rosak pun tak dibaiki lagi....

Tuesday, December 21, 2010

alfatihah buat nenda tercinta

isnin 20/12/2010 _ nenda tercinta sebelah keluarga suami telah kembali ke Rahmatullah pada usia 82 tahun.
Arwah adalah salah seorang yang aku kagum semasa hayatnya masih ada. di saat2 akhir nyawanya.. beliau masih mampu membaca Yasin dlm keadaan mata tertutup. Ptg ahd waktu aku melawatnya di Hospital Kulim, dia dah bg tau.. Tok nak mati dah ni... tak payah la boh wayar2 semua ni... sakit.
Arwah meminta dipicit sbb lenguh..bila picit dia kata sakit sgt2.. Aku sampai di rumah lebih kurang 11 mlm. Pukul 12.15 terima berita pemergian beliau. Darah keluar tak henti2 dari mulut. Sehingga kini tak tau sbb apa.. sbb sampai 3 hari nak tunggu Doktor pakar. dah la 3 hari tu kena puasa.
Yang terkilannya... arwah mintak nak mkn...sikit pun jadi la... kami semua tak bg mkn.. dah mintak kat doktor.. tp doktor tak bg jugak...
hurm.. betapa susahnya nak jumpa doktor pakar.. aku dapat rasa dah mcm mana puasa 3 hari kat spital... sungguh seksa. Last dr pakar datang.. dia kata mkn dulu la kalau mcm ni.. result darah minggu depan baru tau.. erm.. rasa mcm sia2 je posa sampai rasa nak lembik.
Pukul 6.15 pagi...lepas solat subuh.. kami bertolak ke kulim. dalam kul 8 baru sampai. Terkejut tgk wajah arwah... mcm tersenyum.. nampak lebih muda usianya.. Mungkin Nur Al quran terpancar diwajahnya.. aku tak tau nak cerita dia ni mcmmana.. yang aku tau dan nampak.. dia tak pernah tinggal solat walaupun uzur sgt2...
yg paling syahdu.. anak2.. yg uruskan jadi imam sembahyang jenazah, baca talkin,tahlil.. semua anak2 uruskan. tok imam goyang kaki je. Anak2 dia ramai lelaki.
dan Arwah Tok juga pesan suruh buat kenduri tahlil untuk dia 7 malam berturut2...Hurm... tiba2 aku rasa beruntungnya dia... Moga satu hari nanti ,.. jenazah aku diuruskan sehingga ke liang lahad oleh anak cucu sendiri mcm tu...
Semoga Roh Allahyarhamah SOM Binti Putih aman disana...Alfatihah