Monday, August 2, 2010

makanan pertama Insyirah

alkisahnya.. hari ni nak bercerita pasal makanan pertama buat baby ku Insyirah... Pakar pemakanan menasihatkan agar bayi diberikan makanan pejal pertama sekita umur 6 bulan.. tp 5 bulan pun dah boleh bagi... Abg dia dulu...4 bulan dah start mkn nestum..
Tp kali ni Insyirah sengaja diberikan makan lewat sikit. 5 bulan.
Aku cuba try search2 dari blog2 org lain ttg cara2 nak sediakan bubur nasik dengan cepat..
dan kat sini.. aku nak kongsikan dgn rakan2 blogger aku pulak..

Langkah :-
1) basuh beras dan keringkan dulu. Kalau nak cepat.. bolehlah diletak dalam kuali ... dengan api yang perlahan...kacaukan beras tu supaya tak hangit ye... letak just untuk keringkan air je.


setelah kering... biarkan sejuk seketika.. dan masukkan ke dalam mesin pengisar yang kering tu... dan mesin sampai hancur beras tersebut.



hancur seperti ini ya rakan2... lepas tu boleh dimasukkan kedalam bekas untuk disimpan


Tutup dengan kemas supaya tak masuk angin atau semut. Bila nak masak.. boleh la ceduk dalam 2 sudu n terus masuk dalam air and masak...

ha.. inilah rupanya nasik yang sudah dimasak.. cepat sekali.. tak sampai setengah jam..


Sebelum mula mkn apa2.. abah ambil air kurma and buat konon2 mcm bertahnik laa.. semoga Insyirah hormat kat Umi dan abah mcm abah hormat kepada kedua org tuanya...


apa ni umi??? tak sedap pon.. heeeeeee






Selamat BerTunanG

Jumaat lepas... berlangsung majlis pertunangan adik ipar aku..
Alhamdulillah...selamat selesai semuanya...
Amik coti tu....sbb aku mmg suka bab2 sebok menyebok di majlis kenduri kendara nih...
Pagi jumaat...tinggal Insyirah kat mak tok sat...
Umi ngn abg Irfan je yang p majlis tu..


hantaran dari pihak pompuan kepada lelaki


saat manis ketika disarungkan cincin.. dah kena ikat dah...



cupcake dari kak ipar untuk adik iparnya..oder kat asu ija


lepas keluarkan dari freezer... ada nampak wap... so tak nampak la tulisan


kek pandan lapis dari pihak lelaki





cam besa la... penulis pun nak interprem gak.. haha... bukti baju basah sbb basuh pinggan...hahah

Thursday, July 29, 2010

\Aku Dah PenaT/

Y a Allah... kau permudahkanlah segala urusanku...
andai ini adalah jalan yang terbaik buatku... Kau tunjukkanlah Jalan itu....

Ya Allah... Kau kuatkan iman hambamu ini...
Kau berilah aku ketenangan...
berikanlah aku kekuatan...\
Lapangkanlah segala jalan buat ku
Agar rezeki yang ku kutip ini menjadi berkat
untuk aku meniti hidup yang telah engkau aturkan....

AMIN//

Thursday, July 22, 2010

risau

esok....
aku, Irfan dan Insyirah mesti rasa sunyi sbb abah akan naik gunung lagi...
benda yang paling aku tak suka nak hadapi..
aku tak suka abah naik gunung atau bukit atau apa2 saja benda yang boleh memutuskan komunikasi diantara kami.
setiap kali abah naik gunung.. hati aku takkan tenang sehinggalah dia dapat line tepon and call aku bg tau dia selamat sampai situ...selamat sampai sini.
Lagi aku tak nampak dia muncul depan aku.. selagi itulah rasa serba tak kena.
Masa mendaki gunung Kinabalu thn lepas pun sama jugak,,, aku tak ketahuan...
Kini... abah nak naik lagi...
Abah rela tolak kayuh perahu panjang....
rela tak ikuti banduan yang abah didik marhaban tu..yang boleh masuk pertandingan akhir..semata2 krn abah terlalu minat dgn pendakian..
Aku risauuuu... Tp aku sentiasa doakan semoga Abah dilindungi Allah... Amin..
Rasa mcm nak halang je hobi dia yg satu tu... tp nak wat camna kan... dah tu benda yang dia suka...nak tak nak... paksa rela leerrr...
Kalau boleh esok nak amik cuti je.. tp esok aku kena kursus seharian.. hur..hur...

X suka... tak suka...tak suka!!!

Monday, July 19, 2010

..Aku rindu....

Hari ni syahdu ja rasa....
Hari2 yang aku lalui terasa suram sgt...
sunyi sgt rumah aku tanpa gelak tawa dia.. tanpa keletah dia.. tanpa jerit pekik dia..
Hampir menitik ja air mata ni bila aku ajak balik dia tak mau balik....
huaaaaaaaaaaa...huaaaa....wuargggghhhhhh
Pagi td call...dia cakap..."Umi... Ipan tak mau balik. nak main umh mak.."
sedihnya.....
Kat rumah abah diam seribu bahasa. Adik pulak uuuaih..a aiah saja bunyinya.. mungkin rindukan abg jugak....
Umi sunyi.....
Bila berjauhan..sebenarnya membibitkan rasa rindu....
rindu itu sebenarnya pengukuh kasih syg....
Ada org suka bila anak tak dak kat rumah...katanya tak la penat sangat..
Bagi aku... Ada anak... hilang penat....
Mlm ni... kalau abah larat... umi nak ajak abah p ambik Irfan.. sbb umi RINDUUUU sgt2 nak peluk cium Irfan...

Thursday, July 15, 2010

Cubalah berada dlm kasut org lain..

Pagi2 ni aku keluar rumah awl.. 6.30 dah keluar sbb pagi ni ada lab pukul 8 pagi. So... i must cleared everything before class start. Dari smlm lagi aku ingin menulis...tp tak berkesempatan sbb byk benda nak buat. Memandangkan lab habis awal..aku ambil kesempatan untuk menulis...

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa ada manusia2 kat luar sana yang merasakan diri mereka best. Ada segulung ijazah... adakah bermakna hidup anda dah sempurna?
adakah krn memiliki kepintaran dalam bidang sains...bidang kedoktoran, bidang kejuruteraan ...semua itu dah menunjukkan anda berjaya dalam hidup??

Bagi aku..TIDAK!... Jgn ingat diri anda dah berjaya mendapat segulung ijazah tu... bermakna andalah org yang paling berjaya. Tak perlu dicanang kesana sini "aku ada Ijazah..ada master..ada PHD..bla..bla..bla" tp bab hubungan sesama manusia failed.
Suka menunjuk2.. konon2 tak reti la nak guna handset ni...sbb canggih sgt.. cesss nak menunjuk rupanya... pigi dahhh..
Kita tak pandai berfesyen...dan jgn pulak salahkan org yg suka berfesyen2...
Kita pakai tudung zaman tok nadoq...jgn pulak salah kan org yg pakai tudung bawal merelip merelap
kita kerja mkn gaji... jgn pulak kita salahkan org yg jadi suri rumah tak reti cari duit.
dan... kalau kita jadi suri rumah... jgn pulak kita dok kata kat org yg bekerja tu tak dak inisiatif nak berenti kerja dan jaga anak.

ha.. bercakap pasal berenti kerja dan jaga anak ni....mcm best je...
dok rumah... tgk anak2 membesar depan mata...dapat didik anak...dapat masak sedap2 kat anak.. hurmmm tersangatlah indah.

Tp aku kurang bersetuju bila ada org berkata:
Lelaki ditindas apabila isteri tidak percaya kemampuan suami untuk menyara anak bini...
Apa kes???
Ulasan aku: Allah menjadikan manusia ni berbeza2... cap jari pun tak sama.. hati pun tak sama. bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain2.
dan keperluan hidup juga adalah berbeza2 bergantung pada matlamat sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri.
Sesekali letakkan diri kita dalam kasut org lain untuk merasa apa org lain rasa. dan jangan lah mendabik dada dengan mengatakan.. i'm the perfect..u must do bla.. bla.. bla mcm i...
laki mampu buat cam ni.. buat cam tu.. bla.. bla..bla.. tak mcm laki u.
Untuk org mcm tu... ingatlah.. Allah itu ada.. tak selamanya kita akan berada diatas kerana hidup ini ibarat roda. kdg kita diats,, kdg kita dibwh.. kita bukan malaikat krn kita adalah manusia....
aku juga kurang bersetuju bila org ckp hantar anak kat mak kita.. anak tak bijak..
hurmm sbb apa aku sanggup susah payah ulang alik dari alor star ke perlis tiap2 hari selama 4 thn ni...sbb yang paling utama adalah aku nak org2 yg aku percayai bela anak aku... Sedih sgt bila org tak percaya akan kebolehan mak atau mak mertua...
ingatlah.. moden2 korang pun.. mak korang yg sekolah tak dak ijazah tu jugak yg bela.. mak korang tu jugak la yang bg mkn korang. Aku percaya mak dan mak mertua aku krn mcm mana dia jaga anak2 dia... mcm tu jugak la dia akan jaga anak2 aku.. yakni keturunan dia...
Aku yakin pengalaman diorang yang dah berpuluh tahun tu diaplikasikan terhadap anak aku pulak walaupun adakalanya ada yang tak kena dipandangan mata kasar kita. Tp mereka nak yang terbaik untuk cucu2 mereka....
Sbb semua org nak yang terbaik untuk anak2 mereka.. tak kiralah pengasuh yang tiada talian darah atau bibik yg diimport dari indon atau nursery yang menyediakan prasarana yang selesa. Semuanya bergantung pada kemampuan masing2.. Apa yang aku pasti.. semua ibu nak yang terbaik untuk anak mereka.

Kesempurnaan yang dicari...dan klu kita anggap diri kita ni dah cukup sempurna... jgn pula menjatuhkan air muka atau credibility org lain..sesekali muhasabah diri itu perlu untuk dijadikan penanda aras... adakah aku dah tersasar? adakah aku betul2 ikut??

p/s: hurm... Ya Allah.. jgnlah engkau pesongkan hati kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami... AMIN

Wednesday, July 14, 2010

tersentuh hati

Setiap kali membaca entri dari blog org yg aku tak kenal ni.. setiap kali itulah hati kecil ini akan tersentuh... terus mengalir air mata aku ni...

sungguh aku kagum dengan semangat ibu dan ayah kanak2 ni.. Al fatihah buat adik alanna.. Semoga Allah mencucuri rahmat keats rohmu. Semoga jasadmu tenang di alam sana.

Dan setiap kali itulah jua ingatan ini mencari dimanakah anak2 aku sekarang?
Apa yang kalian tgh lakukan skrg?
adakah kalian merindui umi???

Umi rindu sangat ngn anak2 umi...terutama ngn Irfan yg umi rasa makin hari makin jauh dari umi.. makin rapat ngn abah...


bukan umi cemburu tp umi rasa umi tak adil memberikan kasih syg diantara kalian berdua. Tp Umi cuba lakukan yg sehabis baik...walaupun kdg2 umi marahkan Irfan....bukan sebab umi benci..

bukan sebab umi tak suka.. tp sbb umi terlalu sygkan anak umi.
umi nak yg terbaik untuk anak2 umi..
umi nak anak umi membesar dengan sihat dan cerdas.

saat ini juga terasa hebatnya dugaan buat ibu muda itu...
Dan aku...tak cukup kuat untuk melihat penderitaan anak kecil itu.
saat bergelumang dan bertarung nyawa....Semoga bidadari syurga itu terus harum mewangi...

http://mayyonizz.blogspot.com/