Thursday, April 30, 2009

Dilema

erm... pagi ni dengan langkah yang teramat lemah...aku melangkah meninggalkan Irfan untuk mencari rezeki..
kesian rasa tgk dia ditinggalkan mcm tu..
smlm, selesai makan malam..sambil2 basuh pinggan,suami aku teman aku kat dapur. Alang2 Irfan dah tidur, dia ckp kat aku.. "Kesian tgk Irfan pg td. Dia tgk Adik atirah bgn, cari ibu...ibu, lepas tu terkedek2 lari kat ibu dia. Irfan pun bgn gak.. tnya abah.. Umi mana? tp dia tak boleh lari pergi kat ummi dia sbb Umi dia dah pergi kerja. Abah rasa kesian sgt kat Irfan"..Hurmm.. tiba2 je air mata aku laju mengalir. Rasa sebak sgt2. Aku rasa mcm tak boleh jadi ibu yang bertanggungjawab melindungi sepenuhnya anak aku. Tak dapat bg kasih syg.. tak dapat menjadi pelindung ketika dia memerlukan aku. Saat dia perlukan ibu, saat dia inginkan sesuatu.. aku tak dapat tunaikan... Aku rasa aku dah kehilangan saat2 berharga.. melihat anak aku membesar... setiap langkahnya... ada saja yang aku ketinggalan... tp itu semua bukan aku minta. Ummi terpaksa...semuanya adalah untuk melihat Irfan membesar dalam kesenangan... Biarpun tidak mewah.. tp biarlah Irfan tak merasa mcmmana ummi pernah rasa susah waktu kecik2 dulu. Ummi tak nak anak ummi rasa semua tu... Kalau boleh, Ummi nak Irfan dapat belajar dalam keadaan selesa... Bila cikgu mintak nak dibelikan buku atau peralatan sekolah, Ummi dan abah dapat sediakan. Irfan tak perlu menangis bila tak dapat beli buku apabila diminta.
Abah pulak seolah2 nak Ummi berhenti kerja... jaga IRfan.. Bukan Ummi tak nak jaga Irfan.. Demi Allah... Kalau boleh Ummi nak jaga Irfan setiap saat dan nafas yang Ummi ada.
ummi sanggup ulang alik kerja setiap hari yang jaraknya 90km pergi dan balik setiap hari semata2 nak nenek yang jagakan Irfan. Ummi tak nak org yang ummi tak kenal jaga Irfan. Mlm pulak seboleh2nya ummi cuba untuk melayan Irfan agar Irfan tak rasa Ummi tak syg kan Irfan. Itu sajalah pengorbanan yang Ummi boleh buat. Jalan yang terbaik utk mencapai apa yang Ummi hajatkan.
Ya Allah... permudahkanlah segala urusan Ku. Kuatkanlah Hati hambaMu ini. berikanlah petunjuk Untuk aku terus beriman dan bertakwa kepadaMU.. Jadikanlah aku pendidik dan contoh yang terbaik untuk diikuti oleh zuriatku. Aminnn.

Tuesday, April 28, 2009

konvo 2009

Alhamdulillah....kupanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi setelah selesai aku dianugerahkan diploma kejuruteraan elektronik pada 26 april 2009 di dewan Polimas.. Ni kali ke 2 aku konvo.. dan inilah konvo yang paling bermakna dalam hidup aku. kehadiran suami dan anak serta kaum keluarga membuatkan aku betul2 rasa dihargai. Saat yang tak dapat aku lupakan ialah sewaktu anak aku Irfan datang bg bear yang pakai topi konvo tu.. sambil cakap "Mi... Niah" maksuhnya.. umi.. tahniah.. abah dia yang ajar la tuh... menitik je air mata seorang ibu..tambah bila keluar je dari dewan.. asben dah tunggu dengan hadiah2.. aku dapat sejambak bunga ngn seekor anak beruang.. Time kasih.. aku tanya.. kenapa perlu ada 2 hadiah?? dia ckp nak tebus kesalahan lama masa konvo sijil dulu.. hurmm.. mcm2 la somi ku sorang ni..

Konvo kali ke 2 ni tak berapa nak meriah sgt la.. sbb nya hanya kami berlima je student PJJ jabatan electric yang hadir.. yg lain kebanyakan student full time.

hari isnin.. gi hantar Jubah kat poli. balik tu... asben aku ajak gi penang.. kul 1 baru bertlak gi penang.. tp tak sempat nak jalan2...sbb sampai penang pun dah kul 3.30.. So gi la batu feringghi ngn padang kota...

terkejut aku waktu sampai kat padang kota..mula2 kami cadang nak mkn passembor... elok duduk je kat meja mkn... pelayan yg amik oder tu mai kat meja.. sampai 6 org.. kami mcm pelik je tgk diorang.. pakat tya nak minum or mkn apa...aku ngn asben aku jadi panic... tanpa sedar.. aku tya... kenpa ramai sgt ni??hahahha/.. terpaksa la diorang explain...semua dari kedai yg berlainan... hampeh je..lain yg kami nak mkn.. lain yang kami oder... asben aku p oder laksa.. aku lak oder mee udang...
esh... mahal giler mie udang,.. udang ada 3 ekor je... harga 8 inggit.. dah la tak sedap langsung...caishhhh....

on da way balik.. singgah tesco beli mainan kat irfan ngn adik atirah. masa tgh beratur nak bayar.. adik aku call... ckp bapak sedara aku sakit teruk. aku suruh la call ambulance. sampai umh pak sedara aku, mak sedara aku plak tak bg p hospital.. ha... siap la diorang mendengar ceramah dari Dr sh. roshida... hahahha... termakan gak ckp2 aku. Hurm.. mcm2 la diorang ni...

kul 10 mlm, gi semula hospital nak tgk samaada pak sedara aku tu ok ke tak...tgk dia dah sedar sikit.. kira ok la..
kul 12.30 bertolak balik ke rumah... sampai umh.. Ya Allah.. letihnya aku hari ni... tp sempat lagi basuh suar baju somi aku.. sian dia.. esok nak keje... takkan nak pakai baju yg tak berbasuh... bgn kul 6.. huhu... nak gi keje pulak...
begitulah cerita aku sewaktu cuti 3 hari nih.... sungguh memenatkan...

aku cari kabel nak transfer pic.. tp tak tau letak mana... nanti ada masa free.. aku upload kat sini..




family aku.. dah kepenatan...

irfan dah dahaga.. panas banget.nak tunggu aku masuk dewan



bersama rakan2 seperjuangan..zarita,cik liza,hasnita dan ct amirah.

love u all




Irfan dan adik Atirah... mcm couple of the year tak?

Wednesday, April 22, 2009

kemalasan melanda diri..

student dah mula cuti.... keja hakiki dah mula kurang.. tp keja2 luaran pulak menanti...huhuhu... malas betui rasa,,,
balik rumah asyik rasa malas sgt2.... smlm masa kat tempat kerja.. dok cadang nak balik rumah.. nak ajak asben tercinta gi cari kasut lagik...tp.. tah kenapa bdn ni rasa lemah sgt2..sakit kepala... hurm... pas solat maghrib.. terbongkang tido... tak jadi gi beli kasut. tp bdn masih sakit2... may be aku kuat menelan air ais sejak akhir2 ni... ermmm dan sebagai pengajaran.. kena la mendengar leteran asben aku... sambil2 dia dok mengurut..Dia suruh aku pantang... Yer la... aku akan cuba pantang minum ais... tp kalau tghari kuar lunch... mmg air ais la yg mata aku tangkap dulu.
kesian Irfan...smlm aku tak sempat nak kisahkan dia... smlm dia tido tak berbaju...selalunya dia mmg tak nak pakai apa2 masa nak tido tu.. tp lepas dia tido.. aku ataupun asben akan pakaikan baju dan seluar untuk dia.. tp smlm... kesian dia... abah ngn umi tak jaga irfan elok2...maafkan umi... umi letih sgt2.. tp smlm aku amik kesempatan gak.. untuk berkasih syg... bertanya khabar.. sampai dia terlelap.. Insyaallah.. selagi terdaya... umi akan tumpukan perhatian kat Irfan sbg ganti disiang hari umi tak dapat luangkan masa untuk Irfan..
Semoga Irfan terus membesar dengan penuh kasih syg dan menjadi anak yang taat pada umi dan abah.. Amin.

Monday, April 20, 2009

weekend..



mcm biasa.. tiap2 hujung minggu aku menghabiskan masa ngn kuarga tersayang... minggu ni besday anak sedara asben aku... Anis Amira @ lebih dikenali dengan gelaran kakak...


kul 12.30 tghari aku call dia.. dia mintak... mak lang... nak hadiah... aku ckp tak pa... nanti mak lang hadiah seketul belacan... hahhaha.. pikir punya pikir... gi la belikan dia sebijik kek.. dan hadiah jam meja..bentuk pooh jugak. Mlm tu bawak kek gi umh dia...Celebrate kat umh dia.


ha .. ni dia pic besday girl... Hepi besday yg ke 11... semoga berjaya dunia dan akhirat...

Tuesday, April 7, 2009

hepi besday Wan Atirah Natasya yg ke 2

Smlm besday atirah yang ke 2. Hepi besday.. mak long keje... balik keje dah 6.30 ptg... nasib baik mlm sebelum tu smepat gi beli hadiah anak patung kat Atirah.. Kesian plak besday girl demam n penat.... tak berapa nak hepi laaarr..
Besday girl yang tak sihat... cian dier,,,, Ni plak mak Tok yang tak henti kakitgn dari pagi
mak long balik keje... tinggal kek barney dah separuh.. yang sebelah ni plak abg Irfan pun sibuk nak mkn kek..
ni Mak Lang yang semakin kurus sejak anaknya makin aktif... bila nak gemuk ek???
Apa pun majlis agak meriah... ramai jemputan dtg.. terima kasih...

Wednesday, April 1, 2009

BunGa Lily




baru2 ni adik aku bawak balik bunga lily hidup yang belum kembang....
bila letak je dalam air...dah kembang.. cantik je... mcm bunga yg tak hidup tu...
lagipun bunga free kan... kalau kena beli... maknanya tak de la dalam rumah aku... kecuali la gi cameron.. mmg wajib beli bunga...
hurmm.. rupa2nya naluri seorang wanita... mmg sukakan bunga2 dan yang cantik2....