Tuesday, February 22, 2011

..Rezeki Allah Tak Pernah Putus..

Saat hujung2 bulan mcm ni, ramai yang sedang menghitung hari..
Bila hari gaji? Tak sabar nak tunggu 24 haribulan... HARI GAJI...Dan ada jugak diantara kita... dah kena korek asb..korek tabung haji...korek maybank dan sebagainya.. Dan ada juga yang tadak tempat dah nak korek duit...Tp...ada juga antara kita yang gaji bulan ni belum terusik, Gaji bulan lepas pun tak habis lagi.. Alhamdulillah.. org mcm ni.. pandai manage duit..pandai cari duit.

Kadang2 kita rasa kita beruntung sbb walaupun gaji sikit.. tp sentiasa cukup.(CUKUP MKN TU KIRA OK LAAA)Kadang2 kita rasa masih tak cukup walaupun gaji kita BESAR...
Hurm... bila kita rasa mcm ada sesuatu tak tak kena , Cuba check balik... APA sebenarnya benda yang tak kena dengan kita...

Seorang KWN pernah bagitahu...

Sebelum ni gaji beliau sentiasa tak cukup walaupun gaji dia dan suami kalau dicampur mencecah 5 ribu sebulan... Setelah difikir2 kena selalu je tak cukup...Dia dan suami ambil keputusan untuk potong ZAKAT PENDAPATAN setiap bulan... Dan Alhamdulillah...lepas usaha tu dibuat, pendapatan sentiasa pula cukup,

begitu besar NIKMAT yang Allah bg... Tp kita tak gunakan kelebihan dan kesenangan yang kita dapat.. untuk diagihkan ke jalan yang telah dianjurkan oleh Islam.
Asben aku yg bekerja di negeri KEDAh..mmg dah lama potong zakat. Aku bila lagi nak ikut jejak langkah?? HEEE...malas nak pergi pejabat zakat.

ZAKAT MEMBAWA BERKAT...
pssst: Syukur Alhamdulillah... dalam dok menghitung hari GAJI... ptg smlm dapat sikit rezeki dari seseorang. Katanya tu duit waktu aku tolong siapkan equipment dan komponen untuk projek lepas.

Huhu,,, rasa terharu pulak sbbnya... aku tak pernah mengharapkan dapat ganjaran mcm tu... ALHAMDULILLAH... rezeki Allah sebenarnya tak pernah putus....

Bila agaknya penyelarasan gaji untuk kakitangan awam akan dilaraskan semula??

6 comments:

  1. ha aku sokong... bila gaji teknisen nak naik... pakai gred gaji spm ja.....

    ReplyDelete
  2. suruh cuepac perjuangkan hak kita....

    ReplyDelete
  3. cda- btul..zakat tu menambah rezeki, dulu2 selalu gak bersedekah even cuma RM1 bila pegi pasar malam dan tgk org buta yg susah tu, alhamduillah rezeki tk penah putus, skrg igt2 kembali apsal sentiasa kena korek oh ye lama btul aku tk bersedekah ptt le...

    satu lg kena igt...setiap rezeki kita ada bahagiannya utk org lain...

    ReplyDelete
  4. anonymous,...
    ya... bila sedekah dengan hati yang ikhlas.. insyaalllah///kita rasa senang hati...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah cukup, walaupun Encik kerja sorang dan tercampak di KL (even ramai orang kata TAK MUNGKIN boleh cukup kalau duk KL dan kerja sorang, kerja 2 org pun ala-ala ja cukup).

    aku selalu cakap kat para isteri bekerja, sila "ukur baju di badan suami", bukan badan sendiri atau badan bersama..agak2 suami tak mampu, jgn duk melebih2, kita dapat sikit, kita buat cara sikit, jgn duk ikut org yg dapat banyak.. payah bila ukur badan orang lain, tak muat..

    ReplyDelete
  6. Liyana... ALhamdulillah...sbb isteri Encik itu pandai jaga akaun...ghehhe

    ReplyDelete