Thursday, January 14, 2010

seri di hati

seri dihati ~ZULFAN~

pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
dedaun berguguran tandus tiada harapan
umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
tertanam kebencian, kesunyian...

kasih yang sejati anugerah ilahi
hadirnya dijiwa bukannya dipaksa
cinta yang terjalin dalam diri manusia
kesunyiannya bagai sutera putih

tautan cinta yang bersemi
disulami kasih ilahi
melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
temuilah seri dihati
itulah cinta hakiki
andai kau selami rahsia keimanan...

telah bermula episod cinta yg suci
dua insan berkasih pun berikat janji
telah tersarung sebentuk cincin dijari..
kedua org tua pun merestui

terikat janji bakal membina mahligai impian
ini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
demi kesucian cinta restu yg esa
demi cinta suci yang tiada ternoda

hari ni nak kongsi pasal lirik kumpulan zulfan ni..
aku minat sgt ngn suara2 kumpulan zulfan nih...
tp tu lah.. kenapa tak berapa nak femous ye kumpulan nih??
mereka ada harapan utk menjadi artis yg terkenal...sedap sgt kombinasi suara mereka.

ttg lirik ni...mmg sgt menyetuh jiwa.. terutama sekali bagi sesapa yg sedang hangat bercinta... yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi... berbunga2 cinta dalam hati tu ye,,, heeeeeeeee sabaq22...

dan untuk diri sendiri.... aku harap dan berdoa semoga ditetapkan iman...diberikan kesabaran untuk terus mencintai keluarga yang sedang aku bina. Semoga Allah sentiasa suburkan rasa kasih sayang dalam hubungan ini... AMIN...

Monday, January 11, 2010

serabut

minggu ni aku betul2 serabut..buntu sgt..
semuanya berpunca dari salah aku... keterlanjuran kata2 aku....

Ya Allah... berilah aku jalan yg terbaik untuk aku selesaikan masalah ini. biar seperti menarik rambut di dalam tepung... rambut tak putus... tepung tak berselerak.
bukan senang bila membabitkan byk pihak...

Tuesday, January 5, 2010

Kenduri akikah



sabtu lepas.. baru berkesempatan nak buat kenduri akikah untuk anak tersayang...Muhammad syamsul Irfan bin Ibrahim...
kenduri ni buat sekali ngn Atirah dan nurul..
So.. ayah aku cadangkan.. sembelih sekor lembu... cam kenduri kawen je.. siap ngn khemah2.. tp byk gambar tak sempat nak ambik.. Almaklumlah, aku kan bz.. kehkehkeh...
Apapun.. alhamdulillah..dapat melaksanakan akikah untuk anak aku..

my peberet

dari dulu dan kini...aku mmg suka mkn rojak atau garam belacan..
kali ni nak share rojak yg sedap kat PERLIS ni.
Orang ni jual rojak naik lori. Selalu tempat parking dia... bertentang dengan restoran KINA... dekat dengan bulatan putra palace tu..

Ini rupanya air kelapa dalam gelas. Segelas RM1.5o
tp kalau sebiji RM4. Sungguh mahal kan??
kat alor setar sebijik paling mahal pun RM2.50


ha... ni lah rupanya rojak yg sedappp bangat tu.. bg aku yg gemar pedas2 ni... mmg sedap la..
yang ni sepinggan kecik tu RM2.50
agak mahal.. tp dah sedap kan??? apa tunggu lagi.. bantai ja... hehehhee

Wednesday, December 30, 2009

dah 31 weeks

minggu ni dah 31 weeks kandungan aku...
dah mula rasa letih2...masa 1st peknen dulu ok je...mungkin sbb kali ni travel jauh sikit kot.
hari ni sakit tulang belakang.. rasa mcm senggugut...tp td p buat kuak lentang dalam 15 minit.. ok la sikit... ni dok rasa balik...harap2 ok la...
semoga aku dan anak dikurniakan kesihatan yang unggul...aku diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup ini... AMIN..

Thursday, December 24, 2009

takziah kepada keluarga mangsa

Tiga beranak maut pada hari ulang tahun perkahwinan
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAHutusankedah@utusan.com.my
KEADAAN kereta Proton Wira yang hancur selepas dirempuh dan diheret sejauh 20 meter oleh sebuah lori membawa muatan tanah di persimpangan lampu isyarat Jalan Jitra-Kodiang, Kubang Pasu, Kedah petang semalam. Nahas itu yang melibatkan lima buah kenderaan menyebabkan tiga beranak mati serta-merta sementara seorang lagi cedera parah. – UTUSAN/ismail kamadin
JITRA 23 Dis. – Sambutan ulang tahun kedua perkahwinan pasangan suami isteri ini tidak seperti pasangan lain.
Pasangan itu dan bayi perempuan mereka yang baru berusia sembilan bulan, menemui ajal setelah sebuah lori tanah terbabas lalu menyeret kereta Proton Wira dinaiki tiga beranak itu sejauh 20 meter.
Kemalangan ngeri membabitkan lima buah kenderaan itu berlaku di persimpangan tiga lampu isyarat Jalan Jitra-Kodiang di sini kira-kira pukul 5 petang ini.
Pasangan yang terbunuh itu ialah Benyamin Yaakub, 30, warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap dan Normah Md. Isa, 28. Bayi mereka yang dikenali sebagai Ilnur Balkis turut terkorban.
Kereta Wira yang dipandu oleh Benyamin ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.
Kesemua mangsa tersepit dalam kereta mereka yang remuk teruk. Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan mayat tiga beranak itu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanah yang datang dari arah bulatan Hospital Jitra menghala ke pekan Jitra itu mengalami masalah brek.
Lori itu kemudian dikatakan bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira sebelum memasuki laluan bertentangan.
Berikutan itu, katanya, pemandu lori tersebut cuba mengelak daripada merempuh sebuah pondok polis di tepi jalan yang ketika itu terdapat ramai orang.
Kenderaan berat tersebut merempuh kereta yang dinaiki tiga beranak itu dan sebuah kereta Naza Sutera yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Kedua-dua kereta tersebut berhenti di persimpangan dari arah Kodiang menghala ke Jitra.
‘‘Rempuhan itu mengakibatkan kereta Naza Sutera yang dinaiki sepasang suami isteri terbabas sejauh 10 meter manakala kereta Proton Wira itu pula diseret sejauh 20 meter sebelum berhenti setelah merempuh kedai makan yang terletak di tingkat bawah Plaza Mara Jitra.
‘‘Ketika sedang mengheret kereta Wira itu, lori tersebut melanggar sebuah Perodua Kancil yang memasuki Jalan Kodiang. Bagaimanapun, kereta terbabit hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Sawaluddin, pemandu kereta Naza Sutera terbabit, Othman Bakar, 50, mengalami kecederaan parah serta tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah sementara isterinya yang berusia 49 tahun cedera ringan.
Katanya, pemandu lori berusia 34 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat ketiga-tiga beranak itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris mereka.
Sementara itu, ibu Normah, Siti Bedah Husin, 48, memberitahu, hari ini genap dua tahun anaknya itu dan Benyamin melangsungkan perkahwinan.
Dia yang masih bersedih dengan kejadian itu tidak dapat menahan sebak apabila melihat dua batang gigi cucunya ketika melawat jenazah mereka di bilik mayat hospital.
Beliau memberitahu, anaknya tinggal di Cherating, Kuantan, Pahang dan pulang bercuti di Permatang Bongor, Air Hitam di sini beberapa hari lalu.
Katanya, ketika kejadian, menantunya yang merupakan seorang pemborong mahu menghantar kain di pekan Jitra selain keluar makan bersama isteri dan anaknya


nota: patut la balik kemarin jem gila....sedih pulak bila baca berita ni.... Nauzubillahiminzalik...
Ya Allah.. jauhkanlah kami dari bahaya yang tidak kami ketahui... AMIN.

HAPPY ANNIVERSARY

Alhamdulillah... hari ni 24 disember...genap 4 thn aku jadi isteri kepada suami aku.
Sekejap ja dah 4 thn.. Smlm gagahkan mata tak tido sbb nak tunggu pukul 12 and bagi kad ucapan kat dia...
Terima kasih...pagi2 lagi aku dah dapat wish dari Salleh Yaacob dan kak engku... hehehe.. depa ucap kat sinar.fm....kepada siapa2 yang menyambut ulangthn perkahwinan pada hari ni...kebetulan ye.... hehehhehe