Thursday, July 29, 2010

\Aku Dah PenaT/

Y a Allah... kau permudahkanlah segala urusanku...
andai ini adalah jalan yang terbaik buatku... Kau tunjukkanlah Jalan itu....

Ya Allah... Kau kuatkan iman hambamu ini...
Kau berilah aku ketenangan...
berikanlah aku kekuatan...\
Lapangkanlah segala jalan buat ku
Agar rezeki yang ku kutip ini menjadi berkat
untuk aku meniti hidup yang telah engkau aturkan....

AMIN//

Thursday, July 22, 2010

risau

esok....
aku, Irfan dan Insyirah mesti rasa sunyi sbb abah akan naik gunung lagi...
benda yang paling aku tak suka nak hadapi..
aku tak suka abah naik gunung atau bukit atau apa2 saja benda yang boleh memutuskan komunikasi diantara kami.
setiap kali abah naik gunung.. hati aku takkan tenang sehinggalah dia dapat line tepon and call aku bg tau dia selamat sampai situ...selamat sampai sini.
Lagi aku tak nampak dia muncul depan aku.. selagi itulah rasa serba tak kena.
Masa mendaki gunung Kinabalu thn lepas pun sama jugak,,, aku tak ketahuan...
Kini... abah nak naik lagi...
Abah rela tolak kayuh perahu panjang....
rela tak ikuti banduan yang abah didik marhaban tu..yang boleh masuk pertandingan akhir..semata2 krn abah terlalu minat dgn pendakian..
Aku risauuuu... Tp aku sentiasa doakan semoga Abah dilindungi Allah... Amin..
Rasa mcm nak halang je hobi dia yg satu tu... tp nak wat camna kan... dah tu benda yang dia suka...nak tak nak... paksa rela leerrr...
Kalau boleh esok nak amik cuti je.. tp esok aku kena kursus seharian.. hur..hur...

X suka... tak suka...tak suka!!!

Monday, July 19, 2010

..Aku rindu....

Hari ni syahdu ja rasa....
Hari2 yang aku lalui terasa suram sgt...
sunyi sgt rumah aku tanpa gelak tawa dia.. tanpa keletah dia.. tanpa jerit pekik dia..
Hampir menitik ja air mata ni bila aku ajak balik dia tak mau balik....
huaaaaaaaaaaa...huaaaa....wuargggghhhhhh
Pagi td call...dia cakap..."Umi... Ipan tak mau balik. nak main umh mak.."
sedihnya.....
Kat rumah abah diam seribu bahasa. Adik pulak uuuaih..a aiah saja bunyinya.. mungkin rindukan abg jugak....
Umi sunyi.....
Bila berjauhan..sebenarnya membibitkan rasa rindu....
rindu itu sebenarnya pengukuh kasih syg....
Ada org suka bila anak tak dak kat rumah...katanya tak la penat sangat..
Bagi aku... Ada anak... hilang penat....
Mlm ni... kalau abah larat... umi nak ajak abah p ambik Irfan.. sbb umi RINDUUUU sgt2 nak peluk cium Irfan...

Thursday, July 15, 2010

Cubalah berada dlm kasut org lain..

Pagi2 ni aku keluar rumah awl.. 6.30 dah keluar sbb pagi ni ada lab pukul 8 pagi. So... i must cleared everything before class start. Dari smlm lagi aku ingin menulis...tp tak berkesempatan sbb byk benda nak buat. Memandangkan lab habis awal..aku ambil kesempatan untuk menulis...

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa ada manusia2 kat luar sana yang merasakan diri mereka best. Ada segulung ijazah... adakah bermakna hidup anda dah sempurna?
adakah krn memiliki kepintaran dalam bidang sains...bidang kedoktoran, bidang kejuruteraan ...semua itu dah menunjukkan anda berjaya dalam hidup??

Bagi aku..TIDAK!... Jgn ingat diri anda dah berjaya mendapat segulung ijazah tu... bermakna andalah org yang paling berjaya. Tak perlu dicanang kesana sini "aku ada Ijazah..ada master..ada PHD..bla..bla..bla" tp bab hubungan sesama manusia failed.
Suka menunjuk2.. konon2 tak reti la nak guna handset ni...sbb canggih sgt.. cesss nak menunjuk rupanya... pigi dahhh..
Kita tak pandai berfesyen...dan jgn pulak salahkan org yg suka berfesyen2...
Kita pakai tudung zaman tok nadoq...jgn pulak salah kan org yg pakai tudung bawal merelip merelap
kita kerja mkn gaji... jgn pulak kita salahkan org yg jadi suri rumah tak reti cari duit.
dan... kalau kita jadi suri rumah... jgn pulak kita dok kata kat org yg bekerja tu tak dak inisiatif nak berenti kerja dan jaga anak.

ha.. bercakap pasal berenti kerja dan jaga anak ni....mcm best je...
dok rumah... tgk anak2 membesar depan mata...dapat didik anak...dapat masak sedap2 kat anak.. hurmmm tersangatlah indah.

Tp aku kurang bersetuju bila ada org berkata:
Lelaki ditindas apabila isteri tidak percaya kemampuan suami untuk menyara anak bini...
Apa kes???
Ulasan aku: Allah menjadikan manusia ni berbeza2... cap jari pun tak sama.. hati pun tak sama. bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain2.
dan keperluan hidup juga adalah berbeza2 bergantung pada matlamat sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri.
Sesekali letakkan diri kita dalam kasut org lain untuk merasa apa org lain rasa. dan jangan lah mendabik dada dengan mengatakan.. i'm the perfect..u must do bla.. bla.. bla mcm i...
laki mampu buat cam ni.. buat cam tu.. bla.. bla..bla.. tak mcm laki u.
Untuk org mcm tu... ingatlah.. Allah itu ada.. tak selamanya kita akan berada diatas kerana hidup ini ibarat roda. kdg kita diats,, kdg kita dibwh.. kita bukan malaikat krn kita adalah manusia....
aku juga kurang bersetuju bila org ckp hantar anak kat mak kita.. anak tak bijak..
hurmm sbb apa aku sanggup susah payah ulang alik dari alor star ke perlis tiap2 hari selama 4 thn ni...sbb yang paling utama adalah aku nak org2 yg aku percayai bela anak aku... Sedih sgt bila org tak percaya akan kebolehan mak atau mak mertua...
ingatlah.. moden2 korang pun.. mak korang yg sekolah tak dak ijazah tu jugak yg bela.. mak korang tu jugak la yang bg mkn korang. Aku percaya mak dan mak mertua aku krn mcm mana dia jaga anak2 dia... mcm tu jugak la dia akan jaga anak2 aku.. yakni keturunan dia...
Aku yakin pengalaman diorang yang dah berpuluh tahun tu diaplikasikan terhadap anak aku pulak walaupun adakalanya ada yang tak kena dipandangan mata kasar kita. Tp mereka nak yang terbaik untuk cucu2 mereka....
Sbb semua org nak yang terbaik untuk anak2 mereka.. tak kiralah pengasuh yang tiada talian darah atau bibik yg diimport dari indon atau nursery yang menyediakan prasarana yang selesa. Semuanya bergantung pada kemampuan masing2.. Apa yang aku pasti.. semua ibu nak yang terbaik untuk anak mereka.

Kesempurnaan yang dicari...dan klu kita anggap diri kita ni dah cukup sempurna... jgn pula menjatuhkan air muka atau credibility org lain..sesekali muhasabah diri itu perlu untuk dijadikan penanda aras... adakah aku dah tersasar? adakah aku betul2 ikut??

p/s: hurm... Ya Allah.. jgnlah engkau pesongkan hati kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami... AMIN

Wednesday, July 14, 2010

tersentuh hati

Setiap kali membaca entri dari blog org yg aku tak kenal ni.. setiap kali itulah hati kecil ini akan tersentuh... terus mengalir air mata aku ni...

sungguh aku kagum dengan semangat ibu dan ayah kanak2 ni.. Al fatihah buat adik alanna.. Semoga Allah mencucuri rahmat keats rohmu. Semoga jasadmu tenang di alam sana.

Dan setiap kali itulah jua ingatan ini mencari dimanakah anak2 aku sekarang?
Apa yang kalian tgh lakukan skrg?
adakah kalian merindui umi???

Umi rindu sangat ngn anak2 umi...terutama ngn Irfan yg umi rasa makin hari makin jauh dari umi.. makin rapat ngn abah...


bukan umi cemburu tp umi rasa umi tak adil memberikan kasih syg diantara kalian berdua. Tp Umi cuba lakukan yg sehabis baik...walaupun kdg2 umi marahkan Irfan....bukan sebab umi benci..

bukan sebab umi tak suka.. tp sbb umi terlalu sygkan anak umi.
umi nak yg terbaik untuk anak2 umi..
umi nak anak umi membesar dengan sihat dan cerdas.

saat ini juga terasa hebatnya dugaan buat ibu muda itu...
Dan aku...tak cukup kuat untuk melihat penderitaan anak kecil itu.
saat bergelumang dan bertarung nyawa....Semoga bidadari syurga itu terus harum mewangi...

http://mayyonizz.blogspot.com/

Monday, July 12, 2010

filem zoo

ahad
11/7/2011

pagi2 lagi dah bawak insyirah gi klinik kesihatan.. ingatkan kena cucuk.. rupa2nya bulan depan.. umi silap tarikh daaa.. p timbang je la...

balik tu... tinggalkan insyirah ngn mak tok dia... sbb nak bawak abg Irfan tgk wayang..
Tayangan kul 1.30 tghari.
Best jugak filem tu.. tak larat nak gelak.. budak2 suka la.. org tua mcm kita ni cam besa la.. tak dak input pun...
Hanya tgk org ckp ngn binatang.. pas tu jalan cerita mcm tak berapa nak logik...
hurm...
Saja nak bg Irfan besa tgk wayang...sbb umi ngn abah tak pernah bawak dia masuk tgk wayang.. Terima kasih ya abah sebab bawak kami.. Len kali leh ajak lagi no...

hujung minggu

Hari sabtu cam besa: menghabiskan masa di rumah seharian...

tak tau nak buat apa... kebetulan tghari cam dahaga... buat la carot susu ni...

sesekali pekena ais... sedap jugak.. akibatnya.. aku batukk!!!


sayur toge+carot

sup tahu jepun... rasmi pinggan kesayangan.. heeeee dah setahun beli baru nak rasmi

cedok dari dapur mak mentua..kurma ayam..
makasih mak mertua yang byk membantu bila menantu hantu ni malas masak... I lap u...

Friday, July 9, 2010

Aku dan duniaku

Umi gembira...umi sayang anak2 umi.. Melihat anak2 semakin membesar membuatkan hati aku terdetik Terima Kasih Ya Allah....Krn memberi peluang untuk aku menjadi seorang ibu. Terima kasih krn mengurniakan aku anak2 yg comel(masuk bakul angkat sendiri punya kes). Apapun sebenarnya nak bercerita ttg perkembangan anak2...

Insyirah dah 4 bulan lebih tp dia malas nak meniarap.. kena paksa..baru mau buat. Kalau tak.. asyik angkat kaki nak masuk mulut ja la..


tgh berusaha nak meniarap



susahnya ummi..nak meniarap ni kan? Eh.. kat belakang tu ada gambar asyraf muslim la... ensemnya...kekeke.. abah jgn jeles ya...

ha...dah berjaya pun...setelah diberi sorakan padu oleh umi dan abang Irfan.


ni pulak... tgh main ngn bear.


sayang,....kamu


Abg Irfan pulak... dah pandai sembahyang. Tp agak liat jugak la.. Kalau nak sembahyang.. dia nak pastikan dia mandi dulu... ambik air sembahyang... baru sembahyang.. Kalau tak lengkap tu...jangan harap la dia nak ikut sembahyang.

apa pesen pun tak tau ni...
Apapun semoga besar nanti boleh jadi imam muda.. leh sembahyangkan jenazah umi dan abah.. boleh sedekahkan al fatihah buat umi... Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Amin... Doa di pagi Jumaat..

mood masak


ha... minggu ni mood nak masak tetiba je mai... hehehhee..

kebetulan dlm peti ais ada koteow, so mlm td masak koteow goreng je la... tp udang tadak..
Ibarat chef yg bergelut terima oder. ahahha

Pagi ni pun perangat yg tu la jugak....


tak berapa nak pedas... so tambah la cabai melaka+kicap

Tuesday, July 6, 2010

salah faham

Bila aku teringat mesti aku nak gelak.. ha... padan muka aku sbb dah hilang la.. tiket nak tgk wayang... yg org nak belanja pree tgk wayang... huhuhu
alkisahnya bermula mcm ni...
aku selalu ajak hubby aku ni p tgk wayang... tp dia selalu menolak dgn berbagai2 alasan.
hurmm sedih wooo bila ajak p dia tak mau p...sesekali nak jugak berdating.. hahaha

nak dijadikan cerita.. Ahad mlm isnin baru ni...dlm kereta la.. on da way nak balik rumah aku dari kg ..
hubby: esok abg ajak depa p tgk wayang...
aku: p ngn sapa?
hubby: P ramai2 la..seronok sikit

( aku senyaP)

Aku: sampai hati.. pada aihhh bini ajak berbuih mulut2... last2 dia ajak org lain p tgk wayang... huhuhuhu

Hubby aku: Tak boleh ka nak seronok..

hurm.. aku terus mendiamkan diri>. tanda protes n merajuk la tu..
Bangun pagi aku tanya lagi.. betul ka abg nak p tgk wayang?? dia ckp...tak jadi.

time rehat tghari aku call lagi dia... aku suara kan apa yg aku tak puas hati.. siap nangis2 lagi.. cam pilem hindustan la pulak..
aku siap ckp: kenapa abg ni? kenapa lak nak p ngn kwn2? org mmg tak pueh hati nih...

Hubby: Bila masa abg kata abg nak p ngn kwn?

Aku: Smlm

Hubby: Eshh... len kali bg salam dulu sblm tembak org... len kali tya dulu...
Dah plan nak p ngn adik2 ipar semua.. pakat bawak anak masing2 tgk citer Zoo.
Aku: ya ka... (sambil sengih...bkn dia nampak aku pun). Nak p.. nak p..
Hubby: erm.. habaq kat depa.. kalau depa call.. kata tak jadi..

Alahai merajuk la pulakkk...

kul 7 lebih adik aku call tya... mlm ni jadi ye tgk wayang... tayangan kul 10 mlm...
alahai.. rugi ooo laki dia dah beli tiket untuk kami berdua...
Lastly si Maniam kwn baik dia jugak yg di ajak...Maniam siap bawak bini dia lagi... p naik moto gi jitra tgk wayang...
lgipun dah tayangan kul 10 mlm.. sian pulak nak tinggal insyirah.
Aku yg depan rumah maniam ni... huhuhu.. tgk la alibaba bujang lapuk...

huahuahua.. padan muka aku sbb suka sgt salah paham....

Monday, July 5, 2010

apakah betul??

mcm besa la... hujung minggu aku akan balik kampung.
Hari sabtu mcm biasalah..sambil2 aku dok melangut tgk tv.. ada sorang mak cik ni dtg rumah. Dia tanya aku... "hang bg susu bdn saja ka? awt tak bg mkn kat anak?? Kesian anak...Bagi nestum dulu pun ok..
Aku senyum dan jwb: anak baru masuk 4 bulan...tunggu bulan depan la kot..
makcik tu: hurm.. kerja gaji 2 org... takkan tak mampu nak beli nestum...

(serta merta telinga aku bertukar jadi merah... menahan rasa nak marah.. rasa nak halau ja dia balik...). Dah la menggangu waktu santai aku..lagi mau ganggu emosi aku pula. huhuhu

kejadian waktu petanG...sambil lepak2 bersama 2-3 org mak cik...
depa tya lagi... anak hg ni tak mula mkn lagi ka?? kesiannya... mak dia kedekut... gaji 2 org pun tak mampu beli nestum..
susu tak basi ka?? eee geli la...
hurmm ayat yg sama mcm mak cik mula2 mai umh aku.

pernah jugak dgr satu kes: ada makcik ni.. dia dengan bangganya mencanangkan kepada org kampung.. supaya cucunya diberi susu tepung. siap ckp: Tak pa... Kami mampu beli susu..

hurm..
aduhai... kalaulah makcik2 ni tahu apa erti khasiat... apa erti kurniaan Allah SWT

abg bersama adik tgh senaman... umi dah terbongkang daaa.. gambar terpaksa diedit sikit... he

Thursday, July 1, 2010

insyirah tak mau tido

sedar tak sedar dlm bulan ni ja... byk sungguh aku tulis entry pasal anak2 aku ja...


tgh cuba kain yg pinjam dari kak pah.. mula2 tu insyarah seronok nak dok dlm ni.. tp lama2 dia mengamuk.. may be sbb panas kot..atau aku yg tak pandai nak gendong dia...

dlm dakapan umi...


suka sgt main kaki...jgn kaki masuk mulut dah la nooo..heheh


mlm td kul 2.30 insyirah bgn.. lepas tu tak mau tido dah.. kalau tido pun tak lama.. dlam 5 minit... dia akan jaga semula.. tak tau la pasal apa. nak aku bgn sama.. kalau aku tido.. dia akan nangis.. bila angkat ..dia senyum2.. ajak cakap. sampai aku nak dtg kerja.. dia masih tak tidur.. bila diacah... terus ja gelak mengekek2. hilang sikit rasa ngntukbila tgk dia gelak2.


sampai opis kul 8.. terus dah tak boleh angkat mata... terus menuju ke bilik yana n terpengsan sampai kul 9 kat situ.... sejam gak tertidoq.. sakan jugak la nooo. bangun tu terus p meeting KIK kat kola perlis...