Wednesday, June 23, 2010

gagal lg

aku menulis bukan untuk menceritakan ttg keburukan aku... tp untuk meluahkan apa yg aku rasa. Maaf andai aada pembaca yg menyampah dengan entry aku ni.
dan blog ini umpama diary bg aku... bila aku gembira aku menulis... bila sakit hati.. disini juga aku luahkan... bila aku sedih sini juga jadi tempat aku lepaskan rasa itu.

mlm td aku gagal lagi dlm mengawal emosi.
mlm td abah kena masuk kerja. Spot check lg!! bosannya....

Irfan asyik buat perangai lagi.. melompat2..menjerit2.... nak smack down adik...
makin dilarang makin menjadi.. sudahnya,,,, ketam batu jugak singgah di paha. Pada hal masa balik td beria2 dah set dlm kepala tak nak sakiti anak....huhuhuhu.. Masuk dlm bilik air.. terus menangis atas kertelanjuran tgn ku itu....
aku benci dgn tindakan bodoh dan bahlol itu...
kdg2 tgk seorang ibu yg sabar... yg sekalipun tak pernah marah anak... teringin sgt nak jadi mcm tu. Tp byk yang dok nampak... ibu yang tak marah anak adalah ibu yg mempunyai anak perempuan./ Kebanyakan ibu yg ada anak lelaki.. mau tak mau.. kdg2 terpaksa jugak pasang loud speaker....
tp aku rasa anak aku mewarisi sikap aku masa kecik2.. masa aku kecik2 byk gak org suka marah kat aku.. sbb aku ni jenis tak boleh dok diam. Tp bila besar aku mula menyedari hakikat yang aku ni kena dok diam2...

kenapa jadi begitu?? mungkinkah dia rasa dia diabaikan,. sehingga buat aksi2 yg membuatkan org marah. Nak tarik perhatian sbb umi sekarang lebihkan adik...
aku suka blog dia ni...
http://boonchert.blogspot.com/2010/04/melayan-cinta.html

Tuesday, June 22, 2010

maafkan umi

menyesal sgt2 ni....
smlm aku letih sgt2...baru je aku baring, tiba2 Irfan lompat atas belakang aku... sakit gila...
sepantas kilat tindakan refleks aku... mencubit bontot Irfan.
huhuhu kesian dia.... menangis2 sbb sakit..
Ya Allah.. maafkan umi... tak sengaja...
Tp smlm umi dah letak ubat kat tempat tu. Yang nyata kesan cubitan tu akan berparut di hati dia. Mungkinkah dia akan ingat peristiwa tu sampai dia tua nanti??/
ohhh tidak!!!!!
pagi ni pun sebenarnya fikiran aku masih bercelaru. Perasaan bersalah dan perasaan ingin membetulkan apa yg telah aku buat masih menyelubungi kotak fikiran ini..
Ya Allah.. kurniakanlah aku kesabaran dalam mendididik anak2 ku....

Monday, June 21, 2010

jahit manik

bosan2 kat opis... aku ajak shila jahit manik... sekurang2nya ada jugak benda yang nak dibuat. Aku ni bukan rajin sgt bab jahit menjahit ni. lagipun bakat kelembutan seni tgn tu tak dak.. Untuk permulaan ni aku buat manik yg panjang2 tu.. yang ni namanya manjalara.. tak tau la manja tang mana...ingat nak tabur lagi manik antara bunga dgn bunga tp sedang menunggu pen yg nak lukis tu...
rasa seronok sebenarnya jahit ni bila dah mula....

baju lama.. kosong ja.. digarap kembali dengan jahitan manik

bahagian bwh baju dan hujung lengan..

gambar ni.. bila kena flsh jadi berkilat2 la pulak baju aku


Thursday, June 17, 2010

awlnya

Pagi ni sampai tempat kerja awl...cuaca pulak sejuk dan redup ja. Sebelum masuk lab, aku berhenti ambik gambar dulu. nak tunjuk tempat yang aku suka tgk bila kepala berserabut. Bila aku rasa tensen...
Rupa2nya tempat yg aku bekerja ni berada dlm persekitaran yang cantik(bg aku la..bg org lain tak tau la). walau pun tak secantik tempat peranginan.. tp menenangkan bg aku.

ni antara bangunan lab aku ngn lab komputer (bersambung). Tp sekarang tinggal aku sorang2 je kat atas ni.. sunyinya... tak sabar nak tunggu student masuk semula .

tengok pokok2 hijau...segar sikit biji mata


ostrich....seronok tgk depa dok lari sana sini.. comel2 pulak tu... teringin nak naik atas belakang dia sebenarnya.. he....rasanya dia kenal aku dak???

pagar berduri yang menghalang aku masuk ke dalam tu. kuikuikui.. kdg2 tgk telur dia..besar... penuh kuali rasanya kalau goreng.
tp satu la.. kdg2 kandang dia ni mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan... hee

Tuesday, June 15, 2010

botak

Letihnya balik kerja smlm.. sampai rumah dah pukul 7 petang.. jalan jem...tetiba Irfan ngn abhnya ajak umi gi kedai gunting rambut. Irfan nak gunting kat kedai. Biar betul budak ni. sebelum ni bila sebut je kedai gunting.. mesti tak nak. Tp kali ni dia sendiri yang ajak.

Aku suruh abah je la yang bawak sbb umi letih sgt2.. lagipun kesian pulak kat adik. Asyik kena tinggal .
balik rumah.. Tara..... dah botak. abh boh mesin mata nombor satu kot... abah kata dengan slumber je dia naik atas kerusi.. bersedia untuk digunting rambutnya. Tp sampai rumah semua pakat2 gelak kat dia....dia jadi malu.. terus dibaling kasut kat umi... Irfan.. Irfan... telatahmu membuatkan semua org terhibur..tp bila tgk rambut botak camni.. aku geram je.. aku bkn leh tgk rambut org botak.. heeeeeeee



gigi dah mancung ...

pagi ni.. adik baru bangun tidur.. sayang rasa nak tinggal p keja




Thursday, June 10, 2010

hurmm aurat

dua tiga hari ni aku rasa tension sgt2... bukan apa.. ni semua sbb facebook tu la..
ada la kwn lama aku masa zaman sekolah menengah dulu.. scan balik gambar2 kenangan masa dan upload dlm fb dia n tagging kan aku. Mmg la aku rasa seronok sgt2 bila tgk pic tu dan ingat balik kenangan sewaktu kami sama2 hooray..sama2 honaq..sama2 ketawa..sama2 menangis... Tp semua pic2 tu adalah pic aku yang TAK BERTUDUNG. Mmg masa zaman sekolah aku tak bertudung. start tingkatan 5 baru aku start bertudung sepenuhnya kecuali masa p sekolah ngaji.. mmg la wajib pakai tudung. Kalau setakat p kawad atau mana2 acara.. even p kantin pun jarang nak pakai tudung.
masa kian berlalu dan kini mmg aku bertudung. Dan kini aku rasa seperti diaibkan..bilamana ada lelaki sewenang2 nya boleh melihat aurat aku yg mmg jelas dan nyata hanya perlu dipertontonkan hanya buat SUAMI aku sorang saja. Kini boleh dilihat oleh lelaki lain.. dan itu sememangnya adalah dosa buat aku dan suami nak kena tanggung.
kalaulah kwn2 aku yg cendiakawan tu tahu berfikir secara logik..alangkah bagusnya. dah aku suruh delete.. tp tak jugak delete2.. aku tatau nak cakap apa lagi la...

bila baca2 balik apa yg ustaz ni cakp... ada betulnya:

1) Sebahagian gambar yang ditagging..sebelum ini tidak menutup aurat.. tp kini dah tutup aurat. Justeru itu, penyebaran gambar ini adalah HARAM.
2)kita boleh untagged nama kita.. tp gambar itu akan juga terus tersebar....

huhuhu....

Friday, June 4, 2010

rindunya...

hari ni jumaat.. bosan kat opis sorang2... Siti dah selamat melahirkan baby tghari td di mahsuri. Tahniah untuk member baik aku tu... yang berjaya melahirkan baby secara normal.. alhamdulillah...
nampak gayanya 2 bulan la aku sunyi...hurm... sblm ni aku dah cuti 2 bulan. Kali ni giliran dia la pulak.

ptg2 mcm ni tiba2 teringat kat anak2 dan bapaknya juga. Hurm.. rindunya... Rasa tak sabar nak balik ni...

Thursday, June 3, 2010

insyirah & Irfan

dah 3 hari Insyirah asyik jaga tgh mlm. lepas tu nangis sbb lapar. sian dia... Nasib baik si abg kalau tidur.. mmg jenis tak bgn2...
ptg smlm.. baru je sampai rumah.. nampak irfan tgh main2... ngn budak2 yg pastinya lebih besar dari dia.
mak mertua aku ckp: ada budak baru pindah kat sini.. mai main jugak. Budak tu pompuan 5 tahun.. tolak anak aku jatuh kat tepi jalan... yang aku hangin dia p tolak anak aku.. mau kata ada bahaya ka apa.. sapa nak jwb???dah la keta n motor laju2. Mak budak tu.. dah tau anak dia tu jakun sgt... pls la.. jaga anak sendiri...sblm mulut tak dak insurans aku ni keluar perkataan yg tak sepatutnya. Dah jenis ambik mainan anak aku nak bawak balik rumah... bila mintak balik.. dia baling kat muka anak aku.. rasa cam nak penampaq ja... Dah la tu.. p ambik basikal jiran belkang rumah.. lepas tu mai tinggal kat depan rumah aku sedangkan tuan basikal tu tak da kat rumah. silap hari bulan org kata irfan yg curik atau ambik. Nak marah pun budak2... hai.. pening2... tp aku dok berfikir cara yg terbaik tak mau bg Irfan main ngn budak tu....

Untuk anak Umi.. Umi sanggup buat apa saja.. asalkan anak2 umi sihat. Dlm diri.. aku dah tanamkan azam.. Nak terus bg susu sendiri sampai usia 2 tahun.Yang terbaik hanya untuk mu... aku perlukan sokongan. Insyaallah....

Insyirah hari pertama melihat dunia

nyenyaknya dia tidur

nyot...nyot



Tuesday, June 1, 2010

family day

lokasi: Timah Tasoh, Pdg Besar, Perlis

Pukul 8.00 pagi dah bertolak dari rumah. Acara kali ni tak la semeriah mcm yg kat Taman Tasik Jitra. Masa kat Jitra tak dapat bawak Irfan sbb masa tu dia kena demam campak. Kali ni tak bawak baby sebab takut baby demam. so tinggalkan baby dekat mak tok dia jap. Sib baik baby tak buat perangai . Mak tok dia ckp .. baik ja budak ni... alhamdulillah..

agak panas kat sini.. tp kalau boleh berkayak tgh tasik tu lagi best,,,

bila tghari sikit budak2 dah buat perangai... so.. kul 1.30 dah cabut balik. tak dan nak tunggu cabutan bertuah. lagipun number aku tak pernah bertuah.

adik pulun kentang

candid... tgh peluk adik sambil menari...

sejuk dan nyaman je kat pondok ni... sambil tgk org main batu seremban

tgk acara sukaneka. Irfan pulun nak masuk tptak berkesempatan.. sian dia... thn depan cuba lagi ye...

agak ramai...

tgh tgk apa la agaknya???






dah 28 rupanya

sedar tak sedar usia kita semakin hari semakin meningkat. Ahd lepas birthday aku yg ke 28. Dah tua rupanya.. 2 tahun lagi akan mencapai usia 30an.. mcm tak sanggup ja nak melangkah ke alam tu.... alam nak bermula ketuaan.. ye ke tua? org ckp.. biar usia yg tu.. janji hati muda... ya ka???
byk kwn2 yang wish dan ingat birthday aku.. terima kasih byk2..

tp bg aku... birthday kali ni la yg paling tak best.... tak best... tak best....

sbb apa yg aku harap2 kan tak jadi seperti apa yg aku harapkan...

sekian terima kasih...