Wednesday, January 27, 2010

pening

mlm td...nak mkn ciken chop punya pasal.. rela tak mkn nasik.. kali ni sikit pulak ayamnya tu...tak mengenyangkan la..
pagi ni.. awal2 pagi lagi dah ajak member p pekena nasik lauk kat kangar. sambil2 tu.. singgah p bayaq bil celcom tu..
bila sampai kat kedai, yang aku nampak... ikan tamban kering ngn daging masak merah.
licin aku sapu. murah je mkn kat sini. campur ngn ayaq teh o ais... baru RM3.50.
ha.... ni kalau aku p cek tekanan darah..sure darah naik tinggi ni.. sbb aku rasa pening semacam je... ye rla... ikan tamban tu dah semestinya masin. daging pulak...mmg aku jenis tak bleh mkn daging dulu2 la..
tp lepas melahirkan anak pertama, automatik aku dah boleh mkn daging... alhamdulillah...

nak update sikit la:
hidup aku kini semakin tertekan...tertekan dgn org yg bekerja ngn aku...
aku tak tahu.. dia tu ada perasaan ke tak...
dgr perut aku yg mcm ni, masih lagi seronok dia tgk aku mengangkut multimeter2 masuk dlm lab.... tanpa menghulurkan sebarang bantuan. padahal tu kerja dia.
tp hati aku dah sejuk sikit.. bila sorang tech school lain dtg..
budak tu ckp kat aku.. kak pah, biar saya buat... kesian tgk kak pah..
huhu... ada jugak hamba Allah yg kesian ngn aku..
Doa aku: Semoga Allah merahmati beliau.

byk sgt benda yg membuatkan aku tertekan dgn persekitaran kerja ni..Tp aku pasti... Allah takkan sia2kan aku. Terima kasih kepada sahabat2 yg setiap pagi mendengar bebelan aku. Tu je cara untuk aku lepaskan tekanan...

Wednesday, January 20, 2010

menanti

pagi ni sampai awl kat opis. ada erobik tp aku tak menghadirkan diri aku ke sana. dah tak larat rasanya nak berjalan kesana,apatah lagi nak melompat atau berdiri lama2. dari ats ni.. dapat aku dgr muzik2 alunan salsa,poco2 dan sebagainya.. teringin nak turut serta tp mcm ni lah kan org dah sarat ni. minggu ni dah masuk 34 minggu. masa mengandung anak pertama, aku melahirkan pada minggu ke 37. Hurm... tak sabar rasanya nak menunggu kehadiran cahaya mata ke 2 ni. Tp dlm masa yang sama, hati aku sentiasa berdebar2. Sebab kata org setiap kelahiran, tak sama sakitnya.
setakat ni..kemana sahaja aku pergi, dalam kereta dah tersiap sebiji beg yang mengandungi baju baby,barut baby,kain selimut,pampers,tisu basah,kain lampin,kain batik, tuala ibu & baby serta minyak selusuh yang dibuat oleh mak ayah aku. Mak aku pesan, kalau rasa sakit, boleh terus minum minyak tanak ni.
tp aku harap aku akan sakit masa aku dirumah. masa ada somi aku. Takut sgt kalau2 sakit masa dlm perjalanan balik kerja.. Tp aku yakin, insyaallah anak dlm perut ni akan dgr ckp uminya...heeeeeee
semakin hari, semakin aku sensitif, tido mlm asyik tak selesa. Dan mcm 2 yang timbul dlm kotak fikiran aku ni. Kdg2 aku rasa terasing dlm dunia aku sendiri. Dunia yang aku ciptakan. Kenapa aku jadi mcm ni???

Thursday, January 14, 2010

seri di hati

seri dihati ~ZULFAN~

pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
dedaun berguguran tandus tiada harapan
umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
tertanam kebencian, kesunyian...

kasih yang sejati anugerah ilahi
hadirnya dijiwa bukannya dipaksa
cinta yang terjalin dalam diri manusia
kesunyiannya bagai sutera putih

tautan cinta yang bersemi
disulami kasih ilahi
melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
temuilah seri dihati
itulah cinta hakiki
andai kau selami rahsia keimanan...

telah bermula episod cinta yg suci
dua insan berkasih pun berikat janji
telah tersarung sebentuk cincin dijari..
kedua org tua pun merestui

terikat janji bakal membina mahligai impian
ini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
demi kesucian cinta restu yg esa
demi cinta suci yang tiada ternoda

hari ni nak kongsi pasal lirik kumpulan zulfan ni..
aku minat sgt ngn suara2 kumpulan zulfan nih...
tp tu lah.. kenapa tak berapa nak femous ye kumpulan nih??
mereka ada harapan utk menjadi artis yg terkenal...sedap sgt kombinasi suara mereka.

ttg lirik ni...mmg sgt menyetuh jiwa.. terutama sekali bagi sesapa yg sedang hangat bercinta... yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi... berbunga2 cinta dalam hati tu ye,,, heeeeeeeee sabaq22...

dan untuk diri sendiri.... aku harap dan berdoa semoga ditetapkan iman...diberikan kesabaran untuk terus mencintai keluarga yang sedang aku bina. Semoga Allah sentiasa suburkan rasa kasih sayang dalam hubungan ini... AMIN...

Monday, January 11, 2010

serabut

minggu ni aku betul2 serabut..buntu sgt..
semuanya berpunca dari salah aku... keterlanjuran kata2 aku....

Ya Allah... berilah aku jalan yg terbaik untuk aku selesaikan masalah ini. biar seperti menarik rambut di dalam tepung... rambut tak putus... tepung tak berselerak.
bukan senang bila membabitkan byk pihak...

Tuesday, January 5, 2010

Kenduri akikah



sabtu lepas.. baru berkesempatan nak buat kenduri akikah untuk anak tersayang...Muhammad syamsul Irfan bin Ibrahim...
kenduri ni buat sekali ngn Atirah dan nurul..
So.. ayah aku cadangkan.. sembelih sekor lembu... cam kenduri kawen je.. siap ngn khemah2.. tp byk gambar tak sempat nak ambik.. Almaklumlah, aku kan bz.. kehkehkeh...
Apapun.. alhamdulillah..dapat melaksanakan akikah untuk anak aku..

my peberet

dari dulu dan kini...aku mmg suka mkn rojak atau garam belacan..
kali ni nak share rojak yg sedap kat PERLIS ni.
Orang ni jual rojak naik lori. Selalu tempat parking dia... bertentang dengan restoran KINA... dekat dengan bulatan putra palace tu..

Ini rupanya air kelapa dalam gelas. Segelas RM1.5o
tp kalau sebiji RM4. Sungguh mahal kan??
kat alor setar sebijik paling mahal pun RM2.50


ha... ni lah rupanya rojak yg sedappp bangat tu.. bg aku yg gemar pedas2 ni... mmg sedap la..
yang ni sepinggan kecik tu RM2.50
agak mahal.. tp dah sedap kan??? apa tunggu lagi.. bantai ja... hehehhee