Tuesday, July 28, 2009

angkut barang

smlm aku terpaksa amik emergency leave... bukan apa... secara tiba2 lori yang ditempah oleh asben aku free hari isnin je...kebetulan hari ni jugak mak aku kena bawak adik aku gi hospital. So aku nak kena jaga Irfan la...kebetulan hari ni jugak...semua lab dan kuliah dibatalkan sbb ada disyaki gejala H1n1 dah berlaku penularan dlam kampus.

Lori penjara sampai lebih kurang pukul 9 pagi. aku tukang p oder air milo ais ngn cucur2 ja...hehhe...bagus punya tuan umh...almaklumlah...aku dah tak duduk umh tu dah 3 bulan. dan ni merupakan bulan terakhir boleh dok kat situ. mulai 1hb ni akan ada penyewa baru...So, utk jimat dari bayar duit sewa 300 hengget tu.. baik aku pindahkan dulu barang2 bawak p letak umh mak mertua aku.. sementara nak tunggu lantai siap dipasang.
penat jugak rupanya nak berpindah ni...tu pun masih ada saki baki barang yg belum diangkat. Aduhai penatnya... Mlm ni asben aku kena berangkat p kelantan n terengganu plak...Jumaat baru balik. Nyesal pulak masa menyewa rumah p beli perabot siap2... Kalau tak ni.. bleh gak melaram perabot2 baru... hehhe...mcmla duit byk sgt... hehehhe.. Tak pa la.. yang lama pun lama lah.. janji elok... tolak kat kedai pun laku lagi.. hehhehee...

ha.. hari ni mai keja.. pakai face mask... mcm doktor la pulak... hehehe.... nanti aku upload pic terbaru..kuikui...

Tuesday, July 21, 2009

kentang putar VS kentang goreng.

mcm biasa... hujung minggu lepak2... almaklumlah.. minggu ni cuti jadi 3 hari.. sambung Isnin sempena israk mikraj.
Dah 2 hari aku tak lalu nak jamah nasik..asyik tido je keje aku.. Nasib baiklah mak mertua agak memahami... I love u my MIL..
mcm selalu2 la... asben aku...kalau dia nak p mana2.. nak ekna pesan byk2 kali apa yg aku nak..
mlm tu...dia p dgr ceramah israk mikraj kat masjid. AKu pesan la...
"Abg.. balik masjid nanti..singgah marrybrown.... beli kentang putar"
"ok.. kalau marry brown bukak lagi la..."
hurm...kul 10.00 Irfan ngn mak sedara dia kuar gi giant.. ader la marrybrown.. tp aku tak pesan la.. sbb td dah pesan kat asben aku...
dlm kul 11.30 asben aku balik.. tp dia bawak balik kopok lekor.. huhuhuhu...dia ckp marry brown dah tutup... huhuhu..
aku ckp.. " tak pa la...bg kat Irfan je..." lepas tu aku nangis la sorang2.. tah hape2 kan???
lepas tu aku dgr asben aku start motor... tak lama lepas tu dgr kat dapur bunyi org menggoreng...
rupa2nya dia p beli kentang... balik goreng..bini nak mkn punya pasal.
hurm.. Thank u my dear...
kentang goreng pun kentang goreng la.. janji kentang..

Monday, July 6, 2009

anak menakan baru

kemarin p melawat anak sedara baru..bestnya.bertambahlah kaum kerabat aku. dilahirkan pada 3.7.09 di KMC. Masa kat kmc tak bleh tgk la..baby dok bilik asing . abg ipar aku, ketiga2 anak dia perempuan. ini bermakna Irfan sorang je la hero. kuatla dia nak membuli kakak2nya itu. belum ada nama lagi masa ni..

baby tgh minum air masak

jeles irfan nih.. tak bagi aku dukung baby... suh dukung dia je... camna la kalau ada adik ni???

kebun

Laporan mingguan: hujung minggu balik umh tok kat Kulim. So.. berpeluang la kutip buah2 free.

Irfan.. mcm biasa.. masuk hutan pun dia buat mcm masuk taman permainan.. nak explore semua benda. risau jugak aku dibuatnya.

mem besar( mak mentua aku) tgh cekak pinggang.. kuikui


kak ipar aku tgh tolong hubby dia kait buah

Irfan nak buat aksi apa tah...

keciknya buah langsat tu... tak masak lagi sebenornya.. agak kelat


buah manggis yang baru dikumpul dlm plastik.. semuanya purple.. dari beg plastik,buah dan baju...kehkehkeh

Irfan tgh tunjuk yg dia tolong kutip buah asam gelugur.

abah Irfan tgh panjat pokok manggis
kesimpulannya... buah tak byk sgt tahun ni.. masa aku p...durian tak luruh lagi la...tak dak rezeki la...tp rezeki mkn buah durian yang dah luruh byk la... sampai pening2 aku dibuatnya.

KEHILANGAN...Mr Phang Keng Chew



pagi ahad.. aku dikejutkan dengan kematian ketua juruteknik.. iaitu bos kesayangan aku... meninggal dunia di rumahnya di Ipoh Perak. Hari khamis lepas.. adalah hari terakhir aku bercakap dengan beliau masa senamrobik.
Mr phang ni baik orgnya.. tak lokek dengan senyuman..paling meriah.. bila dgr dia punya pelat melayu+ cina..
hurm.. lepas ni dah tak de org nak tolong buatkan SKT utk aku...

dgr cerita beliau dirompak dan dibunuh dalam rumah. begitu kejam org yg membunuh beliau.
satu kejadian yang mengejutkan. beliau dah tua...kenapa la dibunuh???? kalau nak rompak tu.. rompak je la.. tak payah bunuh2...

apapun.. selamat jalan diucapkan kepada group yang akan bertolak ke ipoh pagi ni. semoga kalian semua selamat pergi dan selamat sampai balik. Aku tak dapat ikut.. sbb hari ni lab dah start.

takziah utk family beliau.. kehilangan mu amat dirasai oleh seluruh warga PPKME...

Friday, July 3, 2009

rempit kampung

ptg kemarin.. cam besa la... balik keja.. ptg2 aku melepak kat laman rumah ngn family aku...pakat2 la sembang pasai isu semasa. Isu semasa kampung kami skrg ialah isu budak2 sekolah merempit. Almaklumlah.. rumah aku dekat je ngn sekolah menengah. budak2 ni akan jadikan depan sekolah and taman perumahan yang berdekatan dgn sekolah sbg port depa. aku kdg2 balik kerja.. jadi takut nak lalu depan tu... takut terlanggar anak org.. mati tak pasal2 je. dah la tak heran kat org....bapak aku nak keluar p kedai pun rasa tak selamat... budak2 bukan ingat apa. ingat nak seronok ja. kalau setakat 10 biji motor.. aku tak kisah la sgt. ni hampir 100 biji motor.mmg ramai. cam pesta. aku rasa tak puas hati la jugak.. p mana polis2 yg bertugas?? takkan tak tau kejadian yg tak senonoh ni sedang berleluasa kat kampung aku. dengan nada yang agak berkobar2.. aku ckp la..." tak bleh jadi ni.. esok cek nak p report polis. biar depa kena tangkap... padan muka".
dalam 10 minit kemudian.. aku heran.. selalunya diorang akan merempit menghala ke kuala kedah.. bukan menghala ke rumah aku.. mmg laju diorang bawak.. mcm kena kejar dgn sesuatu.. atau hanya nak tunjuk eksen??? tetiba ada sebijik motor masuk kawasan rumah aku. sambil tu.. aku tgk ada kereta polis tgh kejar depa.. ha.... best ni... best...
kami pun apa lagi.. berlari la kat jalan nak tgk insiden polis kejar budak2 rempit nih..ayah aku pulak.. dgn slumber je dia p duduk seberang jalan.habis satu trip... aku tgk ketreta polis tu pusing balik.. kali ni polis tu terserempak ngn group yg ke 2..yg sedang menghala bertentangan ngn arah polis td. polis tu pun apa lagi... terus menghimpitkan keretanya ke arah kumpulan td... ha... seorang budak dah jatuh moto..dia pulak terpelanting masuk dalam sawah sbb nak elak polis yg himpit dia.. dan nak elak dari terlanggar bapak aku..sepantas kilat budak tu bangun. habis basah baju dia...polis tu pulak turun dari kereta. budak tu bgn nak angkat motor dia.. polis tu bg penendang... budak tu terpelanting masuk dlm sawah semula.. alahai... kesiannya. polis tu p bg penumbuk pulak.. budak tu tak melawan. mesti budak tu rasa sakit.huhu.. tp cara polis tu buat budak tu... nampak mcm kemarahan seorang bapak kat anak yg tak dgr ckp. polis tu kata."hampa permain aku no" .menurut adik aku.. budak tu tingkatan 3. tp dia bukan join race. selalu lepak2 tgk org race je. hurm.. nasib dia tak baik la kali ni.semua org kampung pakat2 keluar tgk kejadian. polis tu pulak.. suruh asben aku bawak kereta polis.. p ambik polis yg sorang lagi.. yg tgh wat operasi kat taman perumahan.
dengan bangganya asben aku jadi polis bantuan seketika... wahahaha
kesian pulak aku tgk budak tu dan motornya diheret ke balai polis. ptg tu... 4 org gak la dpat ditahan.. tp terer gak la budak2 nangok tu melarikan diri dari polis. sempat l agi up moto masa polis tgh kejar tu... aku rasa mcm tgk impak maksima je... hahahha
yang aku geram.. ada salah sorang bapak budak yg terlepas.. aku mmg tak puas hati ngn anak org tu. dia tu lah ketua samseng kat taman perumahan.. naik moto.. asyik up ja.. aku rasa mcm nak langgar je budak tu setiap kali aku nampak aksi kurang ajaq dia tu.. bapak budak tu bleh ckp kat polis tu... ha... boh lagi penendang kat budak ni... biaq mampos.. nak race sgt... hurm.. anak org yg kena.. cuba kena kat anak hang sendiri.. baru hang tau langit tinggi rendah. eee... geram...
erm.. tapi aku harap ptg ni dah tenang kembali. tapi aku percaya.. dalam seminggu ni senyap la... mai masuk 2 minggu.. sure jadi balik....
apa la nak jadi dengan budak2 muda zaman skrg.. tak sayang nyawa. kalau dia saja mati tak pa la jugak.. ni membahayakan org awam yg tak bersalah..
mau ke kata budak2 kecik melintas.. erm.. tak tau la apa nak ckp.

Thursday, July 2, 2009

isteri.. ibu...pekerja

seharian menjalani kehidupansebagai seorang pekerja... seorang ibu dan seorang isteri ketika berada di rumah...
kdg2 membuatkan aku rasa bosan...
teringin pulak rasanya nak jadi suri rumah...kwn2.. korang jgn terkejut kalau satu hari nanti aku berenti kerja...
tetiba aku rasa penat pulak menjadi seorang pekerja..
sebenarnya kerja aku tu tak de mendatangkan masalah kat aku.. cumanya kadang2 aku rasa mcm tak dapat nak mengahadapi tekanan dari org sekeliling terutama pekerja yang mmg suka menyusahkan aku..
bila lah aku nak boleh jadi tegas... dan buat hati kering ja...huhuhu...
balik je rumah...Irfan mmg sedia menunggu depan pintu rumah... bila aku parking.. dia akan lari ke pintu kereta... sambil buka pintu keter... mintak nak kiss aku... pas tu mintak cekelat sebijik...masa tu.. segala rasa penat memandu & tekanan yg aku rasa.. hilang...
Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah. aku bersyukur kerana mengutuskan seorang anak sebagai penyejuk hati tatkala aku dilanda rasa tertekan ...tatkala aku menangis..dia akan pandang muka aku.. dan tya.. "umi...pasai apa??"... sayu je... lepas tu terus dia akan p tampar muka abah dia... dia kata.. "pasai apa abah buat umi??"
lepas tu abah dia dengan rasa hairannya akan kata.."bila masa abah buat umi??" sambil garu2 kepala..
mcm2 la karenah si Irfan ni,...
tp skg dia tak berapa nak sihat.. selsema sikit. Tp dia pandai mkn ubat. konon2 nak tunjuk macho kat adik2 sepupu dia yg perempuan... diorang semua takut mkn ubat... irfan pun sblm ni takut ngn ubat.. tp aku heran gak kenapa akhir2 ni... dia amik sendiri sudu.. suruh aku letak ubat..terus dia mkn.. lepas tu dia ckp kat adik2 tu.. sedap ni... adik tak reti mkn ubat... hehehhe..